Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Wednesday, May 30, 2007

SEMINAR MEMULAKAN TERNAKAN KAMBING DI BAWAH RMK-9 SIRI 1/07





Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat pada seminar siri pertama tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua lembaga pengarah interXpose Group Companies, pegawai JPH putrajaya, Pengarah JPH Terengganu,Bank PErtanian, Syarikat Kamuda dan syarikat Agrospin kerana sudi datang memberikan tunjuk ajar kepada saya dan para peserta. Semoga dapat bekerjasama pada siri yang kedua ini yang akan dilaksanakan di Lembah Klang. Jutaan terima kasih kepada semua peserta dan yang terlibat secara langsung atau secara tak langsung. Segala kesilapan semasa seminar tersebut, kami akan perbaiki dan pertingkatkan lagi. Semoga Penternakan menjadi satu perniagaan yang menguntungkan.

SYABAS UNTUK SEMUA

SISTEM KOLAM IKAN FIBERGLASS

Kolam ikan diperbuat dari Fiberglass menggunakan mould yang dicipta sendiri.Syarikat kami menjual sistem ini dengan harga RM15,000 dengan 4 kolam besar dengan keseluruhan sistem keluar masuk air seperti enjin dan sistem paip.Jaminan 3 tahun. Tidak memerlukan tanah yang luas hanya cukup di belakang rumah. Penjagaan yang mudah dan cekap.Kos penghantaran percuma untuk kawasan di semenanjung.Pada masa ini, kami dalam proses untuk menternak udang galah menggunakan sistem ini.

PUSAT INKUBATOR TERNAKAN KAMBING


Pusat inkubator ini telah beroperasi tahun 2006 dengan 12 peserta. Caranya peserta yang berminat akan membeli kambing betina 10 ekor dengan syarikat dan menyewa kandang/lot yang disediakan dengan bayaran tertentu secara bulanan. Kambing Pejantan, syarikat yang sediakan.Pasaran boleh diuruskan oleh pihak syarikat atau peserta itu sendiri. Segala anak yang lahir dan penjualan kambing tersebut adalah milik peserta sepenuhnya. Kontrak perjanjian disediakan. Beberapa pakej disediakan . Objektifnya untuk mereka yang tiada tanah atau baru nak berjinak dalam industri kambing ini belajar dan melihat peluang yang ada. Setelah berjaya, mereka boleh berpindah ke tempat mereka sendiri dan kami akan membimbing untuk mendapatkan subsidi dan peluang-peluang lain.Berminat dan ingin maklumat lanjut, boleh hubungi 012-2327879 atau 019-2272127.Tempat adalah sangat terhad.Buat masa ini InterXpose hanya menawarkan Pusat Inkubator di Melaka dan terbaru di Hulu Langat,Selangor sahaja.Selain dari itu,tidak ada, jangan tertipu dengan penggunaaan nama syarikat interxpose untuk kawasan lain.Harap maklum.

CD USAHAWAN TERNAKAN KAMBING A-Z


Kaedah ternakan kambing yang memuatkan dari peringkat permulaan seperti jenis-jenis kambing, penyediaan kandang,cara menternak A-Z,kawalan penyakit,makanan ternakan,strategi pemasaran,analisa swot industri ternakan kambing, gambar-gambar berkaitan ternakan kambing,ubatan dan rumput ternakan, permohonan pekerja asing, tatacara aplikasi Effective Mictoorganism (Bakteria Baik) serta 10 video ringkas tentang ternakan kambing.Di samping itu dimuatkan juga cara penyediaan kertas kerja dan skim akreditasi ladang ternakan (SALT). Dengan CD ini bakal-bakal dan penternak dapat pengetahuan berguna untuk pengendalian dan pengurusan ternakan kambing. Harga CD ini dijual RM30.00 sahaja. Sesiapa berminat boleh bank in ke Maybank Ac. 157166897506 atas Mohd Hisham Idris.Sila Sms nama dan alamat penuh dan tarikh bayar ke 019-2272127.

Tuesday, May 29, 2007

RUMPUT GUATEMALA MAKANAN TERNAKAN RUMINAN

Rumput Guatemala atau nama saintifik 'Tripsacum Laxum' adalah sejenis rumput makanan ternakan. Sesuai untuk ternakan ruminan seperti lembu,kerbau dan kambing.Boleh dijadikan pastura,foder atau silaj.Harga RM1.80 /polibag. Cara membiak melalui anak pokok .akarnya berwarna merah,senang ditanam dan cepat membesar jika cukup air dan pembajaan.Beli borong dapat murah..sementara stok masih ada.

MESIN PENGISAR RUMPUT NAPIER/GUATEMALA DAN JAGUNG




Mesin Pengisar rumput/jagung buatan sendiri dengan 2 jenis model iaitu elektrik 1 kuasa kuda dan enjin petrol 5.5 kuasa kuda. Bahan-bahan dari sumber tempatan, mudah dikendalikan, alat ganti mudah diperolehi dan menjimatkan.Harga antara Rm2300 dan RM3000.
Related Posts with Thumbnails