Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Sunday, December 14, 2008

Gemukkan kambing guna Magic Box


Teknik Magic Box yang diaplikasikan Fauzi diyakini berupaya merangsang pertumbuhan kambing.


SETELAH 11 tahun berkecimpung dalam dunia perusahaan penternakan kambing, Muhammad Fauzi Daud, 44, membuktikan usaha gigih, pergorbanan serta pengalaman yang sentiasa mendewasakan beliau dalam industri berkenaan pasti membuahkan hasil.

Bermula hanya dengan 20 ekor kambing serta bermodalkan wang sebanyak RM30,000, beliau memulakan perusahaannya di sebuah ladang ternakan di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Lebih menarik, beliau yang tidak tergopoh gapah untuk mencari keuntungan ataupun pulangan dalam masa yang singkat, sebaliknya menghabiskan masa selama lima tahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri berhubung segala faktor yang berkaitan perusahaannya.

Ini termasuk mengkaji sistem ternakan terbaik, faktor pemakanan dan juga aspek penjagaan yang dapat diaplikasikan kepada kambing-kambing ternakannya.

Langkah tersebut adalah bagi memastikan penceburan beliau dalam bidang tersebut bukan sekadar untuk menjual serta membekalkan kambing, malah mewujudkan sebuah sistem yang benar-benar efektif dalam menghasilkan ternakan yang benar-benar berkualiti.

Pada masa sama beliau juga berharap dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Dalam jangka masa lima tahun menjalankan R&D, beliau tidak menjual walau seekor mahupun membekalkan kambing kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, beliau memfokus terhadap mengkaji cara untuk membina sistem kandang, teknik pembiakan, penjagaan dan faktor pemakanan yang mampu mempengaruhi tumbesaran kambing.

Muhammad Fauzi mengakui, jangka masa lima tahun itu dirasakan agak panjang dan mungkin menjejaskan perusahaan kerana tiada janaan pulangan modal dalam lingkungan masa terdekat.

Namun, berteraskan minat serta pengalaman perniagaan yang mantap sebelum ini, Fauzi yang merupakan seorang pengusaha perabot, hanya mula membekalkan kambing kepada umum pada tahun ke enam selepas beliau benar-benar berpuas hati dengan ternakannya.

Menurutnya, selepas menjalankan sendiri R&D yang komprehensif, kambing yang diternak mampu membesar dengan lebih besar daripada saiz biasa.

“Pembinaan kandang yang bersesuaian serta pemakanan yang baik mampu mempengaruhi faktor pembesaran seekor kambing itu,’’ katanya.

Bekat kesabaran beliau itu, Fauzi kini memiliki dua ladang ternakan iaitu di Lenggeng dan Batang Berjuntai, Selangor.

Ladang ternakan di Lenggeng itu mempunyai keluasan 20 ekar dengan 10 ekar daripadanya menempatkan tiga tapak kandang kambing dan selebihnya adalah kawasan rumput untuk dijadikan makanan kambing.

Sehingga kini, beliau memiliki 1,050 ekor kambing daripada jenis Jamnapari yang bakanya diimport dari Indonesia, manakala 1,300 ekor kambing lagi ditempatkan di Batang Berjuntai meliputi jenis Jamnapari dan Bebiri.

Antara yang menarik, Fauzi mengaplikasikan teknik pembinaan kandangan kambing yang dipanggil Magic Box dan menyelaraskan teknik pemakanan Feed lot bagi menggalakkan pembesaran kambing-kambing ternakannya.

Kandang tersebut merupakan tempat Fauzi menempatkan kambing yang berusia lebih dari tiga bulan untuk ‘digemukkan’.

Melalui teknik Magic Box ini, kambing-kambing akan ditempatkan pada petak-petak yang hanya mampu menempatkan seekor kambing dan akan dibiarkan di dalam petak tersebut untuk suatu jangka masa sehingga berbulan-bulan.

Setiap petak dilengkapi dengan tempat pemakanan yang khas di mana kambing-kambing tersebut akan mendapat bekalan makanan yang mencukupi.

Selain itu, ruang yang kecil turut membataskan pergerakan kambing di dalam kotak tersebut sekali gus menjadikan ia lebih gemuk.

Sistem tersebut ternyata berkesan kerana kambing-kambing yang ditempatkan di dalam Magic Box itu mempunyai peningkatan dari segi berat dan saiz berbanding kambing yang diternak di dalam kandang biasa.

Pada kebiasaannya, seekor kambing Jamnapari yang matang memiliki berat antara 60 hingga 70 kilogram (kg), manakala menerusi Magic Box berat kambing mampu mencecah sehingga 100-120 kg.

Jelas Fauzi lagi, kambing-kambing yang ditempatkan di dalam Magic Box nyata sihat-sihat belaka dan bebas daripada penyakit kerana petak khas itu telah dicipta dengan tempat pembuangan sisa yang begitu efektif sekali gus menjamin kebersihan kandang.

“Paling penting, penjagaan yang teliti perlu dilakukan bagi menjamin kualiti ternakan,’’ ujarnya.

Dari segi pemakanan pula, Fauzi menggunakan dedaun hijau daripada pelbagai jenis tumbuhan yang dicampur dengan hampas soya, barli dan juga kandungan mineral DG Premix.

Tambah beliau lagi, memproses makanan ternakan sendiri menjadikan kos pemakanan dapat dikurangkan dan lebih menjimatkan.

“Sekiranya, pengusaha menggunakan pellet sebagai bahan makanan, purata kos bagi seekor kambing adalah pada RM1 untuk sehari, padahal jika makanan diproses sendiri, kos tersebut mampu dijimatkan sehingga 30 sen bagi setiap ekor untuk sehari,’’ jelasnya.

Kini, selain membekalkan daging dan baka kambing, beliau turut menawarkan projek mini perladangan kontrak ternak kambing dan bebiri.

Pakej tersebut didatangkan dengan kandang, khidmat nasihat serta bantuan selepas jualan, kursus, kontrak pembelian balik hasil.

Hanya bermodalkan RM10,000, pihak yang berminat untuk menceburi dunia penternakan kambing boleh menghubungi beliau di talian 019-6509690.

Petikan dari Utusan Online...

Kambing Jamnapari sesuai diternak

JAMNAPARI yang dinamakan sempena sebatang sungai yang terletak di Uttar Pradesh, India merupakan kambing berbaka kacukan yang berasal dari negara berkenaan dan juga Pakistan pada awalnya.

Sejak 1953, kambing Jamnapari yang diternak untuk tujuan daging dan tenusu itu telah dieksport ke Indonesia dan baka tersebut mendapat permintaan yang menggalakkan di sana.

