Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Tuesday, November 27, 2012

Jadual Seminar MAHA 2012, Dtg beramai-ramai banyak manfaatnya..

Program pendaftaran industri burung walet



INDUSTRI burung walet di negara ini terus berkembang dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha atau pemilik ladang.Industri tersebut agak unik kerana pengusaha tidak perlu menternak burung berkenaan, sebaliknya hanya perlu menyediakan rumah untuk membuat sarang. 

Oleh itu, pengusaha tidak perlu mengeluarkan modal kecuali untuk penyediaan rumah manakala produk daripada industri hanyalah sarang yang dijual.Harga sarang burung walet boleh mencecah RM7,000 bagi yang telah dibersihkan manakala yang masih mentah sekitar RM4,000 sekilogram.

Nilai industri ini mencecah angka bilion melibatkan anggaran 50,000 premis ladang walet dengan 70 peratus daripadanya aktif dalam pengeluaran sarang burung.Demikian menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang juga Ketua Seksyen Aneka Haiwan Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan JPV, Dr. Mohd. Noor Hisham Mohd. Haron kepada wartawan Mega di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Bagaimanapun populasi burung walet tidak dapat dianggarkan dan ada cubaan menternaknya sebelum ini tetapi tidak menampakkan kejayaan.Menurut beliau, jumlah burung walet di sesuatu kawasan bergantung kepada sumber makanan yang ada di sekitar kawasan tersebut. Burung biasanya terbang dalam radius 50 kilometer.

Oleh itu faktor sumber makanan menjadi perkara penting dalam industri burung walet dengan serangga menjadi makanan utamanya.Namun, di sebaliknya nilai yang lumayan dan potensi besar untuk menjana ekonomi, industri tersebut berdepan dengan beberapa cabaran asas khususnya mengenai aspek pengeksportan.

Menyedari kepentingan industri tersebut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berusaha membantu industri bagi membolehkan industri tersebut berkembang dan menguntungkan pengusaha.

Dalam hal ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal tersebut dengan mengambil beberapa langkah yang perlu bagi membantu industri berkenaan.

Satu langkah yang telah diambil ialah mewujudkan Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walet (1GP) yang antara lain menjelaskan kriteria yang perlu dipatuhi berhubung penjagaan premis perladangan, premis pemprosesan dan kebajikan haiwan.Menurut Dr. Mohd Noor Hisham, usaha mewujudkan garis panduan tersebut dimulakan pada 2007/2008 menerusi beberapa siri bengkel melibatkan pelbagai pihak.

"Usaha mewujudkan garis panduan tersebut digerakkan berikutan tercetusnya kebimbangan di kalangan pengusaha yang menghadapi masalah premis mereka diroboh oleh PBT (pihak berkuasa tempatan)," ujarnya.

Ini kerana katanya banyak pengusaha membina premis burung walet di kawasan bandar terutama rumah kedai.Bengkel berkenaan melibatkan pelbagai pihak yang berkaitan terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selain JPV.

Hasil penglibatan agensi agensi terbabit menerusi siri bengkel, JPV mengeluarkan satu garis panduan untuk dijadikan panduan kepada pengusaha dan penyelarasan undang-undang kecil diadakan.

Menurut beliau lagi antara program yang disyaratkan dalam garis panduan berkenaan ialah program pendaftaran.

Program tersebut amat penting bagi menjayakan usaha daya jejak atau tracebility yang mana pengusaha dikehendaki mendaftar butiran tertentu. Ini termasuk premis perniagaan walet mereka, lokasi ladang atau premis, nama syarikat, nama pengusaha, jumlah pengeluaran sarang, senarai produk serta persatuan disertai.

Program pendaftaran dan daya jejak itu diperkenalkan bagi menitik beratkan dua perkara penting yang diberi keutamaan oleh JPV dalam industri walet iaitu isu keselamatan makanan dan isu kawalan penyakit. Perkembangan industri burung walet yang begitu mengujakan mendorong Jabatan Perkhidmatan Veterinar memberi penekanan kepada aspek kawalan penyakit ternakan dan juga isu keselamatan makanan.

