Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Thursday, December 22, 2011

Menanam jagung manis

Tanah untuk penanaman jagung mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok.

Membajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam di antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.

Membajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil.

Mengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (ground magnesium limestone) dengan kadar dua tan/ha untuk tanah biasa dan empat tan/ha untuk tanah gambut.

Bahan tanaman adalah biji benih dengan kadar lapan hingga 10 kg/ha.

Jarak tanaman bergantung pada jenis tanah dan jenis jagung, biasanya 75sm x 50sm atau 75sm x 30sm dengan kepadatan sebanyak lebih kurang 53,333 pokok/ha.

Menanam boleh mengunakan jentera atau tugal bagi kawasan yang kecil sama ada dalam alur (furrow), atas batas atau di atas tanah yang rata

Biji benih dirawat dengan racun kulat dan serangga sebelum ditanam sedalam dua hingga empat sm ke dalam tanah sebanyak dua biji selubang dan akan bercambah selepas di antara empat dan tujuh hari selepas ditanam.

Penjarangan perlu dilakukan tiga minggu selepas ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.

Air amat kritikal pada peringkat awal tumbesaran awal dan masa pembungaan dan pembentukan biji jagung. Siraman perlu dibuat dua kali sehari dengan sistem pengairan renjis (kos RM5,00 - RM 8,000/ha)

Keperluan asas tanaman

Suhu 30 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.

Taburan hujan di antara 500 dan 700 mm/tahun.

Jenis tanah yang subur iaitu tanah alubium hitam dengan resapan air yang baik, tanah lom berpasir dan juga tanah gambut dengan pengapuran.

pH tanah 5.0 - 6.5

Penyelenggaraan

Pembajaan bergantung kepada jenis tanah, amnya kadar NPK sebanyak 120:60:40 kg/ha adalah sesuai untuk semua jenis tanah. Baja seperti NPK Blue Special (12:12:17:2) boleh digunakan dan dibubuh sebanyak dua kali dalam semusim

Kawalan rumpai boleh dijalankan dengan menyembur racun pracambah seperti Atrazine dengan kadar 120g/16 liter air dan diikuti merumpai secara manual atau jentera selepas tiga hingga empat minggu ditanam dan diikuti satu atau dua lagi pusing merumpai.

Mengambus atau menambak adalah kerja-kerja memupuk tanah atau batas-batas tanah ke perdu pokok jagung apabila tanaman mencapai ketinggian 60 sm bagi mengawal kelembapan tanah, mengawal rumpai. Menahan dari pokok rebah dan mencegah akar pokok keluar dari permukaan tanah yang dilakukan selepas menabur baja supaya dapat mengeluarkan hasil yang baik kerana dapat mengawal kehilangan baja.

Penyakit kulat seperti hawar daun dan karat jagung boleh dikawal dengan racun kulat seperti Thiram dan Zineb selain dari amalan agronomi yang baik dengan menggunakan biji benih yang bebas penyakit dan musnahkan tanaman yang terdahulu

Penyakit tongkol (smut) menyebabkan tongkol jagung membengkak/bisul dapat dikawal dengan memusnahkan pokok yang diserang.

Penyakit reput batang bakteria menyebabkan batang pokok jagung reput dan patah boleh dicegah dengan amalan kultura yang baik dan memusnahkan pokok yang diserang.

Serangga perosak yang selalu menyerang tanaman jagung adalah seperti ulat pengorek batang jagung, ulat tongkol jagung, ulat ratus dan kepinding boleh dikawal dengan racun serangga seperti Malathion, Sevin, Diptrex dan sebagainya

Perosak mamalia seperti tikus boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik atau guna perangkap atau umpan beracun

Penuaian

Jagung manis boleh dituai selepas 68 hingga 72 hari selepas menanam untuk dimakan (rebus) dan 90 hingga 100 hari untuk dijadikan biji benih.

Jagung dipetik mengggunakan tangan pada awal pagi atau petang sahaja dan boleh disimpan segar pada suhu biasa selama 24 hingga 36 jam dan pada suhu 3 - 50 darjah C boleh disimpan selama tiga minggu.

Hasil secara purata 30,000 tongkol sehektar.

Sumber:utusan malaysia

Tuesday, December 13, 2011

Santan Sawit Khalis-Kelebihan dan cara menggunakannya.

Umum mengetahui bahawa buah kelapa sawit yang diperah dapat menghasilkan minyak masak, namun Ketua Penyelidik Bahagian Pemakanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Zaida Zainal berjaya tampil dengan formula yang membolehkan santan dihasilkan melalui bahan mentah yang sama.
Inovasi itu bermula apabila Zaida dan pasukannya berjaya menghasilkan santan sawit serbuk dengan teknik penyemburan kering pada tahun 1998. Kemudian kajian yang sama diteruskan sehingga terhasillah santan sawit dalam bentuk cecair. Santan sawit itu kemudian dikomersialkan oleh Premium Food Corporation Sdn. Bhd. (PFC) dengan label Khalis keluaran PFC.
 
PFC telah memperoleh sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta pengiktirafan halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Hanya minyak sawit daripada gred yang terpilih melalui proses penapisan, pengemulsi dan penstabilan bagi menghasilkan santan sawit berkualiti.

Kebaikan menggunakan Santan Sawit

*. Bukan sahaja menyihatkan malah  sangat menjimatkan kos berbanding santan kelapa kerana penggunaannya adalah separuh daripada biasa.

*. Makanan yang dimasak menggunakan santan sawit juga tidak mudah rosak atau basi jika ia tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk atau dipanaskan pada keesokan harinya.

*. Peniaga pula tidak perlu membeli santan setiap hari bagi mengurangkan kos kerana jangka hayat santan sawit ini boleh tahan sehingga tiga bulan tanpa pengawet apabila disimpan pada suhu di bawah 5 darjah Celsius,” ujarnya.

*. Santan ini bukan sahaja rendah lemak malah, tiada kolesterol dan masakan juga enak.

*. Mempunyai kandungan nutrien yang tinggi, kaya dengan vitamin A dan E semula jadi baik untuk penglihatan, melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko sakit jantung serta baik untuk kulit.
*. Biasanya ada sesetengah orang sejurus lepas makan cendol akan rasa mual atau mengantuk selepas menikmati nasi lemak tetapi apabila santan sawit digunakan dalam kedua-dua hidangan ini, rasa mual dan mengantuk itu tiada.

*. Malah ujian rasa yang dilakukan kepada orang ramai mendapati mereka tidak dapat mengesan perbezaan rasa antara santan sawit dan santan kelapa

Buat masa ini produk ini boleh didapati di Pasar raya Besar Giant dan Mydin. Ia dijual pada harga RM7.50 bagi pek 1 liter dan RM4.50 untuk pek 400 mililiter.

Cara menggunakan Santan Sawit
Cara memasaknya juga mudah namun berbeza sedikit. Jika masa lemak dan kari, semua ramuan perlu dimasak dengan air terlebih dahulu dan kemudian dimasukkan santan hingga mendidih. Tidak perlu mengacau dan tunggu kerana ia tidak akan pecah minyak seperti masak menggunakan santan kelapa. kosmo 

Maklumat lanjut http://www.khalissantan.com

Santan sawit kurang kolestrol


Santan sawit sangat sesuai digunakan dalam masakan bagi menggantikan santan kelapa kerana tidak cepat 'pecah minyak' biarpun gulai dimasak pada suhu yang tinggi.


Penggunaan santan dalam masakan harian bagi masyarakat negara ini bukan lagi asing, malah harga bagi bahan masakan ini melambung pada musim perayaan.

Hampir kesemua masakan tradisional Melayu memerlukan santan sebagai bahan utama dan jika ditukar dengan bahan lain pastinya rasa serta kualiti masakan tersebut akan kurang.

Namun, akibat kekurangan stok kelapa, harga santan kini kadangkala di luar jangkaan dan ia bertambah kritikal apabila industri perladangan kelapa semakin menyepi.

Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, sebuah syarikat bumiputera yang dikenali sebagai Khalissantan memperkenalkan santan kelapa sawit.

Menurut Pengarah Urusannya, Jasri Mohd. Rashid, santan kelapa sawit tiada beza dengan santan kelapa biasa.
"Dari segi tekstur, rasa dan bau santan sawit dan santan kelapa tiada beza.
"Malah, santan sawit memiliki kelebihan yang tiada pada santan kelapa," ujarnya ketika ditemui di kilang pemprosesan santan sawit di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelas Jasri, santan sawit yang dihasilkannya memiliki kandungan asid lemak yang lebih rendah, kurang kolestrol, kaya dengan vitamin A dan E selain dapat bertahan lebih lama daripada santan biasa.

"Malah penggunaan santan sawit ini hanya separuh daripada santan kelapa kerana ia lebih pekat.

"Selain itu ia juga tidak berbau tengik jika disimpan lama di tempat yang dingin ia dapat bertahan lebih lama," katanya.Santan sawit dalam bungkusan mampu bertahan sehingga tiga bulan dan jika telah dibuka ia bertahan selama sebulan di dalam tempat yang dingin.

Bercerita mengenai idea menghasilkan santan sawit, ujar Jasri, beliau menerima formula menghasilkan produk tersebut daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB telah menjalankan kajian hampir 12 tahun untuk menghasilkan santan sawit namun dalam skala makmal dan Jasri telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi tersebut untuk tujuan pengkomersialan.

Biarpun begitu, untuk menghasilkan produk santan sawit dalam skala yang besar ia tidak semudah seperti yang disangka.Menurut Jasri, pada peringkat awal beliau perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk melihat kesesuaian produk tersebut sebelum ia memasuki fasa pengkomersialan secara besar-besaran.

Antaranya, proses R&D, kajian soal selidik di kalangan pengguna, kajian pemasaran, kesan kesihatan serta kesesuaian penggunaan santan sawit di negara ini.
Setelah memperoleh data yang lengkap dan berpuas hati bahawa produk santan sawit tersebut boleh mendapat tempat di hati pengguna, Jasri bersama rakan kongsinya melabur untuk membina kilang.

Bagaimanakah santan sawit dihasilkan? Bagaimanakah warna sawit boleh bertukar putih?
Jelas Jasri, untuk menghasilkan santan sawit, pihaknya menggunakan hasil sawit yang diproses daripada bahagian mesokap (mesocarp) buah tersebut.

Kemudian ia akan diproses bersama beberapa bahan tertentu untuk menukarkan warnanya kepada warna putih santan.
Setelah diproses, santan sawit akan terus dibungkus sebelum diedarkan kepada pengedar.
Kejayaan Jasri mengkomersialkan santan sawit itu juga berdasarkan pengalaman beliau selama 10 tahun di syarikat produk tenusu sebagai pengurus kewangan.
Melalui pengalaman bekerja di syarikat tersebut menjadikan Jasri mahir dalam selok belok pemprosesan sehinggalah kepada pemasaran sesuatu produk.

Antara perbezaan santan sawit dan santan kelapa adalah ia lebih menjimatkan kos berikutan ia digunakan hanya sedikit sahaja.Jika untuk masakan seperti kari, anda hanya memerlukan satu pertiga, manakala untuk kegunaan cendol hanya satu perempat sahaja.Selain memberikan rasa atau tekstur yang lebih lembut, ia juga tidak berbau tengik, tidak mudah rosak selagi disimpan di tempat sejuk dan paling penting, ia tidak perlu dibeli setiap hari.