Sehubungan itu, India meningkatkan lagi perusahaan ternakan tersebut bagi tujuan dieksport.

Bancian pada tahun 1972 di India, menganggarkan sebanyak 580,000 ekor Jamnapari diternak, walaupun hanya 5,000 daripada bilangan tersebut merupakan baka asli.

Di negara asalnya, sepanjang musim sejuk 90 peratus kambing Jamnapari menghabiskan masa untuk meragut rumput atau daun.

Namun, pada musim yang lain, kambing tersebut hanya mengambil 55 peratus masa untuk mencari makanan seperti dedaun, rumput dan pelbagai tumbuhan hijau.

Dari segi fizikal, Jamnapari mempunyai bilangan variasi besar dalam faktor warna, tetapi pada kebiasaannya, ia berwarna putih dan mempunyai tompok pada leher dan kepala.

Di samping itu, Jamnapari mempunyai sepasang cuping telinga yang jatuh dan memanjang sehingga mencapai 25 sentimeter (sm).

Dalam pada itu, kedua-dua jantina kambing tersebut memiliki tanduk dan kaki yang panjang.

Bagi kambing jantan, Jamnapari mampu mencapai sehingga 120 kilogram (kg), manakala bagi betina, beratnya mampu mencecah sehingga 90kg.

Secara purata, seekor kambing betina Jamnapari mampu mengeluar- kan susu sehingga dua kg sehari.

Sementara bagi dagingnya, Jamnapari boleh dikatakan tidak merbahayakan kesihatan kerana kadar kolesterol dagingnya adalah pada tahap yang rendah.

Kini, kambing jenis Jamnapari turut mendapat tempat dan permintaan yang memberangsangkan di kalangan masyarakat tempatan.

Thursday, November 27, 2008

Usahawan tani disaran ceburi kaedah organik

Golongan usahawan tani disaran menceburi pertanian organik kerana hasil tanaman jenis itu membawa pulangan lebih tinggi dan lumayan berbanding pertanian konvensional. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kerajaan sedar bahawa pertanian organik di negara ini masih kurang diamalkan oleh para petani berbanding dengan Thailand dan Vietnam.

Katanya, ini terbukti apabila keluasan tanaman organik di Malaysia sekarang hanya mencecah 1,000 hektar atau lebih kurang 0.01 peratus daripada keluasan kawasan pertanian di negara ini.

"Hampir 80 peratus bekalan produk organik dalam negara diimport dari Australia dan New Zealand, kekacang dan rencah perisa dari China, manakala produk diproses dari Thailand, Amerika Syarikat dan Eropah,'' katanya pada Persidangan Kebangsaan Pertanian Organik 2008 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementeriannya, Datuk Dr. Baharom Jani.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pertanian, Sulaiman Md. Zain dan Pengarah Pusat Penyelidikan Sumber Strategik MARDI, Dr. Mohd. Yusoff Abdullah.

Mustapa berkata, apa yang memberangsangkan ialah kadar pertumbuhan permintaan produk berasaskan organik seperti sos meningkat setiap tahun kepada lebih 30 peratus setahun.

"Ini semua merupakan peluang kekayaan baru yang boleh direbut daripada pertanian organik,'' ujarnya.

Mustapa turut menyeru agensi-agensi di bawah kementerian itu termasuk MARDI dan Jabatan Pertanian agar bersama-sama membangunkan industri pertanian organik yang baru itu.

Sementara itu, pada sidang akhbar sejurus selepas persidangan itu, Abd. Shukor berkata, MARDI menyasarkan sebanyak 20,000 hektar diusahakan dengan tanaman organik menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Beliau berkata, untuk menangani cabaran itu, MARDI telah membangunkan kawasan ladang seluas lima hektar di Serdang sebagai tapak kajian pertanian organik.

Jelasnya, kajian ekosistem organik dijalankan di kawasan yang berfungsi sebagai 'makmal hidup' itu bagi mengumpulkan maklumat-maklumat penting dalam penanaman secara organik.

"Maklumat kajian itu boleh dikongsi bersama dengan petani dan pengusaha yang berminat mengusahakan pertanian organik,'' ujarnya.

Petikan dari Utusan Online...

Kecacatan bukan halangan jadi usahawan


Mohd. Khairi Othman memberi makan ikan peliharaannya.


Hati ibu bapa mana yang tidak remuk apabila melihat anak yang lahir ke dunia tidak mempunyai sepasang tangan dan kaki sempurna seperti anak lain.

Sudah pasti lebih gundah-gulana apabila memikirkan masa depan dan kepayahan yang akan ditempuhi permata hati mereka pada hari-hari mendatang.

Bagi pasangan Othman Ali, 75, dan Juliah Ismail, 71, dari Kampung Tanjong Pulai, Pekan, itulah hakikat yang perlu ditempuhi mereka sepanjang 31 tahun lepas setelah dikurniakan seorang anak kurang upaya (OKU), Mohd. Khairi yang hanya mempunyai tangan sehingga paras siku dan kaki di paras lutut.

Walaupun tidak sempurna seperti insan lain, Mohd. Khairi tidak pernah dididik menangisi akan kekurangannya itu.

Hari ini, ibu bapa Mohd. Khairi mampu tersenyum bangga melihat anaknya itu bukan hanya mampu berdikari malah menjadi usahawan akuakultur, satu bidang yang melibatkan banyak aktiviti fizikal.

Semuanya bermula pada lapan tahun lepas, apabila Mohd. Khairi dipujuk sepupunya, Abdul Rashid Nordin agar menternak ikan dalam sangkar di tepi Sungai Pahang.Beliau, yang memang gemarkan aktiviti memancing, kemudian bersetuju dan meminjam sebuah sangkar daripada sepupunya itu untuk menternak ikan tilapia.Berkat usaha gigihnya tanpa mengenal jemu, pada hari ini Mohd. Khairi berjaya memiliki 17 sangkar dengan ternakan ikan talapia dan patin hasil usaha gigihnya selama ini.

Beliau berkata, antara 600 dan 700 kilogram ikan bernilai kira-kira RM4,000 dapat dijual di pasar sekitar Pekan pada setiap pusingan hasil iaitu lima bulan sekali.

Mungkin pendapatan yang puratanya kira-kira RM800 sebulan itu tidak berskala besar, namun bagi insan istimewa seperti Mohd. Khairi, ia cukup bermakna dalam membantu kehidupannya sekeluarga.Rutinnya, Mohd. Khairi akan berkerusi roda dari rumahnya sebelum menuruni anak tangga ke sangkar ikan menggunakan kedua-dua lengan dan pehanya.

