Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Friday, May 29, 2009

Stardec® High Quality Compost Starter

 This 100% aerob organic activator will "rev up" your compost pile with a high-energy blend of nitrogen and hungry micro-organisms. Stardec contained lignolytic, cellulolytic, protolytic, lipolytic, aminolytic, and non-symbiotic nitrogen fixing microbe which is guaranteed to give you finished compost in record time.

Stardec starter microbe is tested since 1981 through its application on plantation, horticulture and nursery.
Stardec starter microbe has been recomended by the Ministry of Agriculture of Indonesia, certified by BINUS and patented under the law of the Departemen Kehakiman dan HAM Republic of Indonesia.

Price : RM20 (1kg)

Apakah Baja Zeolite?

Struktur jaringan kristaline baja Zeolite merupakan struktur yang optimum untuk elemen-elemen dan molekul-molekul yang telah terpilih. Ia sarat dengan kalsium, magnesium, potassium dan mempunyai kandungan sodium yang amat rendah. Kadar ketelusannya ialah 42%.

Zeolite menarik molekul-molekul dan elemen-elemen tertentu yang sesuai dengan strukturnya dan kepada caj negatifnya seperti ammonium, potassium, kalsium dan magnesium. Ia juga mampu menapis elemen-elemen zink, plumbum, kuprum dan lain-lain elemen logam berat (heavy metals) melalui sistem bio-filternya.

Zeolite adalah mineral semujadi yang menakjubkan kerana kebolehan luar biasanya untuk menyerap, kandung lepas ( hold release) dan menukar pelbagai kimia, nutrien, toxin (racun), dan ion-ion mengikut keperluan semasa. Zeolite dibentuk dari komponen lahar gunung berapi juta tahun dahulu yang kami import dari Indonesia.

Baja Zeolite memiliki struktur atom dalaman yang telus yang menyediakan ruang yang terbuka dengan rangkaian ruang-ruang yang memberikan ia permukaan yang luas (sehingga 450m2/g) dan ketelusan yang tinggi (sehingga 45%) untuk memerangkap dan menukar unsur-unsur, air dan lain-lain molekul tanpa mengubah strukturnya. Baja Zeolite sangat aktif, tidak mudah larut dan mempunyai mineral semulajadi yang stabil (sebahagian dari kumpulan hydrated alumino silicates) dan sesuai digunakan sebagai penambahan organik perladangan dan perkebunan. Ia mempunyai caj negative diimbangkan dengan unsur-unsur bebas yang bercaj positif. Ini menyediakan perangkap yang sangat sesuai untuk unsur-unsur positif seperti ammonium yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan potassium yang akan dilepaskan pada kadar yang diperlukan oleh tumbuhan.

Mineral utama yang terdapat di dalam baja Zeolite ialah clinoptilolite yang merupakan silikat kalsium, potassium, magnesium dan alumino dan memiliki kadar penukaran cation (CEC) +120 meq./100g. Baja Zeolite amat keras dan rendah dalam kandungan sodium berbanding dengan baja jenis lain yang terdapat di pasaran, dan dengan itu amat tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan perladangan dan perkebunan

Baja Zeolite mempunyai keserasian terutama dengan ammonium (N H4+), Potassium (K+), Calsium (Ca+) Magnesium (Mg+) dan elemen-elemen lain yang membuat ia amat berguna sebagai bahan tambahan tanah, kompos dan baja untuk mengumpul, menyimpan dan secara perlahan melepaskan nutrien baja yang kritikal.

Zeolite Dalam Baja Terbaru MPOB F4 – Berita Harian 25 Mac 09

KEADAAN bentuk muka bumi di Malaysia yang berbukit bukau di samping mempunyai pelbagai jenis tanah bermasalah dengan kadar hujan tidak menentu menjadikan hasil sawit yang ditanam di kawasan berkenaan juga berkurangan.

Ketidaksuburan tanah berkenaan adalah disebabkan oleh kandungan nutriennya yang rendah, manakala penggunaan baja kimia yang digunakan sebelum ini membabitkan kos yang tinggi.

Dalam menghadapi masalah ketidaksuburan itu, keperluan menghasilkan baja yang bersesuaian adalah sangat penting dan hasil kajian penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati bahawa baja yang mengandungi nutrien tinggi adalah langkah yang perlu diambil.

Sehubungan itu, MPOB menjalankan satu formulasi dengan menghasilkan baja MPOB F4 iaitu baja campuran organik yang terbukti berkesan terutama dalam aktiviti penanaman kelapa sawit.

Keberkesanan MPOB F4 adalah berasaskan kepada keputusan percubaan penggunaan baja kelapa sawit MPOB yang diselia oleh MPOB selama lima tahun serta kajian insentif berhubung keperluan nutrien kelapa sawit yang tepat selama 20 tahun.

Baja MPOB F4 dihasilkan dengan formulasi 9-618-2-0.5. Baja ini berupaya memperbaiki struktur tanah berbukit, tanah laterik, tanah liat dan lain-lain.

Ketua Unit Agronomi dan Mekanisasi Ladang, Bahagian Penyelidikan Biologi, MPOB, Ahmad Tarmizi Mohammed berkata, sebelum ini MPOB menghasilkan baja F1, F2 dan F3 iaitu baja yang mempunyai campuran kimia.

“Uniknya baja F4 ialah kita menggunakan campuran organik dan kimia bertujuan untuk membantu mengatasi masalah tanah kurang subur seperti tanah bukit.

Penghasilan baja ini turut menggunakan bahan zeolite yang berupaya mengawal pelepasan nutrien seiring dengan keperluan pokok kelapa sawit.

“Dengan zeolite juga, pengambilan Nitrogen (N) akan meningkat dan pemeruapan Nitrogen (N) ke udara akan berkurangan berikutan perubahan cuaca dan ini sekali gus dapat mengawal kos penanaman pokok kelapa sawit, malah ia mungkin lebih murah,” katanya.

Termizi berkata, baja MPOB F4 berupaya membekalkan nutrien seimbang iaitu selain mengandungi N, P dan K, baja MPOB F4 juga mengandungi magnesium, boron, kalsium, silicon, kuprum, besi, molidenum, zink, sulfur, karbon, oksigen, hidrogen dan klorin.

Baja MPOB F4 berupaya membantu meningkatkan hasil pengeluaran pokok kelapa sawit melalui kesan secara terkawal hasil kombinasi elemen baja MPON F4 dan ia juga berupaya memperbaiki pH tanah serta struktur tanah yang bermasalah.

Menerusi bahan organik serta zeolite yang ditambah dalam MPOB F4 dapat meningkatkan CEC (Cation Exchange Concentration) tanah dan dapat mengelakkan nutrien daripada terperangkap dalam tanah.

Penggunaan baja MPOB F4 juga dapat menyelesaikan tanah yang berbeza-beza di mana organik yang ada di dalamnya berupaya menarik kehadiran cacing tanah serta mikro organisma berfaedah.

Ia sekali gus merendahkan risiko serangan penyakit dan serangga dan kehadiran cacing tanah dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan mikro organisma berfaedah dan membantu mengudarakan tanah sewaktu aktiviti semula jadi.

Dalam mengeluarkan Baja MPOB F4, MPOB menjalankan kerjasama dengan All Cosmos Industries Sdn Bhd dan untuk tujuan itu satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai sempena Persidangan Kebangsaan Biofertilizers 2008 lalu.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Syarikat All Cosmos Industries Sdn Bhd, Dato’ Tony Peng berkata, syarikat itu ditubuhkan pada 2001 di Pasir Gudang, Johor dan turut memperoleh kelulusan ISO 9001 itu adalah pengeluar ekslusif baja itu.

“Syarikat ini bermatlamat mempromosikan konsep pertanian hijau di Malaysia dengan mengitar semula bahan buangan dan seterusnya menjadikan bahan berkenaan itu sebagai baja organik.”

“Baja campuran organik ini banyak diperlukan di kawasan berbukit bukau seperti di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, dan di Sarawak membabitkan kawasan Bintulu dan Miri,” katanya.

Beliau berkata, dengan penghasilan baja ini dapat membantu pekebun kecil mendapatkan baja yang betul dengan harga yang berpatutan.

Penggunaan baja MPOB F4 dapat mengurangkan perbelanjaan penanam sawit dan sekali gus memberikan pulangan yang lebih kepada mereka.

Dengan baja MPOB F4 juga, penanam sawit bukan saja dapat mengurangkan kos pembajaan sebaliknya berupaya meningkatkan produktiviti hasil buah tandan segar (BTS) kebun mereka.

Tuesday, May 26, 2009

Dari air ke manisan tebu


Wan Hamidatun Wan Ishak membantu ibunya Hindon Abdullah menghasilkan air manisan tebu di rumah mereka di Kupang, Kedah.
Biasanya kita tidak akan merasai kepuasan dengan hanya sekali meminum airnya. Air tebu sememangnya minuman yang popular terutama ketika dijadikan penghilang dahaga ketika umat Islam berbuka puasa di bulan Ramadan.
Kita juga mengetahui, tebu adalah tanaman yang digunakan untuk menghasilkan gula yang menjadi keperluan bagi segenap manusia.
Namun di sebalik keenakan airnya agak jarang bagi kita mengetahui air tebu boleh menghasilkan produk lain yang mampu menjadi daya tarikan terbaru dalam dunia makanan.
Manisan tebu satu lagi produk berasaskan air tebu yang begitu manis tetapi mengambil masa yang agak panjang untuk menghasilkannya.
Dua beranak di Kampung Tiak Kupang, Kedah mencetuskan idea baru mengeluarkan produk manisan tebu selepas kebun tebu yang seluas lebih satu hektar digunakan sepenuhnya untuk menambah pendapatan keluarga.
Hindon Abdullah,53, dan anaknya, Wan Hamidatun Wan Ishak, 24, yang mengusahakan kebun tebu ternyata tidak mempersiakan kerana memanfaatkan tebu bagi menghasilkan produk yang boleh dipasarkan dengan meluas.
Menjelaskan lebih lanjut Hindon berkata, selain menjual tebu dan airnya, beliau terfikir manisan tebu yang biasanya menjadi amalan orang terdahulu yang mengilhamkan pelbagai makanan untuk memenuhi cita rasa masing-masing.
"Oleh kerana pengeluaran tebu yang semakin banyak menyebabkan kami berusaha mengeluarkan manisan tebu istimewa ini," katanya.
Menurut Hindon, walaupun proses membuat dan menghasilkan manisan tebu agak rumit dan mengambil masa yang lama, namun dia tekad untuk terus menjalankan perniagaan ini kerana mampu menambah pendapatan keluarganya.
Hindon menambah pada peringkat awal dia hanya memproses air tebu pada jumlah yang sedikit iaitu antara 30 hingga 50 kilogram sekadar mencuba.
"Selepas manisan tebu dihasilkan saya hanya menjual secara kecil-kecilan di tepi jalan berhampiran rumah," ujarnya.
Tetapi ibu kepada enam anak ini tidak menjangka sambutan yang agak menggalakkan sehingga menerima banyak tempahan daripada orang ramai.
Tambahnya, pasaran pertama datang dari Kelantan kerana dia menjual ditepi jalan Kupang ke Grik dan Kelantan.
Manisan tebu keluaran Syarikat Gadis Tebu Enterprise ini ternyata kini menembusi bukan sahaja pasaran tempatan malah mendapat tempahan dari peniaga dari Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor Baharu.
Dari satu mesin memproses air tebu, kini syarikat berkenaan mempunya tiga mesin bagi mempercepatkan pengeluaran manisan tebu.
Bagi Wan Hamidatun, proses membuat manisan tebu memerlukan ketelitian termasuk memilih tebu terbaik bagi mengelak manisan mudah masam.
"Proses memilih tebu perlu dibuat dengan teliti kerana jika tersilap menyebabkan manisan menjadi masam," katanya.
Mengenai proses membuat manisan, Wan Hamidatun berkata, selepas proses memilih tebu beliau akan mengikis batang tebu bagi membuang debu untuk mengelak termasuk ke dalam airnya selepas diperah.
Kemudian tebu akan dimasukkan ke dalam mesin bagi mengeluarkan airnya dan ditapis.
Menurut Wan Hamidatun, proses menapis dilakukan sebanyak dua kali bagi membuang sisa yang termasuk ke dalam airnya.
Proses seterusnya ialah memasak air tebu itu yang mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam.
Kini kedua-dua beranak tersebut mampu mengeluarkan antara 100 hingga 150 kilogram manisan air tebu.
Manisan yang siap dimasak akan disejukkan sebelum dibotol dan dilabelkan.
Tambah Wan Hamidatun, manisan tebu yang seberat 340 mililiter akan dijual dengan harga RM5.00 sebotol.
Selain dimakan begitu sahaja manisan tebu akan lebih enak lagi jika dicecah dengan roti.
Kebiasaan orang tua dahulu memilih manisan tebu untuk dimakan dengan ubi kayu atau dibuat pengat.
Penangan manisan tebu akan lebih bermakna dicecah dengan ubi kayu yang dimakan bersama parutan kelapa sudah cukup kesedapannya.
Bagi Wan Hamidatun, dia begitu teruja untuk memasarkan produk keluaran syarikatnya memasuki pasar raya besar kerana dia yakin produk seperti itu belum pernah menakluki pasaran tersebut.

Monday, May 25, 2009

Utusan Malaysia - Penggunaan 'eco-microbe' dan Mudball untuk penjagaan sungai

Penggunaan 'eco-Microbe' dan Mudball' untuk merawat Sg. Way , Kelana Jaya.

Artikel di atas adalah antara beberapa projek yang telah di buat oleh Circle Field Sdn. Bhd dalam penggunaan produk 'eco-Microbe' dan Mudball dalam Projek Pemulihan Sg. Way Di Desa Mentari bertujuan meningkatkan kualiti air sungai tersebut dari Kelas Kualiti Air 4 ke kelas 2B bersama komuniti tempatan.


Ini adalah mudball eco-Microbe yang digunakan untuk rawatan dasar sungai.













Ini adalah CF Enviro eco-Microbe yang digunakan dalam rawatan atas Sg Way tersebut.

Sunday, May 17, 2009

Rebut peluang ceburi bidang ternakan

MELAKA Mei - Masyarakat terutamanya golongan belia yang masih menganggur disaran menceburi bidang pertanian dan penternakan yang dapat memberi pulangan yang lumayan.

Selain itu, mereka yang telah mengusahakan bidang itu secara sara diri juga boleh beralih kepada komersial untuk menambah pendapatan keluarga.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembanguan Desa dan Pertanian negeri, Amirudin Yusof berkata, orang ramai perlu merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan hari ini untuk menceburi dan meningkatkan penghasilan produk pertanian dan ternakan negara.

Katanya, tanpa mengira latar belakang pelajaran, semua golongan masyarakat mampu menyumbang kepada bidang pertanian.

''Bidang pertanian ini mampu diceburi sesiapa sahaja sama ada yang berpelajaran tinggi atau sebaliknya tetapi perlulah mempunyai semangat yang tinggi.

''Mereka yang telah menceburinya pula jangan hanya melihatnya sebagai penanaman sayur-sayuran atau padi untuk kegunaan sara diri semata-mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, mereka harus berusaha meningkatkan hasil untuk dijual bagi mendapat pulangan yang lebih baik.

