Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Thursday, March 21, 2013

Bangunkan produk berasaskan rosel

Nik Mood Nik Wan Megat dan isterinya Rusmini Mohd. Zin menunjukkan isyarat bagus di hadapan kilang pemprosesan produk berasaskan rozel di Pasir Puteh, Kelantan. 
 
PERANAN dan tanggungjawab Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam membantu dan membimbing usahawan pertanian dan pemprosesan menerusi usaha-usaha pemindahan teknologi memang diakui sejak lama dahulu.

Banyak usahawan bimbingan MARDI yang kini berjaya dalam projek masing-masing berbekalkan semangat kecekalan dan ketekunan selain usaha institut terbabit yang mencurahkan ilmu kepada mereka sejak di peringkat awal.

Kejayaan tersebut antaranya diraih oleh pasangan suami isteri Rusmini Mohd. Zin, dan Nik Mood Nik Wan Megat, 56.Mereka memilih tanaman rosel sebagai bahan asas projek yang digerakkan bermula 1992.Meskipun tanpa pengalaman dan modal yang mencukupi, dengan berbekalkan semangat serta tanah berkelulusan seekar (0.4 hektar) mereka memulakan usaha di Wakaf Bunut, Pasir Puteh Kelantan.

Nik Mood berkata, penglibatannya dalam perusahaan rosel bermula daripada hobinya menghasilkan halwa rosel secara kecil kecilan minuman untuk kegunaan sendiri.
Bermula daripada situ dia tergerak untuk mengkomersialkan produk berkenaan kerana melihat potensinya untuk dikembangkan."Kami menanam sendiri rosel di kawasan seluas satu ekar dan membuka kilang di kawasan ini selepas setahun kemudian," ujarnya ketika ditemui bersama rombongan MARDI yang melawat kilangnya baru-baru ini. 

Rusmini yang turut hadir berkata, ketika itu mereka memulakan pelaburan sebanyak RM1,000 sahaja. tetapi dengan keyakinan, RMZ mampu membekalkan rosel kepada beberapa pihak iaitu untuk anggota tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas), rumah anak-anak yatim dan orang tua sehinggalah kontrak tamat pada 2004.

Pada 1997 mereka menamakan syarikat tersebut sebagai RMZ. Sdn. Bhd.Namun, usaha mereka diteruskan selepas melihat perkembangan syarikat yang telah mengeluarkan pelbagai macam produk seperti kordial, halwa, minuman, sos dan jeli."Untungnya kami merupakan perintis (penghasilan rosel) kerana ketika itu ramai orang tidak mengenalinya,'' ujar Rusmini yang pernah bekerja sebagai petani dan pelbagai pekerjaan lain termasuk pemasaran yang akhirnya dijadikan panduan berniaga.

Kejayaan itu juga berkat kegigihan suaminya yang tidak berputus asa memperkenalkan rosel kepada orang ramai menerusi penyertaan dalam ekspo dan pameran.Malah Rusmini mengakui, bantuan MARDI khususnya pakar teknologi makanannya, Ghani Senik ketika itu yang banyak memberi bantuan tenkikal menjadi faktor kejayaan mereka.

Malah bagi Nik Mood pula, MARDI Pasir Puteh yang sering mengadakan lawatan ke kilang mereka untuk meningkatkan mutu produk memberi harapan baru kepada projek berkenaan memandangkan pada satu ketika dia menghadapi masalah kualiti yang semakin menurun selain masalah pelabelan yang tidak mengikut perundangan.
Ekoran daripada itu, dia menghadiri beberapa kursus berkaitan industri tersebut anjuran MARDI bertujuan menambahbaik produk sedia ada.
MARDI, kata beliau, membantu mengawal mutu produk yang dihasilkan selain menambah baik kaedah pembungkusanIni termasuk kursus keselamatan makanan dan pemprosesan.Selain produk sedia ada, RMZ kata Nik Mood juga mengeluarkan acar dengan jenama RMZ.
Memetik kata-kata beliau dalam buku Kejayaan 50 Usahawan Bimbingan MARDI (Siri 1 Industri Makanan):
"MARDI merupakan tempat bagi usahawan baru seperti saya menimba ilmu bagi meningkatkan teknologi pemprosesan makanan dan pelabelan sebelum melangkah jauh ke arena global."
Related Posts with Thumbnails