Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Friday, August 25, 2017

Video Kaedah Ladang Pisang Moden


رحلة الموز...
شاهد رحلة الموز من الحقول حتى وصوله إلى الاسواق...
Posted by ‎Shasha.ps | شاشة نيوز‎ on Wednesday, June 18, 2014

Thursday, May 19, 2016

Mesin Chopper rumput untuk makanan ternakan




Spesifikasi Mesin Chopper

  • Terdapat dalam beberapa jenis motor seperti elektrik, petrol dan diesel
  • Menggunakan 2 atau 4 mata pisau (boleh pilih)
  • Terdapat penutup mata pisau sebagai langkah keselamatan.
  • Harga yang mampu milik.
  • Mata boleh ditukar ganti
  • Alat ganti yang mudah diperolehi

ENJIN PETROL 5.5 HP RM 2600.00
ENJIN ELEKTRIK 1.0 HP RM 2400.00     

Hubungi 0192272127

Thursday, December 3, 2015

Cara menyemai keratan fig : kaedah plastik dan wap air (plastics method)







asslmualaikum warahmatullah.

post kali ini berkaitan dengan cara menyemai. keratan pokok tin./ fig menggunakan kaedah bungkusan plastik dan wap air..





langkah2 penyediaan
1. cuci keratan dengan air bersih.
2. rendam/rawat dgn racun (jenama thiram.,antracol, dethane. hydrogen peroxide) salah satu. selama 15minit
3. cuci keratan dengan air bersih.
4. rendam keratan dengan hormon pengakaran. jenama atonik,root up, clonex, root grow. . saradix dan hydro solution (saya guna hydro solution sila rujuk disini ) rendam minimum sehingga kulit keratan kelihatan basah dan lembab atau rendam semalaman.
5. masukkn medium seperti peatmoss bercampur perlite (optional) atau sekam bakar. atau hampas kelapa(cocopeat) dicampur dgn kapur pertanian habuk kayu kasar. atau daun ketapang


5.1 peatmoss = 70%peatmoss +

30%perlite+10gram thiram digaul.
5.2 cocopeat =cara 1 ;
90% sabut kelapa proses
dibersihkan dan ditoskan +
10% azomite atau 10% dolomite
atau 10% (kapur pertanian
biasa) biarkan selama 2 hari
supaya proses kimia berlaku dan
tidak menjejaskan keratan
(wajib)
cara 2 ;
100% sabut kelapa dibersihkan dan ditoskan (air hasil rendaman menjadi jernih). rehatkan
kemudian rendam dengan hydro solution 15 minit dan perah
sehingga separa kering.
cara 3 ;
100% sabut kelapa dibersihkan dan ditoskan (air hasil rendaman menjadi jernih). rehatkan
kemudian rendam dengan larutan baja fertigasi 1.0ppm selama 15minit dan perah
sehingga separa kering.
5.3 sekam bakar = seperti cocopeat.
5.4 habuk kayu kasar. = bersihkan. dan rendam dgn air bercampur kapur
pertanian (azomite atau dolomite atau gml). jika boleh pilih habuk kayu bukan daripada kayu yang
telah diberi bahan pengawet...
biarkan selama beberapa hari.
lihat ada fungus muncul atau
tidak. jika muncul habuk kayu
tersebut agak kurang sesuai
digunakan dan perlu dirawat dgn
racun kulat sebelum dimasukkn
kedalam plastik atau bekas
semaian. (wajib)
5.5 daun ketapang = potong /koyakkan
/carikkan sehingga menjadi cebisan
kecil. rendam daun ketapang dan biarkan selama beberapa hari
dalam bekas yg tertutup sehingga
separa reput. sebelum guna.
bilaskan cebisan daun ketapang
tersebut dan airnya boleh di siram
sebagai baja utk pertumbuhan akar
pokok yang lain.




