Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham
Can't find it? Try this.
Tuesday, November 27, 2012
Program pendaftaran industri burung walet
INDUSTRI
burung walet di negara ini terus berkembang dan mampu memberi pendapatan
lumayan kepada pengusaha atau pemilik ladang.Industri
tersebut agak unik kerana pengusaha tidak perlu menternak burung berkenaan,
sebaliknya hanya perlu menyediakan rumah untuk membuat sarang.
Oleh
itu, pengusaha tidak perlu mengeluarkan modal kecuali untuk penyediaan rumah
manakala produk daripada industri hanyalah sarang yang dijual.Harga
sarang burung walet boleh mencecah RM7,000 bagi yang telah dibersihkan manakala
yang masih mentah sekitar RM4,000 sekilogram.
Nilai
industri ini mencecah angka bilion melibatkan anggaran 50,000 premis ladang
walet dengan 70 peratus daripadanya aktif dalam pengeluaran sarang burung.Demikian
menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang
juga Ketua Seksyen Aneka Haiwan Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan JPV, Dr.
Mohd. Noor Hisham Mohd. Haron kepada wartawan Mega di pejabatnya di
Putrajaya baru-baru ini.
Bagaimanapun
populasi burung walet tidak dapat dianggarkan dan ada cubaan menternaknya
sebelum ini tetapi tidak menampakkan kejayaan.Menurut
beliau, jumlah burung walet di sesuatu kawasan bergantung kepada sumber makanan
yang ada di sekitar kawasan tersebut. Burung biasanya terbang dalam radius 50
kilometer.
Oleh
itu faktor sumber makanan menjadi perkara penting dalam industri burung walet
dengan serangga menjadi makanan utamanya.Namun,
di sebaliknya nilai yang lumayan dan potensi besar untuk menjana ekonomi,
industri tersebut berdepan dengan beberapa cabaran asas khususnya mengenai
aspek pengeksportan.
Menyedari
kepentingan industri tersebut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
berusaha membantu industri bagi membolehkan industri tersebut berkembang dan
menguntungkan pengusaha.
Dalam
hal ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah dipertanggungjawabkan untuk
menguruskan hal tersebut dengan mengambil beberapa langkah yang perlu bagi
membantu industri berkenaan.
Satu
langkah yang telah diambil ialah mewujudkan Garis Panduan Pembangunan Industri
Burung Walet (1GP) yang antara lain menjelaskan kriteria yang perlu dipatuhi
berhubung penjagaan premis perladangan, premis pemprosesan dan kebajikan
haiwan.Menurut
Dr. Mohd Noor Hisham, usaha mewujudkan garis panduan tersebut dimulakan pada
2007/2008 menerusi beberapa siri bengkel melibatkan pelbagai pihak.
"Usaha
mewujudkan garis panduan tersebut digerakkan berikutan tercetusnya kebimbangan
di kalangan pengusaha yang menghadapi masalah premis mereka diroboh oleh PBT
(pihak berkuasa tempatan)," ujarnya.
Ini
kerana katanya banyak pengusaha membina premis burung walet di kawasan bandar
terutama rumah kedai.Bengkel
berkenaan melibatkan pelbagai pihak yang berkaitan terutama Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Perancang Bandar dan Desa,
Jabatan Penerbangan Awam (DCA), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selain JPV.
Hasil
penglibatan agensi agensi terbabit menerusi siri bengkel, JPV mengeluarkan satu
garis panduan untuk dijadikan panduan kepada pengusaha dan penyelarasan
undang-undang kecil diadakan.
Menurut
beliau lagi antara program yang disyaratkan dalam garis panduan berkenaan ialah
program pendaftaran.
Program
tersebut amat penting bagi menjayakan usaha daya jejak atau tracebility yang
mana pengusaha dikehendaki mendaftar butiran tertentu. Ini termasuk premis
perniagaan walet mereka, lokasi ladang atau premis, nama syarikat, nama
pengusaha, jumlah pengeluaran sarang, senarai produk serta persatuan disertai.
Program
pendaftaran dan daya jejak itu diperkenalkan bagi menitik beratkan dua perkara
penting yang diberi keutamaan oleh JPV dalam industri walet iaitu isu
keselamatan makanan dan isu kawalan penyakit. Perkembangan
industri burung walet yang begitu mengujakan mendorong Jabatan Perkhidmatan
Veterinar memberi penekanan kepada aspek kawalan penyakit ternakan dan juga isu
keselamatan makanan.
Menurut
, Dr. Mohd. Noor Hisham, sebelum ini banyak aduan negara pengimport mengenai
masalah sarang burung yang mereka terima mengandungi kandungan nitrat yang
tinggi.
Oleh
itu katanya, program daya jejak membantu pengusaha secara tidak langsung
menepis tohmahan bahawa sekiranya terdapat masalah dalam industri berkenaan,
perkara tersebut tidak melibatkan semua pengeluar.
"Ada
tohmahan seperti kandungan nitrat yang tinggi dalam sarang burung yang
mendorong kita mengambil langkah melakukan program daya jejak bagi mencari
punca masalah menerusi setiap rantaian nilai pengeluaran produk, siapa
pengeksport, di mana kilang dan siapa pengeluarnya," ujar Dr. Mohd. Noor
Hisham.
Malah,
langkah tersebut boleh membantu memastikan sama ada benar masalah tersebut
berpunca daripada negara ini atau negara pengeksport lain.Dalam
perkembangan lain, beliau juga menggesa pengusaha menubuhkan persatuan yang
mewakili mereka untuk menyatakan sebarang pandangan, cadangan dan aduan kepada
kerajaan.
"Pengusaha
perlu ada persatuan yang kuat memandangkan persatuan yang mereka ada sekarang
terlalu banyak hingga ke peringkat daerah. Oleh itu wajar mereka bergabung
supaya suara lebih kuat dan di dengar," ujarnya.
Beliau
berkata, pengusaha memainkan peranan penting untuk memajukan industri tersebut
hingga ke peringkat antarabangsa dan diiktiraf.
Sumbangan kepada eksport
INDUSTRI
sarang burung walet (SBW) merupakan antara 16 projek Program Transformasi
Ekonomi Negara (ETP) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(MOA).Projek
tersebut mampu memberi sumbangan yang tinggi kepada nilai eksport negara.
Kementerian
terbabit meramalkan industri SBW akan menyumbangkan RM5 bilion atau 10 peratus
daripada nilai keseluruhan eksport sektor pertanian menjelang tahun 2020.Sektor
tersebut juga bakal menawarkan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan.
Menurut
Timbalan Ketua Pengarah (Pemindahan dan Pengkomersialan Teknologi), Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Masri Muhamad,
unjuran pendapatan dan kebolehupayaan industri SBW bergantung kepada pasaran di
China.
"Keadaan
tersebut (pasaran) turut disokong oleh permintaan yang semakin meningkat
sejajar dengan peningkatan pertumbuhan pendapatan dan daya beli pengguna di
pasaran China."Produk
sarang burung negara mempunyai kelebihan berbanding negara lain kerana Malaysia
masih bebas daripada sebarang penyakit selesema burung," katanya.Beliau
berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di MARDI, Serdang, Selangor
baru-baru ini.
Jelas
Dr. Masri, kelebihan produk SBW negara yang tidak memiliki sebarang penyakit
diterima dengan meluas di pasaran antarabangsa.
Kelebihan
itu juga dilihat membantu Malaysia untuk bersaing dengan dua lagi pemain utama
industri SBW dunia iaitu Thailand dan Indonesia.
Namun,
sejak kebelakangan ini, kelebihan bandingan antara negara telah terjejas akibat
penemuan kadar nitrit yang tinggi dalam SBW oleh pihak berkuasa China.
Bagi
melonjakkan semula keupayaan Malaysia dalam menerajui pasaran eksport SBW,
kementerian telah mewujudkan Pusat Kecemerlangan Burung Walet di Universiti
Putra Malaysia (UPM).
Penubuhan
pusat tersebut untuk menjalankan penyelidikan menyeluruh bagi tiga aspek utama
iaitu pengeluaran, pemprosesan, dan pemasaran.Satu
pasukan penyelidik yang terdiri daripada saintis daripada UPM, Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan MARDI telah ditubuhkan.
MARDI,
melalui Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi telah mengambil tanggungjawab
menjalankan penyelidikan dalam bidang pemasaran.Oleh
itu kata Dr. Masri, bermula hari ini hingga esok MARDI dengan kerjasama JPV,
UPM, AgroBank akan mengadakan Seminar Kebangsaan Industri Sarang Burung Walet
(EBNIC) 2012 di Hotel Marriot, Putrajaya.Seminar
yang turut disokong oleh MOA diadakan bagi mengenal pasti dan memberi kefahaman
mengenai isu pemasaran, cabaran dan status terkini struktur pembangunan serta
inisiatif kerajaan bagi memajukan industri tersebut.
Malah,
menerusi seminar tersebut, pihak yang terlibat dengan SBW dapat menyebarkan
maklumat dan kemajuan baru bagi amalan dalam industri hiliran SBW.Pada
seminar itu juga, kedudukan daya saing industri SBW negara juga turut
dibincangkan di peringkat antarabangsa.
Tambah
Dr. Masri, seminar selama dua hari tersebut terbuka kepada mereka yang berminat
terutamanya penyelidik, ahli akademik, pegawai kerajaan, pengusaha, peladang,
agen pengembangan dan juga pelajar.
"Antara
isu yang akan dibincangkan adalah cabaran, isu dan kekangan, kualiti dan
keselamatan.
"Seterusnya
perkongsian pengalaman, pemasaran dan dagangan, peruntukan kewangan dan yang
terakhir pembangunan dan penyelidikan," katanya.Selain
itu, orang ramai yang berminat turut dijemput untuk menyertai pembentangan
kertas kerja serta poster mengikut tema dan sesi persidangan.
Sesi
tersebut merupakan landasan yang strategik bagi ahli akademik dan pengamal
industri membentangkan hasil penyelidikan dan pengetahuan.Seminar
itu juga akan membentangkan dan mengetengahkan hasil kajian para penyelidik dan
pemain industri buat julung-julung kalinya secara bersama membabitkan empat
organisasi penting.
Malah,
seminar itu juga turut memberi fokus kepada aspek pengeluaran, pemprosesan dan
pemasaran produk bagi mencapai tahap daya saing dan kelestarian industri SBW
negara.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121126/ag_02/Sumbangan-kepada-eksport#ixzz2DNnIBsSm
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
MAHA lebih komprehensif
Temasya
pertanian dwitahunan yang sering ditunggu-tunggu, Pameran Pertanian,
Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) bakal membuka tirai buat kali ke tujuh
tahun ini.
Pameran
pertanian terbesar di Asia Tenggara itu tampil mengikut format terbarunya sejak
ia mula diperkenalkan pada 1999.
MAHA
International 2012 yang akan bermula pada 23 November hingga 2 Disember ini
menepati keperluan penganjurannya dengan matlamat memperkenalkan industri
pertanian Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Menurut
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd.
Hashim Abdullah, selaras dengan program transformasi kementerian untuk
meningkatkan produktiviti hasil pertanian, pameran kali ini bakal memperlihatkan
lebih banyak produk baru melalui inovasi pertanian, teknologi serta trend
industri semasa.
"Menerusi
pameran MAHA ini secara tidak langsung pengeluar dan peniaga dapat meningkatkan
daya saing sera kecekapan melalui penerimaan teknologi inovatif dengan amalan
terbaik.
"Oleh
itu, hasil yang diperolehi sekali gus mampu menjadikan Malaysia sebagai hab
pertanian di samping pemangkin kepada pelaburan asing dan swasta," katanya
yang ditemui baru-baru ini.
Penyertaan
pada MAHA kali ketujuh ini dijangka mencecah sehingga 2,200 tapak pameran
meliputi agrobazar, makanan popular tempatan, pameran ternakan serta pelbagai
acara yang disertai agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta termasuk
syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Uniknya
penganjuran kali ini kerana ia diadakan serentak dengan Hari Peladang,
Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) dengan menggunakan tema Transformasi
Pertanian Melalui Inovasi.
Selain
itu, pameran MAHA yang akan berlangsung selama 10 hari ini turut diisi dengan
pameran teknologi dan produk berasaskan ternakan, pameran rangka ikan paus
besar, rumah burung walet, pertandingan burung serama di laman ternakan dan
pelbagai lagi aktiviti menarik disediakan.
Selain
itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
menganjurkan Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan bagi memberi pendedahan
kepada peserta terlibat untuk lebih memahami penggunaan serta keberkesanan
teknologi inovasi yang diperkenalkan dalam industri tersebut.
Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga menyediakan tiga
seminar sepanjang pameran MAHA berlangsung iaitu Seminar Kebangsaan
Pemindahan Teknologi, Industri Sarang Burung Walet dan
AgroPelancongan (Agrotour).
Seperti
penganjuran pameran MAHA sebelum ini, penyertaan agensi antarabangsa turut
menjadi tarikan masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan suasana dan kali ini,
sebanyak 25 buah negara telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk Equador,
Chile, Brazil, Brunei, Australia, Argentina dan lain-lain lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)