Beliau kemudian memberi makan ikan dengan mengepit bekas berisi makanan ikan (palet), malah kadangkala mengangkat sendiri guni berisi makanan itu ke setiap sangkar ikan.Beliau juga terpaksa membersih kawasan sangkar daripada sampah sarap yang hanyut ke kawasan sangkar bagi mengelak ikan ternakannya mati.

“Dengan keadaan fizikal macam ini, memang banyak cabaran perlu ditempuhi tetapi saya sudah biasa sejak kecil,” kata Mohd. Khairi ketika ditemui di sini.Bagaimanapun, menurut Mohd Khairi, pada setiap pusingan hasil, beliau akan dibantu beberapa saudara dan rakannya untuk mengeluarkan ternakan ikan berkenaan untuk jualan.

Seorang lagi pemuda OKU, Mohamed Mahidin, 38, dari Kampung Kiambang, Ganchong di sini juga tidak menjadikan kecacatan sebagai halangan untuk menjadi penternak ikan sangkar yang berjaya.Bekas pemenang pingat perak acara lompat tinggi pada kejohanan Sukan Paralimpik Asia 1998 di Bangkok, Thailand, itu kini berjaya mengusahakan 18 sangkar ikan talapia dan patin.

Beliau yang mengalami kecacatan di kaki kanan, berkata, penglibatannya dalam bidang akuakultur sejak enam tahun lepas membawa pulangan antara RM1,000 dan RM1,500 sebulan.Katanya, hasil ternakan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna terutama di pasar besar Kuantan.

Ditanya kesukaran yang dihadapinya bagi menjayakan projek itu, Mohamed berkata, beliau akan sedaya upaya berusaha mengatasi segala masalah.“Lagipun saya memang dibesarkan di kawasan kampung, sudah biasa bermain sungai," katanya.

Namun, katanya, cabaran yang paling besar ialah setiap kali musim banjir yang memaksanya memberhentikan sementara aktiviti penternakan ikan.Kedua-dua pemuda berkenaan seperti usahawan lain, juga menyimpan hasrat memajukan perniagaan masing-masing.

Dengan kerahan keringat bagi menjayakan perusahaan sangkar ikan tersebut, usaha Mohd. Khairi dan Mohamed telah mendapat perhatian Jabatan Perikanan .Pada 23 Oktober lepas, kedua-dua pemuda berkenaan telah menerima bantuan menerusi Skim Perkhidmatan Sokongan Akuakultur (SPeKs) yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Ismail Abu Hassan.

Skim berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan serta meningkatkan pendapatan pengusaha akuakultur melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan sokongan.

Bagi Mohd. Khairi bantuan tersebut akan dapat mempertingkatkan pengeluaran hasil ternakannya pada masa akan datang.“Penambahan sangkar ikan memerlukan modal yang besar dan bantuan ini pasti membantu," katanya.

Bagi Mohamed, beliau bercadang mengembangkan aktiviti ternakan ikan sangkarnya kepada industri hiliran dengan menghasilkan produk sejuk beku, pekasam dan keropok.Katanya, melalui pemerhatian yang dilakukannya, kesemua produk berkenaan kini semakin diminati dan mendapat permintaan yang baik di pasaran seluruh negara.

- Bernama

Tuesday, October 7, 2008

Ayam Belanda/Piru Dewasa untuk dijual serta anak ayam Belanda


Sempena perayaan ini, pihak kami juga ada menyediakan bekalan ayam belanda/piru (turkey) untuk mereka yang berminat. Harga jualan daging ayam piru/belanda ialah antara RM20 ke RM25/kg. Berat ayam belanda antara 4kg-6kg. Berminat boleh buat tempahan sekarang....pihak kami juga ada menjual anak ayam piru berumur 2 minggu ke atas. Harga bole dirunding.

Jualan Anak Angsa putih dan Kelabu

Gambar di atas adalah yang dah dewasa..

Anak Angsa putih dan angsa kelabu untuk dijual. Umur anak angsa bergantung stok sedia ada. Bulan Oktober ni bekalan ada banyak.Berminat untuk memelihara sebagai hobi atau penjaga kawasan ladang anda boleh hubungi saya 019-2272127. Kos diatas tanpa pengangkutan atau boleh ambil sendiri di Sg. Buloh atau Bukit Beruntung.

Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kesempatan beberapa hari lagi ini, saya dari group interxpose memohon jutaan kemaafan disepanjang perkenalan dan bicara dengan rakan-rakan penternak sekalian. Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini.

Terima kasih kepada semua rakan penternak di atas sokongan dan galakan yang telah diberikan.Teruskan perjuangan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, September 17, 2008

CF BIO BOKASHI FEED :Makanan Tambahan Ternakan


CF Bokashi Feed adalah formulasi pemakanan probiotik yang dihasilkan proses fermentasi semulajadi dengan teknologi Effective Mikrob. Pengenalan makanan ini dalam sistem penghadaman ternakan,ianya akan membantu ekologi dalam sistem penghadaman kepada suatu yan baik,membantu tumbesaran, sihat dan menghalang daripada serangan penyakit,bakteria merbahaya dan yan lebih penting ianya bersifat mesra alam, mudah dan efektif.

Kebaikan Penggunaan:
1. Sesuai untuk semua jenis ternakan ruminan dan unggas
2. Mengurangkan bau busuk pada najis sehingga 80%
3. Mengurangkan kehadiran lalat sehingga 80%
4. Menghalang kehadiran gas merbahaya seperti ammonia dan hydrogen sulphide
5. Menghalang kehasiran bakteria merbahaya dan lain-lain unsur yang merosakkan
6. Mempercepatkan tumbesaran
7. Keadaan kelembapan najis menurun sehingga 20%
8. Membaiki sistem penghadaman,mikrob flora dan FCR lebih rendah
9. Kadar kematian bekurangan berbanding ukuran piawaian 5%
10.Keadaan dan tekstur daging lebih kemerahan,mampat,pejal dan kurang hanyir
11. Memberi hasil serta kualiti ternakan yang tinggi
12. Membantu mengawal ph air bagi ternakan akuatik
13. Menjimatkan penggunaan air bagi ternakan akuatik
14. Bersifat mesra alam,mudah dan murah.


Kadar penggunaan :
1%-5% daripada jumlah makanan konvensional

Harga :RM4.90/kilo

Tuesday, September 2, 2008

Perisian Pengurusan Haiwan Ternakan




Perisian ini telah dibangunkan oleh Tuan Haji Othman Mohamad sendiri yang merupakan pemilik hakcipta perisian tersebut dan hak pengedarannya dilaksanakakan oleh syarikat Casserose. Menurut beliau, CAMS merupakan perisian pengurusan ternakan kambing yang pertama di Malaysia yang dibangunkan setelah menyedari bahawa industri ternakan kambing di negara kita memerlukan satu sistem pengurusan ternakan yang lebih bersistematik dan mudah berbanding dengan sistem manual seperti merekod dalam buku dll.Saya telah diberi taklimat oleh Tn. Hj. Othman sendiri semasa saya melawat di Booth Casserose semasa MAHA bulan lepas.

