Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Friday, September 14, 2007

Jurutera Tempatan Disaran Cipta Jentera Pertanian

SERDANG, 8 Sept (Bernama) -- Jurutera tempatan perlu mencipta dan membuat jentera pertanian seperti pembajak, traktor dan penuai bagi membantu petani memiliki jentera sendiri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata dengan mencipta jentera berkenaan, ia membolehkan peladang memiliki jentera sendiri dengan harga yang lebih murah dan sesuai digunakan dengan muka bumi negara ini. "Jentera ini kalau diimport memang boleh, tetapi dari sudut jangka panjang lebih baik kita cipta sendiri atau membuat jentera sendiri seperti yang dilakukan oleh China dan Thailand," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Usahawan Agro Kedua di sini hari ini. Beliau berkata dengan memiliki jentera sendiri, ia akan mempercepatkan kerja peladang yang selama ini terpaksa menunggu giliran untuk meminjam peralatan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan atau pihak tertentu. Katanya jika mengimport peralatan dan jentera, harganya boleh melambung sehingga RM200,000 dan RM300,000 bagi sebuah traktor manakala harga penuai pula boleh mencecah sehingga RM1 juta. Beliau berkata pada masa ini terdapat jentera binaan tempatan tetapi jumlahnya sangat kecil kerana industri pertanian dilihat sebagai tidak ada masa depan untuk diceburi. "Namun ini berbeza dengan sekarang, di mana kerajaan menumpukan fokus bahawa pertanian adalah perniagaan," katanya. Muhyiddin berkata agensi seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sirim boleh membantu untuk membina dan mengeluarkan jentera pertanian. Peruntukan untuk merealisasikan rancangan mencipta jentera pertanian akan dibincangkan kelak, katanya. -- BERNAMA

Related Posts with Thumbnails