DUA ekor anak kambing kacukan Boer dan Black Bengal. - Gambar Bernama
|
Can't find it? Try this.
Tuesday, September 4, 2012
Kacukan Boer-Black Bengal pertama di dunia
Tuesday, May 11, 2010
Rahsia dan Khasiat Pokok Malberi
Pokok Malberi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri bukan sahaja untuk ternakan tetapi juga untuk manusia. Tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional negeri Cina sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini boleh dimanfaatkan.Buahnya ynag masak dibuat jem atau dimakan mentah, daunnya dijadikan teh, batang serta akar dijadikan rebusan untuk diminum.Khasiatnya yang paling popular dalam formulasi tradisional ialah mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengunragkan kolesterol dalam darah. Lebih terperinci lihat kat http://mulberrymalaysia.blogspot.com
Apa yang ingin saya nyatakan di sini bahawa kandungan protein yang ada pada daun mulberi ini amat tinggi iaitu 21.2% dan boleh diberikan kepada semua jenis ternakan seperti Lembu, Kambing, Rusa, Arnab dll.
Saya amat mencadangkan agar penternak sekalian menanam pokok ini bagi memperbanyakkan sumber hijau yang amat perlu ke atas haiwan ternakan kita di samping dengan pelbagai jenis rumput napier lain seperti India,Taiwan dll. Dengan ini ternakan tersebut mempunyai kepelbagaian sumber hijau yang ada dan seterusnya dapat mengurangkan penggunaan pelet dan seterusnya mengurangkan lagi kos operasi kita seharian.
Cara penanamannya pun amat mudah dimana just potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih).
Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 . Gambar di bawah Anak pokok Malberi dalam polibag lebih kurang 2-4 minggu seperti :
Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya.
Gambar di bawah ni pokok dah berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat.
Konsep yang saya perkenalkan sekarang:
'1 Malberi 1 Rumah'
Boleh ditanam dalam pasu, penat2 boleh makan.
Silap andaian makan daging kambing
Namun pandangan ini disanggah pakar bioteknologi pembiakan, Prof Dr Ramli Abdullah yang mana katanya, kadar lemak kambing hampir sama dengan ayam iaitu kira-kira tiga peratus.
Apa yang berlaku ialah mereka mungkin mengambil daging kambing biri-biri kerana berbanding kambing, peratus lemak dalam biri-biri ialah sebanyak 16 peratus.
Mengenai panas, sememangnya daging kambing panas dan kerana itu penduduk di negeri China gemar mengambil daging kambing pada musim sejuk kerana ia dapat memanaskan badan, katanya.
Katanya, persepsi makan daging kambing boleh meningkatkan tekanan darah sudah lama di kalangan masyarakat kita dan apa yang berlaku, faktor psikologi yang mungkin meningkatkan tekanan darah seseorang.
Ini kerana, persepsi itu sudah disematkan dalam kepala dan dengan mengambil daging kambing, secara psikologi ia mungkin meningkatkan tekanan darah kerana seseorang itu mungkin berasa risau terhadap kesan yang mungkin dialami, katanya.
Digolongkan sebagai daging merah, daging kambing mempunyai rasa unik dan ia dikelaskan sebagai cabrito atau chevon bergantung kepada usia ternakan ini disembelih.
Cabrito ialah daging kambing yang berusia seminggu dan banyak digunakan untuk tujuan barbeku serta digemari kumpulan etnik tertentu, manakala chevon pula daging kambing dewasa.
Bagi 100 gram daging kambing yang dipanggang ia mengandungi 143 kalori, 27 gram protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium dan 75 miligram kolestrol.
Secara perbandingan, bagi setiap 3 auns daging kambing yang dimasak ia mengandungi 2.58 gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri yang mengandungi 16 gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu.
Kata Prof Ramli, ini jelas menunjukkan kadar lemak dan kolestrol pada daging kambing kurang daripada biri-biri dan lembu. Malah, sebuah universiti di New York juga menjalankan kajian yang mana daging kambing diberikan kepada penghidap penyakit kardiovaskular.
Seperti juga dagingnya, susu kambing mempunyai khasiat tertentu dan dijadikan antara susu alternatif, tambahan kepada susu ibu. Ia dikatakan lebih mudah diresapi, rendah lemak serta laktosa dan kaya kandungan protein.
Nikotinik asid yang terkandung di dalam susu kambing dikatakan membantu fungsi pencernaan, memperbaiki kesihatan kulit, meningkatkan pengaliran darah serta menghalang migrain juga menghilangkan bau nafas.
Meminum segelas susu kambing panas sebelum tidur mampu memberikan tidur yang nyenyak dan ia juga baik bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang menghadapi masalah kencing malam (bed-wetting).
Sebuah buku yang ditulis untuk Majlis Penyelidikan Asma dan Persatuan Eczema Kebangsaan mencadangkan penggunaan produk berasaskan kambing bagi merawat lelah, eczema serta masalah kulit.
Monday, March 29, 2010
Ladang kontrak pawah bantu golongan susah
| |
| LADANG ternakan Falcon Livestock Sdn. Bhd. yang terletak di Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan. |
PENGALAMAN membantu ayah membela lembu ketika berusia 15 tahun telah menyuntik semangat beliau untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bertitik tolak daripada situ, Muhammad Fauzi Daud, 46, telah mencuba pelbagai perniagaan demi mencari kepuasan dalam bidang tersebut.
Antara yang sukses adalah perusahaan perabot di mana beliau akhirnya berjaya mempunyai kilang perabotnya sendiri.
Menjelang tahun 1997, beliau mencuba nasib dalam bidang penternakan pula apabila membeli 20 ekor kambing baka Jamnapari daripada Indonesia.
Selain baka itu, beliau turut menternak kambing daripada jenis Boer dan kambing kampung di samping ternakan lain seperti lembu serta rusa.
''Selepas lima tahun terlibat dalam aktiviti ini, saya merasakan adalah lebih baik saya memberi fokus kepada satu jenis ternakan sahaja.
''Ketika itu saya melihat baka Jamnapari mempunyai potensi untuk diperkembangkan kerana mempunyai susu dan daging selain mudah diternak,'' katanya ketika ditemui di ladang ternakan kambingnya di Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Justeru, bermula tahun 2005, beliau mula merangka strategi memperluas projek ternakannya dengan memperkenalkan konsep ladang kontrak.
Beliau yang sebelum itu telah menubuhkan syarikat United Falcon Sdn. Bhd. pada tahun 1995 memulakan operasi penternakan menerusi Projek Mini Perladangan Kontrak Kambing dan Bebiri.
Projek berkenaan menawarkan pakej bekalan baka, pembinaan kandang, kursus, pemantauan projek, mesin memproses makanan, khidmat susulan serta pembelian balik anak kambing yang berusia enam bulan dan ke atas.
Peringkat awal pelaksanaan projek itu telah mendapat sokongan daripada beberapa agensi kerajaan seperti Felda dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.