Malah, makanan yang dimasak menggunakan santan sawit juga tidak mudah rosak, hanya perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan pada keesokan harinya.

Tuesday, November 8, 2011

Bekalan Puyuh Frozen akan berada di Sarawak tidak lama lagi

Alhamdulillah, setelah setahun lebih , pihak kami berusaha untuk mendapatkan pelepasan masuk Puyuh Frozen ke Sarawak akhirnya tidak sia-sia iaitu pada  19 0kt (harijadi saya 22 okt) dapat green light Permit dari Sarawak. Sepankjang tempoh tersebut begitu banyak dokumen dan surat menyurat terpaksa dihantar untuk mendapat kelulusan pihak di sana. Mungkin dalam akhir November ini , pihak kami akan membawa masuk sebanyak 10000 ribu ekor untuk pasaran di sana. Jadi sesiapa dari Sarawak yang berminat untuk mendapatkan bekalan boleh hubungi saya secara lanjut di talian 0192272127

Terima kasih kepada semua. Sesungguhnya Allah swt yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya

Amin.

Thursday, September 22, 2011

Garam Hitam / Kala Namak dari Pakistan

Garam bukit paling berkualiti dan harganya lebih mahal dari garam bukit yang lain.Maklumat lanjut klik sini

Friday, September 16, 2011

Kelebihan Napier India

Di sini saya muat turun kembali dari blog usahawan tani kelantan tentang kelebihan napier india berbanding dengan napier/rumput lain

Pengiraan tanam:
# 1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok, sistem 4'x 4'= 3,200 pokok seekar.
# 1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas
# 1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.
# 1 ekor kambing perlu makan 3kg sehari.
# Andaikata, dianggarkan Minimum 1 ruas (20 pokok) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg/ruas. bermakna untuk 1 ekar pokok rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput.
# Minimum 1 ekar (38,400kg) rumput napier india mampu memberikan 100 ekor kambing makan selama 128 hari! @ 4 bulan!

HARGA
Harga A: Anak benih yang telah sedia dipotong halus
# 1 benih = RM0.20/pokok - sudah ada mata tunas dan tidak termasuk kos penghantaran. Dihantar melalui lori/bas/corrier. Jika byk , harga dikurangkan, jangan risau


Ciri-ciri;
i. Anak benih yg dihantar dalam unit 5 ruas setiap satu (RM1.00/5 ruas), ia bagi memastikan anak benih dapat mengekalkan kandungan air dalam batang rumput, supaya lambat mati kekeringan.

ii. Terdapat mata tunas yang sedia tumbuh cuma menanti untuk ditanam sahaja.

iii. Ia dapat bertahan selama 3 hari tanpa ditanam dan diletakkan dibawah tempat redup dengan siraman air setiap hari.
# 1 benih dalam polibeg dalam media semaian baja khas = RM0.50/pokok


Ciri-ciri;
1. Anak benih dipotong halus menjadi setiap ruas bagi satu polibeg.

ii. Anak benih telah disemai dalam media penanaman khas yang diformulasikan oleh Prof Zaki.

iii. Lebih tahan kepada perubahan cuaca kerana sudah sedia disemai dan kadar % hidup lebih tinggi.


Ciri-ciri;
i. Rumput dipotong sebatang-sebatang.
ii. Setiap batang minimum 10 ruas.
iii. % hidup tinggi kerana batangnya yang panjang mampu membekalkan air yang baik.
iv. Boleh disimpan selama 5 hari dengan diletakkan ditempat redup +siraman air.

Tuesday, September 13, 2011

Berikut adalah FACT & FIGURE pertumbuhan Napier India dan Perbandingan dengan jenis rumput yang lain.

PERBANDINGAN PERATUS PROTEIN DALAM RUMPUT MENGIKUT JENIS RUMPUT
JENIS RUMPUT
PERATUS PRTEIN
HASIL/HA/THN
ANALISIS DARIPADA
Napier India
16-20%
100 tan
Keputusan daripada analisis pihak MARDI & Penyelidikan Prof Zaki
Rumput Kerbau
13.6%
6 – 12 tan
Keputusan daripada analisis pihak JPV
Rumput Setaria
12.4 %
16.6 – 18.6 tan
Keputusan daripada analisis pihak JPV
Rumput Kuda
11.9 %
20 – 26 tan
Keputusan daripada analisis pihak JPV
Rumput Humidicola
10.2 %
11 – 18 tan
Keputusan daripada analisis pihak JPV
Napier Taiwan/ Gajah
10.0 %
20 – 30 tan
Keputusan daripada analisis pihak JPV
Rumput MARDI Digit
9.0 %
16 – 23 tan
Keputusan daripada analisis pihak JPV & MARDI
Rumput Signal –beracun kepada kambing
8.5 %
14 – 26 tan
Keputusan daripada analisis pihak JPV
Rumput Para
8.1 %
15 – 20 tan





daripada analisis pihak JPV
Rumput Parit
7.5.%
6 – 10 tan
Keputusan daripada analisis pihak JPV

Monday, July 11, 2011

Jualan Benih Pisang Tanduk





Sesiapa yang inginkan benih pisang tanduk, kami boleh bekalkan dengan kuantiti yang banyak.Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian 0192272127. Harga tawaran rm1.50 perpokok (boleh nego jika borong banyak).Lokasi di Bukit Rambai, Melaka

Galeri Gambar Kursus Intensif pada 9 Julai 2011

Wednesday, July 6, 2011

Apakah Baja Zeolite?

i
Quantcast

Struktur jaringan kristaline baja Zeolite merupakan struktur yang optimum untuk elemen-elemen dan molekul-molekul yang telah terpilih. Ia sarat dengan kalsium, magnesium, potassium dan mempunyai kandungan sodium yang amat rendah. Kadar ketelusannya ialah 42%.

