Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Tuesday, February 8, 2011

Terramycin Pinkeye Aerosol - Pfizer - Ubat Sakit Mata


Penyakit mata atau lebih di kenali dengan Pink Eye Problem merupakan antara penyakit yang mudah berjangkit kepada ternakan kambing, bebiri dan juga lembu yang diternak secara fidlot atau intensif. Maka pengasingan segera ternakan yang di jangkiti perlu dilakukan untuk mengurangkan dan mencegah daripada ianya merebak ke ternakan lain.


Ia boleh menyerang sebelah mahupun kedua-dua belah mata ternakan, dengan penglihatan ternakan yang akan menjadi kabur maka selera serta nafsu makan akan berkurangan. Ia juga boleh menyebabkan kematian, namun bukan berpunca dari penyakit ini, ia berpunca daripada kebuluran kerana ternakan yang di jangkiti tadi tidak dapat melihat untuk makan dan minum.


Setin Terramycin Pinkeye Aerosol 125g mengandungi Oxytetracycline Hydrochloride 2mg setiap gram. Bahan ini juga terdapat pada Tetravet Aerosol namun ianya di khususkan untuk kegunaan luaran manakala Terramycin Pinkeye Aerosol pula pada mata.


Bagi ternakan yang di jangkiti dengan penyakit ini, adalah di nasihatkan untuk menyemburkannya 4 kali sehari pada dalam dan luaran mata ternakan tadi. Bagi kami setiap penternak memerlukan setin Terramycin Pinkeye Aerosol ini di dalam stok simpanan sebagai langkah pencegahan dan rawatan segera. Adalah lebih baik jika anda mendapatkan info lanjut daripada doktor veterinar.

Wound Sarex - Ubat Luka


Satu lagi ubat ternakan yang digunakan iaitu Wound Sarex. Wound Sarex sejenis ubat luka berbentuk aerosol yang mudah dan cepat untuk di gunakan pada ternakan atau haiwan peliharaan yang mengalami luka biasa atau luka yang parah.

Ubat ini di daftarkan oleh CANAAN ALPHA SDN BHD dan diedarkan oleh YAU ENTERPRISE SDN BHD. Setin 370ml Wound Sarex ini mengandungi Perawis Aktif : Cyphenothrin 0.6% w/w dan Perawis Lengai : 99.4% dan ia jatuh pada racun Kelas IV oleh itu jauhkannya daripada makanan dan juga kanak-kanak. Dan AMARAN jangan sembelih ternakan sekurang-kurangnya 14 hari selepas semburan terakhir.

Wound Sarex di gunakan untuk mengubat dan mencegah luka berengga yang di sebabkan oleh lalat cacing skru (screw worms flies). Ia mudah di gunakan dan mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada ternakan dan haiwan peliharaan selepas di kembiri atau pembedahan. Ia juga boleh mengubati gata-gatal kulit.


Semburkannya 2 kali sehari pada kawasan luka dan beri suntikan Terramycin LA mengikut berat badan haiwan tadi, Insyaallah ia akan cepat sembuh. Mengikut pengalaman kami, ternakan kambing kami sering luka pada telinga disebabkan tag nombor dan celah kuku kaki akibat dari lantai kandang yang tidak rata.

Mamimune - SunZun - Ubat Ternakan


Mamimune 200ml keluaran SunZun merupakan bahan imulsi untuk meningkatkan sistem imuniti atau daya tahan bagi anak kambing yang baru di lahirkan. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan, peningkat imuniti dan juga multivitamin. Dengan pemberian secara oral, ianya di beri pada kadar dos 2-4ml iaitu sekali atau dua kali pam. Bagi anak kambing yang lemah, ulangi pemberian dos ini selama tiga hari beturut-turut.



Sumber: http://projekmeru.blogspot.com

Terramycin LA - Pfizer - Ubat Ternakan


Oxytetracycline Dihydrate Terramycin LA 100ml keluaran Pfizer merupakan antara antibiotik yang kuat dan gemar di gunakan oleh para penternak. Setiap 1ml Terramycin LA mengandungi 200g Oxytetracycline Base dan ia amat berkesan untuk merawat dan mencegah bakteria yang menjadi punca masalah atau penyakit pernafasan dan juga penyakit yang anti-oxytetracycline bagi lembu, kambing, bebiri, rusa, ayam, arnab dan juga lain-lain ternakan.
Bagi lembu, kambing, bebiri dan rusa kadar dos suntikan 1ml adalah untuk 10kg berat badan, manakala 0.25ml untuk 1kg berat badan bagi ayam dan arnab. LA bermaksud Long Acting, iaitu Terramycin LA ini mampu bertahan di dalam darah ternakan yang telah disuntik selama 3 hingga 5 hari.

Namun bagi ternakan yang telah disuntik dengan Terramycin LA ini, adalah di larang untuk penyembelihan dagingnya selama 21 hari dan pemerahan susunya selama 7 hari. Ada juga sesetengah doktor veterinar dan penternak yang kurang gemar menggunakan Terramycin LA ini terus kerana dos antibiotiknya yang tinggi, mereka menyarankan agar penternak bermula dengan ubat antibiotik yang berdos rendah terdahulu.

Sebenarnya bermula dengan antibiotik atau ubat yang berdos tinggi tidaklah digalakkan kerana khuatir bakteria yang menyerang ternakan akan imun, oleh itu bermula dengan pemberian ubat yang berdos rendah dahulu sehinggalah ke ubat yang berdos tinggi. Sama juga dengan pemberian ubat untuk cacing, kutu dan kurap. Jika bakteria tadi telah imun dengan ubat yang berdos tinggi maka tiada cara selain mentakai atau menyembelih ternakan yang sakit tadi.

Namun pada pendapat kami jika bilangan ternakan telah melebihi 50 ekor adalah lebih baik menggunakan ubat antibiotik ini kerana kesannya yang mampu mencegah dan merawat penyakit agar ia tidak berjangkit pada ternakan yang lain dan kemampuannya bertahan di dalam darah selama 3 - 5 hari mampu menjimatkan masa & tenaga sekaligus menjimatkan kos.
Sumber: http://projekmeru.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails