Can't find it? Try this.
Friday, April 30, 2010
Serba ringkas updated dari Ladang Integrasi Interxpose di Melaka
Friday, April 16, 2010
KORBAN
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya AidilAdha dan hari tasyrik, iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.
Hukum korban ialah sunat muakad, iaitu sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar. Tuntutan sunat muakad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti Islam, sempurna akal, dan baligh. Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurang-kurangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.
Korban sangat dituntut dalam Islam. Dalil yang menerangkan waktu korban ialah,firman Allah s.w.t :
Yang bermaksud:
"Maka bersembahyanglah kamu kerana Tuhanmu dan berkorban kerana-Nya." & "Tidak akan sampai kepada Allah dagingnya dan tidak darahnya tetapi sampai kepada-Nya taqwa daripada kamu."
AQIQAH
Aqiqah adalah penyembelihan haiwan kerana menyambut kelahiran bayi. Hikmah amalan sunnah ini menunjukkan rasa kegembiraan, mensyukuri nikmat Allah serta merupakan amalan kemasyarakatan. Dengan aqiqah, anak dapat memberi pembelaan atau syafaat pada orang tuanya di hari kiamat. Kemudian agar anak tumbuh dan berkembang dengan sempurna, mereka hendaklah dikhatan supaya menjadi bersih sesuai dengan fitrahnya.
Pengertian aqiqah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum aqiqah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
Waktu aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
Sabda Rasullullah s.a.w :
“Bersama bayi yang lahir itu Aqiqah, oleh itu mengalirlah darah (dengan menyembelih haiwan) untuknya, dan jauhkan baginya segala penyakit (dengan mencukur rambut)”. (hadith riwayat Bukhari).
HIKMAH AQIQAH
Aqiqah mengandungi beberapa hikmah antaranya :
- Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
- Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang di kurniakan oleh Allah.
- Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikkan.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dengan keluarga yang di kurniakan anak.
- Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
PERBEZAAN DIANTARA KORBAN DAN AQIQAH
Terdapat beberapa perbezaan antara korban dengan aqiqah:
Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijjah. Daging aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.
Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat di sedekahkan setelah dimasak.
BERNIAT AQIQAH KETIKA MENYEMBELIH.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.
CARA MELAKUKAN AKIKAH
Berdoa semasa hendak menyembelih:
Yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini aqiqah …" (menyebut nama anak).
- Menyembelih ketika matahari sedang naik.
- Daging aqiqah di masak terlebih dahulu sebelum di sedekahkan.
- Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang aqiqah, hanya meceraikan sendi-sendinya.
- Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.
- Memasak daging aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika menyambut kelahiran anak:
- Membaca azan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
- Membaca qamat di telinga sebelah kirinya.
- Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
- Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
- Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
- Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
- Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih akikah untuknya.
- Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
- Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.