Pada tahun 2005 pula, syarikat berkenaan telah dijenamakan semula sebagai Falcon Livestock Sdn. Bhd. dengan operasi penternakan telah diusahakan di ladang seluas 20 ekar yang terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Beliau yang juga Pengarah Urusan syarikat itu memberitahu, pihaknya turut menerima penyertaan daripada Kementerian Pertanian di bawah penyeliaan Jabatan Veterinar.
Jabatan berkenaan akan bertindak sebagai mentor kepada pelaksanaan Projek Mini Perladangan kontrak Sistem Pawah di kawasan bandar, pinggir bandar serta luar bandar.
Menarik mengenai konsep ladang kontrak pawah, ia menyasarkan penyertaan dari golongan miskin, miskin tegar dan juga berpendapatan rendah.
''Menerusi sistem ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan membeli sebanyak 27 ekor kambing daripada syarikat kami untuk diberi kepada penternak.
''Penternak pula hanya perlu membayar sebahagian sahaja daripada kos ternakan iaitu RM25,000 menerusi pembiayaan Tekun Nasional (Tekun) di bawah skim pinjaman kredit mikro.
''Dalam masa kontrak selama lima tahun, penternak perlu mengembalikan semula 27 ekor kambing kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai pusingan untuk diberikan kepada penternak lain pula,'' jelasnya.
Cara itu akan memudahkan penternak kerana mereka tidak akan terbeban dengan hutang pinjaman sehingga seratus peratus.
Mereka turut mendapat jaminan kejayaan aktiviti ternakan dan pasti tidak akan berhadapan dengan masalah teknikal serta pasaran kerana pihak syarikat telah menyediakan modul penternakan lengkap.
Konsep pawah itu juga tidak memerlukan kawasan ternakan yang luas untuk meminimumkan penggunaan tanah dengan konsep satu ekar bersamaan 100 ekor kambing.
Dari segi makanan ternakan pula, syarikat itu memperkenalkan konsep pemakanan kos rendah yang tidak menggunakan palet menerusi bantuan penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Namun, untuk peringkat tiga bulan pertama, para penternak akan dibekalkan dengan makanan berkhasiat tinggi serta ubat-ubatan untuk mengelakkan haiwan ternakan mengalami tekanan atau stres.
''Penternak akan diajar cara mengadun makanan daripada daun, rumput yang ditanam dan rumput liar bagi memastikan ia cukup nutrien dan sesuai untuk pembiakan kambing.
''Rumput dan daun ini akan diadun dengan jerami padi serta bahan buangan industri lain yang bersesuaian.
''Kita juga ada menjalankan aktiviti penanaman rumput dari jenis Napier, Malberi dan Gliricidia. Kesemua jenis ini mempunyai kandungan protein sehingga 15 peratus,'' katanya.
Dari segi pembiakan, para penternak akan dibimbing untuk membiakkan baka secara natural menggunakan pejantan.
Faktor kesihatan turut diberi keutamaan di mana pemeriksaan akan dibuat enam bulan sekali bagi memastikan ladang dan haiwan ternakan bebas daripada sebarang wabak penyakit.
''Konsep penternakan kos rendah ini mengetengahkan sistem sekuriti bio untuk keselamatan haiwan ternakan.
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berterusan juga dijalankan bersama Mardi serta JPV.
''Kita turut mengamalkan konsep bebas bahan buangan kerana najis-najis haiwan ini akan di kitar semula sebagai baja tanaman seperti rumput, pisang, jagung dan ubi selain dijual dalam bentuk sebagai baja organik.
''Untuk pembinaan kandang pula, ia akan menggunakan material terbuang dan masih berada dalam keadaan baik. Reka bentuk kandang juga akan berubah-ubah dan mengalami peningkatan dari semasa ke semasa,'' jelasnya.
Sebanyak empat jenis pakej perladangan kontrak disediakan untuk para penternak iaitu RM20,000, RM30,000, RM40,000 dan RM55,000.
Di samping itu, terdapat lagi tiga projek individu yang melibatkan kos RM100,000 di Selangor dan Negeri Sembilan untuk fungsi pengeluaran susu serta sebuah ladang di Pahang untuk pembiakbakaan.
Selepas menjalankan penternakan selama setahun, penternakan diberi jaminan memperolehi pendapatan tambahan antara RM300 hingga RM1,500 bergantung kepada pakej yang diambil.
Setakat ini sebanyak 38 projek di bawah Felda, 50 projek TEKUN , 40 projek JPV dan 30 projek individu dari seluruh negara telah dilaksanakan di bawah syarikat tersebut.
Ia tidak termasuk projek daripada kalangan Orang Asli di sekitar kawasan Kampung Tekir dan Labu di Negeri Sembilan.
Selain di Lenggeng, Falcon Livestock Sdn. Bhd. turut mempunyai cawangan ladang ternakan di Berjuntai Bestari, Selangor.
Untuk pasaran, syarikat itu mempunyai pusat jualan yang dikenali sebagai Halal Eksotik di Semenyih, Selangor untuk tujuan jualan daging, pembelian aqiqah dan juga korban
Dengan segala perkhidmatan yang disediakan, Fauzi berharap lebih banyak organisasi kerajaan dan swasta tampil bekerjasama dengan syarikatnya untuk membantu golongan susah keluar dari belenggu kemiskinan.
Menurutnya lagi, inisiatif itu juga secara tidak langsung dapat menambahkan populasi kambing di negara ini bagi memenuhi permintaan sebanyak 1.5 juta ekor setahun.
Mereka yang berminat untuk menyertai program ladang kontrak berkenaan boleh menghubungi Fauzi di talian 019-6509690 atau 03-55115233/5244.
Sumber:Utusan Malaysia
Monday, January 4, 2010
Among pilih pertanian meskipun ada tiga ijazah
| |
| KAMBING Boer yang kian popular di kalangan penternak kambing turut diternak oleh Azizuzanadi Zainuddin. - Gambar hiasan |
KETIKA penulis tiba di kediamannya di Kampung Hayat, Simpang Pelangai, terletak kira-kira 46 km dari Bentong, beliau sedang bertukang di kandang kambingnya.
"Beginilah kalau kerja sendirian, semua kena buat sendiri," kata Azizuzanadi Zainuddin, 39, sambil mengetuk papan untuk dijadikan bekas makanan kambing-kambing baka Feral dari Australia.
Berbanding kambing lain yang begitu riuh mengembek, baka kambing Australia ini berkumpul di satu sudut ketika Azizuzanadi atau lebih mesra dengan panggilan Among, membuat kerja tukangannya.
"Kambing Australia ini baru saya dapat, mungkin ternakan ini tak biasa lagi dengan kandang ini, sebab itu diam sahaja," kata Among berseloroh.
Kandang kambing dua tingkat itu siap dibina Mac tahun lalu. Kos membina kandang mencecah RM90,000 dan sebahagian besar wang diperoleh daripada pinjaman TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan bantuan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan Pelangai).
Di bahagian bawah kandang terdapat stor menyimpan makanan, peralatan dan keperluan. Di lantai bawah itu juga. dia membakar rumput kering yang menghasilkan asap untuk menghalau agas dan nyamuk. Tinja kambing turut dikumpul di lantai bawah dan dibakar untuk dijadikan baja.