''Penternakan juga termasuk dalam bidang pertanian seperti ternakan lintah yang semakin mendapat permintaan dengan pendapatan yang lumayan," katanya.

Beliau berkata, selain ternakan ayam, itik, puyuh, ikan keli dan haruan, penternakan lintah juga semakin popular dan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran pada masa ini.

''Saya lihat ternakan lintah, burung walit atau layang-layang dan cacing umpamanya, telah berjaya menjangkau ke pasaran luar negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar golongan beliau terutamanya supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dalam suasana ekonomi yang tidak begitu baik ketika ini.

''Kalau ada tanah di kampung, baliklah dan manfaatkan setiap ruang tanah yang ada dengan tanaman dan ternakan sesuai daripada terus menganggur tanpa sebarang pendapatan," katanya.

Sumber:Utusan Online

Jus tebu telur ke Singapura


RAMLI Ahmad memikul seikat tebu telur yang baru ditebang di ladangnya di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian, Jelebu, baru-baru ini.


JELEBU Mei - Mungkin ramai yang tidak tahu tanaman tebu telur yang diusahakan di sekitar kawasan Simpang Durian dekat sini menjadi pilihan utama sebuah syarikat pengilang air tebu di Johor untuk dibotol serta dipasarkan sebagai jus di Singapura.

Kadar kemanisan tinggi, warna hijau keemasan serta aroma harum air yang dihasilkan merupakan antara faktor utama tebu telur dari kawasan tersebut mendapat permintaan tinggi.

Faktor persekitaran yang sangat sesuai seperti iklim panas berpanjangan serta tanah liat berpasir di kawasan itu menyumbang kepada kualiti tinggi jus tebu telur yang dihasilkan.

Seorang pengusaha tanaman tersebut, Ramli Ahmad, 38, berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri banyak memberi bantuan dari segi memasarkan air tebu telur keluaran ladangnya untuk dieksport ke Singapura.

Katanya, permintaan tinggi terhadap air tebu telur dari Simpang Durian di negara jiran itu sememangnya satu kejayaan yang boleh dibanggakan.

''Saya sangat gembira bila mengetahui FAMA negeri membekalkan tebu telur yang diusahakan di ladang saya kepada pengilang jus tebu untuk dieksport ke Singapura," ujar Ramli ketika ditemui di ladangnya di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian dekat sini baru-baru ini.

Beliau menambah, ladang yang diusahakan dengan bantuan dua pekerja itu mengeluarkan 500 ikat tebu telur sebulan khusus untuk dibekalkan kepada FAMA.

Secara purata, beliau memperoleh kira-kira RM10,000 setiap musim hasil jualan tebu telur keluaran ladang seluas 4.8 hektar yang disewa daripada penduduk setempat sejak tujuh tahun lalu.

Ujarnya, dia merancang untuk menambah keluasan ladang tebu sebanyak 2.4 hektar lagi menjelang pertengahan tahun ini bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

''Bagi memastikan kualiti tebu terjamin, saya mengambil langkah-langkah kawalan penyakit seperti semburan racun makhluk perosak mengikut jadual yang ditetapkan.

''Di samping itu, Pejabat Pertanian Simpang Durian banyak memberi khidmat nasihat berhubung kaedah-kaedah penanaman serta penjagaan tanaman," katanya.

Menurut Ramli lagi, kegiatan menanam tebu telur merupakan sumber pendapatan utama kepada keluarganya menjangkaui dua generasi.

Beliau memberitahu, bapanya, Ahmad Bidin, banyak memberi tunjuk ajar tentang ilmu yang diperlukan bagi menghasilkan tebu telur berkualiti tinggi.

''Kini, anak sulung saya, Mohd. Firdaus, 5, rajin menemani saya ke ladang. Dia turut membantu sekadar yang terdaya mengikut kemampuannya sebagai seorang kanak-kanak.

''Saya berharap Mohd. Firdaus akan mewarisi ilmu menanam tebu dan mengambil alih pengurusan serta memajukan ladang tebu telur yang sedang diusahakan ini apabila dia dewasa," ujarnya.

Sementara itu, Pembantu Ehwal Ekonomi FAMA Simpang Durian, Nor Effindi Liki, 32, berkata, Ramli merupakan salah seorang daripada 20 pengusaha ladang kontrak di kawasan berkenaan yang menghasilkan tebu telur khusus untuk dipasarkan oleh FAMA.

Katanya, secara keseluruhan, keluasan ladang kontrak tanaman tebu telur di sekitar kawasan tersebut adalah sebanyak 50 hektar dan FAMA Simpang Durian berhasrat menambah hingga 10 lagi pengusaha baru menjelang penghujung tahun ini.

Sumber :utusan Malaysia

Jelebu pengeluar utama tebu telur

JELEBU Mei - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri mengenal pasti daerah ini sebagai pusat pengeluaran utama tebu telur di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Sokri Mohd. Nor, berkata, secara keseluruhannya nilai jualan tebu telur yang dipasarkan FAMA negeri adalah sebanyak RM475,000 setiap tahun.

Katanya, kira-kira 90 peratus hasil tebu telur yang dipasarkan FAMA negeri ditanam di sekitar daerah ini.

''Kualiti tinggi tebu telur yang ditanam di daerah ini menyebabkan ia menjadi pilihan sebuah syarikat pengilang air tebu di Johor yang mengeksport produk keluarannya ke Singapura," ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke ladang tanaman tebu telur Ramli Ahmad di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian dekat sini baru- baru ini.

Hadir sama Pegawai Pengembangan Cawangan Kualiti dan Standard FAMA, Abdul Rahim Abdul Ghani dan Pembantu Ehwal Ekonomi FAMA Simpang Durian, Nor Effindi Liki.

''Selain pasaran dalam negara dan Singapura, FAMA berhasrat memperluas pasaran jus tebu telur ke negara-negara lain terutamanya di rantau Timur Tengah.

''Kuantiti tebu telur yang diperlukan oleh pengilang akan meningkat sebaik sahaja pasaran-pasaran baru dibuka," jelas beliau.

Sehubungan itu, ujarnya, FAMA negeri memerlukan lebih ramai pengusaha ladang kontrak khusus untuk membekalkan tebu telur berkualiti tinggi.

Sokri berkata, keutamaan akan diberi kepada pengusaha-pengusaha tanaman berkenaan yang beroperasi di sekitar daerah ini dan mereka boleh menghubungi FAMA negeri di talian 06-7635797 atau 06-7638959 serta laman web http://www.fama.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sumber: Utusan Malaysia

Saranan :

Sebelum memilih sesuatu projek PASTIKAN PASARAN sudah ada untuk elakkan kerugian di akhir nanti. Sekadar renungan

Fertigasi bawa keuntungan


Sebahagian daripada kebun Harun Ismail yang menggunakan teknik fertigasi.


Hari ini sektor penanaman menjadi semakin penting kerana ia menjadi penyumbang kepada bekalan makanan. Oleh itu, sektor tanaman seperti sayur-sayuran perlu diberi wajah baru dengan suntikan teknologi untuk meningkatkan hasil, lebih selamat dan meminimumkan penggunaan tenaga buruh,.

Satu daripda teknologi terbaru yang dibawa masuk ke negara ini ialah fertigasi yang ramai makin mengetahuinya sebagai gabungan sistem pengairan dan pembajaan secara serentak tanpa menggunakan tanah.

Fertigasi diperkenalkan dari negara Jepun dan kini semakin popular di Malaysia, menggunakan struktur pelindung dan digunakan di kebanyakan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Selain dilaksanakan oleh usahawan atau syarikat, individu juga semakin tertarik untuk memanfaatkan sistem atau teknologi ini untuk pelbagai jenis tanaman sayuran buah seperti timun, cili dan rock melon.

