Ayam hitam ni nama saintifik dia Gallus Gallus Domesticus juga dikenali
sebagai ayam selasih atau ayam cemani atau ayam didik dikalangan
masyarakat Melayu dan Indonesia (waah.. banyaknya nama).
Ayam
hitam ni memang digunakan sebagai amalan perubatan tradisional orang
Melayu, Indonesia dan Cina. Banyak khasiatnya ayam hitam atau ayam
selasih ni untuk wanita terutama yang telah berkahwin dan melahirkan
anak.
Perbezaan isi ayam selasih dan ayam biasa
Ayam
hitam ni memang rupanya hitam legam.. Kulit,
mata, paruh, kaki termasuklah daging dan tulang pun kehitaman jugak.
Kalau
ayam hitam di Malaysia ni semuanya hitam termasuk bulu, tapi ayam hitam
di China berbulu putih bak salji! Sebab tu ayam hitam ni jugak dikenali
sebagai White Phoenix
Walaupun ayam hitam digunakan untuk
mengubati masalah wanita seperti kitaran haid tidak tetap, senggugut,
monopouse dan makanan dalam pantang selepas bersalin, namun ayam hitam
ini banyak juga kegunaan lain.
Lain-lain khasiat ayam hitam ini jika dimasak dengan herba tertentu ialah :
Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan
Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
Melegakan migrain & angin dalam badan
Menguatkan hati & buah pinggang
Melegakan asma
Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
Menyelesaikan masalah buasir kecil
Menaikkan seri muka dengan mencantik, menegang & melicinkan kulit
Sumber http://littlemamadiary.com/herba-maharani-khasiat-ayam-hitam-ayam-selasih/
Kami ada menjual ayam selasih hitam dan bulu putih dengan harga yang berpatutan . call 0192272127 . Lihat gambar di facebook mohd hisham idris
Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham
Can't find it? Try this.
Thursday, October 17, 2013
Thursday, October 3, 2013
Molases (Gula Merah) untuk jualan
Molases untuk dijual dengan pelbagai pack iaitu 1 liter -RM 7, 5 liter- RM25 dan 20 liter- RM60
Hubungi 0192272127 untuk maklumat lanjut.
Tauke lembu fidlot
Berlatar belakangkan pendidikan dalam bidang kejuruteraan serta sumber manusia tidak menghalang minatnya untuk memelihara lembu biarpun pada peringkat awalnya hanya untuk suka-suka.
Kini Thiagu mampu mengimport hampir 1,000 ekor lembu dalam satu-satu masa yang mana kosnya mencecah jutaan ringgit.
Jelasnya, apa jua jenis perusahaan pasti ada cabarannya namun bagi Thiagu mengusahakan ternakan lembu memberinya satu kepuasan yang berlainan.
"Saya susah untuk terangkan namun bidang ini (penternakan lembu) memang merupakan minat saya, malah saya juga ada menjalankan perniagaan lain tetapi selepas mengusahakan bidang ini perniagaan saya yang lain turut semakin maju," katanya.
Selain membekalkan lembu, Thiagu turut memiliki perniagaan dalam bidang perfileman, industri keluli tahan karat dan juga farmasi.
Apa yang menarik, Thiagu hanya membekalkan lembu jantan sahaja kerana menurutnya lembu tersebut lebih mudah untuk dijual selain mendapat permintaan yang tinggi di kalangan umat Islam di negara ini untuk tujuan ibadah korban.
"Di sini saya hanya menjual lembu hidup dengan tahap kesihatan yang terbaik.
"Malah, prosedur untuk mengimport lembu yang ditetapkan oleh kerajaan juga mengkehendaki lembu yang sihat sahaja dibawa masuk," katanya.
Thiagu mengimport lembu dari negara Kemboja, Thailand dan Myanmar dan akan dikuarantin di pusat kuarantin di cawangannya di Kelantan dan Kedah sebelum dibawa masuk ke Selangor.
Tambah Thiagu, dia hanya mengimport lembu jantan muda yang telah cukup umur sahaja dan disimpan dalam kandang menggunakan sistem fidlot.
"Di kandang kita tidak dapat simpan lama kerana permintaan yang tinggi. Kita akan simpan minimum dua minggu dan maksimum selama sebulan.