Di bahagian atas terdapat beberapa petak kandang yang mengasingkan kambing ternakan mengikut jenis, saiz dan umur.
Pendidikan tinggi
Mendengar sketsa liku-liku kehidupan penternak muda ini, anak seorang pesara tentera, menunjukkan beliau bukan calang-calang orangnya dari segi pencapaian akademik.
Beliau bersekolah agama dari peringkat sekolah rendah hingga menengah. Tamat tingkatan lima, beliau memilih menyambung pelajaran di sekolah pondok, Sekolah Agama Rakyat Al-Nadhah, Kota Sarang Semut, Kedah selama dua tahun.
Meskipun mendapat peluang untuk ke Universiti Al Azhar, dia memilih untuk ke sekolah Pondok Sungai Jagung, Pendang, Kedah dan belajar selama tiga tahun lagi.
Tamat belajar di sekolah pondok, dia kembali ke kampung halamannya dan membuat kerja kampung selama dua tahun termasuk menoreh getah di kebun datuk dan neneknya serta menanam pisang.
Meskipun bersekolah agama dan pondok, anak muda ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis pada 1992 dalam bidang pengajian perniagaan.
Semua boleh
Tamat belajar di UiTM, dia melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat (AS) untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan di Northwood University, Midland, Michigan atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Tamat pengajian peringkat ijazah, dia tidak terus kembali ke tanah air. Anak perantau ini tidak mahu melepaskan peluang menimba pengalaman bekerja di negara asing.
Beliau bukan setakat melakukan dua kerja tetapi juga menyambung pengajian di peringkat sarjana, dengan belanja sendiri, bukan satu tetapi tiga, iaitu Masters in Information System, Masters in International Business dan Masters in Risk Management. Azizuzanadi mengikuti pengajian ketiga-tiga ijazah sarjana itu di Universiti Concordia, Mequon, Wisconsin.
Tamat pengajian ijazah sarjana, beliau tinggal beberapa tahun lagi di Amerika dan memulakan perniagaan pengedaran kebanyakannya produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia serta produk etnik Asia da Mexico.
"Saya menyewa sebuah gudang di Greendale, Wisconsin untuk perniagaan saya iTU. Sambutan untuk produk Malaysia dan Asia memang bagus tetapi yang mengecewakan saya ialah bila saya dapat tawaran membekal sos masam manis dalam kuantiti yang besar untuk Walmart, rangkaian pasaran yang hebat di Amerika, tak ada pihak di tanah air yang sanggup membekalkan saya produk berkenaan," keluh Among.
Usahawan tani
Setelah hampir 10 tahun di perantauan, Among kembali ke tanah air pada April 2007.
"Kalau makan gaji, kita yang lelah bekerja tetapi orang lain yang mengecap kejayaannya," jelasnya.
Among mahu menjadi usahawan dan memilih untuk meneroka bidang pertanian di sebalik tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dari sebuah institut pengajian tinggi awam tempatan.
"Semasa belajar di Amerika, saya berpeluang melawat banyak ladang lembu dan jagung. Saya juga pernah bekerja sambilan di ladang dan saya melihat sendiri betapa majunya peladang-peladang di negara itu. Saya diberitahu kerajaan mereka banyak membantu dan memasarkan produk yang dihasilkan.
"Sememangnya jika dibandingkan dengan industri pertanian di tanah air, kita masih jauh ketinggalan. Di situlah datang tekad untuk saya jadikan bidang pertanian sebagai karier saya," jelas Among.
Sekembalinya ke tanah air, Among tidak membuang masa dan mengikuti pelbagai kursus termasuk anjuran Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (Medec), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Perikanan.
Antara kursus yang disertainya ialah kursus ternakan ikan dalam sangkar, kursus membuat makanan ternakan, kursus pembenihan ikan, kursus penyakit ternakan kambing dan kursus ternakan kambing peringkat ladang.
"Habis sahaja kursus ternakan ikan, saya buat dulu ternakan kambing pada Disember 2007. Saya beli 20 ekor kambing dari sebuah ladang di Nilai, Negeri Sembilan yang terpaksa gulung tikar.
"Saya belanja lebih RM5,000 untuk beli kambing-kambing ini," kata Among dengan menambah kemudian membeli 39 ekor lagi kambing dengan kos kira-kira RM15,000.
Menurut Among, dia hampir berputus asa bila banyak kambing ternakannya mati dan bantuan yang diharapkan daripada jabatan yang berwajib tidak diterima secepat yang diharapkan.
Hasil penat lelahnya, Among kini mempunyai kira-kira 100 ekor kambing daripada pelbagai jenis termasuk kambing biri-biri dan kambing Feral dari Australia, kambing Jamnapari dari Indonesia, kambing Katjang (baka kacukan tempatan dan Anglo Nubian) dan kambing Boer.
Beliau juga membuka sebuah ladang di Jelebu, Negeri Sembilan untuk ternakan kambing biri-biri yang kini berjumlah 37 ekor dan dijaga oleh pak ciknya.
Among kini mengorak langkah mempelbagaikan ternakannya dengan mengusahakan ternakan ikan keli di tanah berhampiran ladang kelapa sawit milik pakciknya.
Beliau bermula dengan 100,000 anak ikan keli yang dipeliharanya di tiga buah kolah batu termasuk sebuah kolam tanah untuk asuhan anak benih sehingga tahap matang.
"Saya ternak ikan keli ini untuk mendapatkan aliran tunai. Sekarang, tiap-tiap hari ikan boleh dijual. Purata dalam sebulan saya boleh dapat antara RM1,000 hingga RM2,000," katanya sambil berkata, dia juga menjual ikan keli salai dengan harga RM18 sekilo.
Among mempunyai rancangan besar untuk perniagaan ternakannya, cuma kekangan utama ialah aliran wang tunai.
Jadual kerja Among sememangnya padat, bermula sebaik selepas subuh hinggalah tengah malam. Ternakannya bukan sahaja perlu diberi makan tiga kali sehari tetapi kandang juga perlu dibersihkan.
Di antara kesibukan di kandang kambing, dia juga menjengah kolam-kolam ikan kelinya yang terletak kira-kira 200 meter dari kandang kambingnya.
"Memang banyak kerja yang perlu dibuat. Hujung minggu kerja, hari raya pun kerja. Kalau hendak berjaya, mesti belajar dan buat sendiri. Kena tahu apa nak buat kalau kambing sakit, kalau kambing nak beranak, kena ada pengetahuan.
"Saya biasa buat kerja dari peringkat bawah lagi. Semasa di Amerika, saya pernah bekerja dengan sebuah restoran pizza. Saya bermula daripada mencuci lantai dan pinggan sehinggalah saya diberi kepercayaan menjadi pengurus.
"Apa yang saya belajar ialah dalam apa juga pekerjaan, kita mesti hands-on, kita mesti tahu selok-belok semua kerja, baru kita boleh pergi jauh," katanya sambil menjelaskan beliau mendapat bantuan ibu dan adiknya jika dia perlu meninggalkan ladang untuk urusan luar.