Zeolite menarik molekul-molekul dan elemen-elemen tertentu yang sesuai dengan strukturnya dan kepada caj negatifnya seperti ammonium, potassium, kalsium dan magnesium. Ia juga mampu menapis elemen-elemen zink, plumbum, kuprum dan lain-lain elemen logam berat (heavy metals) melalui sistem bio-filternya.

Zeolite adalah mineral semujadi yang menakjubkan kerana kebolehan luar biasanya untuk menyerap, kandung lepas ( hold release) dan menukar pelbagai kimia, nutrien, toxin (racun), dan ion-ion mengikut keperluan semasa. Zeolite dibentuk dari komponen lahar gunung berapi juta tahun dahulu yang kami import dari Indonesia.

Baja Zeolite memiliki struktur atom dalaman yang telus yang menyediakan ruang yang terbuka dengan rangkaian ruang-ruang yang memberikan ia permukaan yang luas (sehingga 450m2/g) dan ketelusan yang tinggi (sehingga 45%) untuk memerangkap dan menukar unsur-unsur, air dan lain-lain molekul tanpa mengubah strukturnya. Baja Zeolite sangat aktif, tidak mudah larut dan mempunyai mineral semulajadi yang stabil (sebahagian dari kumpulan hydrated alumino silicates) dan sesuai digunakan sebagai penambahan organik perladangan dan perkebunan. Ia mempunyai caj negative diimbangkan dengan unsur-unsur bebas yang bercaj positif. Ini menyediakan perangkap yang sangat sesuai untuk unsur-unsur positif seperti ammonium yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan potassium yang akan dilepaskan pada kadar yang diperlukan oleh tumbuhan.

Mineral utama yang terdapat di dalam baja Zeolite ialah clinoptilolite yang merupakan silikat kalsium, potassium, magnesium dan alumino dan memiliki kadar penukaran cation (CEC) +120 meq./100g. Baja Zeolite amat keras dan rendah dalam kandungan sodium berbanding dengan baja jenis lain yang terdapat di pasaran, dan dengan itu amat tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan perladangan dan perkebunan

Baja Zeolite mempunyai keserasian terutama dengan ammonium (N H4+), Potassium (K+), Calsium (Ca+) Magnesium (Mg+) dan elemen-elemen lain yang membuat ia amat berguna sebagai bahan tambahan tanah, kompos dan baja untuk mengumpul, menyimpan dan secara perlahan melepaskan nutrien baja yang kritikal.

Sumber:baja zeolite

Guna baja gunung berapi - Zeolite atau Azomite

Guna baja gunung berapi


MOHD. ROFENDI gembira usahanya berbaloi melalui Ladang Suria Best di Serating, Terengganu.


KETIKA berusia empat tahun manusia masih digelar kanak-kanak, namun bagi buah pitaya atau lebih dikenali sebagai buah naga, empat tahun bererti ia sudah cukup matang untuk dahannya menghasilkan buah lebat.

Waktu berkenaan adalah tempoh yang pasti paling menggembirakan bagi salah seorang pengusaha, Mohd. Rofendi Shafie. Dia mengusahakan tanaman berkenaan bersama dua rakan kongsi yang juga sepupunya, Suhaimi Deraman dan Abdul Ashaari Mohamad, masing-masing berusia 41 tahun.

Beliau yang mengambil kursus penanaman pokok keluarga kaktus tiga tahun lalu di Johor berkata, mereka perlu bersiap sedia kerana waktu untuk mereka mula menuai buah naga secara besar-besaran semakin hampir bermula.

Katanya, walaupun pokok berkenaan mampu bertahan sehingga tiga dekad atau mungkin lebih, tempoh kematangan bermula pada usia empat tahun.

"Ia sangat agresif mengeluarkan buah yang berkualiti pada waktu itu. Tetapi jika tidak dijaga, usia pokok naga mungkin tidak panjang," kata anak muda yang berusia 24 tahun itu.


PADA waktu matang pokok buah naga boleh mempunyai maksimum sehingga 10 biji buah sepokok.


Tambahnya, apabila mencapai tempoh berkenaan, sebatang pokok boleh mencapai maksimum sehingga 10 biji sepokok.

Rumah pokok pitaya pula perlu diperbuat daripada simen konkrit bagi membolehkan pokok berkenaan menjalar dan membiak dengan lancar.

Dalam soal penjagaan tanaman berkenaan, buah naga tidak memerlukan penjagaan rapi, cukup sekadar meletakkan beberapa jenis baja termasuk baja organik selain menjaga kadar siraman air.

Kata anak kedua daripada enam beradik ini, beliau mewajibkan baja gunung berapi menjadi santapan pokok pitayanya dua kali sebulan.

Ini kerana, baja berkenaan mampu memperbaiki struktur tanah serta menguatkan dahan tanaman tersebut daripada patah.

"Memandangkan dahan buah naga cepat patah, baja berkenaan adalah jalan terbaik digunakan selain penggunaan getah tayar basikal atau motosikal sebagai penahan untuk tumbesaran dan percambahan dahan," katanya kepada Kosmo!.

Mohd. Rofendi memberitahu, dia bersama rakan kongsinya mengusahakan ladang buah naga di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Serating, di sini sejak tiga tahun lalu.