Salah seorang pengusaha yang tidak mahu ketinggalan mencuba sistem tersebut ialah Harun Ismail. Selepas melihat salah seorang rakannya berjaya menanam cili menggunakan kaedah fertigasi, Harun Ismail, 52, mula menunjukkan minat berjinak-jinak dengan teknologi berkenaan.

Kata orang menyaksikan sendiri sesuatu projek berjaya memudahkan kita mempercayainya, yang membawa Harun berjinak-jinak dengan sistem tersebut.

Atas nasihat kawannya, Harun mula mencari dan mengumpulkan bahan-bahan mentah untuk menghasilkan media bagi tanaman cilinya.

"Di sini bahan mentah untuk media tanaman mudah didapati seperti sabut kelapa dan sekam padi," katanya semasa ditemui di kebun cilinya di Jalan Ibrahim, Sungai Air Tawar, Sungai Besar, Selangor.

Mengambil masa dua bulan beliau mendalami ilmu teknologi tanaman cili secara fertigasi daripada sahabatnya sebelum memulakan usahanya sendiri.

"Kawan saya banyak memberikan galakan dan menjadi mentor selama saya menjalankan tanaman fertigasi," katanya yang mendapatkan bekalan benih di pekan Sungai Besar.

Menyangkal pendapat sesetengah golongan yang mendakwa kos menjalankan tanaman fertigasi adalah tinggi, kata Harun, kosnya tidaklah tinggi jika kita tahu di mana mendapatkan bahan mentah untuk media.

Bagi menambahkan sumber pendapatan seharian, selain mengusahakan tanaman fertigasi, Harun juga menjalankan usaha menjual polibeg media tanaman bagi pengusaha yang baru memulakan aktiviti fertigasi.

Walaupun baru dua bulan bergiat cergas dalam aktiviti fertigasi, Harun sudah boleh mengeluarkan 1,000 polibeg lengkap sebulan.

"Buat masa ini permintaan bagi polibeg media tanaman fertigasi amat menggalakkan daripada pengusaha yang baru memulakan aktiviti pertanian," katanya.

Kini kawasannya seluas 150 kaki x 120 kaki menempatkan 1,000 buah polibeg dan dijangka mengeluarkan hasil dalam masa sebulan lagi.

"Tanaman cili secara fertigasi lebih mudah kerana saya masih boleh menguruskan kebun pisang dan menjalankan kerja lain," katanya.

Melihat kepada teknik fertigasi yang mudah diselenggarakan, Harun bercadang untuk membesarkan lagi keluasan kebun cilinya.

Sumber:Utusan Malaysia

Teknik fertigasi semakin popular

Walaupun teknik tanaman secara fertigasi telah agak lama diketahui tetapi masih ramai petani yang belum lagi mencubanya dalam skala komersial.

Ramai yang mendakwa fertigasi memerlukan kos yang besar dan memerlukan penjagaan yang optimum.

Justeru Mega Utusan Malaysia dengan kerjasama Agro Bank dan Mayconsult akan mengadakan Seminar Sehari Usahawan Fertigasi pada 17 Mei ini.

Bengkel sehari akan diadakan di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Penceramahnya yang juga Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mahamud Shahid telah menjalankan penyelidikan mengenai sistem fertigasi iaitu pengeluaran tanaman tanpa tanah yang menggabungkan pengairan dan baja dalam satu sistem.

Biasanya sistem fertigasi diletakkan di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi dan berkualiti serta menjadi alternatif terhadap sistem konvensional.

Biasanya hanya beberapa jenis sayur-sayuran dan buah yang mempunyai nilai pasaran tinggi seperti cili merah, tomato, timun, zukini, terung, melon dan strawberi.

Tujuan asal fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman daripada jangkitan penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya bawaan tanah.

Walaupun ramai yang mengatakan kaedah fertigasi melibatkan kos yang tinggi tetapi sebenarnya kos permulaan dapat diatasi selepas satu musim selain mengurangkan penggunaan air dan baja.

Sementara itu penggunaan tenaga kerja yang minimum dengan penggunaan alat pengatur masa automatik mengurangkan kos.

Biasanya selepas satu pusingan, medium akan dirawat racun kulat sebelum digunakan semula pada pusingan akan datang.

Sehingga kini sejak fertigasi dimulakan terdapat ramai petani yang menggunakan teknik tersebut dalam tanaman mereka.

Fertigasi jika dilakukan dengan teliti dapat menjana pendapatan lumayan kepada petani.

Sejak akhir-akhir ini kajian yang dijalankan mendapati halia sesuai ditanam secara fertigasi kerana boleh ditanam di tempat yang sama tanpa risiko dijangkiti dengan penyakit akar.

Kini ramai pengusaha fertigasi semakin berjaya seperti Ammar Abdul Aziz dan Harun Ismail yang mengusahakan tanaman cili merah dan cili padi.

Walaupun berbeza latar belakang Ammar yang mempunyai ijazah sarjana dalam bidang ekonomi manakala Harun hanya pekerja kampung tetapi matlamat mereka sama untuk membangunkan pertanian.

Kini usaha mereka telah mula menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Sumber: Utusan Malaysia

Friday, May 8, 2009

Terengganu lembah jagung hibrid

400 hektar tanah di empat daerah terbabit dalam projek besar-besaran


HULU TERENGGANU: Terengganu akan menjadi lembah tanaman dan pengeluar utama jagung hibrid, sekali gus meningkatkan nilai eksport hasil tani itu ke negara luar apabila kerajaan negeri kini mengenal pasti tanah seluas 400 hektar di empat daerah di negeri ini untuk meningkatkan penanamannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Rozi Mamat, berkata empat daerah yang akan terbabit dalam projek penanaman jagung hibrid secara besar-besaran itu ialah Hulu Terengganu dengan keluasan tanah 120 hektar; Marang (80 hektar); Besut dan Setiu (80 hektar) serta 80 hektar lagi tanah di Kemaman.

Beliau berkata, Jabatan Pertanian sudah menjalankan kajian ke atas tanah di empat daerah berkenaan dan mendapati tanah di kawasan itu sangat sesuai dan subur untuk penanaman jagung hibrid yang kini semakin mendapat sambutan khususnya di kalangan penggemar jagung.

"Kita akan mula memilih peserta yang berminat menyertai projek penanaman jagung hibrid ini dan setiap peserta yang mengambil bahagian akan diberikan tanah seluas dua hektar. Menariknya, segala kerja pembajakan serta benih akan diberi percuma oleh kerajaan negeri.

"Kita menjangka, dalam tempoh dua bulan, tanaman jagung hibrid ini akan mengeluarkan hasil dan setiap peserta dijangka mampu memperoleh pendapatan antara RM7,000 dan RM8,000 seorang," katanya selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat bersama Universiti Sains Malaysia di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Rozi berkata, anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) akan membeli hasil tanaman jagung hibrid daripada peserta untuk dijual kepada sebuah syarikat di ibu negara yang akan menguruskan proses mengeksport hasil tani itu ke luar negara.

Katanya, lebih 800 hektar tanaman jagung yang sebahagian besarnya diusahakan secara kecil-kecilan oleh penduduk Hulu Terengganu tidak mampu memenuhi permintaan pasaran tempatan dan eksport yang semakin meningkat kerana kualiti dan keenakan jagung hibrid yang tinggi.

"Kita akan terus mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk penananaman jagung hibrid ini kerana kita sedar permintaan pasaran terhadap bahan makanan ini semakin meningkat dan membanggakan. Sekarang pun kerajaan negeri sudah membeli lima jentera pembajak untuk diagihkan di kawasan tanaman jagung ini.