Isterinya, Zaibedah Zaharum, ialah pensyarah di UiTM, Segamat, Johor.
Pelan lima tahun
Among mempunyai rancangan besar iaitu mahu menjadikan Pelangai sebagai pusat ternakan dan pengeluar kambing utama di negeri Pahang.
Beliau meletakkan sasaran untuk memiliki kira-kira 5,000 ekor kambing dalam masa lima tahun di samping mengumpulkan penternak-penternak kecil di kawasan sekitar di bawah satu konsortium.
Di samping menambah baka kambing yang berkualiti, beliau juga mahu menubuhkan sebuah syarikat perdagangan.
"Saya sudah mengenal pasti seseorang untuk menjadi rakan kongsi bagi tujuan ini. Di bawah syarikat ini, saya rancang nak buat lelongan bukan sahaja ternakan termasuk kambing, lembu atau kerbau tetapi juga hasil pertanian yang lain.
"Syarikat saya akan mengendalikan rumah lelongan ini dan setakat ini, belum ada rumah lelongan di Malaysia. Mungkin lelongan ini kita boleh buat empat kali setahun.
"Kita juga boleh buat jualan secara online (Internet) bagi mereka yang tidak boleh datang ke Pelangai. Pelan saya ini mungkin dapat dibuat dalam masa lima tahun ini tetapi kalau ada pembantu dan komitmen daripada penternak lain, ia mungkin boleh dibuat lebih cepat lagi," kata Among. -- Bernama
Syamille Agro Farm buka restoran daging
| |
| MOHD. Zainuri di hadapan restorannya, The Butcher @ Syamille di USJ 21, Subang Jaya. |
HIDANGAN seperti stik dan daging panggang merupakan antara masakan barat yang popular dan sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Sesekali mengubah selera, pilihan menu seumpama itu pastinya menawarkan kelainan daripada hidangan nasi berlauk yang menjadi santapan rutin bagi rakyat negara ini.
Bayangkan betapa enaknya menikmati kepingan daging yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan dipanggang secara rata sebelum dihidangkan bersama kelazatan sos.
Ia pasti akan membuka selera sesiapa sahaja apatah lagi jika penyediaannya menggunakan daging segar yang dapat memberi lebih kepuasan dalam setiap kunyahan.
Di sana sini terdapat banyak premis makanan ala barat yang menghidang menu ini dengan pelbagai pendekatan jualan seperti konsep koboi, kafe moden dan tidak kurang juga restoran mewah serta eksklusif.
Selain keselesaan, pelaksanaan cara tersebut sebenarnya bertujuan untuk memberi pengalaman terbaik kepada para pelanggan ketika menjamu selera seiring dengan konsep makanan yang dihidangkan.
Mencari kelainan, restoran The Butcher @ Syamille yang terletak di USJ 21, Subang Jaya telah tampil dengan konsep yang cukup unik dan menarik iaitu menerusi kedai jualan daging segar.
Mungkin jarang didengar, namun bagi pemilik restoran, Mohd. Zainuri Mohd. Idrus, beliau mempunyai penjelasan tersendiri mengapa mengetengahkan konsep berkenaan.
Ketika premis tersebut dibuka pada bulan Jun lalu, ia pada asalnya memang digunakan untuk tujuan aktiviti jualan produk daging segar.
Ini kerana Mohd. Zainuri yang mempunyai ladang ternakan sendiri berhasrat menjadikan kedai itu sebagai pusat jualan untuk produk daging lembu dan kambingnya.
''Semasa majlis pelancaran premis ini, ramai di antara pengunjung memuji keenakan makanan yang dihidangkan.
''Sejak itu, pelanggan-pelangan yang datang membeli daging di kedai ini pasti akan meminta kami memasakannya sekali,'' katanya ketika ditemui di kedainya baru-baru ini.
Penerimaan baik itu telah memberi idea kepada beliau untuk menjadikan kedai tersebut sebagai restoran jualan makanan berasaskan daging.
Konsep yang dipilih sememangnya unik kerana jarang kita temui perusahaan daging diusahakan secara kitaran lengkap.
Ia bermula dengan proses pembiakbakaan, menternak, pengeluaran makanan ternakan dan baja kompos, memproses serta menjual daging segar dan akhir sekali disediakan sebagai hidangan.
Kesemua bahan mentah daging kambing dan lembu diperolehi secara terus dari ladang ternakannya sendiri, Syamille Agro Farm & Resort yang terletak di Kampung Chuar Hulu, Kati, Kuala Kangsar.
Beliau tidak menjual haiwan ternakan tersebut sama ada secara hidup atau pun telah diproses kepada pemborong kerana semuanya digunakan untuk keperluan kedainya.
Bagi memenuhi keperluan sumber yang semakin meningkat, beliau kini telah memulakan projek ternakan di tanah seluas 50 ekar di Perlis selain bercadang membuka beberapa lagi ladang di Pahang dan Negeri Sembilan.
Melihat kepada perkidmatan yang ditawarkan di restorannya, ia amat berbeza daripada premis makanan barat lain kerana menonjolkan pelbagai keunikan.
''Dekorasi restoran ini ditampilkan dalam bentuk santai dan ringkas untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman seperti berada di rumah.
''Selain itu, kesemua menu di sini disediakan secara sihat dan semulajadi tanpa penggunaan bahan penambah perisa, garam atau pun minyak
''Pelanggan juga boleh menentukan sendiri berat daging yang ingin dipesan berdasarkan bajet dan banyak mana mereka mahu makan,'' jelas bapa kepada seorang anak itu.
Bagi pelanggan yang datang secara berkumpulan, terdapat beberapa pakej disediakan untuk kuantiti hidangan yang bersesuaian.
Restoran berkenaan mempunyai kaedah penyediaan makanan tersendiri dengan penelitian kualiti maksimum agar semua pelanggan dapat menikmati hidangan daging segar.
Memandangkan pada asalnya restoran itu merupakan tempat memproses daging, ia telah dilengkapi dengan peralatan seperti bilik sejuk beku, bilik dingin, mesin memproses dan mesin vakum.
Semua daging mentah yang baru tiba akan menjalani proses kematangan selama lebih kurang 21 hari untuk membuang tisu, darah dan lemak yang mengandungi kolestrol.
Sepanjang aktiviti itu, daging akan disimpan di dalam pembalut nilon yang telah melalui proses vakum terlebih dahulu.
Selepas itu, barulah daging-daging itu sedia untuk dijual secara mentah atau dimasak mengikut menu yang diinginkan pelanggan.
''Kita juga ada menjual daging yang telah siap diperap dengan ramuan khas di dalam pembalut nilon.
''Untuk menyediakan hidangan itu di rumah, pengguna hanya perlu merendam daging bersama pembalut nilon di dalam air mendidih untuk jangka masa tertentu bergantung tahap masak yang diinginkan,'' katanya.
Antara menu yang ditawarkan adalah daging lembu jenis Wa'gyu atau Angus dan kambing yang dimasak secara BBQ, panggang, goreng serta gril.
Sebagai penambah perisa, masakan itu akan dihidangkan bersama tiga jenis pilihan sos iaitu sos lada hitam, sos coklat dan sos cendawan putih.