Catatan:

1. Penggunaan Zeolite amat bagus dan boleh dikatakan yang terbaik dari segi baja organik. Ia boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, sayuran, perikanan dan ternakan. Berminat untuk mendapatkan zeolite boleh hubungi saya di talian 0192272127 dengan harga borong.

2. Penggunaan Azomite adalah terbaik kerana ia merupakan mineral gunung berapi.Maklumat lanjut boleh lihat kat Azomite tapi harganya agak mahal berbanding Zeolite

Monday, July 4, 2011

Kursus Praktikal Intensif Kambing dan Lembu 2011 pada 9hb. Julai 2011

Kursus terkini pada 9hb. Julai 2011 jam 8.30 pagi. Praktikal lebih dari 90% terhad kepada 8 orang shaja.berminat call 0192272127.Maklumat lanjut lihat entry sebelum ni atau di bahagian kanan blog (side bar info)

Tips hasilkan baja dan racun organik




PERTANIAN organik adalah satu kaedah penanaman yang tidak menggunakan baja kimia atau racun. Namun setiap tanaman tetap memerlukan baja sebagai sumber makanan dan juga sering diserang oleh serangga perosak dan penyakit.

Terdapat dua jenis baja organik iaitu baja organik buatan kilang dan baja organik buatan sendiri.

Baja organik mudah didapati di pasaran sekarang berbanding sebelum ini kerana ramai orang telah sedar kebaikan pertanian organik.

Selain itu, baja organik juga boleh dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita.

Ini sangat sesuai bagi petani yang ingin mengurangkan kos dan tidak terlalu bergantung kepada produk baja organik di pasaran.

Sama seperti baja organik, racun organik juga boleh diperoleh dengan mudah di pasaran.

Ia juga boleh dibuat sendiri dan prosesnya sangat mudah. Kita hanya perlu memilih sama ada membeli atau membuatnya sendiri.

Selain daripada racun organik, kita juga boleh menggunakan tanaman penarik atau penghalau serangga (repellent).

Baja organik

* Baja organik adalah berbeza mengikut kadar unsur di dalamnya. Ada baja organik yang kaya dengan unsur N, P atau K.

* Baja organik N adalah campuran bahan organik (tahi ayam kering), gula perang (molasses), bahan aktif mikroorganisme efektif (EM) dan air bersih yang diperam selama antara empat dan lima hari. Selepas itu, baja boleh disiram pada batas dan tanaman.

* Baja organik P adalah campuran batang pisang, kulit buah-buahan dan air kelapa muda yang diperam selama dua minggu.

- Baja organik K pula boleh dibuat dengan mencampurkan sabut kelapa dan air dan dibiarkan selama dua minggu.

* Kulit telur dan sisa tulang juga boleh dijadikan baja. Kedua-dua bahan tersebut dibakar dan ditumbuk lumat.

- Serbuk yang terhasil ditambah dengan air dan direndam selama antara tiga dan empat hari. Siram pada tanaman yang baru mula berbunga.

Hormon Pertumbuhan Semulajadi

* Terdapat dua jenis baja hormon yang juga boleh dihasilkan sendiri iaitu fermented fruit juice (FFJ) dan fermented plant juice (FPJ).

- FFJ adalah campuran buah-buahan yang manis (betik, mangga, nangka, jambu) dan gula perang . Tambah sedikit air dan diperam selama antara lima dan tujuh hari hari. Cecair yang terhasil kaya dengan unsur P dan K.

- FPJ pula adalah campuran tumbuhan (rumput, sisa sayuran, sisa pangkasan), gula perang dan sedikit air bersih, dibiarkan selama lima hingga tujuh hari. Hormon ini kaya dengan unsur N.

- Tapis untuk mengasingkan cecair dan juga hampas. Hampas jangan dibuang tetapi ia boleh dijadikan kompos.

Penghalau serangga (repellent)

n Tumbuhan repellent ini biasanya mempunya bau yang kuat. Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan itu sebenarnya yang menghalau serangga perosak.

- Beberapa contoh repellent iaitu serai wangi, kesum, kemangi, selasih, daun kari, limau purut, pandan, daun bawang, kucai, ketumbar, marigold, pudina dan sebagainya.

- Manakala tumbuhan yang boleh menarik serangga perosak ialah lobak putih, markisa, bunga Tunera dan jagung manis.

- Pokok repellent boleh ditanam di sekitar batas tanaman. Sebaik-baiknya tanam di bahagian angin sering bertiup supaya

angin boleh menyebarkan bau pokok repellent ke seluruh kawasan penanaman.

- Selain itu, pokok repellent juga boleh dipangkas dan dipotong kecil untuk ditabur di atas batas. Potongan repellent akan mengeluarkan bau yang tidak disukai serangga perosak.

- Dan kaedah terakhir, semua daun pokok repellent boleh dicampurkan dan dikisar halus dengan sedikit air dan sabun. Cecair yang terhasil boleh disembur pada tanaman untuk kawalan serangga perosak.

Sumber:utusan malaysia

Saturday, June 25, 2011

Penundaan tarikh Kursus Praktikal intensif Kambing dan Lembu 2011

taikh pada hari ni dan 2hb. julai ditunda ke tarikh 9hb Julai 2011 (sabtu) disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.Ribuan maaf kepada semua bakal peserta.Sebarang pertanyaan hubungi saya 0192272127

Monday, June 20, 2011

Kursus Praktikal Intensif Kambing dan Lembu pada 25hb. Jun 2011

Pada tarikh 25hb. Jun ni (sabtu) , pihak kami akan mengadakan kursus ternakan kambing dan lembu secara intensif praktikal di ladang kami. Sesiap yang berminat boleh booking segera di talian 0192272127 atau sms nama penuh dan no. kad pengenalan.Sijil diberikan kepada mereka yang terlibat.Hanya ada 5 hari sahaja lagi.Tempahlah sekarang. Di samping itu juga pihak kami ada menyewakan beberapa lot kandang kepada mereka yang berminat. Lot kandang tersebut disediakan kepada mereka yang berminat untuk menternak bukan untuk MELABUR dengan kadar sewa yang murah.Janji anda memang minat dan ingin menternak .

