1. Pengurusan Kesihatan Ternakan Kambing
2. Pengurusan Kesihatan Ternakan Lembu
3. Tatacara dan Penggunaan EM di ladang ternakan ruminan
Kesemua modul ini lebih kepada praktikal dan merupakan kesinambungan kepada mereka yang telah menghadiri Seminar Memulakan Ternakan Kambing di bawah RMK-9. Kesemua modul ini akan diajar oleh Dr. Veterinar JPH dan individu yang berkenaan. Yuran kursus RM250.00 .
Kemudahan Kursus : Sijil, makan/minum dan nota
Antara objektif bengkel ini ialah:
- Memberi pendedahan tentang kesihatan ternakan ruminan
- Mengetahui pengawalan penyakit ternakan dan cara mengatasi
- Mengaplikasikan cara-cara Suntikan Ternakan Ruminan (Lembu dan Kambing)
- Mengetahui jenis-jenis ubatan ternakan
- Melaksanakan Amalan Penternakan yang baik
- Memastikan ladang ternakan bersih dan tidak berbau serta ternakan yang sihat