Selain itu, terdapat juga beberapa menu tambahan seperti ikan yellow panggang, jejari kentang, kentang putar, piza, pasta, coleslaw dan juga kebab.
Lebih menarik, pelanggan yang makan di restoran boleh memesan apa sahaja minuman panas atau sejuk secara percuma.
Penerimaan positif terhadap restoran itu telah mendorong bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu untuk membuka cawangan The Butcher @ Syamille di Ampang selain sebuah lagi cawangan di Subang Jaya yang sedang dalam perancangan.
Di samping itu, beliau turut menerima pelawaan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk membuka cawangan restoran itu di sebuah lokasi di Serdang.
Dari segi tenaga kerja, setakat ini beliau mempunyai empat orang chef yang akan membantu operasi di cawangan USJ dan juga Ampang.
Restoran berkenaan dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga lewat malam.
Bagi memperkembangkan produk makanannya, beliau turut mengambil inisiatif membuat jualan secara dapur bergerak atau katering untuk majlis organisasi dan parti keluarga.
Bagi tujuan sama, beliau juga kini membuka tawaran mengkomersialkan restoran tersebut kepada pengusaha bumiputera yang berminat.
Pada peringkat awal, tumpuan lebih diberikan kepada pengusaha yang ingin melaksanakannya di sekitar kawasan Lembah Klang.
Ia melibatkan pelaburan antara RM100,000 hingga RM500,000 bergantung kepada saiz dan bentuk kedai serta produk yang ingin dijual.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Hiruddin di talian 012-3351010 atau Mustafa di 012-9111777.
Maklumat lanjut mengenai restoran tersebut boleh diperolehi menerusi laman web www.thebutchersyamille.webs.com.
Sumber:Utusan Malaysia
Wednesday, November 11, 2009
Pak Lang perkenal konsep 'kambing rakyat'
| |
| Alang Perang Zainuddin mahu supaya penternak kambing memahami konsep sebenar dalam melaksanakan projek yang menguntungkan. |
INDUSTRI ternakan ruminan tempatan masih bergantung kepada import dalam memenuhi keperluan daging negara.
Justeru, usaha perlu dipertingkatkan supaya hasrat dan matlamat yang masih terlalu jauh itu dapat dicapai.
Dalam industri ternakan kambing, Dasar Kambing Negara yang telah digubal bertujuan meningkatkan pengeluaran daging kambing iaitu meningkatkan populasi asas ternakan kambing mencapai lebih kurang 1.1 juta ekor induk.
Perlu kita ingat bahawa ada dua jenis ternakan berlainan iaitu kambing dan juga biri-biri.
Bagi kaedah pertama mendapatkan kambing, kita terpaksa mendapatkan baka dari luar negara terutama Australia pada harga yang tinggi.
Ini akan menimbulkan masalah untuk mencapai matlamat 1.1 juta ekor induk kerana harganya mahal sedangkan kita boleh mencari alternatif lain.
Pengalaman ini telah dilalui oleh penternak-penternak kaum India yang amat faham tentang keperluan masyarakat Islam yang memerlukan kambing untuk tujuan akikah dan korban.
Oleh itu, tanpa kesedaran orang Melayu, mereka beralih daripada ternakan kambing ke ternakan biri-biri kerana ternakan ini mencapai kematangan lebih cepat iaitu setahun berbanding kambing yang memerlukan masa dua tahun.
Selain itu, ternakan biri-biri ini memerlukan kos yang rendah sahaja untuk perubatan dan kos pengeluaran menyeluruh lebih rendah daripada kambing kerana ketahanan daripada serangan penyakit lebih tinggi.
Memilih biri-biri
Pada masa sama, masyarakat Melayu lebih cenderung memilih daging biri-biri berbanding kambing.
Oleh kerana kematangannya cepat, bekalan daging biri-biri boleh ditingkatkan lebih pantas berbanding kambing biasa.
Pada masa sama, anak bebiri juga boleh hidup berasingan lebih cepat berbanding kambing biasa sekurang-kurangnya setahun baru bercerai susu.
Kedua, bagi meningkatkan keupayaan daya saing dan kemampanan industri usaha pembiakbakaan harus dipertingkatkan. Bukan kambing sahaja, tetapi juga biri-biri yang bersistematik dan tersusun, meningkatkan nilai tambah dan memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan.
Ketiga, menambahbaik persekitaran bisnes dan prasarana industri serta skim insentif melalui pengukuhan dana pembiayaan, mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian, merevolusikan pemberian insentif, pengukuhan penyampaian perkhidmatan, zon pengeluaran makanan, sistem maklumat dan pembangunan sumber manusia.
Keempat, pengukuhan langkah sanitari dan fitosanitari (SPS) dengan meningkatkan program kawalan penyakit untuk melancarkan pemasaran produk di dalam dan luar negara.
Kelima ialah menambahbaik kualiti produk dan bahan tambah nilai dengan perlaksanaan skim Amalan Ladang Ternakan yang baik (SALT) .
Sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menjayakan Dasar Pengeluaran Daging Kambing Negara, kerajaan telah pun menubuhkan Pusat Pembiakan Boer Nasional (NBBC) yang menyediakan pelan rangkaian pengeluaran dan pemasaran yang bersistematik dalam kuantiti yang mega dalam negara.
Bagaimanapun di sebalik semua itu, ada sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian oleh mereka yang berminat menceburi bidang penternakan.
Ini kerana terlalu ramai yang menanam cita-cita beranjak ke bidang pertanian sejak kerajaan ingin membuka lembaran baru menggalakkan rakyat menceburinya secara komersial.
Namun, senario yang sebenarnya tidak semudah yang disangka apabila mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang penternakan tetapi tidak memiliki keperluan asas seperti modal, kepakaran dan kawasan yang mencukupi.
Ternakan kambing dan lembu pada anggapan biasa memerlukan kawasan yang luas bergantung kepada sistem yang digunakan sama ada fidlot, lepas bebas atau kandang.
Demikian juga apabila bakal penternak ingin mendapatkan baka yang mereka inginkan, maka banyak usaha perlu dilakukan, terutamanya menentukan harga yang mengikut kemampuan dan pasaran.
Mudah kata, menceburi bidang penternakan bukanlah semudah yang difikirkan meskipun ramai telah berjaya mengharunginya dan telah bergelar usahawan ternak.
Kos merupakan salah satu faktor yang memainkan peranan penting menentukan kejayaan usaha tersebut di samping aspek lain yang menjadi keperluan asas seperti kemudahan, ilmu dan tinjauan pasaran.
Antara jalan penyelamat bagi mereka yang ingin memulakan usaha penternakan ruminan terutamanya kambing ialah bermula secara kecil-kecilan.
Konsep penggunaan kemudahan infrastruktur yang mudah ini boleh dipraktikkan kerana ia bukan sahaja menjimatkan kos tetapi mudah dikatakan sangat selesa untuk kambing.
Ciri-cirinya ialah kandang kambing dibina di atas tanah tanpa menggunakan tiang seperti lazimnya yang diamalkan penggunaan bahan terbuang seperti kayu, papan dan hanya memerlukan kawasan kecil.