Menurut , Dr. Mohd. Noor Hisham, sebelum ini banyak aduan negara pengimport mengenai masalah sarang burung yang mereka terima mengandungi kandungan nitrat yang tinggi.
Oleh itu katanya, program daya jejak membantu pengusaha secara tidak langsung menepis tohmahan bahawa sekiranya terdapat masalah dalam industri berkenaan, perkara tersebut tidak melibatkan semua pengeluar.

"Ada tohmahan seperti kandungan nitrat yang tinggi dalam sarang burung yang mendorong kita mengambil langkah melakukan program daya jejak bagi mencari punca masalah menerusi setiap rantaian nilai pengeluaran produk, siapa pengeksport, di mana kilang dan siapa pengeluarnya," ujar Dr. Mohd. Noor Hisham. 

Malah, langkah tersebut boleh membantu memastikan sama ada benar masalah tersebut berpunca daripada negara ini atau negara pengeksport lain.Dalam perkembangan lain, beliau juga menggesa pengusaha menubuhkan persatuan yang mewakili mereka untuk menyatakan sebarang pandangan, cadangan dan aduan kepada kerajaan.

"Pengusaha perlu ada persatuan yang kuat memandangkan persatuan yang mereka ada sekarang terlalu banyak hingga ke peringkat daerah. Oleh itu wajar mereka bergabung supaya suara lebih kuat dan di dengar," ujarnya.

Beliau berkata, pengusaha memainkan peranan penting untuk memajukan industri tersebut hingga ke peringkat antarabangsa dan diiktiraf.

Sumbangan kepada eksport




INDUSTRI sarang burung walet (SBW) merupakan antara 16 projek Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).Projek tersebut mampu memberi sumbangan yang tinggi kepada nilai eksport negara.

Kementerian terbabit meramalkan industri SBW akan menyumbangkan RM5 bilion atau 10 peratus daripada nilai keseluruhan eksport sektor pertanian menjelang tahun 2020.Sektor tersebut juga bakal menawarkan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pemindahan dan Pengkomersialan Teknologi), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Masri Muhamad, unjuran pendapatan dan kebolehupayaan industri SBW bergantung kepada pasaran di China.

"Keadaan tersebut (pasaran) turut disokong oleh permintaan yang semakin meningkat sejajar dengan peningkatan pertumbuhan pendapatan dan daya beli pengguna di pasaran China."Produk sarang burung negara mempunyai kelebihan berbanding negara lain kerana Malaysia masih bebas daripada sebarang penyakit selesema burung," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di MARDI, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelas Dr. Masri, kelebihan produk SBW negara yang tidak memiliki sebarang penyakit diterima dengan meluas di pasaran antarabangsa.

Kelebihan itu juga dilihat membantu Malaysia untuk bersaing dengan dua lagi pemain utama industri SBW dunia iaitu Thailand dan Indonesia.

Namun, sejak kebelakangan ini, kelebihan bandingan antara negara telah terjejas akibat penemuan kadar nitrit yang tinggi dalam SBW oleh pihak berkuasa China.

Bagi melonjakkan semula keupayaan Malaysia dalam menerajui pasaran eksport SBW, kementerian telah mewujudkan Pusat Kecemerlangan Burung Walet di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Penubuhan pusat tersebut untuk menjalankan penyelidikan menyeluruh bagi tiga aspek utama iaitu pengeluaran, pemprosesan, dan pemasaran.Satu pasukan penyelidik yang terdiri daripada saintis daripada UPM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan MARDI telah ditubuhkan.

MARDI, melalui Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi telah mengambil tanggungjawab menjalankan penyelidikan dalam bidang pemasaran.Oleh itu kata Dr. Masri, bermula hari ini hingga esok MARDI dengan kerjasama JPV, UPM, AgroBank akan mengadakan Seminar Kebangsaan Industri Sarang Burung Walet (EBNIC) 2012 di Hotel Marriot, Putrajaya.Seminar yang turut disokong oleh MOA diadakan bagi mengenal pasti dan memberi kefahaman mengenai isu pemasaran, cabaran dan status terkini struktur pembangunan serta inisiatif kerajaan bagi memajukan industri tersebut.