Wednesday, June 1, 2011

Kursus Praktikal Intensif Kambing dan Lembu 2011 siri 5 pada 02 Julai 2011

Tarikh : 02hb. Julai 2011(Sabtu)
Masa : 8.30 pg - 6.00ptg
Tempat : Ladang Interxpose, Kg. Setulang Daing, Bukit Rambai Melaka
Bayaran :RM260 termasuk nota,bahan latihan, makan/minum dan sijil

Topik:
1. Pengenalan asas ternakan
2. Pembinaan Kandang
3. Penjagaan dan Rawatan ternakan
4. Tanaman utk ternakan (rumput dll)
5. Kaedah pemberian makanan/campuran makanan
6. Teknik Pemasaran dll

Praktikal 90% teori 10%
Maksimum peserta 8 orang sahaja.
Berminat call 0192272127 dan buat bayaran deposit RM100 ke maybank 157166897506 .

Thursday, May 19, 2011

Galeri gambar kursus pada 14 mei 2011





















Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam bagi tontonan semua. Salah seorang peserta datang dari Sarawak semata-mata untuk mendalami ilmu ternakan kambing. Peserta belajar cara-cara mengenal baka kambing yang baik, kaedah suntikan, pemerahan susu kambing, memotong kuku, pemberian dan campuran pemakanan,tanaman, belajar ternakan lembu dll.

Sunday, April 24, 2011

Najib garis tujuh prinsip segarkan sektor pertanian

KUALA LUMPUR 22 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh prinsip sebagai suntikan baru kepada sektor pertanian dalam menjadikannya lebih dinamik dan segar dari sudut perkembangan serta imej.

Prinsip pertama, kata Perdana Menteri, berkaitan dengan teknologi ke arah memastikan setiap bidang tanah yang dilupuskan untuk pertanian berkemampuan dilonjakkan pengeluarannya.

''Misalnya penggunaan teknologi benih yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) serta pihak lain dan penggunaan teknologi baru bagi menambah hasil tangkapan ikan berbanding penggunaan tukun seperti sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Perhimpunan Petani, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2011, di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Prinsip kedua, tambah Najib, adalah dengan mengamalkan kaedah pertanian terbaik dan meninggalkan pendekatan sebelum ini iaitu tanam, tinggal dan tuai (3T) yang tidak lagi sesuai.

Katanya, prinsip ketiga pula adalah melihat dari aspek keluasan tanah yang ekonomik, iaitu dengan mengusahakan tanah yang boleh memberi pulangan berbaloi dan melihat kepada pembangunan secara kluster.

''Prinsip keempat pula adalah rantaian pemasaran yang memberi keuntungan kepada pengeluar iaitu petani kerana rantaian pemasaran yang memberi pulangan berpatutan dan nilai tambah yang baik akan menguntungkan mereka yang menjadi pengeluar pada peringkat permulaannya," kata beliau.

Prasarana yang lengkap seperti sistem perairan yang baik serta jalan raya yang sempurna di ladang-ladang pertanian pula tambah Najib, menjadi prinsip kelima kerana ia dapat membantu petani menambah dan memasarkan hasil pertanian.

Prinsip keenam pula, kata beliau, berpindah daripada aktiviti pertanian bernilai rendah kepada tinggi seperti perusahaan rumpai laut, ikan hiasan dan burung walit sebagai alternatif lebih baik.

''Prinsip terakhir pula adalah sikap, etika dan budaya kerja," kata beliau.
Sumber: Utusan Malaysia online

Monday, April 4, 2011

Kursus praktikal intensif ternakan kambing dan lembu siri 4/2011

Untuk pengetahuan semua pembaca blog integratedfarm, kursus pada bulan April tidak dijalankan dan akan disambung semula pada bulan Mei iaitu 14hb. Mei 2011. Sesiapa yang berminat untuk kursus tersebut boleh buat booking/ deposit rm100 dan sms nama penuh dan no. i/c ke 0192272127. Tarikh tutup permohonan adalah 9 mei 2011.Bayaran kursus rm260 termasuk makan/minum.

Sunday, March 27, 2011

Galeri gambar peserta kursus praktikal ternakan kambing dan lembu siri 3/2011 pada 26 mac 2011

Kebetulan pada hari tersebut seekor kambing disembelih utk Aqiqah jadi daptlah melihat cara/teknik sembelih yang betul agar daging kambing tidak berbau apabila masak
Hj. Mahmud mengajar peserta bagaimana tagging pada kambing yang betul

Setiap pelatih mencuba tagging pada ternakan, Alhamdulillah semuanya lulus cuma ada yang masih gabra lai.
Belajar cara menyuntik pada ternakan
Gambar2 lain seperti pembuatan baja,penanaman rumput dan malberi serta pembelajaran ternakan lembu tidak dapat dimasukkan coz tiada jurugambar.Maaf yek.

Wednesday, March 16, 2011

Majlis Pelancaran Program Keusahawanan anjuran Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia dengan tajaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.

Salam hormat.


Undangan terbuka untuk hadir ke Majlis Pelancaran Program Keusahawanan anjuran Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia dengan tajaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.