"Selain itu kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan RM150,000 untuk membina sepuluh kiosk menjual jagung di seluruh negeri ini yang dijangka dimulakan pada tahun ini. Kita yakin kiosk ini mampu memberi daya penarik untuk orang ramai membeli pelbagai produk berasaskan jagung," katanya.

Sumber : Berita Harian

Biri-biri pelengkap kambing


Biri-biri Dorper dipelihara di bawah pokok kelapa di Stesen Mardi, Sungai Baging, Kuantan, Pahang.


Ternakan biri-biri boleh dikatakan masih baru kerana tidak terdapat penternak yang mengusahakannya secara komersial berbanding kambing.

Justeru, kerajaan telah memberikan keutamaan untuk mempertingkatkan industri daging kambing dan biri-biri untuk mengurangkan pergantungan kepada daging import.

Pada tahun 2005, bekalan daging kambing dan biri-biri import di pasaran tempatan melebihi 15,000 tan metrik atau 92.6 peratus daripada bekalan keseluruhan.

Populasi biri-biri tempatan dianggarkan berjumlah 115,500 ekor dan jumlah ini akan mempengaruhi pembangunan industri biri-biri negara.

Industri biri-biri boleh dikatakan masih di peringkat 'bayi' walaupun ternakan biri-biri sudah lama bertapak di sini.

Selama ini ternakan biri-biri dijalankan secara tradisional.

Walaupun baka seperti Dorset, Wiltshire horn, Suffolk dan biri-biri rerambut seperti Bali-Bali, Barbados Black Belly dan St. Ines dibawa masuk sejak 20 tahun lalu bagi meningkat prestasi biri-biri tempatan atau Malin tetapi baka yang dibentuk tidak pernah stabil.

Antara penyebab kelembapan industri biri-biri di negara ini adalah kekurangan baka berkualiti dan subur.

Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mohmad Mustafa berkata, biri-biri Dorper yang berasal dari Afrika Selatan merupakan baka baru yang berpotensi diternak di negara ini.

"MARDI telah mula membawa masuk baka Dorper dari Afrika Selatan sejak tahun 2006 bagi penilaian sebagai baka pejantan (terminal meat sire breed) untuk dikacukkan dengan biri-biri betina tempatan.

"Biri-biri Dorper yang dibawa masuk ditempatkan dalam ladang integrasi kelapa di stesen MARDI, Sungai Baging, Kuantan, Pahang," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.

Kali kedua pada Julai tahun lalu, MARDI membawa masuk 220 ekor baka Dorper tulen dari Afrika Selatan.

Sebanyak 200 ekor betina dan 20 ekor jantan dibawa masuk bagi meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan MARDI untuk mengkaji kesesuaian baka dalam iklim dan persekitaran tempatan bertujuan penggandaan baka tulen dan kacukan dengan biri-biri tempatan.

Hasil kajian awal mendapati 150 ekor anak dilahirkan daripada baka pejantan Dorper yang dihasilkan di Sungai Baging telah menunjukkan pertambahan kadar tumbesaran lebih 30 peratus jika dibandingkan dengan anak biri-biri dari baka kacukan lain.

Dr. Mohmad berkata, sehingga kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mula menternak biri-biri Dorper di beberapa buah ladang di Johor.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, baka biri-biri Dorper adalah setanding dengan kambing Boer.

''Jika kambing Boer sesuai dengan pelbagai jenis cuaca, biri-biri Dorper mempunyai ciri-ciri yang sama.

"Maklumat mendapati sejumlah lima juta biri-biri Dorper diternak di Afrika Selatan dan banyak negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan Eropah telah mengimport baka tersebut untuk dibiakkan di tempat mereka," katanya.

Dr. Mohmad menjelaskan, negara mengimport banyak daging biri-biri berbanding kambing. Ini kerana orang ramai tidak tahu membezakan antara daging kambing dan biri-biri.

Beza

"Daging kambing dikenali sebagai adalah chevon, manakala biri-biri adalah mutton dan biri-biri muda berusia empat bulan adalah lamb," jelas beliau.

Beza antara chevon dan mutton adalah kandungan kolestrolnya.

Walaupun kandungan kolestrol dalam biri-biri lebih tinggi berbanding kambing tetapi kajian menunjukkan mutton mengandungi lebih banyak kolestrol berbanding lamb.

Dr. Mohmad berkata, biasanya berat badan biri-biri Dorper antara 30 hingga 40 kilogram (kg) ketika berumur enam hingga lapan bulan belum mengumpulkan lemak yang tinggi berbanding biri-biri import.

Baka biri-biri Dorper dibawa masuk bagi memenuhi keperluan penternak di Pantai Timur.

Baka tempatan bermutu rendah dengan dewasa hanya mencapai berat badan 20 hingga 25 kg dalam masa dua tahun.

Manakala baka Dorper tulen pula boleh mencapai berat 30 hingga 35 kg hanya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

"Kambing Boer dengan pengurusan yang teratur dan makanan berkualiti boleh mencapai berat badan antara 25 hingga 30 kg dalam masa tiga atau empat bulan," katanya..

Seperti kambing Boer, biri-biri Dorper jenis rerambut dipilih kerana tidak menghadapi masalah ketegasan dan sesuai dengan keadaan lembap di negara ini.

Pengenalan baka biri-biri Dorper, kata Dr. Mohmad amat diperlukan memandangkan industri ternakan telah memberi sumbangan besar dalam pengeluaran makanan negara dengan jumlah RM5.729 billion.

Industri penternakan bukan ruminan seperti unggas telah menyumbang 94 peratus atau RM5.4 billion sementara sektor ruminan hanya enam peratus atau RM0.329 billion.

"Keperluan daging ruminan akan terus meningkat tahun demi tahun dan pergantungan kepada import perlu dikurangkan," katanya.

Justeru agensi kerajaan dan swasta perlu berganding bahu dalam mewujudkan satu sistem pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan tempatan dalam masa terdekat.

Industri ternakan ruminan perlu diteruskan dengan penumpuan kepada meningkatkan populasi pembiak.

Industri berkenaan perlu berkembang secara lebih agresif, sistematik serta moden dengan sekala komersial.

Pengenalan Baka Dorper

l Baka Dorper berasal dari Afrika Selatan telah dibangunkan dalam tahun 1900 hasil gabungan baka biri-biri Parsi dan Dorset.

l Ketika ini Dorper adalah baka biri-biri pedaging terulung di dunia.

l Di Afrika Selatan terdapat lebih lima juta ekor baka Dorper.

l Baka ini dipilih kerana dijangka berupaya menyesuaikan diri dengan iklim tempatan, kadar kenaikan berat badan tinggi, kadar kembar tinggi, pengeluaran susu yang banyak serta karkas berkualiti (nisbah daging kepada tulang yang tinggi).

l Baka ini mudah dipelihara dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai

l Ia dapat menggunakan makanan (pastura dan dedak secara optimum) dengan kadar kematian rendah dan imun terhadap penyakit dengan kadar kesuburan tinggi dan banyak anak dapat dipasarkan

l Baka yang menarik dan popular dari jenis pedaging dengan kesuburan yang tinggi dan berupaya untuk musim pembiakan yang panjang sepanjang tahun

l Baka ini sangat subur dengan kadar bunting yang tinggi dan pejantan boleh dikahwinkan dengan lebih 30 induk betina dalam masa 40 hingga 60 hari.

l Kadar kelahiran boleh dijadualkan setiap lapan bulan (tiga kelahiran dalam masa dua tahun) dengan kadar kembar yang tinggi. Dengan pengurusan yang baik kadar kelahiran lebih 150 peratus dapat dihasilkan

l Induk betina mempunyai ciri keibuan yang baik dan dengan penghasilan susu yang tinggi dapat memelihara anak dengan baik sehingga cerai susu dengan peratus cerai susu yang tinggi

l Kadar kenaikan badan yang tinggi. Dengan pemakanan yang baik anak baka tulen Dorper boleh mencapai berat badan 30 hingga 35 kilogram (kg) dalam masa tiga hingga empat bulan

l Mempunyai kualiti karkas yang baik dengan pertumbuhan lemak dalam daging yang serata menjadikan karkas mencapai Gred Super di pasaran

l Walaupun baka Dorper pada asalnya dibangunkan untuk dipelihara di kawasan panas dan kering di Afrika Selatan namun ia didapati sesuai dipelihara di pelbagai iklim dengan pemakanan yang pelbagai di dalam beberapa sistem pemeliharaan sama ada sistem intensif, semi-intensif atau bebas baik dalam kawasan padang pasir, tropika atau lembap.

l Pada masa ini terdapat 220 ekor Dorper tulen di negara ini dan MARDI sedang meningkatkan mutu baka sedia ada di Stesen MARDI, Kluang.