Dengan penggunaan sistem perisian ini,rekod ternakan, kesihatan,pembekal,kematian,bil-bil dan yang tertariknya ada reminder (peringatan).



Penternak yang ingin mendapatkan perisian CAMS ini boleh menghubungi
Casserose yang mendapat hak pengedarannya :-

Casserose Agrofarm Sdn Bhd
No. 8, Jalan Astaka U8/83,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-7845 3236
Rozalafri : 012-296 9763
Razali : 019-308 7729
Selamat : 012-225 0603 (Ladang Segamat)

Eksport daging kerbau India ke Malaysia lebih mahal

New Delhi 1 sept. – Pengeksport India mengunjurkan perningkatan harga daging kerbau sebanyak lima hingga 10 peratus semasa musim perayaan akan datang.

Ini berdasarkan kenaikan harga daging lembu dunia baru-baru ini. Harga daging kerbau melonjak kira-kira 18 peratus sejak tahun lepas disebabkan kenaikan kos pembiakan dan permintaan yang semakin meningkat di seluruh dunia.Menurut Sirajuddin Qureshi ,Pengarah Urusan Hind Agro Industries iaitu, sebuah syarikat pengeksport daging kerbau utama di India mengatakan bahawa pada bulan-bulan akan datang kemungkinan harga akan meningkat sebanyak 5 peratus hingga 10 peratus.

Katanya lagi”, selain bahan mentah bagi pembiakan kerbau, kos bagi proses membersih dan mengeskport daging telah meningkat. Justeru itu, daging kerbau akan menjadi lebih mahal dalam pasaran dunia.

Malaysia adalah pengimport terbesar daging kerbau dari India. Negara itu mengimport kira-kira 80 peratus keperluannya atau 45,000 tan metrik setahun. Pada masa ini, harga daging kerbau adalah RM8,580 setan metrik ($2,600 setan metrik).Dengan kenaikan harga di seluruh dunia, harga domestik bagi daging kerbau akan juga meningkat disebabkan oleh kenaikan kos input bahan mentah, makanan dan pemeliharaan kata A.S. Rawat iaitu pengurus besar (Bahagian Haiwan Ternakan) Lembaga Pembangunan Eksport Produk Pertanian dan Makanana Diproses India (APEDA), A.S. Rawat

Beliau juga berkata, eksport ke Malaysia mungkin meningkat sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus bagi setiap pesanan semasa dan India sudah bersedia untuk memenuhi permintaan tersebut.

India, pengeluar keempat terbesar daging kerbau dunia, mengeksport kira-kira 500,000 tan metrik daging sejuk beku bernilai hampir 2.3 billion (AS$700 juta) , sebahagian besarnya ke negara-negara Teluk, Malaysia, Mauritius dan Filipina.


Olahan dan di petik dari Utusan Malaysia

CORETAN TERAKHIR MAHA08













Salam semua, hari ni baru saya dapat untuk memberikan rumusan terakhir MAHA08 yang telah tamat pada 23hb. Ogos baru-baru ni maklumlah terlibat dengan pameran, kitalah jadi bos dan kita jugalah jadi kuli. Hari terakhir itu sempat juga saya pergi bersiar-siar jumpa rakan-rakan penternak di pameran ternakan. Beberapa penternak yang sempat jumpa seperti Casserose, Sg. Buloh Farm, Pangkuan Mewah dll. Saya sempat berborak dan singgah di booth Casserose dan dan dapat mendengar taklimat daripada Tn. Hj. Othman Mohamad sendiri berkaitan Perisian Pengurusan Ternakan Kambing jenama CAMS. Perisian ini merupakan perisian pengurusan ladang ternakan kambing yang pertama di Malaysia.

Selepas itu, saya sempat bergambar bersama orang kuat Casserose dan pencipta perisian tersebut. Kemudian saya meneruskan lawatan ke rakan ternakan lain serta meninjau potensi yang ada di hari yang terakhir tersebut. Ada setengah booth dah pun tutup mungkin diorang nak penat sangat maklumlah selama 2 minggu berkampung di MAHA08.

Ini saja yang sempat saya coretkan untuk tatapan semua, tak sempat nak celoteh lama-lama ada banyak kerja yang nak dibereskan. Semoga dengan MAHA08 ini dapat dijadikan sebagai satu peluang dan perintis ke arah kejayaan yang bakal mendatang kepada penternak semua. Syabas kepada mereka yang terlibat dengan penubuhan Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) agar nasib penternak dapat dibela dan pemasaran produk akan lebih teratur dan bersistematik serta dapat memperhebatkan lagi industri ternakan negara. Kami di Melaka telah menubuhkan Persatuan Penternak Kambing/Bebiri Bumiputera Melaka (PPKBM)

'Penternakan Satu Perniagaan'


Friday, August 22, 2008

JUALAN DAN PROMOSI GARAM BUKIT HIMALAYA



Syarikat kami telah mengimport garam bukit Himalaya terus dari Pakistan Buat masa ini stok kami ada banyak dan sesiapa yang berminat untuk membeli dan menjadi agen amatlah dialu-alukan. Harga menarik kepada mereka yang ingin menjadi stokis. Garam bukit ini adalah 100% asli dan mempunyai lebih dari 84 jenis mineral yang amat diperlukan oleh tubuh manusia dan haiwan.

Kebaikan:

a) Bahan galian 100% semulajadi.

b) Mempunyai sebanyak 84 sumber garam galian yang diperlukan manusia dan ternakan.

c) Tidak mudah pecah, keras dan amat menjimatkan bagi menggantikan garam jilat komersil (kurang pembaziran).

d) Lebih disukai ternakan seperti lembu , kambing dll

e) Tahan lebih lama bergantung kepada bilangan ternakan dalam plot masing-masing.

Selain itu , kami juga menjual lampu garam bukit, sabun garam, garam untuk SPA dan rekabentuk lampu garam pelbagai jenis dengan harga menarik dan murah dari pasaran semasa.

Saiz garam: Pelbagai saiz (disyorkan antara 2.3kg - 3.6kg)

Harga :RM3.90/kilo (dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2008)


Penghantaran:

Semenanjung Malaysia
  • 5 kg pertama – RM 12
  • Setiap kg tambahan – RM 1.00

Sarawak

  • 5 kg pertama – RM 32
  • Setiap kg tambahan – RM 7.00

Sabah

  • 5 kg pertama – RM 37
  • Setiap kg tambahan – RM 8

* Perkiraan KG berat oleh syarikat penghantaran dari 0.2 -0.9 KG akan di genapkan ke KG seterusnya.

Pembayaran:
E-Banking/Deposit tunai(ATM atau kaunter)/Pindahan akaun 3rd party transfer atas nama Mohd Hisham Bin Idris. No akaun Maybank : 157166897506

Selesai bayaran, hantarkan info berikut ke talian 019-2272127 .
Taipkan nama dan alamat anda serta nyatakan details secara sms/telefon.





Wednesday, August 13, 2008

Datanglah Ke Pameran MAHA 2008 ke Booth InterXpose Group of Companies Dewan C Lot 112



Datanglah ke Booth kami di Dewan C Lot 112 untuk melihat dan berbual bicara dengan kami secara dekat. Di situ juga kita ada produk selain ternakan seperti projek penanaman cendawan tiram kelabu dan juga ternakan keli dan serai secara contract farming. Dapatkan pelbagai produk seperti CF Aqua -utk air,EM, molases(gula merah) Cd ternakan kambing dan cd Koleksi lebih dari 25 kertas kerja yang diluluskan oleh MARA,TEkun, Agro bank dll, Produk garam bukit sama ada garam masakan, lampu garam, garam jilatan untuk ternakan ruminan seperti lembu dan kambing, baja EM, makanan tambahan ternakan ( CF Bokashi Feed), EM1 dan Inkubator ternakan kambing dan byk lagi. REbutlah peluang ini dan datanglah beramai-ramai ke
Pameran MAHA 2008
Dewan C Lot 112 InterXpose Group of Companies

Monday, August 4, 2008

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN MELAKA 2008 DI DATARAN AIR KEROH MELAKA



























































































Melaka -2hb. ogos
- Sambutan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Melaka 2008 telah diadakan di DAtaran Air Keroh Melaka semalam. Ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. PAda hari tersebut seramai 15 orang peladang,petani dan nelayan di seluruh negeri telah terpilih memenangi anugerah mengikut kategori di bawah Pertubuhan Peladang Negeri, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan M alaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri. Ketua Menteri memberitahu bahawa pergantungan negara kepada import makanan luar semakin meningkat misalnya pada tahun 2006 negara mengeluarkan belanja RM14.8 bilion dan jumlah itu meningkat kepada tahun berikutnya kepada RM 17.3 bilion. Kerajaan negeri sedia memperuntukkan tanah untuk projek ini dan pertubuhan perlu sediakan bazar yang mampu menjual produk segar seperti yang dikehendaki oleh masyarakat," katanya.

Kami dari seluruh warga InterXpose mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengarah Urusan InterXpose Group iaitu Hj. Mahmud Bin Baba di atas kejayaan dianugerahkan sebagai Usahawan Penternak Ruminan Jaya pada Hari PEladang,Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Melaka 2008.

Wednesday, July 30, 2008

Pusat kambing RM10 juta dirancang

KUALA LUMPUR 29 Julai - Sebuah pusat penyelidikan dan teknologi kambing bernilai RM10 juta dirancang dibina di Serating, Marang, menerusi inisiatif perladangan ternakan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pusat penyelidikan itu, Taman Teknologi Kaprima Bestari, akan dibangunkan di kawasan 10 hektar dalam kawasan Taman Pengeluaran Makanan Kekal, kata Sekretariat ECER dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Langkah itu bertujuan mencapai sara diri bekalan daging kambing memandangkan negara memerlukan 10 juta kambing setahun.

Malaysia kini mengimport kambing, kebanyakannya dari Australia.

Taman teknologi kambing, yang akan dibangunkan dan diurus oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPHT), akan mengumpul maklumat dan menjalankan penyelidikan mengenai pembiakan kambing selain memodenkan industri penternakan kambing negara, dengan ECER sebagai hab utama, katanya.

"Taman Teknologi itu disasarkan menjadi pusat penyelidikan dan maklumat untuk penternak kambing, terutama di Asia," kata Pengarah JPHT Dr Azizol Mohd Sharun.

"Kami akan memperkenalkan teknologi dan teknik terbaru dari luar negara.

Teknologi baru itu akan membantu penternak meminimumkan kos pengeluaran selain mendapat pulangan yang lebih baik.

Sementara itu, para penternak dan mereka yang berminat terhadap industri berkenaan, boleh mengikuti kurus penternakan kambing, katanya.

"Kami menjangkakan taman kambing itu akan menawarkan prospek ekonomi yang lebih baik dan peluang pekerjaan kepada usahawan dan graduan tempatan dalam bidang kajian yang berkaitan." Taman teknologi kambing itu akan dilengkapi rumah ladang, pusat penyembelihan mini, kilang pemprosesan baja, restoran, dewan pameran pengeluaran, masjid, dan asrama pekerja.

Selain aktiviti penyelidikan dan penternakan kambing, taman itu juga bersedia menerima pelancong serta mesra kanak-kanak, di mana mereka membolehkan memegang dan memberi kambing makan.

Terengganu menyasarkan lebih 3.5 juta pelancong ke negeri itu tahun ini.

Kebanyakan destinasi pelancongannya disasar untuk pencinta alam semula jadi dan taman kambing ini dijangka turut mendapat perhatian pelancong.

Penggunaan perkapita negara bagi daging kambing meningkat daripada 0.67kg pada 2006 kepada 0.74kg pada 2007.

Malaysia secara tradisinya merupakan pasaran eksport terbesar Australia, mengimport kira-kira 15,000 tan daging kambing dan 50,000 ekor kambing.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ECER disasar menambah aktiviti penternakan kambing sebanyak tujuh peratus dalam tempoh lima tahun bagi memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa yang semakin meningkat.

Ia akan memberi tumpuan terhadap kambing yang menghasilkan daging yang tinggi bagi menggantikan ternakan tempatan.

Bagi mencapai matlamat 35 peratus sara diri dalam pengeluaran kambing menjelang 2015, ia memerlukan 18,000 ekor kambing tambahan.

Sasarannya ialah ECER menghasilkan 2,020 tan metrik pada 2020, katanya.

Penternakan kambing di Malaysia melibatkan 75 peratus penternakan tradisional manakala 15 peratus diusahakan separuh komersial dan 10 peratus lagi membabitkan ladang komesial.

(di petik dari Utusan Online )

Monday, July 28, 2008

Menternak rusa tidak sesukar disangka


kos pemeliharaan rusa juga amat rendah kerana haiwan ini makan sisa soya, sawit dan buah-buahan yang boleh didapati dari pasar.


TENTU ramai yang menyangka penternakan rusa merupakan industri ‘mewah’ apatah lagi biasanya rusa dipelihara oleh golongan bangsawan dan tokoh korporat serta di kawasan taman.

Malah, ramai menganggap rusa sebagai ternakan eksklusif yang tidak ramai mampu mengusahakannya manakala pasarannya pula tidak meluas sebagai mana ternakan lain.

Justeru apabila mendapat tahu terdapat sebuah ladang ternakan rusa dengan kira-kira 800 ekor, penulis begitu teruja untuk meninjau dari dekat.

Ladang yang terletak berhampiran kawasan perumahan di Jalan Bunga Raya, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor seluas lapan hektar di dua buah tapak berlainan bukan saja dihuni oleh rusa tetapi juga 25 ekor burung unta, ayam serama, keldai dan kuda padi.

Pemiliknya yang juga Pengarah Urusan Hitech Livestock Exotic Farm, Mohamed Akbar yang memulakan industri penternakan lebih 15 tahun lalu dengan kambing dan lembu mula mengalih pandangan kepada rusa sejak tujuh tahun lepas.

Ditanya, faktor pendorong beliau beralih arah, Mohamed berkata, menternak rusa menguntungkan kerana kos operasinya amat kecil berbanding ternakan ruminan lain.

“Rusa tidak memerlukan kandang yang besar seperti kambing atau lembu tetapi cukup dengan kawasan lapang dan beberapa batang pokok besar sebagai tempat mereka berteduh.

“Malah kos makanannya juga kecil kerana saya menggunakan campuran hampas soya, sawit dan pelbagai jenis buah-buahan yang diambil dari pasar berdekatan,” katanya kepada Mega semasa ditemui di ladang ternakannya, baru-baru ini.

Malah rusa juga tidak memerlukan padang ragut yang rata tetapi cukup dengan sedikit kawasan hijau berbukit-bukit dan berbatu-batu kerana sebagai haiwan liar, rusa gemarkan tempat mencabar.

Mohamed menambah kos perubatan bagi rusa amat minimum berbanding ternakan ruminan lain.

“Sejak memelihara rusa secara komersial saya hanya mengeluarkan hanya beberapa ratus Ringgit sebulan saja untuk ubat cacing dan vitamin,” katanya yang memelihara rusa jenis Timorensis dan Axis yang berbintik-bintik.

Mohamed menambah, rusa senang dipelihara kerana tidak mudah terkena penyakit berjangkit malah sebagai haiwan liar, rusa boleh mengubati dirinya sendiri.

Rusa matang seawal usia 18 bulan dan betina bunting selama lapan bulan sebelum beranak sebanyak seekor.

Rusa betina boleh beranak sebanyak 15 hingga 16 kali dengan jangka hayat boleh mencapai 20 hingga 25 tahun.

Biasanya induk rusa akan menyorokkan anaknya di bawah batu atau rumput sehingga anaknya bercerai susu.

Menggunakan khidmat empat orang pekerja termasuk dua orang anaknya, Mohamed berkata, kawasan yang tidak luas membolehkan ibu menjaga dan menyusukan anaknya.

“Jika penternakan diusahakan di kawasan yang terlalu luas, mungkin penternak terlepas pandang anak rusa yang disorokkan.

“Ini dapat mengelakkan anak rusa daripada mati kelaparan jika tidak dijagai ibu mereka,” katanya yang telah memahami kelakuan haiwan berkenaan.

Menternak rusa lebih menguntungkan walaupun bukan untuk daging kerana rusa betina akan beranak setiap tahun manakala tanduk rusa jantan pula akan luruh setiap tahun.

“Harga tanduk jantan basah boleh mencecah sehingga RM500 dan yang kering pula menjangkau RM3,000,” katanya yang boleh dikatakan antara penternak yang memelihara paling banyak rusa di negara ini.

Kawasan yang kecil juga membolehkan penternak mencari tanduk setiap kali gugur di padang ragut.

“Biasanya pekerja saya menemui tanduk yang gugur dan tentu saja sukar jika rusa diletakkan di ladang ternakan yang luas,” katanya.

Permintaan

Menyentuh mengenai daging rusa, Mohamed Akbar berkata, harga daging rusa pula boleh mencecah sehingga RM50 sekilogram jika dijual sendiri.

Permintaan daging rusa amat tinggi terutamanya di hotel-hotel lima bintang kerana ia dikatakan makanan mewah.

Selain rusa, beliau juga memelihara lima ekor nilgai - haiwan dari Amerika Syarikat (AS) - kepalanya seperti rusa tetapi badan besar seperti lembu dan belakangnya seperti kuda.

“Dagingnya sama seperti rusa dan saya lihat haiwan berkenaan berpotensi untuk dipelihara di sini,” katanya yang mendapat galakan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Sesiapa yang berminat memelihara rusa, Mohamed menyediakan pakej penternakan yang sesuai dan berpatutan.

Mereka yang berminat boleh membeli satu petak kandang seluas 30 kaki x 50 kaki pada harga RM2,000 yang boleh menempatkan sehingga 50 ekor rusa pada satu satu masa.

Bagi mengisi petak berkenaan, Mohamed menawarkan rusa betina bunting pertama yang bakal beranak dengan harga berpatutan seekor.

“Mereka boleh berkongsi satu petak dengan rakan dan membeli beberapa ekor rusa untuk diletakkan di dalamnya.

“Kami hanya akan mengenakan kos penyelenggaraan yang minimum bagi satu petak serta kos makanan rusa,” katanya.

Apabila rusa tadi beranak, pemilik boleh memilih sama ada untuk menjual anak tadi kepada Mohamed atau terus memeliharanya di sana.

“Setiap minggu pemilik boleh membawa makanan sendiri untuk diberikan kepada rusa mereka malah mereka juga boleh membawa balik beberapa hari,” katanya.

Mohamed berkata, ini merupakan satu cara untuk mencetuskan minat mereka yang berada di bandar ke arah penternakan.

Penduduk bandar yang tidak mempunyai masa dan kawasan masih boleh melibatkan diri dalam penternakan dengan cara ini.

“Saya juga boleh memantau ternakan yang dibeli dapat penjagaan yang betul dan pada masa yang sama pemilik boleh mempelajari cara penternakan yang betul,” katanya.

Dengan cara ini kata Mohamed, ternakan rusa boleh dimajukan dengan lebih sistematik. Beliau juga akan memulakan kursus menternak rusa secara komersial kepada mereka yang berminat dalam masa terdekat.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Mohamed di 017-3458849 atau layari laman web www.hitechdeerfarm.com

Insentif RM213 juta bantu penternak

RAWANG 27 Julai - Kerajaan memperuntukkan RM213 juta dalam bentuk insentif pengeluaran kepada para penternak lembu, kambing dan ayam bagi membantu mereka menyerap kesan kenaikan harga minyak.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pengagihan insentif kepada penternak yang berdaftar dengan kementeriannya akan dilaksanakan bermula bulan depan hingga Disember ini.

Katanya, menjadi keutamaan untuk menerima insentif itu ialah penternak berskala kecil.

"Insentif ini adalah untuk menampung sebahagian daripada kos pengeluaran yang semakin meningkat seperti harga makanan palet.

"Semua penternak berdaftar akan menerimanya, sebagai contoh 21,000 penternak kambing di seluruh negara namun yang paling ramai ialah penternak ayam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat ladang ternakan kambing dan makmal bioteknologi milik Ar Raudhah Bio-Tech Farm Sdn. Bhd. (Ar Raudhah) di sini hari ini.

Syarikat berkenaan melaburkan RM1 juta untuk membangunkan makmal berkenaan dan ia merupakan satu-satunya ladang milik swasta yang mempunyai kepakaran melakukan permanian beradas dan pemindahan embrio kambing di negara ini.

Mengiringi beliau dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin dan Pengerusi Ar Raudhah, Datuk Bistamam Ramli.

Mustapa berkata, jumlah insentif yang akan diterima setiap penternak yang layak adalah berbeza berdasarkan jenis perusahaan dan kapasiti pengeluarannya.

Katanya, pengusaha ternakan ayam yang memiliki lebih 20,000 ekor ayam bagaimanapun tidak layak menerimanya manakala penternak lembu dan kambing tidak tertakluk kepada jumlah haiwan ternakan.

"Antara contoh jumlah insentif ialah penternak lembu susu yang menghasilkan 50 liter susu setiap hari akan menerima RM300 sebulan.

"Bagi penternak yang mengeluarkan daging 30 ekor lembu fidlot pada setiap tiga bulan, mereka layak menerima RM3,000," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap lebih banyak syarikat swasta membuat pelaburan dalam bidang ternakan kambing untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import.

Katanya, pada masa ini negara hanya memiliki 300,000 ekor kambing dan pada tahun 2015 kerajaan meletakkan sasaran untuk meningkatkannya kepada 1.1 juta ekor.

(dipetik dari utusan malaysia online)

Friday, July 25, 2008

KURSUS PEMAKANAN RUMINAN APLIKASI BIOTEKNOLOGI PADA 6-8 ogos 2008


Jadual di atas adalah senarai aturcara selama 3 hari 2 malam di Hotel Nilai yang telah dijalankan pada bulan April. Jadualnya lebih kurang sama , tarikh berbeza,malas nak adjust. Hotel tersebut mesti melalui Exit Tol Nilai dan jumpa traffic light pergi ke arah kanan lebih kurang 2-3km akan nampak papan tanda Hotel Nilai di sebelah kiri.Bayaran hanya RM20 shj. ,Penginapan disediakan, sijil dari Bank Pertanian Malaysia.Berminat 019-2272127 utk tempahan

Wednesday, July 23, 2008

POTENSI SERAI DIKOMERSILKAN.....



BACHOK - Serai, tanaman yang kebiasaannya ditanam di pinggir rumah dan sering digunakan sebagai bahan perencah bagi menambahkan aroma dan keenakan masakan.

Namun, tidak semua yang mengetahui serai juga berpotensi dikomersialkan secara besar-besaran dan boleh meraih pendapatan lumayan daripada hasil hilirannya.

Tumbuhan yang dikatakan paling mudah penjagaannya, paling murah kos penanamannya serta paling kurang musuh perosak ini mula mendapat pasaran meluas dan kepelbagaian kegunaan industri di dalam dan luar negara.

Dengan nilai semakin tinggi dan permintaan kian melonjak, ia terus berkembang dengan kaedah penanaman secara perladangan termasuk di Kelantan.

Ia lebih terarah kepada pasaran eksport terutamanya bagi bekalan industri aroma terapi kerana ekstraknya dianggap setaraf dengan gaharu.

Bio Daun Plantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera tempatan menyedari potensi besar ini dengan mengorak langkah ke arah pengeluaran secara komersial.

Malah, dalam waktu yang singkat, ia mula menyasarkan untuk menerajui perusahaan itu di Pantai Timur.

Syarikat itu memanfaatkan peluang melalui penyelidikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk belajar menguasai teknik penanaman, pemerosesan dan penerokaan pasaran di luar negara.

Kalangan usahawan bumiputera difahamkan begitu kurang memberi perhatian terhadap hasil penyelidikan MARDI dalam sektor pertanian selama ini.

Pengarah Urusannya, Ahmad Zuhawi Awang, 35, berkata, Jabatan Pertanian dan MARDI telah membuka banyak jalan bagi pihaknya untuk meneroka bidang ini pada tahun lalu di samping kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan.

''Dengan perkembangan awal yang positif, ia semakin menyakinkan pihak syarikat untuk menjadi peneraju dalam sektor perladangan serai kelak dengan turut bersama menyumbangkan peluang ekonomi kepada masyarakat petani.

''Di samping itu, kami sudah merancang menggerakkan industri hiliran berasaskan bahan mentah itu yang boleh turut digunakan untuk menghasilkan biodesel," ujarnya.

Syarikat yang digerakkan oleh dua usahawan muda ini tanpa ragu-ragu menceburi bidang itu dengan memulakan penanaman serai paha ayam atau serai hijau pada penghujung tahun lalu di tapak seluas lapan hektar yang disewa di Kuala Lipis.

''Berbeza dengan serai makan atau sering dipanggil serai galah yang banyak dieksport ke Thailand, kami tumpukan kepada serai paha ayam ini yang lebih bersaiz besar batangnya dan berbau seperti limau.

'Kita masukkan hormon dari Pakistan dalam tanaman untuk mendapatkan lebih banyak ekstrak dan aroma yang lebih tinggi mutunya," ujarnya.

Ahmad Zuhawi memberitahu, pihaknya memulakan operasi dengan modal sebanyak RM10,000 dan kini secara keseluruhan mengusahakan 121 hektar tanah di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

''Di Kelantan, kami menyewa tanah daripada penanam tembakau yang tidak lagi mengusahakan tanaman itu termasuk 40 hektar di Beris Lalang, Bachok," ujarnya.

Katanya bagi setiap hektar, hasil yang diperoleh dianggarkan RM35,000 hingga RM42,500 setahun melalui tuaian dua kali setahun di mana hasil tuaian diproses dalam bentuk minyak dan serbuk melalui sebuah kilang di Negeri Sembilan.

''Serai keluaran kami juga sudah mula dipasarkan ke Eropah, India dan China bagi industri wangian dan kosmetik, manakala ke Rusia pula bagi produk anti kanser,'' katanya.

Bagi menggerakkan perusahaan ini, tanpa bergantung sepenuhnya kepada pinjaman, pihaknya memperkenalkan konsep usahasama melibatkan hampir 100 orang penduduk.

''Mereka hanya perlu mengeluarkan modal RM5,000 bagi satu hektar tanaman yang kami usahakan sepenuhnya dan keuntungan akan dibahagikan sama rata sepanjang tiga kali jualan hasil tuaian," ujarnya.

Katanya lagi, buat permulaan, sebanyak lima tan serai dalam bentuk minyak dan serbuk di eksport dan syarikatnya memerlukan tuaian tanaman 100 hektar serentak setiap bulan untuk menampung permintaan pasaran luar negara yang dianggarkan 200 tan sebulan.

''Ekoran itu, syarikat kami perlu mengusahakan tanaman lebih luas agar bekalan terus berkekalan, justeru, kita telah memohon 2,000 hektar tanah daripada kerajaan negeri Kelantan dan Pahang,'' katanya.

Katanya, pihaknya juga merancang untuk mendirikan kilang memproses serai di Beris Lalang untuk mengurangkan kos penghantaran di samping menampung bekalan yang dijangka melonjak.

(di petik dari Portal Usahawan TAni)

RUMPUT TERNAKAN BAWA PULANGAN LUMAYAN



KUALA KANGSAR 2 Julai - Keberanian seorang bekas ketua kampung, Mustafa Ahmad, 41, memajukan tanah terbiar seluas 4.5 hektar dengan tanaman rumput jenis Napier Taiwan kini mula berbaloi dan membuahkan hasil lumayan.
Walaupun tanah yang terletak di 'pulau jadian' di Sungai Perak di Kampung Senawar itu mengandungi 80 peratus pasir, tetapi ia tidak menghalang hasrat menebal usahawan ini untuk menjadikannya sebagai sebuah ladang yang subur.
Berbekalkan keyakinan tinggi terutama sekali selepas melupakan dunia kontraktor kelas F, beliau mengikuti pelbagai kursus pertanian dan haiwan termasuk tanaman rumput ini.
Menurut Mustafa, rumput Napier Taiwan yang diusahakan sejak empat tahun lalu itu menunjukkan hasil memberangsangkan kerana tumbuhan itu cepat membesar dan boleh dituai dalam masa 30 hingga 40 hari sahaja.
Kata beliau, tanaman kontan berkenaan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Kangsar bagi tujuan penghasilan makanan binatang ternakan.
''Dengan menggunakan teknologi Thailand serta baja berprotein tinggi, saya berjaya menghasilkan rumput Napier yang mempunyai daun selebar 2.5 sentimeter walaupun saiz biasa cuma 1.5 sentimeter.
''Melihat hasil tanaman yang begitu subur ini saya rasa cukup puas kerana pengorbanan menumpukan usaha ini sudah mula membawa pulangan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Mustafa memberitahu, tanaman berkenaan kini sudah mula dijual di pasaran yang semakin meluas dengan batangnya dijual pada harga RM1.60 sekilogram dan daun hijaunya berharga 10 sen sekilogram.
Menurutnya, dengan harga tersebut beliau kini boleh tersenyum lebar apabila sudah mampu memperoleh pendapatan sekitar RM12,000 sebulan.
Kata beliau, rumput Napier yang ditanamnya itu mempunyai protein antara 13 hingga 14 peratus berbanding dengan rumput tempatan yang cuma mengandungi antara 9 hingga 10 peratus protein.
Jelas beliau, ia menjadikannya sebagai tanaman yang cukup sesuai untuk makanan binatang ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, rusa, ayam belanda dan burung unta.
Katanya, benih dan daun Napier yang ditanamnya bukan sahaja mendapat pasaran di sekitar negeri Perak malahan juga mendapat tempahan dari Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Kelantan.
''Pada peringkat awal memang agak sukar bagi saya mengusahakan tanaman ini kerana keadaan tanah berpasir dan penuh dengan tumbuhan liar.
''Saya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan agak besar iaitu sekitar RM20,000 untuk modal keseluruhan termasuk membersihkan tanah ini tetapi berbaloi kerana sekarang ia sudah jadi ladang rumput yang begitu menghijau," katanya.
Mustafa berkata, oleh kerana projek tanamannya itu telah mula menunjukkan kejayaan maka beliau sedang berusaha memperkembangkan usaha penanaman rumput itu di satu lagi kawasan seluas 4.5 hektar di Kampong Jerlun tidak jauh dari projek pertamanya.
Katanya, ia bagi membolehkan beliau mencapai hasrat sebenarnya iaitu untuk menghasilkan palet makanan ternakan daripada rumput Napier.
''Saya guna bahan campuran terdiri daripada Napier Taiwan, sagu rumbia, hampas kacang soya, gula merah, garam galian, 20 jenis rumput tempatan, starbio, protein ikan dan beberapa campuran lain.
''Daripada kajian yang saya lakukan palet ini mampu mencegah penyakit kerana mempunyai daya tahan berprotein asli," ujarnya yang mendapat bantuan kewangan sebanyak RM131,000 daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana bagi membina kilang tersebut di Talang.
Katanya, dengan menggunakan mesin yang diimport dari China, kilangnya itu nanti mampu menghasilkan palet bermutu tinggi dengan harga 35 sen sekilogram berbanding dengan palet lain berharga 55 sen.
Jelasnya, palet tersebut lebih istimewa kerana boleh juga digunakan untuk makanan ternakan ikan dan sesiapa yang berminat bagi mendapatkan bekalan palet itu rumput Napier boleh menghubunginya di talian 012-5049000.
(Ihsan dari Portal Usahawan Tani)

Tuesday, July 22, 2008

Potensi Industri Belangkas (copy dari jutawan belangkas)




Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.

POTENSI DARAH BELANGKAS

Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ianya juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ianya bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Sarjana Sains (Akuakultur), Institut Akuakultur Tropika (IAT) Universiti Malaysia Terengganu telah lama menyelidik nilai perubatan belangkas ini. Universiti Malaysia Terengganu sedang memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan.

500 nelayan di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan dibantu bagi menternak belangkas. Nelayan terbabit dijangka mendapat pendapatan RM 1200 sebulan apabila projek ternakan ini berjaya.

(Ihsan dari http://jutawanbelangkas.blogspot.com)
Related Posts with Thumbnails