6. masukkan medium kedalam plastik (saiz 3.5x5 sangat ideal) jgn padatkan medium ke dalam plastik.
7. masukkan keratan kedalam medium di dalam plastik sekurang kurangnya 2 mata tunas.
8. ikat plastik dgn kemas .
9. celupkan plastik dan keratan yang telah siap diikat dlm larutan racun dan masukkan kedalam kotak politrin.
10. kotak polistrin mestilah bersih. cuci kotak polistrin dengan air clorox atau racun kulat sebelum digunakan. kotak polistrin sangat ideal untuk menyemai keratan fig disebabkan sifatnya yang dapat menyimpan haba pada masa yang panjang dan suhu didalam kotak polistrin tidak berubah secara drastik akibat perubahan suhu persekitaran luar..
11. tutup rapat tudung polistrin dan buka 2 hari sekali utk memerhatikan serangan kulat. biasanya hari pertama sehingga hari ke 5 serangan kulat akan jelas kelihatan . selepas 5 hari insyallah masalah kulat/fungus berkurangan atau tiada.
12. jika ada serangan kulat. kita boleh spray racun kulat semua keratan yang ada di dalam polistrin atau ambil keratan yang dijangkiti dan celupkan dalam larutan racun kulat. (thiram. antracol. dethane. hydrogen peroxide atau larutan 10%clorox).
13. opitonal. selepas 1 minggu akar akan mulai muncul di bahagian luar plastik medium. saya akan spray larutan hydro solution utk akar diluar sebagai nutrien support. selepas 2 minggu akar akan muncul di bawah/ didalam plastik medium.
14. selepas akar penuh dalam medium bolehlah dipindahkan ke pasu...


petua tambahan.
1. letakkn 1 cawan air di dalam kotak politrin utk mengekalkn kelembapan.

2. letakkan kotak polistrin ditempat yang panas. ( bonet belakang kereta, belakang peti ais. atas siling.)
3. tudung polistrin dipotong tengah dan digantikan dengan plastik wrap. supaya mudah di lihat dari atas. (xperlu buka kotak polistrin dengan kerap utk melihat perkembangan semaian) lebih kerap kita buka. lebih besar kebarangkalian serangan fungus/kulat berlaku.

4. jika keratan yang disemai tidak keluar akar. tetapi hanya daun yang muncul. tuan tuan dan puan puan perlu pastikan tidak ada wap yang banyak terhasil dalam kotak polistrin. kerana wap air yang terlalu banyak boleh melecuhkan daun dan pucuk.


selamat mencuba....

Sunday, February 1, 2015

Mesin Chopper Rumput Napier /Jagung Spesifikasi Mesin Chopper Terdapat dalam beberapa jenis motor seperti elektrik 1hp, dan petrol 5.5hp Honda Mengunakan 2 mata pisau mesin potong rumput shj (sebelum ini 4 mata ) Terdapat penutup mata pisau sebagai langkah keselamatan. Harga yang mampu milik. Mata boleh ditukar ganti Alat ganti yang mudah diperolehi sesuai untuk potong rumput,jagung,serai,kantan dll kecuali sawit Penghantaran boleh dilakukan dimana-mana sahaja dengan caj minima. Senarai Harga : ENJIN PETROL HONDA 5.5 HP RM 2600.00 ENJIN ELEKTRIK 1.0 HP RM 2300.00 RANGKA SHJ RM 2000.00 / enjin boleh pilih Hubungi : Hisham 019-2272127

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Wednesday, October 8, 2014

Bunga kantan untung besar

Berbudi pada tanah, pasti dapat hasilnya dan jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pepatah itu dibuktikan seorang petani, Ahmad Mustafa Yunus, 57, yang terbabit dengan projek tanaman pokok bunga kantan atau nama saintifiknya Phaeomeria speciosa Koord secara komersial.


Projek berkenaan diusahakannya di kawasan seluas dua hektar di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang. 

Kini terdapat 1,000 rumpun pokok berkenaan yang tumbuh subur hingga mencapai ketinggian dua meter membabitkan tiga jenis iaitu bunga berwarna merah, putih dan merah jambu. 

Ahmad Mustafa berkata, dia mula terbabit dengan projek tanaman pokok bunga kantan 20 tahun lalu.


AHMAD Mustafa memilih bunga kantan.

Katanya, usaha itu hasil sokongan dan bantuan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang menyediakan modal permulaan, selain benih.


Menurutnya, aktiviti memungut bunga kantan pramatang dilakukan setiap tiga hari dan purata hasil antara 400 hingga 700 kuntum seminggu. 

Sebelum dipasarkan bunga kantan digred dan diikat setiap sepuluh kuntum. 
Katanya, selain menanam, dia pernah menjadi pemborong dan menjual hasil pertanian itu kepada beberapa pembeli. 

Namun, sejak beberapa tahun lalu dia hanya menumpukan kepada aktiviti pengeluaran bunga kantan saja. 

“Setiap minggu saya, isteri dan anak ke kebun untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti membersih kawasan, melakukan penjarangan pokok, menanam semula, meracun, memungut hasil dan menjual kepada pemborong. 