"Tetapi selalunya stok akan cepat habis kerana kita juga membekalkan lembu kepada hampir 60 buah pengusaha lembu sekitar Selangor," katanya.
Selain Selangor, Kedah dan Kelantan, dia juga turut memiliki cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan bagi memudahkan kos penghantaran kepada pelanggan di negeri-negeri tersebut.
Antara resipi kejayaannya mudah. jika benar-benar meminati sesuatu bidang itu, laksanakan dengan bersungguh-sungguh Thiagu membuktikan dia berjaya biarpun tanpa bantuan mana-mana agensi swasta mahupun kerajaan.
Bagaimanapun Thiagu hanya menjual stok lembu yang diimport dan tidak menjual lembu tempatan kerana lembu yang diimport telah diperiksa tahap kesihatannya oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan selamat berbanding lembu tempatan yang rata-rata jarang mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Memiliki kapasiti mengimport sehingga 1,000 ekor lembu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai dan sasaran tersebut merupakan antara motivasinya bagi tahun ini.
Jika tahun lepas, Thiagu berjaya menjual hampir 500 ekor lembu kini sasarannya semakin tinggi dan dia bercita-cita untuk membekalkan lembu hingga ke tahap 3,000 ekor pada tahun 2014 akan datang.
''Bukan mudah untuk mengimport lembu dalam jumlah yang banyak kerana lebih banyak lembu yang dibawa masuk lebih tinggi kos yang perlu ditanggung.
''Bayangkan untuk mengimport lembu berjumlah 3,000 ekor saya perlu menyediakan kos sebanyak RM12 juta."
"(Namun) JP Farm terus berjaya atas sokongan pelanggan-pelanggan khususnya di kalangan orang Melayu yang sentiasa menyokong terutama semasa musim perayaan,'' kata Thiagu.
Sebagai contoh, kos pengangkutan bagi 45 ekor lembu sahaja mampu mencecah sehingga RM145,000 bagi menyewa sebuah lori treler.
Sehingga kini stok yang sedia ada di cawangan Bangi, Selangor sebanyak 350 ekor telah habis ditempah oleh pelanggan. namun Thiagu tetap menyediakan sejumlah 300 ekor lagi di cawangannya di Banting juga di Selangor.
Tambahan pula kini umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha menyebabkan stok lembu laris.
Ditanya adakah dia berminat untuk mengusahakan ternakan lembu secara tradisional, katanya amalan ternakan lembu secara fidlot membolehkan pusingan modal diperoleh dengan lebih pantas.
"Menternak lembu cara biasa iaitu dari kecil perlu menunggu dalam jangka masa yang agak lama, mencecah bertahun-tahun dan kaedah tersebut kurang sesuai dilakukan masa kini.
"Sistem fidlot lebih mudah kerana lembu yang dibawa masuk telah sedia untuk dijual kepada pelanggan dalam masa yang singkat," kata Thiagu.
Biar pun tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta namun beliau pernah menerima tawaran JPV namun ditolak dengan cara yang baik dengan alasan dia mahu berdikari.
"Saya bukan sombong tapi mahu mengajar diri sahaja agar sentiasa gigih berusaha tanpa perlu mengharapkan bantuan," katanya.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan lembu daripadanya, anda boleh menghubungi Thiagu di talian 017-3221551 atau datang terus ke ladangnya di Kampung Sungai Purun, Bangi, Selangor. - ASHRIQ FAHMY AHMAD
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130930/ag_01/Tauke-lembu-fidlot#ixzz2gcrBdiIM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ternak Jamnapari sebagai percubaan
SAYA berminat untuk menternak kambing sejak dari kecil lagi. Selain boleh memberi sumber pendapatan tambahan, ia juga merupakan satu pekerjaan mengikut sunnah nabi," kata bekas Pengurus Agensi Iklan, Mohd Sakdan Kamsah.
Oleh kerana minat yang mendalam, dia sanggup membelanjakan wang sendiri untuk menternak pelbagai jenis kambing yang menjadi sumber pendapatan keduanya.
Mohd. Sakdan berkata, kesungguhan itu dibuktikan dengan kesanggupannya membelanjakan kira-kira RM25,000 untuk menyediakan kelengkapan khusus untuk keperluan menternak kambing.