Malah, menerusi seminar tersebut, pihak yang terlibat dengan SBW dapat menyebarkan maklumat dan kemajuan baru bagi amalan dalam industri hiliran SBW.Pada seminar itu juga, kedudukan daya saing industri SBW negara juga turut dibincangkan di peringkat antarabangsa.

Tambah Dr. Masri, seminar selama dua hari tersebut terbuka kepada mereka yang berminat terutamanya penyelidik, ahli akademik, pegawai kerajaan, pengusaha, peladang, agen pengembangan dan juga pelajar.

"Antara isu yang akan dibincangkan adalah cabaran, isu dan kekangan, kualiti dan keselamatan.

"Seterusnya perkongsian pengalaman, pemasaran dan dagangan, peruntukan kewangan dan yang terakhir pembangunan dan penyelidikan," katanya.Selain itu, orang ramai yang berminat turut dijemput untuk menyertai pembentangan kertas kerja serta poster mengikut tema dan sesi persidangan.

Sesi tersebut merupakan landasan yang strategik bagi ahli akademik dan pengamal industri membentangkan hasil penyelidikan dan pengetahuan.Seminar itu juga akan membentangkan dan mengetengahkan hasil kajian para penyelidik dan pemain industri buat julung-julung kalinya secara bersama membabitkan empat organisasi penting.

Malah, seminar itu juga turut memberi fokus kepada aspek pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk bagi mencapai tahap daya saing dan kelestarian industri SBW negara.

MAHA lebih komprehensif



Temasya pertanian dwitahunan yang sering ditunggu-tunggu, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) bakal membuka tirai buat kali ke tujuh tahun ini.
Pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara itu tampil mengikut format terbarunya sejak ia mula diperkenalkan pada 1999.
MAHA International 2012 yang akan bermula pada 23 November hingga 2 Disember ini menepati keperluan penganjurannya dengan matlamat memperkenalkan industri pertanian Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah, selaras dengan program transformasi kementerian untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian, pameran kali ini bakal memperlihatkan lebih banyak produk baru melalui inovasi pertanian, teknologi serta trend industri semasa.
"Menerusi pameran MAHA ini secara tidak langsung pengeluar dan peniaga dapat meningkatkan daya saing sera kecekapan melalui penerimaan teknologi inovatif dengan amalan terbaik.
"Oleh itu, hasil yang diperolehi sekali gus mampu menjadikan Malaysia sebagai hab pertanian di samping pemangkin kepada pelaburan asing dan swasta," katanya yang ditemui baru-baru ini.
Penyertaan pada MAHA kali ketujuh ini dijangka mencecah sehingga 2,200 tapak pameran meliputi agrobazar, makanan popular tempatan, pameran ternakan serta pelbagai acara yang disertai agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Uniknya penganjuran kali ini kerana ia diadakan serentak dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) dengan menggunakan tema Transformasi Pertanian Melalui Inovasi.
Selain itu, pameran MAHA yang akan berlangsung selama 10 hari ini turut diisi dengan pameran teknologi dan produk berasaskan ternakan, pameran rangka ikan paus besar, rumah burung walet, pertandingan burung serama di laman ternakan dan pelbagai lagi aktiviti menarik disediakan.
Selain itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menganjurkan Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan bagi memberi pendedahan kepada peserta terlibat untuk lebih memahami penggunaan serta keberkesanan teknologi inovasi yang diperkenalkan dalam industri tersebut.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga menyediakan tiga seminar sepanjang pameran MAHA berlangsung iaitu Seminar Kebangsaan Pemindahan Teknologi, Industri Sarang Burung Walet dan AgroPelancongan (Agrotour).
Seperti penganjuran pameran MAHA sebelum ini, penyertaan agensi antarabangsa turut menjadi tarikan masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan suasana dan kali ini, sebanyak 25 buah negara telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk Equador, Chile, Brazil, Brunei, Australia, Argentina dan lain-lain lagi.

MAHA 2012 ......


Related Posts with Thumbnails