Bagi kawasan yang terhad, ia hanya mampu memuatkan sejumlah 400 ekor kambing ternakan pada satu-satu masa.
Konsep tersebut kini dilaksanakan oleh sebuah syarikat tempatan, Buani Sdn. Bhd. sejak beberapa bulan lepas yang melibatkan pelbagai jenis baka kambing seperti Boer, Barbados dan Jamnapari dan Dopper.
Kawasan ternakan yang dibuka di Jalan Aman, Sungai Merab Tengah, Kajang, Selangor di kawasan tanah seluas kira-kira empat ekar kini telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan.
Kawasan ladang itu yang dibina menggunakan bahan terbuang tetapi tetap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas sebagai sebuah ladang ternakan yang lengkap.
Ladang tersebut pada mulanya diusahakan untuk penternakan kambing Boer tetapi diubah kepada pelbagai baka supaya lebih berdaya maju.
Menurut penasihat ladang tersebut Datuk Dr. Alang Perang Zainuddin, konsep ladang tersebut telah diubah dari 100 peratus baka Boer kepada hanya separuh baka kambing berkenaan, manakala bakinya dikhaskan kepada Barbados (45 peratus) dan Jamnapari sebanyak lima peratus.
''Saya nampak baka Barbados sesuai untuk dikembangkan tetapi mestilah yang tulen.
''Malah kita akan perkenalkan kaedah pembaikan baka tulen iaitu tanpa mencampurkan jantan baka dengan baka lain," ujarnya.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dan dan pernah berkhidmat sebagai profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, sejak dibuka syarikat tersebut telah melaburkan kira-kira RM150,000 iaitu RM20,000 untuk pembinaan infrastruktur dan bakinya untuk pembelian ternakan.
Konsep bebas, katanya, adalah persekitaran yang disukai oleh kambing manakala masalah cacing bukan suatu yang perlu dibimbangkan selagi aspek kebersihan dititikberatkan.
Namun ia tidak bermakna konsep tersebut tidak mengamalkan pengurusan yang terbaik, sebaliknya ladang tersebut juga dibina mengikut kesesuaian dan keperluan ternakan.
Malah, sebuah kawasan ladang rumput ternakan yang popular seperti Napier juga ditanam sebagai makanan kambing.
Setelah mencuba beberapa jenis rumput, beliau mengesyorkan penternak menanam rumput Napier India dan Napiter Taiwan kerana memiliki kadar protein yang tinggi sekitar 20 peratus. Jika dibaja dan dan dijaga dengan sendiri mampu mengeluarkan rumput segar yang paling tinggi.
Rumput ini akan terus mengeluarkan hasil berbanding sekoi yang terpaksa ditanam semula selepas empat atau lima kali tuaian.
''Inilah caranya kita boleh mengurangkan kos pengeluaran daging," katanya.
Rumput jenis boleh mengeluarkan hasil untuk makanan terus atau silaj yang amat tinggi.
Alang Perang bercadang memperkenalkan konsep Ladang Kambing Rakyat bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat menceburi bidang penternakan mencubanya.
''Semasa saya menjadi Pengerusi LPP, konsep ini telah diperkenalkan dan mereka yang berminat mestilah menjadi ahli PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan)," ujarnya.
Menerusi konsep ini, yang diiperkenalkan oleh LPP empat tahun lalu, kos pembangunan ternakan kambing atau biri-biri telah dapat dikurangkan kebiasaannya bagi permulaan, kira-kira 70 peratus kos adalah untuk menyediakan infrastruktur dan 30 peratus untuk baka.
Konsep kambing rakyat ini sebaliknya lebih rendah daripada segi pembangunan iaitu 30 peratus untuk infrastruktur manakala 70 peratus untuk baka.
Syaratnya cukup mudah iaitu penternak mesti menyediakan kawasan penanaman rumput untuk makanan terlebih dahulu .
Ahli-ahli PPK yang telah bermula secara kecil-kecilan dalam industri ini, boleh memohon Skim Pinjaman kambing yang perlu dibayar semula tempoh lima tahun.
Sepanjang tempoh lima tahun ini adalah kritikal kerana kambing itu sempat membiak dan bayaran balik boleh dibuat dalam tempoh munasabah iaitu selepas tiga tahun dan dibayar tempoh sepenuhnya dalam tempoh 60 bulan.
Menerusi konsep ini, tempat itu akan mempunyai kemudahan tempat pembesaran kambing, kandang pembiakan, rumah bersalin, kandang penyusuan anak dan kandang pengemukkan.
Induk-induk yang bunting akan dipindahkan ke rumah bersalin dua minggu sebelum kelahiran anaknya.
Selepas melahirkan, ibu dan anaknya akan bersama selama tiga atau empat minggu untuk tempoh penyusuan.
Kemudian ibu dan anak akan ditempatkan dalam petak komuniti yang disediakan khas dalam kandang bersalin.
Selepas dua bulan setengah bagi biri-biri dan tiga bulan bagi kambing, anak-anak ini diceriakan dengan ibunya, dan ditempatkan ke tempat penggemukan.
Ibunya pula akan ditempatkan dalam kandang pembiakan bersama-sama kambing jantan untuk selama lima bulan setengah untuk pengeluaran seterusnya.
Dalam sistem ini juga, pembakaan diawasi dengan mengelakkan berlakunya sumbang mahram atau in-breeding dengan meletakkan seekor jantan bagi setiap kumpulan kambing betina yang biasanya tidak melebihi 10 ekor.
Untuk mengelakkan sumbang mahram, seekor kambing jantan di satukan dengan sekumpulan kambing betina dan mempunyai nombor tanda dan setiap anak kambing tahu siapa bapa dan ibunya.
Bagi seorang penternak yang berdaya maju, ia mempunyai 300 ekor induk bagi membolehkan ia menjadi usahawan yang menguntungkan yang boleh memberi pendapatan tidak kurang RM1,000 sebulan.
Ini berdasarkan kepada beranak tiga kali dalam dua tahun, bilangan anak yang boleh dilahirkan dalam tempoh itu ialah 1,350 ekor.
Sumber:Utusan Malaysia
Thursday, July 30, 2009
Cubaan seludup masuk kambing gagal
Malah, keempat-empat lelaki berusia lingkungan 20-an dari Kulim, Kedah itu juga turut menggunakan lori yang dicat seakan-akan warna kenderaan milik Jabatan Veterinar dipercayai bertujuan mengelirukan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar apabila sepasukan anggota UPP negeri berjaya mengesan perbezaan butiran pada dokumen digunakan, terutama jawatan pegawai yang mengesahkan dua dokumen yang digunakan, sedangkan kedua-dua mereka individu sama.Pemeriksaan lanjut mengesahkan satu daripada dokumen digunakan iaitu untuk tujuan membawa masuk 53 kambing ke negara ini adalah palsu.
Komander UPP negeri, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman, berkata empat lelaki itu ditahan kira-kira jam 6 petang ketika mereka dalam perjalanan membawa keluar lori sarat dengan muatan kambing dan lembu dipercayai baru dibawa masuk dari negara jiran.