''Nasib saya agak baik apabila pada mulanya ada penternak ingin menjual sebuah kandang dengan harga RM15,000 yang mempunyai 35 ekor kambing.
''Selepas tiga bulan kambing itu membiak dan mendapat lagi 11 ekor dan kini jumlah kambing yang diternak telah mencecah 60 ekor.
''Dari situ bermulalah aktiviti penternakan kambing yang telah dijalankan lebih setahun yang lalu. Saya yakin permintaan kambing akan meningkat tinggi terutamanya semasa musim Hari Raya Korban atau perayaan Deepavali," katanya kepada Utusan Malaysia yang mengusahakan ternakan tersebut di Kampung Taliair, Morib, Selangor.
Dia mengusahakan projek tersebut bersama seorang lagi rakannya yang menjaga sepenuh masa ternakan tersebut.
''Alhamdulillah hasil dari penat lelah itu, pada mulanya dengan campuran 25 ekor kambing biasa dan Jamnapari, kini kambing tersebut telah membiak menjadi 60 ekor yang diusahakan secara fidlot.
''Sebilangan kambing berkenaan boleh dijadikan baka yang kalau dijual boleh mencecah sehingga RM10,000 seekor," katanya.
Menurut Mohd Sakhdan, dia menternak kambing Jamnapari kerana kandungan daging haiwan tersebut kurang lemak dan digemari orang ramai.
Beliau berkata, mengusahakan ternakan kambing perlu mempunyai minat dan kesungguhan serta sentiasa turun padang untuk memastikan kambing yang diternak tidak berpenyakit dan mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Menurutnya, pengalaman itu boleh diperoleh dengan mengikuti kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta selalu bertanyakan kepada penternak yang lebih berpengalaman.
Mohd Sakdan berkata, berdasarkan pengalamannya dalam menternak kambing Jamnapari, baka berkenaan amat suka kepada rumput napier kerana mengandungi cukup protein dan air.
Daun kangkung juga boleh diberi makan kepada kambing-kambing berkenaan.
''Setiap hujung minggu saya menggunakan kesempatan ini untuk menyabit rumput napier yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan menghala ke Banting.
Kalau saya dapat menyabit rumput dan penuh satu van ia boleh menyediakan keperluan makanan sehingga lebih seminggu," katanya.
Dia juga memberi petua bagaimana untuk mendapatkan daging kambing yang pejal dan berkualiti iaitu dengan memberi air gula merah kepada ternakan.
Di samping itu kambing boer juga dikahwinkan dengan jenis jamnapari untuk mendapatkan baka yang baik.
Mohd. Sakdan berkata, sungguhpun rumput napier mudah terdapat di tepi-tepi jalan raya, tetapi ia perlu diproses terlebih dahulu supaya tidak mendatangkan masalah kepada ternakan tersebut.
Selain rumput napier, daun kelapa sawit dan pelet turut dijadikan makanan kepada kambing-kambing tersebut.
''Apa yang menjadi masalah kepada saya pada masa kini, rumput napier berkenaan kini dihancurkan dengan memotongnya secara manual.
"Bagaimanapun jika jumlah kambing semakin bertambah saya memerlukan mesin untuk memotong rumput-rumput berkenaan.
''Sebelum ini saya ada merayu kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani membantu menyediakan mesin penghancur rumput napier berkenaan yang dianggarkan melebihi RM3,000 tetapi sehingga kini belum ada sebarang jawapan," katanya.
Ketika ditanya mengenai masa depan ternakan kambingnya, Mohd. Sakdan berkata, dia mahu menjadi usahawan ternakan yang berjaya dengan menjadi pembekal daging kambing terkemuka di negara ini ini dengan memasarkannya secara besar-besaran.
Di samping itu, dia turut membela kambing saanen yang boleh menghasilkan susu untuk dijual.
''Saya juga bercadang untuk menghasilkan baka induk yang bermutu kerana ini juga mampu memberi sumber pendapatan yang baik kepada penternak.
''Untuk itu, saya bercadang untuk memohon bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk membesarkan kandang sedia ada untuk menjadi sebuah ladang ternakan," katanya.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan baka kambing boleh menghubungi Mohd. Sakdan di talian 012-3125596.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130715/ag_04/Ternak-Jamnapari-sebagai-percubaan#ixzz2gcnPOBhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)