Sabun ini diperbuat dari 100% susu beras semulajadi yang diekstrak dari beras terbaik yang kaya dengan vitamin dan khasiat bagi kecantikan kulit pada wajah dan badan. Ia juga dapat melembut serta menyerikan kulit dan menjadikan kulit anda semakin sihat dan bermaya.
Dengan penggunaan yang berterusan, dapat membantu merawat semula kulit anda yang mengalami masalah seperti jerawat serta amat sesuai untuk semua jenis kulit. Ia selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia.
Amat sesuai untuk semua jenis kulit
Gunakannya setiap hari untuk:
*Mencerahkan kulit
*Menjadikan kulit sihat
*Menjadikan kulit halus
*Mencegah dan menghilangkan jerawat dan jeragat
*Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
*Memberi kesegaran sepanjang hari kerana fungsinya yang dapat melembabkan kulit
1. Tanggalkan kesan make-up
2. Bilas muka dengan air suam
3. Cuci muka dengan sabun susu beras
4. Kemudian bilaskan dengan air suam
5. Cuci semula dengan sabun susu beras
6. Tunggu 1-3 minit (sehingga kering)
7. Bilas dengan air sejuk
8. Cuci muka menggunakan sabun susu beras seelok-eloknya 2-3 kali sehari
9. Sesuai digunakan sebagai sabun mandi
Harga Pasaran RM5.00
Harga Borong RM3.00 ke bawah (Sila call) 0192272127 atau layari http://garambukithimalaya.blogspot.com
Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham
Can't find it? Try this.
Monday, April 9, 2012
Monday, March 26, 2012
Gagal bela arnab berjaya ternak puyuh
RAJA Ali Raja Hassan bukanlah nama asing dalam industri ternakan burung puyuh di Kelantan.
Bapa kepada lima orang ini sudah lebih 20 tahun mengusahakan ternakan tersebut dan berhasrat menjadi penternak, pembekal daging puyuh terbesar di negeri Cik Siti Wang Kembang.
Berbeza dengan kebanyakan penternak lain yang mempunyai ladang dan pekerja, Raja Ali, 54, hanya mengusahakan ternakan burung puyuh di reban yang dibina di hadapan rumahnya di Kampung Badak Mati, Bukit Marak, Kota Bharu.
Bermula dengan modal sebanyak RM1,000, Raja Ali dengan dibantu isteri tercinta, Rahimah Awang, 54, kini mampu tersenyum puas.
Apa tidaknya, berkat penat lelahnya selama ini, dia dapat membesar dan memberikan pendidikan sempurna kepada kelima-lima anaknya itu yang kini sudah mempunyai kerjaya sendiri, selain mampu membeli rumah dan kereta.
Semuanya hasil daripada ternakan burung puyuh.
Mengimbas kembali penglibatannya dalam industri ternakan puyuh, Raja Ali berkata, ia bermula secara kecil-kecilan pada 1983 sekembalinya dari Kuala Lumpur untuk menjaga orang tuanya sebelum mereka kembali ke rahmatullah.
"Sebelum itu saya bekerja dengan Koperasi Shamelin selama 11 tahun. Sekembalinya saya ke kampung untuk menjaga orang tua, saya memulakan ternakan tersebut secara kecil-kecilan membabitkan 1,000 ekor puyuh dengan pinjaman bank sebanyak RM30,000.
"Pinjaman itu sebenarnya untuk ternakan arnab yang cuba saya usahakan, tetapi tidak berjaya," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Menariknya, Raja Ali menjadikan kegagalan tersebut sebagai pembakar semangatnya untuk 'bertukar angin' dengan mencuba ternakan burung puyuh yang pada waktu itu agak asing dalam kalangan masyarakat tempatan.
Sebagai permulaan jelasnya, beliau telah mengikuti kursus ternakan burung puyuh di Tegayung, Melor.
"Sangkar arnab yang telah saya bina, saya ubah menjadi reban burung puyuh. Saya kemudiannya membeli sebanyak 1,000 ekor anak burung puyuh.
''Selain itu, saya turut mendapatkan baka burung puyuh dari Johor melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan (sekarang Jabatan Perkhidmatan Veterinar)," jelasnya.
Berkat kegigihan beliau dibantu isteri dan anak-anak yang berperanan sebagai 'pekerja', Raja Ali mampu membesarkan industri ternakan burung puyuhnya dengan waktu puncak beliau pernah menternak sehingga 17,000 ekor burung berkenaan.
Bagaimanapun, jumlah burung puyuh yang ada dalam rebannya ketika ini hanya sekitar 6,000 hingga 7,000 ekor, namun Raja Ali bersedia mendapatkan baka baru bagi 'menghidupkan' kembali kegemilangan industri yang sudah sebati dengannya itu.
Menurut Raja Ali, dia memperuntukkan sebanyak RM100 sehari bagi membeli makanan burung berkenaan dari sebuah kedai Cina di Bachok.
Jelasnya, sebaik sahaja menetas, burung sudah boleh dijual dengan harga pasaran ketika ini kira-kira 65 sen seekor.