"Ketika pemeriksaan, mereka menunjukkan dua dokumen kebenaran Jabatan Veterinar untuk membawa masuk haiwan ternakan dari Thailand iaitu satu membabitkan dua lembu dan satu lagi bagi 53 kambing."Pemeriksaan lanjut mendapati pangkat pegawai yang mengesahkan dokumen itu berbeza, sedangkan individu berkenaan adalah sama.
"Justeru, semua 53 kambing dari jenis Jamnapari bernilai hampir RM32,000 itu dirampas," katanya.
yang dibawa masuk menggunakan dokumen palsu itu ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Ordinan Binatang 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000," katanya.
Tuesday, June 30, 2009
RM1 juta biak baka kambing
PASIR PUTEH 29 Jun – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) meluluskan peruntukan lebih RM1 juta bagi melaksanakan projek membiak baka kambing import yang terpilih di Kelantan sepanjang tahun ini.
Ketua Pengarah LPP, Mariam Mas Yaacob berkata, setakat ini, sebanyak 400 ekor baka kambing betina dan 20 ekor kambing jantan yang diimport dari Australia telah ditempah.
Bagaimanapun, katanya, buat permulaan, projek pembiakan baka kambing itu akan dikendalikan LPP negeri dan salah sebuah syarikat swasta di Jeli.
‘‘Apabila proses pembiakan baka mencapai sasaran, kambing berkenaan yang bersaiz lebih besar berbanding kambing tempatan akan diagihkan kepada petani mengikut sistem pemeliharaan secara pawah,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung LPP Tiga Daerah di sini, semalam.
Mariam Mas berkata, peruntukan yang disediakan itu adalah sebahagian daripada RM14 juta yang disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada LPP Kelantan tahun ini bagi pelaksanaan pembangunan pertanian terutama di bawah program jaminan bekalan negara yang mencukupi.
Sementara itu ketika berucap pada majlis itu, beliau memberitahu, LPP akan berusaha memperkenalkan beberapa kaedah untuk menarik minat golongan muda khususnya siswazah menganggur menganggotai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan mempermudahkan penyertaan mereka.
Menurutnya, mereka hanya dikehendaki membayar RM10 sebagai syarat mendaftar sebagai ahli, sekali gus layak mendapat pelbagai bantuan yang disediakan seperti pemilikan jentera pembajak pada separuh harga.
Beliau berkata, setakat ini, 50 peratus daripada 711,000 yang menyertai PPK di seluruh negara adalah terdiri daripada golongan yang berumur lebih 50 tahun.
Friday, April 10, 2009
HAKIKAT TERAPI KAMBING
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
Kolestrol daging lembu dan ayam.
Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal (NW1), Kelenjar Pitutary (NW2), Hati (NW12), Hempedu (NW14), Pankreas (NW15), Kelenjar Adrenal (NW13) serta hormon pembiakkan ovari dan testis (NW16).
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.
Antibiotik Semulajadi
Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.
Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.
Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.
Pengaruh Karektor
Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.
Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.
Karektor Kambing
Kambing mempunyai karektor seperti berikut;
Tegas.
Berpendirian.
Matang.
Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
Memahami arahan.
Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
Tinggi EQ (emotional quotient).
Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
Tersenyum.
Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.
Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.
Rahsia Janggut Dan Senyuman
Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.
Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.
Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.
Rawatan Penyakit Darah Tinggi
Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebegai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.
Sebelum mengambil daging kambing, pesakit dinasikatkan agar mendapatkan rawatan untuk Darah NW18 dan Thalamus NW3. Rawatan terbaik untuk menstabil dan menguatkan darah daripada penyakit darah tinggi ialah dengan pengambilan formula Basic Energy, insya Allah.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat penyakit darah tinggi atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;
Petikan dari Laman web :Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor AriffinPusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVTNo 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,31350 Ipoh, Perak
Friday, March 13, 2009
POTENSI TERNAKAN KAMBING MASA KINI
Pada masa ini populasi ternakan kambing di dalam negara di anggarkan sebanyak 241,000 ekor, manakala jumlah kambing baka ialah 120,000 ekor. Setiap tahun, melebihi 90% daging dan ternakan kambing diimpot dari luar negera terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara. Oleh itu, pembiakan kambing memang mempunyai potensi yang sangat menarik.
Pihak kerajaan telah memberi bantuan kewangan serta bantuan dari segi teknikal kepada pihak penternak untuk meningkatkan bilangan kambing dan lembu di Malaysia kepada 5 juta dalam masa 5 hingga 10 tahun. Sasaran kerajaan bagi penternakan kambing adalah untuk mengeluarkan bekalan daging kambing daripada 8% sekarang kepada 35% menjelang tahun 2015.
Dalam Rancangan Malaysia ke 9 ini, tambahan sebanyak 15,000 ekor induk betina di perlukan bagi mencapai matlamat ini. Pihak kerajaan mensasarkan sejumlah 1,070,000 ekor kambing tempatan di sembelih dengan nilai 10,700 tan metrik. Selain itu juga populasi ternakan kambing juga akan di tingkatkan kepada 3.7 juta ekor.
Mengikut perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 15,000 tan metric daging kambing (kira-kira 600 000 ekor) pada 2003. Setakat ini, hanya 1000 tan ataupun hanya 6% -7% yang diperolehi daripada penternak tempatan dan selebihnya adalah diimport. Ini adalah potensi yang sangat besar untuk penternak-penternak tempatan. Permintaan dijangka akan meningkat sehingga 20 000 metrik tan pada tahun 2010. Keperluan sara diri negara bagi daging kambing hanya dapat ditingkatkan dengan mewujudkan lebih banyak ladang pembiakbakaan yang komersial di Malaysia. (Sumber dipetik daripada laman web http://agrolink.moa.my/jph/). Malah ia juga dapat mengurangkan pengimportan daging negara dan menjimatkan pertukaran wang asing.
Friday, January 30, 2009
MJ Fatonah tubuh koperasi bekas peserta kursus
Siti Fatonah turun padang bagi meninjau sendiri masalah yang dihadapi haiwan ternakannya. |
Biasanya selepas menjalani sesuatu latihan, pelatih bergerak sendiri bagi memajukan perniagaan sendiri.
Melihat kepada kepayahan bekas peserta kursus Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah Sdn. Bhd. untuk memasarkan produk, pihak akademi telah mengambil langkah menubuhkan sebuah koperasi.
Koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Pelatih MJ Fatonah Selangor Berhad itu ditubuhkan bagi mengumpul semua bekas peserta kursus kendalian MJ Fatonah bagi bergabung tenaga dan idea meningkatkan ekonomi setiap anggotanya.
Sehingga Disember lepas, seramai 344 orang peserta telah menghadiri kursus anjuran akademi berkenaan dan 167 daripadanya menghadiri kursus Rancangan Perniagaan.
Biarpun koperasi itu masih di peringkat permohonan pendaftaran tetapi sambutan daripada bekas peserta amat menggalakkan.
Projek pertama koperasi ialah penjualan dan pembelian lembu dan kambing serta produk hiliran yang memerlukan khidmat pemasaran.
