Can't find it? Try this.
Thursday, January 17, 2008
Kegunaan CF Agro utk Pokok Karas/Gaharu/Depu sebagai inoculant
Penggunaan CF Agro utk Pokok Karas/Gaharu/Depu telah digunakan oleh Syarikat Asrar Resources dan Syarikat Grow Project Resources utk mengeluarkan hasil gaharu dengan cara memasukkannya ke dalam lubang tersebut dengan sukatan tertentu bersama dengan inoculant bagi menghasilkan teras.Gambar ni di ambil di kawasan Sg. Merap,Bangi milik syarikat Grow Project Resources.
Sunday, January 13, 2008
Fermented Mineral Block EM terbaru keluaran syarikat bumiputera munajat industries
Harga pasaran ialah rm38.00 /kotak(2block mineral EM bersaiz 5 kg setiap satu.
Nota penting : Saya sedang mengumpul seberapa ramai penternak ruminan yang inginkan Mineral Blok EM ni.Kalau beli byk dapat harga lagi murah.Sesiapa berminat boleh call saya.Harga akan dapat lebih rendah lagi. Call saya dgn kadar segera .
Friday, January 11, 2008
Bongkah Cendawan EM ku sudah keluar hasil
Plot test cendawan 5 bongkah yang telah keluar hasil di tepi rumah sayaAku menambahkan kepada 80 bongkah lagi dan hasil yang keluar begitu banyak, syoooknya
Berat bersih (setelah dipotong akarnya) antara 80gm -125gm/bongkah
Wednesday, January 9, 2008
Petikan dari akhbar utusan malaysia hari ini
Kerajaan lulus 3,847 permohonan usahawan tani
MUAR 8 Jan. – Jawatankuasa Pembangunan Industri Asas Tani di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah meluluskan 3,847 permohonan usahawan yang ingin menceburi bidang pertanian membabitkan industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh negara sejak skim pembangunan itu dimulakan pada 2005.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usahawan tani yang dipilih adalah mereka yang telah ditapis menerusi lebih 10,000 permohonan sejak jawatankuasa itu dibentuk hasil saranan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, tiga tahun lalu.
Menurutnya, melalui skim pembangunan tersebut, kerajaan membelanjakan lebih RM125 juta atau maksimum RM20,000 bagi setiap usahawan yang akan dibantu daripada segi latihan dan bantuan tambahan dalam usaha membangunkan IKS yang berasaskan sektor pertanian.
Beliau berkata, skim itu dilihat bakal mempercepatkan usaha kerajaan melahirkan 10,000 usahawan tani menjelang penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada tahun 2010.
“Negara ketika ini memiliki sejumlah 8,300 pengusaha dalam sektor pertanian dan melalui skim pembangunan Industri Asas Tani, kita yakin sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan tani akan dapat dicapai lebih awal sebelum 2010.
“Semua 8,300 usahawan tani tersebut ketika ini menghasilkan produk pertanian berjumlah RM25 juta setahun dan kerajaan akan terus membantu agar sasaran pendapatan bulanan mereka melebihi RM2,000 dapat dicapai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa-mangsa Banjir Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat sini hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Mohd. Taat dan wakil penduduk yang terdiri daripada ketua kampung dan ketua pusat pemindahan kawasan yang terlibat bencana itu penghujung tahun lalu.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh memberitahu, usahawan yang mendapat bantuan itu antaranya terlibat dalam pemprosesan bahan asas tani termasuk makanan berasaskan ikan, daging serta buah-buahan.
Katanya, kerajaan juga berusaha memastikan pelaksanaan skim itu dapat disegerakan bagi membolehkan semua yang terlibat menghasilkan produk masing-masing termasuk produk sampingan berasaskan pertanian.
“Saya telah arahkan sekretariat jawatankuasa itu supaya mendapatkan maklumat mengenai usahawan yang layak di seluruh negara yang gagal dalam permohonan mereka disebabkan peruntukan yang terhad.
“Sebagai contoh, sehingga hari ini, seramai 3,847 pemohon telah berjaya, tetapi mungkin lebih 10,000 yang lain gagal kerana peruntukan terhad dan kita akan cuba pertimbangkan semua ini kerana skim usahawan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin memberitahu, kementeriannya sedang mengkaji kemungkinan untuk mencadangkan kepada Kabinet supaya petani yang mengusahakan tanaman dan hasil pertanian menerima insentif sebagai usaha menggalakkan minat mereka meningkatkan hasil keluaran.
Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga minyak menyebabkan kos dan input pertanian turut melambung dan tidak mustahil ada petani yang terpaksa gulung tikar.
Thursday, January 3, 2008
PROJEK AKAN DATANG
2. Pengeluaran makanan ternakan ayam kampung - CF Bokashi Chicken Feed
Kandungan CF Bokasi Animal Feed: Rice bran,soya mill,mineral-mineral spt zeolite dsbnya dan microorganism
Jualan dlm tong biru 50kg: Harga sedikit masa lagi
Ketahanan : 6 bulan
Insya-Allah kita cuba murah dari pasaran semasa dan produk berkualiti utk membantu para penternak sekalian.