Rata-rata burung puyuh milik Raja Ali akan disembelih sebaik sahaja mencapai usia 23 hari dan ke atas, sementara yang lebih muda dijual kepada pengusaha kedai burung.
"Kebiasaannya, hanya 80 peratus daripada telur puyuh akan menetas, selebihnya akan menjadi telur tembelang," jelasnya lagi yang menjalankan penetasan secara inkubator.
Mengusahakan ternakan burung puyuh bagi Raja Ali tidaklah terlalu rumit dan melecehkan.
Namun, setiap usaha itu pasti berdepan dengan suka dan duka. Begitu jugalah yang dilalui oleh Raja Ali sepanjang penglibatannya dalam industri berkenaan.
Antara ancaman yang dihadapi ialah pencuri yang pernah melarikan 300 ekor burung puyuh.
Selain itu, ular turut menjadi ancaman utama kepada Raja Ali yang pernah 'melahap' sebanyak 156 ekor burung puyuh mengakibatnya kerugian kira-kira RM1,000.
"Sekarang masih ada ular, begitu juga biawak. Untuk mengatasinya, saya menggunakan racun. Masalah penyakit tak ada, yang penting kita jaga kebersihan cuci reban dan najisnya diambil untuk dijadikan baja," jelasnya.
Cabaran dalam industri tersebut katanya, dari segi persaingan dalam pasaran apabila harga daging burung puyuh yang tidak stabil disebabkan sikap sesetengah pengusaha yang suka menurunkan harga demi mengaut keuntungan segera.
"Dari segi pasaran, tak ada masalah, banyak kedai makan, restoran dan pasar raya yang sedia menerima bekalan, tetapi apa yang saya bimbangkan tidak dapat menampung permintaan semakin tinggi," katanya.
Apa yang pasti kata Raja Ali, perkara tersebut sama sekali tidak mematahkan semangatnya, malah semakin yakin untuk mengembangkan lagi industri ternakan burung puyuhnya yang kini menjadi rujukan pelbagai pihak termasuk daripada pusat pengajian tinggi tempatan.
''Jangan mudah mengaku kalah, sentiasa berdoa dan bertawakal, insya-Allah usaha kita sentiasa berjaya," katanya mengenai 'petua' kejayaan beliau dalam industri berkenaan selama ini.
Sumber:utusan Malaysia
Labels:photo,farm,livestock,rock salt,,agriculture
puyuh
Thursday, January 5, 2012
Memerlukan bekalan daun limau purut
Pihak kami memerlukan bekalan daun limau purut dalam kuantiti yang banyak. Paling minima 150kg setiap minggu. Harga daun bergantung kualiti dan jenis. Anggaran RM5 perkg ke atas.Sesiapa yang berminat boleh sms atau call saya terus.
Admin
0192272127
Admin
0192272127
Labels:photo,farm,livestock,rock salt,,agriculture
limau purut
Thursday, December 22, 2011
Menanam jagung manis
Tanah untuk penanaman jagung mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok.
Membajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam di antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.
Membajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil.
Mengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (ground magnesium limestone) dengan kadar dua tan/ha untuk tanah biasa dan empat tan/ha untuk tanah gambut.
Bahan tanaman adalah biji benih dengan kadar lapan hingga 10 kg/ha.
Jarak tanaman bergantung pada jenis tanah dan jenis jagung, biasanya 75sm x 50sm atau 75sm x 30sm dengan kepadatan sebanyak lebih kurang 53,333 pokok/ha.
Menanam boleh mengunakan jentera atau tugal bagi kawasan yang kecil sama ada dalam alur (furrow), atas batas atau di atas tanah yang rata
Biji benih dirawat dengan racun kulat dan serangga sebelum ditanam sedalam dua hingga empat sm ke dalam tanah sebanyak dua biji selubang dan akan bercambah selepas di antara empat dan tujuh hari selepas ditanam.
Penjarangan perlu dilakukan tiga minggu selepas ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.
Air amat kritikal pada peringkat awal tumbesaran awal dan masa pembungaan dan pembentukan biji jagung. Siraman perlu dibuat dua kali sehari dengan sistem pengairan renjis (kos RM5,00 - RM 8,000/ha)
Keperluan asas tanaman
Suhu 30 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.
Taburan hujan di antara 500 dan 700 mm/tahun.
Jenis tanah yang subur iaitu tanah alubium hitam dengan resapan air yang baik, tanah lom berpasir dan juga tanah gambut dengan pengapuran.
pH tanah 5.0 - 6.5
Penyelenggaraan
Pembajaan bergantung kepada jenis tanah, amnya kadar NPK sebanyak 120:60:40 kg/ha adalah sesuai untuk semua jenis tanah. Baja seperti NPK Blue Special (12:12:17:2) boleh digunakan dan dibubuh sebanyak dua kali dalam semusim
Kawalan rumpai boleh dijalankan dengan menyembur racun pracambah seperti Atrazine dengan kadar 120g/16 liter air dan diikuti merumpai secara manual atau jentera selepas tiga hingga empat minggu ditanam dan diikuti satu atau dua lagi pusing merumpai.
