Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Wednesday, September 30, 2009

935 usahawan tani catat jualan lebih RM50,000

Peningkatan bukti program berkesan

KUCHING: Sembilan daripada 12,149 usahawan baru industri asas tani yang dilahirkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di negara ini setakat ini, mencatat jualan tahunan antara RM10 juta hingga RM25 juta.

Seramai 165 daripada jumlah itu pula mencatat jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM10 juta, manakala 129 orang merekodkan jualan tahunan antara RM250,000 hingga RM1 juta.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata seramai 935 lagi usahawan baru berkenaan mencatat jualan tahunan antara RM50,000 hingga RM100,000, manakala 10,739 lagi mencatat jualan kurang daripada RM50,000.

Beliau berkata, sejak awal tahun ini saja, 594 usahawan baru industri asas tani berjaya dilahirkan di negara ini.

"Dalam tempoh tiga bulan (April hingga Jun tahun ini), tiga daripada 594 usahawan baru ini berjaya mencatat jualan antara RM1 juta hingga RM10 juta.

"Seramai 14 lagi mencatat jualan antara RM250,000 hingga RM1 juta; 19 usahawan (RM100,000 hingga RM250,000), 37 (RM50,000 hingga RM100,000), manakala 521 kurang RM50,000," katanya.

Rohani berkata, sejak 2006 sejumlah 11,555 usahawan baru dilahirkan melalui dua program utama, iaitu Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Jabatan/Agensi serta Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan.

Katanya, sasaran program berkenaan adalah untuk membangunkan seramai 15,000 usahawan industri asas tani menjelang 2010.

"Mereka ini disasarkan mempunyai pulangan atau pendapatan RM2,000 bersih sebulan bagi usahawan yang dinaikkan taraf dan meningkatkan kualiti produk ke pasaran global yang menepati persijilan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, keberkesanan program dilaksanakan kementerian setakat ini, boleh dilihat dari segi peningkatan jumlah pengeluaran serta pendapatan usahawan terbabit.

Sementara itu, katanya, kementerian sedang menggiatkan pelaksanaan bagi projek Pakej Rangsangan Ekonomi untuk memastikan impak terhadap pertumbuhan ekonomi negara dapat memberi kesan, terutama terhadap sektor pertanian.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, kementerian itu diperuntukkan RM504.3 juta khusus bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam sektor pertanian. Kementeriannya, kata Rohani, membelanjakan RM175.2 juta, iaitu 35 peratus daripada peruntukan diluluskan.

"Bagi skim mikro kredit di bawah Agrobank dan pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) lebih 9,500 peminjam menerima faedah, manakala lebih 1,550 kontraktor kecil mendapat faedah daripada projek infrastruktur pertanian yang dijalankan kementerian," katanya.
Related Posts with Thumbnails