Di stesen MARDI Sungai Baging peningkatan genetik baka Dorper telah dilaksanakan melalui natural mating dan kaedah permanian beradas. Dijangka industri Dorper akan berkembang memandangkan bilangan import daging terus meningkat.

Petikan dari Utusan Online..

Memang berbaloi ternak lembu


lebih 400 ekor lembu dipelihara secara integrasi oleh tiga individu berbeza
di Kampung Pisang, Jerantut, Pahang.


Melihat sendiri bagaimana seorang penternak memanggil ternakan lembunya dengan 'bahasa' tersendiri, memang sesuatu yang mengasyikkan bagi mereka yang belum pernah berpengalaman menyaksikannya.

Tapi itulah yang boleh disaksikan semasa menemubual seorang penternak yang mempunyai hampir 200 ekor lembu di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

Baginya, lembu pertama yang dibelinya dan diberikan nama Atan amat istimewa dan terus dipelihara sehingga ke hari ini.

Bagi penternak terbabit , bekerja keras dan bersemangat untuk memajukan diri adalah kunci baginya mencapai kejayaan.

Bermula dengan bekerja di bahagian penyelenggaraan di Hospital Jerantut, Pahang, lebih kurang 10 tahun lalu, Muhammad Rohaimi Amiruddin, 29, kini mempelbagaikan usahanya termasuk dalam industri ternakan.

'Karier' awalnya bermula sebagai kontraktor Kelas F semasa berkhidmat di Hospital Jerantut, yang mula membuka pintu rezekinya meskipun tiga tahun dilalui tanpa sebarang projek.

Tanpa mengenal putus asa, dalam tempoh tiga tahun itu, Muhammad Rohaimi tetap dengan tugasnya di Hospital Jerantut sehinggalah dia memperoleh projeknya yang pertama.

Hasil pendapatan daripada projek berkenaan dilaburkan dengan membeli 10 ekor lembu atas nasihat rakan-rakannya.

"Pada mulanya saya membeli baka lembu dan dilepaskan di kebun ayah saya," katanya semasa ditemui di ladang sawit Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) di Kampung Pisang, Jerantut, Pahang.

Apabila mendapat kontrak demi kontrak dan syarikat tempatnya bekerja menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS), Rohaimi menerimanya. Setelah itu, bermulanya kehidupannya sebagai seorang penternak lembu dan kontraktor Kelas F.

Melabur

Hasil daripada pelbagai jenis projek yang diterima, Muhammad Rohaimi laburkan dengan membeli lembu bagi menambah bilangan ternakannya.

Selepas mendapat kontrak membersihkan ladang sawit LKPP seluas 4,000 ekar bersama-sama dengan dua rakan lain, Rohaimi mula membeli lebih banyak lembu untuk diletakkan di ladang berkenaan.

"Sebelum itu, dengan hanya beberapa ekor lembu saya letakkannya di sana, tetapi apabila saya mula menambah bilangan lembu kepada lebih 50 ekor, saya meminta kebenaran untuk menyewa tanah ladang bagi melepaskan semua ternakan tersebut," katanya.

Menternak lembu di kawasan ladang sawit, kata Rohaimi, amat menjimatkan kerana lembu yang dipelihara mudah mendapat makanan dan ladang juga bersih.

Najis lembu

Pada masa sama, najis lembu juga boleh digunakan untuk menyuburkan tanah di ladang kelapa sawit berkenaan.

Usahanya tidak diteruskan dengan menambah bilangan lembu dengan membeli pelbagai jenis lembu seperti Brahman, LID, Charolais, Kedah-Kelantan (KK) dan Draughtmaster daripada rakan-rakan dan penduduk sekitar daerah Jerantut.

Menyentuh mengenai kos menternak lembu secara integrasi, Rohaimi berkata, kosnya amat rendah kerana hanya perlu membeli air gula, ubat-ubatan dan garam.

Bagaimanapun, dia u perlu membeli tiga set pagar elektrik bagi mengelakkan ternakan tersebut merayau keluar ke kebun penduduk kampung.

"Satu set pagar elektrik bagi kawasan 10 ekar lengkap dengan bateri berharga sekitar RM2,000," katanya.

Sehingga kini ladang berkenaan menjadi tempat tinggal lebih 400 ekor lembu daripada tiga individu yang berlainan.

"Di sini kami sama-sama menjaga ternakan secara gotong-royong kerana kami mengenali lembu masing-masing.

"Setiap hari pekerja akan meninjau keadaan lembu dan mengenalpasti masalah seperti penyakit dan masalah lain," katanya yang mempunyai enam orang pekerja untuk tugas-tugas membersihkan ladang.

Setiap petang beliau yang mempunyai hampir 200 ekor lembu akan pergi meninjau keadaan lembunya sambil membawa bancuhan air gula merah.

Menyentuh mengenai pasaran, Rohaimi berkata setakat ini pasaran lembu amat menggalakkan terutama menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.

Bagaimanapun Rohaimi biasanya akan membeli lembu-lembu lagi bagi menggantikan lembu yang telah dijual.

Bercerita mengenai perancangan masa depan, anak muda yang penuh wawasan ini merancang untuk menambahkan lagi bilangan lembu-lembunya.

"Apabila saya menjual lembu, saya akan membeli lagi untuk menambah bilangan ternakan saya," katanya dengan penuh semangat.

Petikan dari Utusan Online..

Keistimewaan tanaman tebu


PENANAM tebu boleh menarik nafas lega dengan adanya kemudahan di Batu Pahat, Johor.


RAMAI petani masa kini, tidak berminat untuk menanam tebu dan beralih kepada tanaman lain yang dianggap lebih menguntungkan.

Tanpa mereka sedari sebenarnya tebu lebih mudah untuk ditanam dan boleh mendatangkan hasil lumayan yang berterusan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh.

Ini terbukti dengan peningkatan jumlah eksport tebu ke Singapura yang meningkat pada setiap tahun.

Bermula tahun 2004 dengan nilai eksport RM3.04 juta, ia berkembang hingga mencecah angka RM5.8 juta pada tahun 2007. Untuk tiga bulan pertama tahun tahun lalu sahaja, nilai eksport tebu ke negara jiran itu telah mencecah RM1.5 juta.

Justeru, bagi memastikan pembangunan industri tebu terus berkembang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membina Kompleks Pengumpulan Ladang bagi komoditi tebu di Batu Pahat, Johor.

Ia dibina di Lot 3421, Jalan Persekutuan Muar - Batu Pahat, Mukim 1 Lubok, Semerah Batu Pahat dengan kos RM4.5 juta dan telah beroperasi sejak awal tahun ini yang mana Purecane Manufacturing Sdn. Bhd. bertindak sebagai pengeksport.

Kompleks pertama

Ia merupakan kompleks pertama seumpamanya di negara ini bertujuan menyediakan kemudahan, peluang dan tempat rujukan kepada penanam-penanam tebu dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Ia menguruskan pengendalian tebu segar untuk tujuan eksport atau pasaran tempatan, pemprosesan tebu segar, pembungkusan dan penggredan.

