Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Monday, January 6, 2014

Hampas soya untuk dijual

Harga jualan hampas soya 1 tan mengikut negeri:

1. Lembah Klang  - rm250 termasuk penghantaran *
2. Negeri sembilan/Melaka/Perak  - RM290 termasuk penghantaran*
3. Kelantan/Terengganu       - RM320 termasuk penghantaran*

* Penghantaran akan dilakukan untuk kapasiti min 7 tan. Kalau boleh sesiapa yang nak sikit, kumpulkan beberapa orang biar sampai 7tan. 1 tan lebih kurang 30 guni.

Anak beranak saudagar puyuh

Jamaluddin Ali, 57, dari Kampung Baharu, Jerantut, Pahang bukan nama asing dalam industri ternakan burung puyuh di daerah itu.

Bapa lima anak itu me­ngusahakan ternakan puyuh sejak 20 tahun lalu di tanah miliknya seluas 0.8 hektar dan kini pengeluar anak puyuh terbesar di Pahang.


Dia mengusahakan anak puyuh melalui lima reban induk puyuh yang dibina di sekeliling rumah dan mampu me­ngeluarkan 120,000 anak puyuh sebulan.

Katanya, jumlah itu belum mencukupi kerana permintaan terhadap anak puyuh kira-kira 300,000 sebulan.

Foto
ANAK dan ayah mengusahakan burung puyuh.


“Saya bukan saja membekalkan anak puyuh kepada pe­ngusaha di Pahang tetapi Johor, Melaka dan Terengganu,” katanya.


Menurut­nya, ketika awal pembabitan, dia bermula secara kecil-kecilan pada 1993 apabila dipilih sebagai peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) daerah Jerantut.

“Ketika itu saya mendapat ­bantuan 500 anak puyuh dari ­pejabat daerah untuk diternak sebagai puyuh pedaging selepas berkursus selama seminggu di Institut Kemajuan Ternakan Ayam (IKTA) di Johor Bahru,” katanya
.
Selepas itu, ternakan puyuhnya mendapat ­permintaan tinggi pelanggan dan berkembang maju.

Pada 1997, dia dikeluarkan daripada peserta PPRT kerana pendapatannya yang lumayan, malah mampu membesar dan memberikan pendidikan sempurna kepada lima anaknya itu hasil ternakan puyuh.

Katanya, kesukaran mendapatkan bekalan anak puyuh menyebab­kan dia mengeluarkan anak puyuh sendiri.

Dia mempelajari dari beberapa usahawan ­puyuh lain.

“Akhirnya pada 2001, saya membuat pinjaman bank sebanyak RM30,000 untuk membeli ­sebuah ­mesin penetas telur ­terpakai dan mengeluarkan 20,000 anak puyuh
sebulan untuk kegunaan sendiri.

“Namun, berikutan ­permintaan tinggi daripada pe­ngusaha daging puyuh, saya hanya mengeluarkan anak puyuh dan tidak lagi menternak puyuh untuk daging,” kata­nya.

Dia kini mengusahakan projek ternakan itu ­bersama anak sulung­nya, ­Mohammad ­Fahmi, 30, dan menubuhkan Syarikat Jafah.­

Mohammad Fahmi yang mendapat latihan di IKTA mempunyai visi ­mengeluarkan baka puyuh dalam kadar lebih banyak bagi menampung permintaan yang semakin mening­kat.

Dua beranak itu memberanikan diri membeli sebuah mesin penetas terpakai buatan Belanda berharga RM200,000 yang mampu mengeluarkan 200,000 anak puyuh sebulan.

Katanya, melalui mesin penetas baru ini kadar penetasannya lebih tinggi iaitu 80 hingga 90 peratus.

Menurutnya, sebaik menetas, anak puyuh boleh dijual dengan harga 60 sen seekor.

“Dari segi pasaran, kami tidak ada sebarang masalah kerana ramai pengusaha ternakan daging puyuh memerlukan kira-kira 300,000 anak puyuh sebulan.

“Bagaimanapun, apa yang bimbangkan adalah kami tidak dapat ­menampung permintaan yang semakin tinggi kerana 5,000 induk sedia ada tidak mencukupi,” kata­nya.
Sumber:utusan malaysia
Related Posts with Thumbnails