Mengambus atau menambak adalah kerja-kerja memupuk tanah atau batas-batas tanah ke perdu pokok jagung apabila tanaman mencapai ketinggian 60 sm bagi mengawal kelembapan tanah, mengawal rumpai. Menahan dari pokok rebah dan mencegah akar pokok keluar dari permukaan tanah yang dilakukan selepas menabur baja supaya dapat mengeluarkan hasil yang baik kerana dapat mengawal kehilangan baja.
Penyakit kulat seperti hawar daun dan karat jagung boleh dikawal dengan racun kulat seperti Thiram dan Zineb selain dari amalan agronomi yang baik dengan menggunakan biji benih yang bebas penyakit dan musnahkan tanaman yang terdahulu
Penyakit tongkol (smut) menyebabkan tongkol jagung membengkak/bisul dapat dikawal dengan memusnahkan pokok yang diserang.
Penyakit reput batang bakteria menyebabkan batang pokok jagung reput dan patah boleh dicegah dengan amalan kultura yang baik dan memusnahkan pokok yang diserang.
Serangga perosak yang selalu menyerang tanaman jagung adalah seperti ulat pengorek batang jagung, ulat tongkol jagung, ulat ratus dan kepinding boleh dikawal dengan racun serangga seperti Malathion, Sevin, Diptrex dan sebagainya
Perosak mamalia seperti tikus boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik atau guna perangkap atau umpan beracun
Penuaian
Jagung manis boleh dituai selepas 68 hingga 72 hari selepas menanam untuk dimakan (rebus) dan 90 hingga 100 hari untuk dijadikan biji benih.
Jagung dipetik mengggunakan tangan pada awal pagi atau petang sahaja dan boleh disimpan segar pada suhu biasa selama 24 hingga 36 jam dan pada suhu 3 - 50 darjah C boleh disimpan selama tiga minggu.
Hasil secara purata 30,000 tongkol sehektar.
Sumber:utusan malaysia
Labels:photo,farm,livestock,rock salt,,agriculture
jagung manis
Tuesday, December 13, 2011
Santan Sawit Khalis-Kelebihan dan cara menggunakannya.
Umum mengetahui bahawa buah kelapa sawit yang diperah dapat menghasilkan minyak masak, namun Ketua Penyelidik Bahagian Pemakanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Zaida Zainal berjaya tampil dengan formula yang membolehkan santan dihasilkan melalui bahan mentah yang sama.
Inovasi itu bermula apabila Zaida dan pasukannya berjaya menghasilkan santan sawit serbuk dengan teknik penyemburan kering pada tahun 1998. Kemudian kajian yang sama diteruskan sehingga terhasillah santan sawit dalam bentuk cecair. Santan sawit itu kemudian dikomersialkan oleh Premium Food Corporation Sdn. Bhd. (PFC) dengan label Khalis keluaran PFC.PFC telah memperoleh sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta pengiktirafan halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Hanya minyak sawit daripada gred yang terpilih melalui proses penapisan, pengemulsi dan penstabilan bagi menghasilkan santan sawit berkualiti.
Kebaikan menggunakan Santan Sawit
*. Bukan sahaja menyihatkan malah sangat menjimatkan kos berbanding santan kelapa kerana penggunaannya adalah separuh daripada biasa.
*. Makanan yang dimasak menggunakan santan sawit juga tidak mudah rosak atau basi jika ia tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk atau dipanaskan pada keesokan harinya.
*. Peniaga pula tidak perlu membeli santan setiap hari bagi mengurangkan kos kerana jangka hayat santan sawit ini boleh tahan sehingga tiga bulan tanpa pengawet apabila disimpan pada suhu di bawah 5 darjah Celsius,” ujarnya.
*. Santan ini bukan sahaja rendah lemak malah, tiada kolesterol dan masakan juga enak.
*. Mempunyai kandungan nutrien yang tinggi, kaya dengan vitamin A dan E semula jadi baik untuk penglihatan, melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko sakit jantung serta baik untuk kulit.
*. Biasanya ada sesetengah orang sejurus lepas makan cendol akan rasa mual atau mengantuk selepas menikmati nasi lemak tetapi apabila santan sawit digunakan dalam kedua-dua hidangan ini, rasa mual dan mengantuk itu tiada.
*. Malah ujian rasa yang dilakukan kepada orang ramai mendapati mereka tidak dapat mengesan perbezaan rasa antara santan sawit dan santan kelapa
Buat masa ini produk ini boleh didapati di Pasar raya Besar Giant dan Mydin. Ia dijual pada harga RM7.50 bagi pek 1 liter dan RM4.50 untuk pek 400 mililiter.
Cara menggunakan Santan Sawit
Cara memasaknya juga mudah namun berbeza sedikit. Jika masa lemak dan kari, semua ramuan perlu dimasak dengan air terlebih dahulu dan kemudian dimasukkan santan hingga mendidih. Tidak perlu mengacau dan tunggu kerana ia tidak akan pecah minyak seperti masak menggunakan santan kelapa. kosmo
Maklumat lanjut http://www.khalissantan.com
Labels:photo,farm,livestock,rock salt,,agriculture
Santan Sawit
Subscribe to:
Posts (Atom)