Secara tidak langsung, kehadiran kompleks itu memberi impak positif kepada pengeksport, pemborong dan petani-petani di negeri-negeri terbabit serta mampu meningkatkan lagi hasil pengeluaran tebu negara.

Penubuhan kompleks itu juga bermatlamat untuk menggalakkan program pakatan pintar dan kerjasama antara sektor swasta dengan agensi kerajaan khususnya FAMA bagi membangunkan lagi industri tebu tempatan.

Selain itu, kompleks yang terletak di kawasan seluas 0.8 hektar itu juga bertujuan untuk menerapkan teknologi moden dan kendalian lepas tuai tebu segar selaras dengan keperluan semasa .

Ia juga memudahkan pihak berkuasa memberi pengiktirafan sijil Euregap, piawaian AVA Singapura dan lain-lain pengiktirafan.

Kompleks berkenaan dijangka dapat membantu pihak kerajaan dalam usaha menjadikan pertanian sebagai pendapatan negara dan menjadi pemangkin kepada individu terbabit agar lebih maju dan aktif.

Penubuhan kompleks berkenaan juga dapat meringankan beban pengeksport yang tidak berupaya menyediakan tempat pemprosesan mengikut tahap piawaian bagi tujuan pengeksportan yang mana Singapura adalah pasaran tradisi tebu Malaysia.

Pembinaan kompleks tersebut juga mampu meningkatkan pengetahuan di kalangan orang ramai terutama petani, pengeksport, pengusaha industri, untuk menjadikan pusat ini sebagai rujukan yang khusus mengenai tebu.

Pegawai FAMA Batu Pahat, Abd. Rahman Mohd. Nor berkata, FAMA telah memperkenalkan konsep ladang kontrak untuk tebu ini buat julung kalinya dengan melibatkan kira-kira 60 petani dari Negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman Ladang Kontrak Tebu antara FAMA, petani dan pengeksport tebu Purecane Manufacturing Sdn. Bhd. telah diadakan tahun lalu.

Kompleks itu, katanya, membolehkan FAMA mendapat bekalan berkualiti secara berterusan untuk pembekalan kepada pelanggan, manakala petani mendapat jaminan pasaran sementara pengguna mendapat produk berkualiti.

Sekali gus, katanya, FAMA dan pengeluar bersetuju mampu mengeluarkan produk pada kualiti, kuantiti, jenis, pembungkusan, gred dan masa yang dipersetujui bersama mengikut peraturan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).

Tambahnya di daerah Muar kawasan tanaman tebu adalah 173 hektar ,manakala di daerah Batu Pahat ialah 22.6 hektar. Ia terletak antara lima hingga 18 kilometer dari pusat pengumpulan tebu dan terdapat tujuh pengeksport tebu ke Singapura bagi daerah Muar dan Batu Pahat.

Pengurus Purecane Manufacturing Sdn. Bhd., Yumi Chee berkata, setiap hari sebanyak 10 tan tebu diperlukan untuk dieksport ke Singapura dan ia akan bertambah pada hari cuti umum atau perayaan iaitu peningkatan hingga 20 tan sehari.

Menurut Yumi, pihaknya juga sedang berusaha untuk memasuki pasaran Asia Barat dan perbincangan mengenainya telah pun diadakan.

Bagaimanapun, katanya, 30 tan tebu diperlukan setiap hari untuk di eksport ke Asia Barat tetapi bekalan tebu pada masa ini tidak mencukupi memandangkan para petani kurang berminat untuk menanam tebu.

Buat masa ini katanya, bekalan yang ada hanya cukup untuk di eksport ke Singapura dan yakin hasrat untuk eksport ke Asia Barat akan berjaya sekiranya para petani dapat membantu dengan menanam tebu secara komersial.

Menurut Abd. Rahman, FAMA sentiasa memberi ruang dan peluang kepada petani untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai penanaman tebu melalui kursus-kursus yang dijalankan oleh agensi itu.

Setakat ini katanya, beberapa kursus mengenai tebu telah dibuat dan sambutan amat menggalakkan, tetapi kebanyakannya daripada golongan petani yang telah berusia. Untuk itu FAMA kini sedang berusaha untuk menarik golongan belia menyertai pertanian secara aktif.

Tambahnya lagi modal yang diperlukan untuk memulakan penanaman tebu secara komersial ialah RM20,000 untuk satu ekar dan penjagaannya tidak cerewet serta mudah untuk diuruskan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin menyeru agar para petani di sekitar DUN Semerah mengambil peluang yang ada dengan menanam tebu kerana pusat pengumpulan tebu yang di bina di Semerah ini merupakan yang pertama di Malaysia dan bekalan sentiasa diperlukan setiap hari.

Ariss yang melawat pusat pengumpulan tebu itu bersama para pegawai FAMA baru-baru ini melahirkan rasa teruja dengan adanya pusat pengumpulan tebu itu yang pastinya dapat menaikkan nama Batu Pahat.

Petikan dari Utusan Online..

Monday, May 4, 2009

Tembikai Susu Kuala Selangor

image
Roszi Mohd Istamar menunjukkan tembikai susu hasil keluaran ladangnya yang terletak di Kampung Sungai Yu di Kuala Selangor

Seawal jam 7 pagi, Roszi Mohd Istamar, 22, melangkah keluar dari rumahnya menuju ke ladang tanaman tembikai susu di Kampung Sungai Yu di sini. Matlamatnya ialah menjadikan ladang usahanya itu mencapai hasrat mengeluarkan hasil tanaman yang suatu hari nanti menembusi pasaran di seluruh dunia.

Anak muda berkelulusan dalam bidang kejuruteraan elektrik dari Institut Kemahiran Mara Jasin Melaka ini amat yakin projek tanaman buah-buahan itu akan membawa kejayaan.

“Jika pasarannya cantik saya sememangnya yakin akan dapat meluaskan lagi projek penanaman ini. Setakat ini saya sudah tanam di 0.8 hektar tanah dan saya positif tembikai susu ini ada potensi cerah untuk diterima di pasaran dunia,” katanya ketika ditemui pemberita semasa penuaian buah tembikai susu di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pendapatan sehingga RM3,000 sebulan mampu diperolehi hasil projek tanaman dua jenis tembikai susu, Rock Melon dan jenis tembikai susu biasa (Honeydew), yang dimulakan sejak awal Januari lepas di bawah naungan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Roszi yang membabitkan diri dengan penanaman tembikai susu secara berjinak-jinak ekoran ajakan bapa saudara yang memintanya membantu mengusahakan ladang berkelompok itu, kini menunjukkan minat untuk mempunyai ladang tanaman sendiri.

“Saya cuma membantu bapa saudara yang memang bekerja sebagai petani di kampung ini. Lama-lama rasa seronok timbul kerana selain pendapatan lumayan, ia memberi saya banyak ilmu dalam pertanian,” katanya.

Pengarah Fama Selangor, Ishak Abbas pula berkata projek berkelompok itu diusahakan di atas tanah seluas 20 hektar di Kampung Sungai Yu dan sehingga kini 8 hektar tanah telahpun membuahkan hasil.

“Setiap peserta hanya memerlukan modal permulaan RM2,500 hingga RM3,000 bagi 0.4 hektar tanah ladang yang dimiliki sendiri untuk menanam tembikai susu ini yang boleh menghasilkan lebih kurang 3,000 pokok manakala Fama pula menyediakan kemudahan pasaran.

Sekarang ini Fama beralih kepada penanaman tembikai susu kerana melihat buah ini ada prospek pasaran luas di dalam dan luar negara. Kita mensasarkan akan dapat mengeluarkan lebih kurang satu tan sehari melalui ladang ini untuk dibekalkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS),” katanya.