Projek kedua ialah pemprosesan dan pembekalan baja organik dari tinja lembu dan kambing yang akan dimulakan di rumah baja Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah yang menjadi pusat pengumpulan dan pemasaran.
Seterusnya, koperasi juga akan memohon pemilikan permit import ternakan lembu dan kambing bagi memudahkan anggota mendapat bekalan ternakan.
Mesyuarat Agung pertama koperasi dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Suruhanjaya Koperasi (SKM) Negeri Selangor, Amran Kadir dan turut dihadiri Yang Dipertua Koperasi KPMJF, Datuk Gumuri Husin, Pengerusi Bank SME, Zaarah Abu, Penolong Pengarah SKM Wilayah Sabak Bernam/Kuala Selangor.
Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah terletak di Lot 1449, Kampung Teluk Penyamun, Batang Berjuntai, Selangor dan mula beroperasi sejak 2005.
Kemudahan yang disediakan meliputi bilik kuliah berhawa dingin lengkap dengan alat bantu mengajar, bilik penginapan, dewan makan, surau dan kemudahan riadah.
Modul yang dibentangkan semasa kursus mementingkan kemahiran amali dan juga teori.
Antara modul latihan ialah teknik penternakan sempurna, mengenalpasti penyakit dan rawatan, reka bentuk kandang, pemakanan seimbang, Amalan Penternakan Baik (GAHP), teknik menanam rumput napier, penyembelihan halal dan logistik.
Setiap kursus akan diberi bonus modul iaitu teknik pembuatan makanan ternakan, baja organik dan penyediaan kertas kerja pinjaman pertanian.
Akademi milik MJ Fatonah diterajui Siti Fatonah Arbain sebagai Pengarah Urusan dibantu suaminya, Mohamad Jamil Mahidin sebagai Pengurus Besar.
Beliau dan suami adalah fasilitator dan pakar runding yang dilantik oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di dalam bidang ternakan lembu dan kambing dengan bantuan dari pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pegawai MARA Daerah.
Ilmu yang dikongsi telah membuahkan hasil apabila lebih 60 peratus bekas peserta telah menjalankan projek penternakan di tapak masing-masing.
Hubungan dan pemantauan berterusan kepada bekas peserta dan bantuan teknikal serta rundingan diberi tanpa caj tambahan.
MJ Fatonah bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Usahawan MARA melalui Institut Usahawan Bumiputera (IUB).
MJ Fatonah juga bekerjasama dengan Bahagian Latihan RISDA untuk kursus Ternakan Lembu dan Kambing serta Pembuatan Baja Organik.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat dan koperasi ini, pembaca boleh menghubungi Fatonah atau Jamil di talian 012-3343800 atau 017-3343800.
Komen :
Syabas dan tahniah diucapkan kepada MJ Fatonah kerana niat murni dan usaha bagi menubuhkan koperasi. Semoga dengan penubuhan koperasi itu, dapat membela nasib para penternak terutama dari segi pasaran, bekalan dan bahan makanan ternakan secara berkumpulan. Saya dari interxpose group mendoakan kejayaan MJ Fatonah dalam merealisasikan dan meningkatkan sosio ekonomi bumiputera. Sekian.
Bimbing Usahawan Daging
selepas berjaya sebagai penternak, nordin mat berusaha membimbing usahawan membangunkan outlet yang |
Setelah berjaya dalam bidang penternakan kambing Boer, melibatkan diri dalam membangunkan usahawan ternakan serta kedai berasaskan daging, kini Nordin Mat melangkah setapak lagi dengan memulakan kursus perniagaan kedai daging secara komersial.
Selaku Pengarah KMJ Supplies Sdn. Bhd., Nordin berkata, kedai daging dengan jenama Perfect Fresh & Frozen telah mula mengadakan kursus setiap bulan bagi yang berminat memulakan perniagaan kedai daging mereka sendiri.
“Program yang lepas adalah dengan kerjasama dengan Mara berkonsepkan mentor mentee dengan Perfect Fresh & Frozen bertindak sebagai mentor.
“Di bawah Program Usahawan Bumiputera MARA, seramai 50 peserta telah disaring sebelum memilih 10 orang dan daripada itu hanya lima orang telah dipilih untuk memulakan kedai mereka masing masing,” katanya ditemui semasa sesi latihan kursus memulakan kedai daging secara komersial di premisnya di Kajang, Selangor.
Katanya, ini merupakan salah satu cara untuk mentee membangunkan sebuah kedai daging dengan bantuan mentor.
“Sebagai mentor, kami memberikan komitmen dari A hingga ke Z, bermula dengan bagaimana untuk memulakan sehingga menjalankan perniagaan,” katanya.
Nordin menambah, kedai daging ini dijangka akan dapat membantu individu yang terlibat dalam penternakan memandangkan outletnya menjual pelbagai jenis produk seperti daging kambing, lembu, rusa, arnab, burung unta, burung puyuh, ayam kampung dan sebagainya.
Kursus berkenaan mengambil masa tujuh hari menggunakan tenaga pengajar profesional bagi memantapkan lagi kefahaman peserta.
“Mereka juga digalakkan menjalankan trial and error sendiri sehingga mereka benar-benar boleh menyelesaikan masalah mereka sendiri,” katanya.
Peserta juga akan diajar melayan pelanggan dengan memberikan seberapa banyak banyak maklumat mengenai potongan daging, kesesuaian dan juga resipi.
Pelanggan juga diberikan tip memilih serta penjagaan daging serta masakan yang sesuai.
Cara ini bukan saja dapat menambahkan pengetahuan pelanggan tetapi juga memberikan pilihan kepada pelanggan untuk datang lagi ke kedai berkenaan.
Apa kata peserta
Bertugas sebagai kontraktor selama 22 tahun, Hasnul Badaruddin, 42, melihat industri makanan mempunyai potensi yang besar semasa ambang kemelesetan ekonomi.
“Saya telah menjalankan tinjauan di Taman Permata, Hulu Kelang dan Bandar Sri Damansara dan mendapati permintaan terhadap produk makanan adalah tinggi.
“Selain ini industri berkenaan juga mengeluarkan produk berasaskan daging yang suci, sihat dan halal,” katanya yang bercadang untuk membuka kedai daging di Taman Permata menjelang Mac ini.
Beliau yang datang menjalani kursus berkenaan dengan anak perempuannya, Siti Norsalsabila, 18, berkata, kursus yang diikuti akan menjadi galakan untuk anaknya memulakan perniagaan.
Sementara suri rumah, Norainon Aiman, 39, mendapat dorongan suami bagi menghadiri kursus berkenaan.
“Pada mulanya saya tidak berminat untuk membuka kedai daging tetapi selepas diberikan pendedahan barulah hati saya terbuka,” katanya.
Beliau menambah, latihan yang disertai memberikan banyak ilmu yang bermanfaat mengenai keratan daging.
“Buat masa ini saya amat yakin dan merancang untuk membuka kedai di Shah Alam selewat-lewatnya Mac ini,” katanya yang tinggal di Beranang, Selangor.
Petikan dari Utusan Online...