Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Thursday, May 8, 2014

MAHA 2014 akan datang


KEMENTERIAN PERUNTUK RM2.5 JUTA BANGUNKAN TANAMAN KELAPA MATAG

BACHOK,  24 Okt (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan lebih RM2.5 juta untuk membangun dan mengembangkan tanaman kelapa matag yang berpotensi memberi pulangan lumayan kepada petani di seluruh negara, tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Datuk Sabtu Slamat berkata, tanaman kelapa berkenaan berupaya menghasilkan pendapatan tiga kali ganda berbanding kelapa biasa jika ia diusahakan secara amalan pertanian yang betul.

“Mengikut kajian sehektar tanaman kelapa matag mampu menghasilkan sejumlah RM20,000 setahun berbanding RM5,000 bagi kelapa biasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan khemah kerja dan hari ladang peringkat negeri Kelantan di Kampung Melawi di sini, hari Khamis.

Lebih 100 petani dari seluruh jajahan menyertai acara berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Pertanian Kelantan, Abdul Llah Ismail.

Beliau berkata, kelapa itu hasil kacukan benih Malaysia-Filipina boleh dikomersialkan untuk membuat kuih-muih seperti jeli selain mengeluarkan santan bermutu tinggi.

Katanya, pada 2017 pihaknya menyasarkan akan dapat membekalkan benih kelapa berkenaan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan petani yang bercadang mahu mengusahakan tanaman itu secara besar-besaran.

Beliau berkata, kawasan seluas 70 hektar di Johor sudah dikenal pasti sebagai ladang pengeluaran benih terbesar di negara ini.

Katanya, pada masa ini pihaknya memberi tumpuan yang lebih di Perak, Johor, Selangor dan Kelantan bagi tujuan yang sama.

Sabtu berkata, di Kelantan kawasan seluas 60 hektar sedang diusahakan dengan tanaman itu bagi menggantikan tanaman kelapa ‘Malaysia Tall’ (kelapa biasa) di persisiran pantai Kampung Melawi membabitkan tiga fasa bermula 2011.

“Jabatan Pertanian Kelantan memperuntukkan sejumlah RM240,000 bagi menjayakan tanaman itu yang dapat memberi faedah kepada 160 petani,” katanya.

– BERNAMA
Rujiukan : October 25th, 2013  Mohd Noor http://blog.moa.gov.my/
Related Posts with Thumbnails