Beliau berkata setiap daripada 29 petani asal di kampung itu akan menanam tembikai susu dan menuainya mengikut giliran jadual yang ditetapkan agar bekalan buah untuk pasaran sentiasa ada.

“Petani yang sebelum ini tidak tahu selok-belok menanam tembikai susu juga mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada Jabatan Pertanian serta Fama tentang cara menanam tembikai susu yang berkualiti dan membawa mereka melihat cara pengurusan di ladang lain juga,” katanya.

Sebelum menyertai projek penanaman tembikai susu, peserta menjalankan usaha pertanian dengan menanam sayur-sayuran termasuk jagung.

Ishak berkata tanaman tembikai susu juga tidak dapat lari daripada masalah penyakit yang boleh membantutkan pembesaran buah dan menjejaskan kualitinya.

Antara penyakit utama yang sering menyerang tanaman jenis ini adalah lecuh anak benih dan bintik berpusar yang menyerang daun, batang serta buah sehingga menyebabkan pokok dan buah rosak.

“Kita mengatasi masalah itu dengan kerap menyembur racun perosak tetapi masih perlu memberikan perhatian kepada kesihatan pokok agar tidak memberi kesan kepada buah serta membuat sungkupan plastik pada pokok,” katanya.

Bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air pula, Ishak berkata, Fama, Jabatan Pertanian serta Jabatan Pengairan dan Saliran akan berusaha menyediakan paip renjisan air yang akan memudahkan petani berbanding sekarang yang hanya bergantung kepada hujan atau sumber air paip yang agak jauh dari ladang.

Menurut Ishak, keistimewaan buah tembikai susu dari ladang ini adalah rasanya yang begitu manis kerana ditanam di tanah pantai yang mengandungi paras kelarutan gula yang tinggi.

Buah tembikai yang ditanam hanya mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga bulan untuk membesar dan boleh dituai manakala penanamannya boleh dilakukan tiga hingga empat kali dalam setahun kerana ia tanaman tidak bermusim.

Untuk tujuan eksport, Ishak berkata hasil pengeluaran tembikai susu Kampung Sungai Yu akan dibawa ke Dubai pada Jun ini kerana telah berjaya mendapat permintaan di sana.

Selain itu, perancangan eksport juga akan ditumpukan kepada Singapura yang berpotensi besar untuk mendapat sambutan menggalakkan dan menggantikan pasaran dari Australia yang tidak dapat membekalkan keluarannya jika negara itu mengalami musim sejuk.

“Selepas ini, kita merancang untuk menghasilkan buah tembikai susu tanpa biji di ladang ini. Setakat ini, ia telah ditanam di tanah seluas 1.2 hektar dan kami merancang akan meluaskan lagi penanamannya,” katanya.

Ishak berkata selain untuk dieksport ke luar negara, Fama juga akan cuba membawa keluaran ladang tembikai susu itu ke hypermarket dan pasar raya tempatan serta pesta dan pasar tani yang dianjurkan lembaga itu pada masa akan datang.

Sumber – BERNAMA

Gembleng potensi graduan ceburi pertanian


Setiap graduan yang bernaung di bawah Persatuan Graduan Usahawan Malaysia (PUGM) diajar dan dibantu dari pelbagai aspek tentang pertanian.


KETABAHAN, kecekalan dan semangat ingin maju merupakan senjata utama untuk bergelar usahawan tani berkualiti. Justeru, wujud pelbagai cabaran dalam melahirkan graduan usahawan tani yang mampu mengikis tanggapan buruk masyarakat kononnya graduan tidak sesuai menceburi bidang tersebut.

Ia menjadi cabaran bagi Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM) supaya graduan menceburi pertanian dipandang positif oleh masyarakat.

Dengan melibatkan diri dalam pertanian secara sepenuh masa secara komersial, setiap graduan yang berdaftar akan dibantu dalam segala hal agar mereka mampu berdikari dan seterusnya menjadi idola kepada rakan-rakan graduan yang lain.

Presiden PUGM, Muzamir Mustafa berkata, kesemua graduan yang menyertai PUGM adalah mereka yang sememangnya meminati bidang pertanian tetapi tidak mempunyai modal untuk meneruskan minat mereka.

Dengan menyertai PUGM, Muzamir menambah, mereka dibiayai oleh Bahagian Pembangunan Usahawan Mara dan Agro Bank yang mengiktiraf modul program PUGM dengan pinjaman permulaan RM50,000 bagi seorang peserta di bawah projek perintis usahawan tani Kementerian Belia dan Sukan.

Setiap graduan yang mendaftar sebagai ahli katanya, akan diberi kursus sebelum mereka boleh memulakan projek pertanian dan sementara menunggu pinjaman diluluskan dalam tempoh dua bulan, mereka akan ditempatkan di tapak projek PUGM di Projek Pertanian Moden Kluang (PPMK).

''Mereka akan diberi pendedahan tentang teknik tanaman secara moden selain penjagaan dan bagaimana mahu menjadikan pertanian sebagai perniagaan kerana pertanian mampu mendatangkan hasil lumayan,'' jelasnya.

Tambahnya lagi, selama dua bulan itu mereka akan diberi elaun RM500 seorang dan apabila pinjaman mereka diluluskan, mereka akan diberi tapak bersaiz 120 x 140 kaki siap dengan rumah lindungan hujan untuk memulakan projek pertanian moden mereka.

Buat masa ini Muzamir berkata, PUGM mempunyai tanaman buah naga dan rock melon di tapak berkeluasan 20 hektar di PPMK yang telah membuahkan hasil sejak diusahakan dua tahun lalu.

Setakat ini juga katanya, PUGM telah lahirkan lebih 10 graduan usahawan tani yang berjaya dan boleh dicontohi di seluruh Malaysia.

Bagi graduan yang telah berjaya katanya, pihak MARA dan Agro Bank tidak akan teragak-agak untuk memberi pembiayaan berterusan sekiranya rekod pembiayaan terdahulu mencatat pembayaran balik yang bagus.

''Mereka boleh mendapat pembiayaan sehingga RM300,000 sekiranya rekod bagus dan berpotensi untuk berkembang maju," jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Muzamir lagi, setakat ini terdapat 500 ahli PUGM di seluruh Malaysia yang melibatkan diri dalam bidang penternakan dan tanaman pelbagai hasil pertanian secara moden.

Muzamir yang juga Pengerusi PPMK mempunyai wawasan tersendiri untuk PUGM yang mana tapak seluas 0.2 hektar di tapak projek PUGM itu akan dibina sebuah chalet yang boleh memuatkan 50 peserta kursus pada sesuatu masa..

Tambahnya, ia akan dijadikan tempat kuliah, agro pelancongan serta kursus di ladang dan juga dijadikan tempat pengumpulan hasil ladang yang mana kesemua hasil ladang PUGM akan diselenggarakan oleh PUGM Holding Sdn. Bhd. bagi mengelak penggunaan orang tengah.

Buat masa ini katanya, hasil pertanian PUGM di hantar ke pasaran tempatan dan luar negara seperti ke Singapura.

Terkini tambah beliau, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat telah melawat ladang PUGM bagi mencari ruang dan peluang untuk sama-sama menimba ilmu bagi membangunkan wanita terutama ibu tunggal dalam bidang pertanian.

''PUGM bersedia untuk memberi khidmat sebagai mentor kepada ibu tunggal dan warga miskin dalam projek yang dijangka akan diusahakan tidak lama lagi iaitu penanaman cili secara fertigasi dan rock melon," ujarnya.

Tambahnya, rock melon dan cili dipilih kerana masa untuk memungut hasil singkat dan pulangannya lumayan.

Related Posts with Thumbnails