Tarikh : 27 Mac 2011 (Ahad)
Tempat : Dewan Centrum MARA, Tingkat 5, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur
Waktu : 9.00 am - 5.00 pm


Majlis merangkumi:


i) Perasmian oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah;
ii) Ceramah Keusahawanan oleh Y Bhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali bin Hashim, Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia;
iii) Peluang-peluang keusahawanan;
iv) Berbagai booth penerangan dan perniagaan


Sila hubungi petugas kami untuk pendaftaran PERCUMA atau untuk membuka booth:


Iqmal (019-6466936), Azrul (010-4301186), atau Nora (019-2143994)


Bagi pihak
Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia


Amiruddin Rasedin
Setiausaha Eksekutif

Tuesday, March 15, 2011

Kursus Praktikal Intensif Kambing dan Lembu 2011 pada 26hb. Mac 2011

Kursus Praktikal Intensif Kambing dan Lembu 2011
Tarikh : 26hb. Mac 2011(Sabtu)
Masa : 8.30 pg - 6.00ptg
Tempat : Ladang Interxpose, Kg. Setulang Daing, Bukit Rambai Melaka

Bayaran :RM260 termasuk nota,Cd ternakan,bahan latihan dan sijil

Topik:
1. Pengenalan asas ternakan
2. Pembinaan Kandang
3. Penjagaan dan Rawatan ternakan
4. Tanaman utk ternakan (rumput dll)
5. Kaedah pemberian makanan/campuran makanan
6. Teknik Pemasaran dll

Praktikal 90% teori 10%
Maksimum peserta 8 orang sahaja.
Berminat call 0192272127 dan buat bayaran deposit RM100 ke maybank 157166897506 .

Thursday, March 10, 2011

Pelbagai Penghasilan Produk dari Pokok Malberi @ Mulberry

Jus Malberi boleh diminum terus


Pelbagai produk seperti Teh Malberi, Jus Malberi dan Jem Malberi.Dapatkan produk tersebut di daerah Sg. Buloh.Call 0192272127

Saturday, February 26, 2011

Gambar para peserta kursus praktikal intensif ternakan kambing dan lembu pada 26hb. Februari 2011

Antara peserta yang terlibat kursus
Belajar bagaimana mesin chopper berfungsi dll

Kaedah suntikan ternakan


kaedah rawatan ternakan
Ini saja antara gambar yang sempat dirakam, mereka mempelajari tentang pengurusan ternakan kambing dan lembu, pembinaan kandang, pengurusan kesihatan ternakan, praktik inject sendiri ternakan, semburan ubat, pemerahan susu kambing, pemberian susu, rumusan dan pemberian makanan pada lembu dan kambing, penjagaan lembu, penanaman rumput /malberi , pembuatan baja, pengurusan pemasaran dan penceramah jemputan

Thursday, February 24, 2011

PEta untuk ke Ladang TErnakan Integrasi Kambing dan lembu Interxpose untuk peserta kursus ternakan

Peta ke Ladang Ternakan Integrasi Interxpose

Pembeku Getah 3MB (cepat beku) selamat dan tiada mudarat berbanding cuka getah


KELEBIHAN:
1.MUDAH DIGUNAKAN
2.MEMBEKU GETAH DENGAN SEGERA (KURANG 3 MINIT*)
3.SELAMAT DAN TIDAK MERBAHAYA TERHADAP KULIT
4.TIDAK MEROSAKKAN POKOK
5.TAHAN LAMA
6.HARGA YANG AMAT BERPATUTAN

Sesuai untuk:
1.Mengelakkan kecurian susu getah
2.Membuat pemeriksaan berskala pengeluaran susu getah
3.Menoreh ketika cuaca mendung
4.Mempercepatkan masa untuk memungut hasil getah

Cara:
Campurkan 50g (anggaran 8 - 12 sudu besar lagi byk lagi bagus) garam ke dalam 1.5 liter air.(botol air mineral). Kacau sehingga garam larut. Campur 25ml larutan kedalam cawan berisi susu getah.
*Tempoh getah menjadi beku mungkin berbeza mengikut DRC getah serta kuantiti susu getah.

Amaran:
Sekiranya berlaku kemalangan, cuci dengan air.
Sekiranya terminum, minum air suam dengan banyak.
Jauhi daripada kanak-kanak

Harga RM10.00/kilo (beli byk boleh runding)Agen dialu-alukan
Hubungi 019-2272127 utk maklumat lanjut.

Monday, February 21, 2011

Kursus Praktikal Intensif Kambing dan Lembu 2011

Tarikh : 26hb. Februari 2011(Sabtu)

Masa : 8.30 pg - 6.00ptg

Tempat : Ladang Interxpose, Kg. Setulang Daing, Bukit Rambai Melaka

Bayaran :RM260 termasuk nota,Cd ternakan,bahan latihan dan sijil


Topik:

1. Pengenalan asas ternakan
2. Pengurusan Kandang
3. Penjagaan dan Rawatan ternakan
4. Tanaman utk ternakan (rumput dll)
5. Kaedah pemberian makanan/campuran makanan /pemprosesan baja
6. Teknik Pemasaran dll


Praktikal 90% teori 10%

Berminat call 0192272127 untuk tempahan . Hanya ada 3 kekosongan sahaja.jika masalah penginapan , boleh diuruskan dgn caj minima

Tuesday, February 8, 2011

Terramycin Pinkeye Aerosol - Pfizer - Ubat Sakit Mata


Penyakit mata atau lebih di kenali dengan Pink Eye Problem merupakan antara penyakit yang mudah berjangkit kepada ternakan kambing, bebiri dan juga lembu yang diternak secara fidlot atau intensif. Maka pengasingan segera ternakan yang di jangkiti perlu dilakukan untuk mengurangkan dan mencegah daripada ianya merebak ke ternakan lain.