“Mengusahakan tanaman pokok bunga kantan sangat mudah. Saya hanya perlu membeli racun rumpai terpilih yang digunakan setiap dua hingga tiga bulan sekali,” katanya. 

Pokok berkenaan hidup subur di kawasan berair dan lembap sementara musuh seperti serangga tidak berminat menyerang kerana aroma yang terdapat padanya. 

Ahmad Mustafa berkata, setiap rumpun pokok bunga kantan mampu menghasilkan antara tiga hingga tujuh kuntum bunga bergantung kepada kesuburan dan saiz perdu pokok. 

Hanya bunga yang belum berkembang saja diambil bagi memastikan ia tidak mudah rosak dan busuk apabila terdedah cuaca panas. 

Harga bunga kantan katanya bergantung kepada saiz dan jenisnya iaitu antara 40 hingga 70 sen sekuntum. 

Sebelum ini, dia menjual terus kepada beberapa pembeli pasar Selayang, Selangor dan pasar besar Kuantan setiap minggu, namun kini pemborong datang ke rumahnya untuk mendapatkan bekalan. 

“Sudah 15 tahun saya berulang-alik ke pasar Selayang dan pasar besar Kuantan untuk menjual bunga kantan termasuk pelbagai sayur kampung seperti pucuk paku hijau, ulaman, rebung dan ubi. 

“Permintaan terhadap produk kampung begitu menggalakkan,” katanya. 

Ahmad Mustafa berkata, setiap kali musim buah-buahan dia turut menjual durian, rambutan, dokong, duku dan manggis. 

Aktiviti berkenaan dapat membantu menambah pendapatan penduduk setempat selain mengelak berlakunya lambakan. 

Ahmad pernah menerima Anugerah Peladang Jaya peringkat negeri pada 2002 dan Anugerah Peladang Jaya Kebangsaan (2004). 

Katanya, bunga kantan jenis merah dianggap terbaik dan mendapat permintaan lebih tinggi dalam kalangan suri rumah dan tukang masak profesional berbanding jenis putih dan merah jambu. 

“Bagi menjaga kualiti dan mutu bunga kantan ia perlu segera dipasarkan sebaik saja proses membersih dan menggred dilakukan. 

“Aspek pembungkusan perlu diberikan perhatian bagi memastikan bunga kantan sentiasa dalam keadaan kering dan tidak mudah patah,” katanya. 

Pokok bunga kantan yang tergolong dalam keluarga halia digunakan sebagai penambah perasa dan aroma makanan selain menjadi penawar pelbagai jenis penyakit termasuk turut digunakan untuk awet muda dalam kalangan wanita Melayu. 

Pokok bunga kantan mengeluarkan bunga sepanjang tahun, namun pada waktu tertentu pengeluaran bunga berkurangan dalam tempoh beberapa bulan. 

Ketika bunga kantan berkurangan, katanya dia beralih kepada aktiviti lain bagi menampung pendapatan keluarga. 

“Untuk menambah pengeluaran bunga kantan, saya kini berusaha memulihkan pokok sedia ada. 

“Dengan usia pokok lebih 20 tahun, aktiviti sampingan seperti membaja perlu dilakukan secara berjadual,” katanya yang turut mengusahakan kebun sayur dan buah-buahan tempatan. 

Menurutnya, bagi menambah pendapatan penduduk kampung, dia sedia berkongsi pengalaman mengusahakan kebun tanaman bunga kantan dan mereka yang berminat boleh mencuba projek berkenaan kerana tidak memerlukan modal besar selain penjagaannya mudah. 

Katanya, projek tanaman pokok bunga kantan mampu memberi pendapatan lumayan sekiranya diusahakan secara besar-besaran. 

Harga produk berkenaan di pasaran katanya mencecah RM4 sekuntum terutama pada musim perayaan. 

“Saya sedia bertukar pengalaman dan membekalkan benih kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengusahakan tanaman berkenaan. 

“Pokok bunga kantan yang ditanam berbeza terutama dari segi saiznya berbanding yang banyak terdapat di kampung. 

“Mereka yang berminat boleh datang melihat projek yang saya usahakan dan dari situ mungkin akan datang minat,” katanya. 

Tanaman berkenaan katanya, sesuai dilakukan secara sambilan kerana tidak memerlukan modal besar, sebaliknya mampu memberi keuntungan besar.

Related Posts with Thumbnails