Ia boleh menyerang sebelah mahupun kedua-dua belah mata ternakan, dengan penglihatan ternakan yang akan menjadi kabur maka selera serta nafsu makan akan berkurangan. Ia juga boleh menyebabkan kematian, namun bukan berpunca dari penyakit ini, ia berpunca daripada kebuluran kerana ternakan yang di jangkiti tadi tidak dapat melihat untuk makan dan minum.


Setin Terramycin Pinkeye Aerosol 125g mengandungi Oxytetracycline Hydrochloride 2mg setiap gram. Bahan ini juga terdapat pada Tetravet Aerosol namun ianya di khususkan untuk kegunaan luaran manakala Terramycin Pinkeye Aerosol pula pada mata.


Bagi ternakan yang di jangkiti dengan penyakit ini, adalah di nasihatkan untuk menyemburkannya 4 kali sehari pada dalam dan luaran mata ternakan tadi. Bagi kami setiap penternak memerlukan setin Terramycin Pinkeye Aerosol ini di dalam stok simpanan sebagai langkah pencegahan dan rawatan segera. Adalah lebih baik jika anda mendapatkan info lanjut daripada doktor veterinar.

Wound Sarex - Ubat Luka


Satu lagi ubat ternakan yang digunakan iaitu Wound Sarex. Wound Sarex sejenis ubat luka berbentuk aerosol yang mudah dan cepat untuk di gunakan pada ternakan atau haiwan peliharaan yang mengalami luka biasa atau luka yang parah.

Ubat ini di daftarkan oleh CANAAN ALPHA SDN BHD dan diedarkan oleh YAU ENTERPRISE SDN BHD. Setin 370ml Wound Sarex ini mengandungi Perawis Aktif : Cyphenothrin 0.6% w/w dan Perawis Lengai : 99.4% dan ia jatuh pada racun Kelas IV oleh itu jauhkannya daripada makanan dan juga kanak-kanak. Dan AMARAN jangan sembelih ternakan sekurang-kurangnya 14 hari selepas semburan terakhir.

Wound Sarex di gunakan untuk mengubat dan mencegah luka berengga yang di sebabkan oleh lalat cacing skru (screw worms flies). Ia mudah di gunakan dan mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada ternakan dan haiwan peliharaan selepas di kembiri atau pembedahan. Ia juga boleh mengubati gata-gatal kulit.


Semburkannya 2 kali sehari pada kawasan luka dan beri suntikan Terramycin LA mengikut berat badan haiwan tadi, Insyaallah ia akan cepat sembuh. Mengikut pengalaman kami, ternakan kambing kami sering luka pada telinga disebabkan tag nombor dan celah kuku kaki akibat dari lantai kandang yang tidak rata.

Mamimune - SunZun - Ubat Ternakan


Mamimune 200ml keluaran SunZun merupakan bahan imulsi untuk meningkatkan sistem imuniti atau daya tahan bagi anak kambing yang baru di lahirkan. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan, peningkat imuniti dan juga multivitamin. Dengan pemberian secara oral, ianya di beri pada kadar dos 2-4ml iaitu sekali atau dua kali pam. Bagi anak kambing yang lemah, ulangi pemberian dos ini selama tiga hari beturut-turut.



Sumber: http://projekmeru.blogspot.com

Terramycin LA - Pfizer - Ubat Ternakan


Oxytetracycline Dihydrate Terramycin LA 100ml keluaran Pfizer merupakan antara antibiotik yang kuat dan gemar di gunakan oleh para penternak. Setiap 1ml Terramycin LA mengandungi 200g Oxytetracycline Base dan ia amat berkesan untuk merawat dan mencegah bakteria yang menjadi punca masalah atau penyakit pernafasan dan juga penyakit yang anti-oxytetracycline bagi lembu, kambing, bebiri, rusa, ayam, arnab dan juga lain-lain ternakan.
Bagi lembu, kambing, bebiri dan rusa kadar dos suntikan 1ml adalah untuk 10kg berat badan, manakala 0.25ml untuk 1kg berat badan bagi ayam dan arnab. LA bermaksud Long Acting, iaitu Terramycin LA ini mampu bertahan di dalam darah ternakan yang telah disuntik selama 3 hingga 5 hari.

Namun bagi ternakan yang telah disuntik dengan Terramycin LA ini, adalah di larang untuk penyembelihan dagingnya selama 21 hari dan pemerahan susunya selama 7 hari. Ada juga sesetengah doktor veterinar dan penternak yang kurang gemar menggunakan Terramycin LA ini terus kerana dos antibiotiknya yang tinggi, mereka menyarankan agar penternak bermula dengan ubat antibiotik yang berdos rendah terdahulu.

Sebenarnya bermula dengan antibiotik atau ubat yang berdos tinggi tidaklah digalakkan kerana khuatir bakteria yang menyerang ternakan akan imun, oleh itu bermula dengan pemberian ubat yang berdos rendah dahulu sehinggalah ke ubat yang berdos tinggi. Sama juga dengan pemberian ubat untuk cacing, kutu dan kurap. Jika bakteria tadi telah imun dengan ubat yang berdos tinggi maka tiada cara selain mentakai atau menyembelih ternakan yang sakit tadi.

Namun pada pendapat kami jika bilangan ternakan telah melebihi 50 ekor adalah lebih baik menggunakan ubat antibiotik ini kerana kesannya yang mampu mencegah dan merawat penyakit agar ia tidak berjangkit pada ternakan yang lain dan kemampuannya bertahan di dalam darah selama 3 - 5 hari mampu menjimatkan masa & tenaga sekaligus menjimatkan kos.
Sumber: http://projekmeru.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails