Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Friday, December 13, 2013

Projek udang putih RM140j

Oleh Mohd Rafi Mamat
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Corporation Sdn Bhd melabur RM140 juta bagi menjayakan projek ternakan udang putih (white vannamei) di ladang ternakan akuakultur Zon Industri Akuakultur Bersepadu (ZIA) Pulau Permatang Pauh, Pekan.
Projek bermula tahun lalu itu berkeluasan 261.8 hektar dan 161 hektar dimajukan bersama Pegagau Aquaculture Sdn Bhd dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 
Ia dijangka siap sepenuh­nya pada 2015. 

Pengurus Pelaburan­nya Shamsudin Mohd Nor berkata, projek pertama itu kini 45 peratus siap membabitkan pembinaan 207 kolam termasuk sistem perparitan dan kemudahan lain.

Foto
DR Baharom (dua dari kanan) melawat tapak projek ternakan udang.

Beliau berkata, apabila projek ini siap sepenuhnya, lebih 3,000 tan udang putih dapat dihasilkan setahun dengan pendapatan RM15 hingga RM18 juta.


“Kini, sembilan kolam sudah beroperasi dengan purata 10 tan udang setiap kolam dan mengambil masa tiga bulan untuk matang. 

“Bekalan air masin dari sungai berhampiran diperoleh menerusi sistem perparitan selain enjin penyedut yang disimpan dalam kolam khas sebelum disalurkan ke kolam ternakan,” katanya. 

Bagi memastikan kejadian banjir tidak berlaku, penebat banjir termasuk kemudahan pekerja seperti bangunan pejabat, surau, makmal dan kantin dibina secara berperingkat. 

“Selain pasaran tempatan, kami akan mengeks­port hasil ke luar negara seperti Korea, Jepun dan Vietnam berikutan permintaan tinggi pengguna di negara berkenaan. 

“Harga pasaran tempatan kini mencecah RM26 sekilogram bergantung kepada saiz dan harganya mening­kat tiga hingga empat kali ganda di pasaran antarabangsa,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada lawatan kerja Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (Pembangunan), Datuk Dr Baharom Jani di projek itu, baru-baru ini. 

Turut sama, Pengarah Bahagian Akuakultur Jabatan Perikanan Ahmad Tamizi Ramli dan Pe­ngarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Hussin. 

Shamsudin berkata, untuk aktiviti pembungkusan, penyimpanan dan bilik beku, pihaknya akan membina bangunan dalam kawasan kolam Pulau Permatang Pauh berharga RM15 juta dengan pembinaannya bermula tahun depan. 

Katanya, projek ternakan udang di Pulau Permatang Pauh mampu memberi peluang pekerjaan kepada lebih 300 penduduk setempat selain membuka peluang latihan teknikal dan komersial kepada usahawan terpilih. 

“Selepas ini kami akan membina projek sama di Tanjung Batu Nenasi, Pekan membabitkan kawasan seluas lebih 283 hektar, sebanyak 300 kolam akan dibina. 

“Projek yang bermula ­tahun depan itu adalah yang terbesar di negeri ini ­menelan belanja lebih RM140 juta dan turut dimajukan secara bersama dengan Pegagau Aquaculture,” katanya. 

Shamsudin berkata, dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang Pahang mampu menjadi pe­ngeluar utama udang putih di negara ini apabila dua projek diusahakan ini berjalan lancar. 

Katanya, projek perintis itu mampu meletakkan LKPP Corporation pada landasan sebenar dalam industri ternakan air kerana sebelum ini kejayaan sudah diraih dalam bidang perladangan kelapa sawit termasuk ternakan lembu dan kambing.

Sumber:harian metro online

Saturday, November 30, 2013

Lawatan ke SDSI di MITC Melaka pada 30 Nov 2012 - Jom Ke sana

















 Banyak peluang perniagaan ditawarkan kepada sesiapa yang berminat. Jom datang beramai-ramai ke SDSI di MITC, Ayer Keroh Melaka sehingga 1 Dis 2013.

Thursday, October 17, 2013

Jualan Ayam Selasih Hitam / Putih

Ayam hitam ni nama saintifik dia Gallus Gallus Domesticus juga dikenali sebagai ayam selasih atau ayam cemani atau ayam didik dikalangan masyarakat Melayu dan Indonesia (waah.. banyaknya nama).

Ayam hitam ni memang digunakan sebagai amalan perubatan tradisional orang Melayu, Indonesia dan Cina. Banyak khasiatnya ayam hitam atau ayam selasih ni untuk wanita terutama yang telah berkahwin dan melahirkan anak.

Perbezaan isi ayam selasih dan ayam biasa

Ayam hitam ni memang rupanya hitam legam.. Kulit, mata, paruh, kaki termasuklah daging dan tulang pun kehitaman jugak.

Kalau ayam hitam di Malaysia ni semuanya hitam termasuk bulu, tapi ayam hitam di China berbulu putih bak salji! Sebab tu ayam hitam ni jugak dikenali sebagai White Phoenix

Walaupun ayam hitam digunakan untuk mengubati masalah wanita seperti kitaran haid tidak tetap, senggugut, monopouse dan makanan dalam pantang selepas bersalin, namun ayam hitam ini banyak juga kegunaan lain.

Lain-lain khasiat ayam hitam ini jika dimasak dengan herba tertentu ialah :

Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan
Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
Melegakan migrain & angin dalam badan
Menguatkan hati & buah pinggang
Melegakan asma
Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
Menyelesaikan masalah buasir kecil
Menaikkan seri muka dengan mencantik, menegang & melicinkan kulit

Sumber http://littlemamadiary.com/herba-maharani-khasiat-ayam-hitam-ayam-selasih/

Kami ada menjual ayam selasih hitam dan  bulu putih dengan harga yang berpatutan . call 0192272127 . Lihat gambar di facebook mohd hisham idris

Thursday, October 3, 2013

Molases (Gula Merah) untuk jualan



Molases untuk dijual  dengan pelbagai pack iaitu 1 liter -RM 7, 5 liter-  RM25 dan 20 liter- RM60
Hubungi 0192272127 untuk maklumat lanjut.

Tauke lembu fidlot

 


K.R. Thiagu memeriksa lembu seberat 220kg yang sedia untuk dipasarkan di ladangnya di Semenyih, Selangor.
Berlatar belakangkan pendidikan dalam bidang kejuruteraan serta sumber manusia tidak menghalang minatnya untuk memelihara lembu biarpun pada peringkat awalnya hanya untuk suka-suka.
Kini Thiagu mampu mengimport hampir 1,000 ekor lembu dalam satu-satu masa yang mana kosnya mencecah jutaan ringgit.
Jelasnya, apa jua jenis perusahaan pasti ada cabarannya namun bagi Thiagu mengusahakan ternakan lembu memberinya satu kepuasan yang berlainan.
"Saya susah untuk terangkan namun bidang ini (penternakan lembu) memang merupakan minat saya, malah saya juga ada menjalankan perniagaan lain tetapi selepas mengusahakan bidang ini perniagaan saya yang lain turut semakin maju," katanya.
Selain membekalkan lembu, Thiagu turut memiliki perniagaan dalam bidang perfileman, industri keluli tahan karat dan juga farmasi.
Apa yang menarik, Thiagu hanya membekalkan lembu jantan sahaja kerana menurutnya lembu tersebut lebih mudah untuk dijual selain mendapat permintaan yang tinggi di kalangan umat Islam di negara ini untuk tujuan ibadah korban.
"Di sini saya hanya menjual lembu hidup dengan tahap kesihatan yang terbaik.
"Malah, prosedur untuk mengimport lembu yang ditetapkan oleh kerajaan juga mengkehendaki lembu yang sihat sahaja dibawa masuk," katanya.
Thiagu mengimport lembu dari negara Kemboja, Thailand dan Myanmar dan akan dikuarantin di pusat kuarantin di cawangannya di Kelantan dan Kedah sebelum dibawa masuk ke Selangor.
Tambah Thiagu, dia hanya mengimport lembu jantan muda yang telah cukup umur sahaja dan disimpan dalam kandang menggunakan sistem fidlot.
"Di kandang kita tidak dapat simpan lama kerana permintaan yang tinggi. Kita akan simpan minimum dua minggu dan maksimum selama sebulan.
"Tetapi selalunya stok akan cepat habis kerana kita juga membekalkan lembu kepada hampir 60 buah pengusaha lembu sekitar Selangor," katanya.
Selain Selangor, Kedah dan Kelantan, dia juga turut memiliki cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan bagi memudahkan kos penghantaran kepada pelanggan di negeri-negeri tersebut.
Antara resipi kejayaannya mudah. jika benar-benar meminati sesuatu bidang itu, laksanakan dengan bersungguh-sungguh Thiagu membuktikan dia berjaya biarpun tanpa bantuan mana-mana agensi swasta mahupun kerajaan.
Bagaimanapun Thiagu hanya menjual stok lembu yang diimport dan tidak menjual lembu tempatan kerana lembu yang diimport telah diperiksa tahap kesihatannya oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan selamat berbanding lembu tempatan yang rata-rata jarang mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Memiliki kapasiti mengimport sehingga 1,000 ekor lembu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai dan sasaran tersebut merupakan antara motivasinya bagi tahun ini.
Jika tahun lepas, Thiagu berjaya menjual hampir 500 ekor lembu kini sasarannya semakin tinggi dan dia bercita-cita untuk membekalkan lembu hingga ke tahap 3,000 ekor pada tahun 2014 akan datang.
''Bukan mudah untuk mengimport lembu dalam jumlah yang banyak kerana lebih banyak lembu yang dibawa masuk lebih tinggi kos yang perlu ditanggung.
''Bayangkan untuk mengimport lembu berjumlah 3,000 ekor saya perlu menyediakan kos sebanyak RM12 juta."
"(Namun) JP Farm terus berjaya atas sokongan pelanggan-pelanggan khususnya di kalangan orang Melayu yang sentiasa menyokong terutama semasa musim perayaan,'' kata Thiagu.
Sebagai contoh, kos pengangkutan bagi 45 ekor lembu sahaja mampu mencecah sehingga RM145,000 bagi menyewa sebuah lori treler.
Sehingga kini stok yang sedia ada di cawangan Bangi, Selangor sebanyak 350 ekor telah habis ditempah oleh pelanggan. namun Thiagu tetap menyediakan sejumlah 300 ekor lagi di cawangannya di Banting juga di Selangor.
Tambahan pula kini umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha menyebabkan stok lembu laris.
Ditanya adakah dia berminat untuk mengusahakan ternakan lembu secara tradisional, katanya amalan ternakan lembu secara fidlot membolehkan pusingan modal diperoleh dengan lebih pantas.
"Menternak lembu cara biasa iaitu dari kecil perlu menunggu dalam jangka masa yang agak lama, mencecah bertahun-tahun dan kaedah tersebut kurang sesuai dilakukan masa kini.
"Sistem fidlot lebih mudah kerana lembu yang dibawa masuk telah sedia untuk dijual kepada pelanggan dalam masa yang singkat," kata Thiagu.
Biar pun tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta namun beliau pernah menerima tawaran JPV namun ditolak dengan cara yang baik dengan alasan dia mahu berdikari.
"Saya bukan sombong tapi mahu mengajar diri sahaja agar sentiasa gigih berusaha tanpa perlu mengharapkan bantuan," katanya.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan lembu daripadanya, anda boleh menghubungi Thiagu di talian 017-3221551 atau datang terus ke ladangnya di Kampung Sungai Purun, Bangi, Selangor. - ASHRIQ FAHMY AHMAD

Ternak Jamnapari sebagai percubaan

 


Memberi makan kepada ternakan menjadi rutin kepada Mohd. Sakdan Kamsah meskipun sibuk dengan urusan lain.
SAYA berminat untuk menternak kambing sejak dari kecil lagi. Selain boleh memberi sumber pendapatan tambahan, ia juga merupakan satu pekerjaan mengikut sunnah nabi," kata bekas Pengurus Agensi Iklan, Mohd Sakdan Kamsah.
Oleh kerana minat yang mendalam, dia sanggup membelanjakan wang sendiri untuk menternak pelbagai jenis kambing yang menjadi sumber pendapatan keduanya.
Mohd. Sakdan berkata, kesungguhan itu dibuktikan dengan kesanggupannya membelanjakan kira-kira RM25,000 untuk menyediakan kelengkapan khusus untuk keperluan menternak kambing.
''Nasib saya agak baik apabila pada mulanya ada penternak ingin menjual sebuah kandang dengan harga RM15,000 yang mempunyai 35 ekor kambing.
''Selepas tiga bulan kambing itu membiak dan mendapat lagi 11 ekor dan kini jumlah kambing yang diternak telah mencecah 60 ekor.
''Dari situ bermulalah aktiviti penternakan kambing yang telah dijalankan lebih setahun yang lalu. Saya yakin permintaan kambing akan meningkat tinggi terutamanya semasa musim Hari Raya Korban atau perayaan Deepavali," katanya kepada Utusan Malaysia yang mengusahakan ternakan tersebut di Kampung Taliair, Morib, Selangor.
Dia mengusahakan projek tersebut bersama seorang lagi rakannya yang menjaga sepenuh masa ternakan tersebut.
''Alhamdulillah hasil dari penat lelah itu, pada mulanya dengan campuran 25 ekor kambing biasa dan Jamnapari, kini kambing tersebut telah membiak menjadi 60 ekor yang diusahakan secara fidlot.
''Sebilangan kambing berkenaan boleh dijadikan baka yang kalau dijual boleh mencecah sehingga RM10,000 seekor," katanya.
Menurut Mohd Sakhdan, dia menternak kambing Jamnapari kerana kandungan daging haiwan tersebut kurang lemak dan digemari orang ramai.
Beliau berkata, mengusahakan ternakan kambing perlu mempunyai minat dan kesungguhan serta sentiasa turun padang untuk memastikan kambing yang diternak tidak berpenyakit dan mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Menurutnya, pengalaman itu boleh diperoleh dengan mengikuti kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta selalu bertanyakan kepada penternak yang lebih berpengalaman.
Mohd Sakdan berkata, berdasarkan pengalamannya dalam menternak kambing Jamnapari, baka berkenaan amat suka kepada rumput napier kerana mengandungi cukup protein dan air.
Daun kangkung juga boleh diberi makan kepada kambing-kambing berkenaan.
''Setiap hujung minggu saya menggunakan kesempatan ini untuk menyabit rumput napier yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan menghala ke Banting.
Kalau saya dapat menyabit rumput dan penuh satu van ia boleh menyediakan keperluan makanan sehingga lebih seminggu," katanya.
Dia juga memberi petua bagaimana untuk mendapatkan daging kambing yang pejal dan berkualiti iaitu dengan memberi air gula merah kepada ternakan.
Di samping itu kambing boer juga dikahwinkan dengan jenis jamnapari untuk mendapatkan baka yang baik.
Mohd. Sakdan berkata, sungguhpun rumput napier mudah terdapat di tepi-tepi jalan raya, tetapi ia perlu diproses terlebih dahulu supaya tidak mendatangkan masalah kepada ternakan tersebut.
Selain rumput napier, daun kelapa sawit dan pelet turut dijadikan makanan kepada kambing-kambing tersebut.
''Apa yang menjadi masalah kepada saya pada masa kini, rumput napier berkenaan kini dihancurkan dengan memotongnya secara manual.
"Bagaimanapun jika jumlah kambing semakin bertambah saya memerlukan mesin untuk memotong rumput-rumput berkenaan.
''Sebelum ini saya ada merayu kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani membantu menyediakan mesin penghancur rumput napier berkenaan yang dianggarkan melebihi RM3,000 tetapi sehingga kini belum ada sebarang jawapan," katanya.
Ketika ditanya mengenai masa depan ternakan kambingnya, Mohd. Sakdan berkata, dia mahu menjadi usahawan ternakan yang berjaya dengan menjadi pembekal daging kambing terkemuka di negara ini ini dengan memasarkannya secara besar-besaran.
Di samping itu, dia turut membela kambing saanen yang boleh menghasilkan susu untuk dijual.
''Saya juga bercadang untuk menghasilkan baka induk yang bermutu kerana ini juga mampu memberi sumber pendapatan yang baik kepada penternak.
''Untuk itu, saya bercadang untuk memohon bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk membesarkan kandang sedia ada untuk menjadi sebuah ladang ternakan," katanya.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan baka kambing boleh menghubungi Mohd. Sakdan di talian 012-3125596.

Sunday, September 8, 2013

PROMOSI CHOPPER MAKANAN RUMINAN hingga 22 okt 2013


Hasil mesin chopper tersebut

Pekerja sedang memesin rumput napier


Mesin Chopper XP   5.5hp

Promosi sehingga 8 September - 22 okt 2013  sahaja harga tawaran RM2000(asal rm2200)
 untuk elektrik dan RM2200 (asal 2400) untuk enjin petrol (termasuk pengangkutan khas untuk Selangor, Perak, n sembilan dan Melaka shj- Negeri2 lain kena tambah transport rm200). Penurunan harga ini dibuat kerana permintaan penternak untuk mengurangkan kos makanan. Bersamalah kita mengurangkan penggunaan pelet dan berbalik kepada kehijauan.

Koperasi ternak itik

Oleh Fauzi Rahim Mustafa
Koperasi Gerakan Belia 4B Baling memanfaatkan peluang kepada 50 ahlinya untuk menceburi penternakan itik secara komersial di Kampung Sungkup, Kuala Ketil, Kedah.
Projek yang diusahakan sejak tiga tahun lalu itu menggunakan geran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berjumlah RM30,000.
Pengerusinya, Hamdan Jamil berkata, geran itu membolehkan pihaknya menternak 7,500 ekor itik serta mengikat perjanjian bersama sebuah syarikat pemborong daging itik di Selangor.

“Koperasi mensasar menternak 14,000 itik dalam tempoh terdekat bagi memberi pulangan lebih lumayan.
FotoSEBAHAGIAN itik belaan Gerakan Belia 4B Baling.

“Penternakan itik dilihat mempunyai prospek lebih luas kerana kurang saingan berbanding ternakan ayam,” katanya.

Ternakan itik di kawasan itu turut mendapat perhatian Presiden Majlis Gerakan Belia 4B (MGB4B) Kedah, Ku Iskandar Ku Saad yang melawat ladang ternakan itik itu, baru-baru ini.

Hamdan yang juga Exco MGB4B Kedah berkata, tempoh matang setiap ekor itik selama 42 hari dan ia boleh mencapai lebih tiga kilogram iaitu berat paling sesuai memasarkan daging itik.

“Setiap daging itik yang diborong terus dari ladang sekitar RM4 hingga RM4.50 sekilogram.

“Risiko penternakan boleh dikatakan sifar kerana koperasi amat mementingkan kualiti daging. Penjagaan kesihatan dalam tempoh 24 jam termasuk suntikan vaksin dan pemberian vitamin,” katanya.

Sementara itu, Ku Iskandar meminta belia mengikut jejak Gerakan Belia 4B Baling mengusahakan penternakan itik.

“Pemegang ijazah juga tidak perlu malu menceburi sektor pertanian yang menjamin masa depan mereka, malah SKM sentiasa membantu mereka,” katanya.
Sumber:Harian Metro

Atasi benih udang galah mati

Oleh Mohd Sabran Md Sani

Dalam aktiviti penternakan dan pembiakan benih udang galah, air perlu sentiasa ditukar dan dibersihkan bagi menjamin kualiti dan serangan penyakit.
Pembersihan tangki perlu kerap dilakukan pada peringkat PL bagi mempercepatkan proses penyalinan kulit udang itu.
Proses penukaran air perlu berhati-hati bagi mengelak kematian benih dan merugikan penternak udang galah.
Sebelum ini, keba­nyakan penternak meng­gunakan kaedah lama dengan menukar air secara terus menggunakan alat sifon (hose).

Ia bagi memerangkap benih udang dari terlepas keluar, manakala benih udang di dalam besen penapis akan dimasukkan semula ke dalam tangki ternakan.

Kaedah kedua dengan menggunakan alat penapis yang diletakkan di dalam tangki.
Air ditukar menggunakan alat sifon yang dimasukkan ke dalam kotak penapis khas.

Kotak penapis diletak di dalam tangki ternakan dan alat ini dibuat menggunakan paip PVC. Jaring netlon digunakan keseluruhan sangkar itu.

Namun, kaedah lama ini mempunyai banyak kelemahan kerana benih terkeluar bersama air, benih terkumpul dan tersang­kut pada jaring, air tangki kering sepenuhnya, benih mengalami tekanan dan mati, masa yang lama dan kerja-kerja sambilan tidak dapat dijalankan dalam masa serentak.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Jabatan Perikanan Malaysia melalui Pusat Penetasan Udang Galah (PPUG) Kampung Acheh, Sitiawan, Perak menemui kaedah baru mengurangkan kematian benih ketika proses menukar air.

Inovasi baru itu menjadi penemuan amat signifikan kepada pusat itu yang bertanggungjawab membekalkan benih udang galah kepada penternak di Semenanjung Malaysia.

Mereka berjaya mencipta satu kaedah menggunakan sejenis alat berbentuk silinder yang disusun dua lapis bagi menghalang benih tersangkut di jaring.

Teknik itu menggunakan alat yang direka khas de­ngan dua lapisan pemisah antara sifon dengan air penternakan benih udang.

Lapisan pemisah pertama (bahagian luar) terdiri daripada paip PVC yang disaluti jaring.

Lapisan pemisah kedua (bahagian dalam) pula ialah paip PVC yang ditebuk.

Bahagian bawah kedua-dua lapisan pemisah dibiarkan tanpa disaluti jaring atau ditebuk lubang supaya air tidak dibuang sepenuh­nya.

Alat sifon akan dimasukkan ke lapisan kedua dan air dialirkan keluar dengan mudah.

Mengikut kaedah baru itu, ketika air ditukar, alat penapis silinder dua lapis diletak di dalam tangki penternakan.

Penciptaan penapis berbentuk silinder membolehkan udang bergerak dengan mudah, selain mengelak terkena tarikan arus aliran air.

Disebabkan bahagian bawah paip tidak ditebuk lubang, maka ia berfungsi sebagai alat kawalan paras air daripada keluar sepenuhnya.

Keadaan itu memboleh­kan paras air dalam tangki kekal mengikut ketinggian lubang.

Pada masa sama, penternak boleh melakukan kerja-kerja sambilan lain ­seperti penyediaan makanan, pembersihan peralatan dan longkang.

"Alat ini tidak memerlukan kos yang tinggi kerana menggunakan bahan-bahan terpakai," katanya.

Kaedah baru ini mempunyai banyak kelebihan kerana matlamat mening­katkan pengeluaran benih udang galah tercapai berikutan peningkatan pengeluaran sehingga 16.6 peratus sejak 1997.

Kosnya yang rendah dengan menggunakan bahan PVC terpakai sesuai diterima pakai oleh semua peringkat pusat pengeluaran benih udang sama ada berskala besar atau kecil, malah boleh dipraktikkan untuk benih ikan.

Paling mustahak kadar kematian udang dapat ditingkatkan daripada 45 peratus kepada 50 peratus.

Dengan kos pembinaan, RM79.50 seunit, teknik baru ini mampu membantu penternak.
Sumber:Harian Metro

Thursday, August 15, 2013

Penyelidik UKM kaji manfaat makan tempe


FotoGANDINGAN mantap Dr Suzana (dua dari kiri), Dr Hasnah (dua dari kanan) bersama kajian tempe dilakukan mereka.

Oleh Mohd Sabran Md Sani
Populasi di negara ini mengalami proses penuaan dengan jangka hayat wanita melebihi lelaki iaitu purata umur sekitar 79 tahun.
Meskipun jangka hayat golongan berkenaan tinggi, kualiti hidup pula tidak memuaskan termasuk berdepan dengan masalah pengurangan jisim tulang yang agak tinggi.

Wanita juga menghabiskan sisa hidup dengan mempunyai jisim tulang yang rendah dan boleh membawa kepada keadaan osteoporosis atau tulang rapuh.

Ini menambah lagi risiko tulang patah dan mengurangkan pergerakan seseorang.

Melihat kepada senario dialami golongan itu, penyelidik daripada Program Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkaji mengenai penyerapan kalsium menggunakan isotop stabil.

Kajian ini diketuai Timbalan Dekan FSK, Prof Dr Suzana Shahar daripada Program Dietetik manakala penyelidik bersama kajian ini adalah Prof Madya Dr Hasnah Haron, yang juga Pensyarah Kanan daripada Program Pemakanan menjalankan kajian ini sebagai kajian doktor falsafah (PhD).

Tajuk kajian yang dijalankan adalah Penyerapan Kalsium Di Kalangan Wanita Melayu Menopaus Yang Mengambil Tempe Berbanding Susu Menggunakan Kaedah Isotop Stabil.

Kajian mendapati tempe daripada kacang soya mempunyai jumlah penyerapan kalsium yang tinggi setanding susu.

Tempe juga mengandungi isoflavon iaitu sejenis antioksidan yang mampu memerangi kerosakan sel, mengurangkan simptom menopaus serta meningkatkan jisim tulang khusus kepada golongan wanita.

Isoflavon memberi banyak manfaat untuk wanita dan boleh mencegah risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan mengurangkan gejala ‘hot flushes’ (panas badan yang disebabkan perubahan hormon dalam kalangan wanita yang mengalami menopaus).

“Kajian di Jepun membuktikan ‘hot flushes’ berkurangan dalam kalangan wanita menopaus yang mengambil kacang soya,” katanya.

Namun, kajian mendapati menggoreng tempe dalam minyak yang banyak mengurangkan kandungan isoflavon.

Katanya, kajian yang mereka jalankan adalah salah satu projek di bawah badan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Kajian pemakanan yang menggunakan isotop stabil selamat digunakan ke atas bayi, wanita mengandung serta menyusukan anak dan warga tua,” katanya.

Menurutnya, pengambilan kalsium terutama dalam kalangan wanita Melayu yang menopaus di pedalaman antara 200 hingga 300 mg sehari sedangkan wanita Cina menopaus kurang daripada 500 mg/sehari.

“Kajian mendapati wanita dalam usia ini mengambil purata 30 hingga 60 peratus daripada 1,000 mg kalsium/sehari yang dicadangkan Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan, Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) 2005.

“Cara kami menyediakan tempe ialah dengan menggoreng bersama tepung. Kami perlu memberi subjek kajian sebanyak 240 gram tempe yang mengandungi 150 gram kalsium.

“Dalam kajian isotop stabil, kita perlu memberikan satu pertiga daripada pengambilan kalsium biasa dalam populasi ini (500 miligram) dan ini bersamaan 150 miligram kalsium,” katanya.

Kajian isotop stabil dijalankan dengan menjemput pakar pemakanan dari Universiti Cornell, USA iaitu Prof Dr Kimberly O’Obrien.

“Penyaringan terhadap subjek dilakukan dengan kebanyakan mereka tinggal di sekitar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Subjek juga membabitkan golongan warga emas Melayu berusia 55 hingga 65 tahun dan mengalami menopaus selama lima tahun,” katanya yang menjalankan kajian isotop stabil dari 2006 hingga 2008.

Dalam kajian itu, hanya subjek yang sihat dan tidak mengambil ubat diambil kerana ubat akan mempengaruhi penyerapan kalsium.

Kajian itu adalah yang pertama di dunia mengenai penyerapan kalsium daripada tempe.

“Kajian ini dapat mengubah persepsi mengenai tempe kerana ia adalah sumber kalsium dan berpotensi mengurangkan kehilangan jisim tulang dalam kalangan wanita menopaus serta perkembangan kanak-kanak,” katanya.

Hasil kajian menunjukkan empat hidangan tempe akan memberikan kalsium yang setara dengan secawan susu.

“Susu memang sumber kalsium yang terbaik manakala tempe juga mengandungi kalsium, tetapi tidak setinggi susu, maka kita memerlukan empat hidangan tempe berbanding secawan susu.

“Apabila kami dapat hasil kajian seperti ini, kami ingin menyebarkan kebaikan makanan tempe ini kepada masyarakat umum.

“Tempe mengandungi kandungan isoflavon yang bertindak sebagai antioksidan dalam badan kita,” katanya.

Kajian yang dijalankan mereka sudah memenangi beberapa anugerah termasuk pingat gangsa sempena Ekspo Kecemerlangan Warisan Ilmu UKM dan pingat gangsa sempena Ekspo Penyelidikan UPM, selain Anugerah Penerbitan daripada Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) pada persidangan NSM ke 28.
Sumber:Harian Metro

Tanam sayur selepas gantung but


Foto

Oleh Mohd Amin Jalil
Sekalipun bidang diceburi amat berbeza, tetapi kesungguhannya mengusahakan Projek Ladang Kontrak bersama FAMA Negeri Sembilan membuahkan hasil memberangsangkan.
Siapa sangka bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Mohd Khaidir Mohd Dom, 39, kini bergelar pembekal sayur-sayuran terkenal menerusi Projek Nur Kasih Agro.
Dia mengusahakan projek itu di tanah seluas 10 hektar di Kampung Pelebar Dalam Pilin, Rembau, Negeri Sembilan dan mampu memperoleh pendapatan bersih lebih RM20,000 sebulan.

Selain pasaran tempatan, sayur yang dihasilkan turut dihantar ke pasar besar di sekitar Kuala Lumpur.

Berbekalkan modal RM200,000, Mohd Khaidir memulakan projek pertanian besar-besaran itu pertengahan 2009 sebaik ‘menggantung but’ pada akhir 2007.

Dia mengusahakan projek itu di kawasan tanah terbiar milik ahli keluarga dengan sebahagian lain disewa daripada pemilik tanah.

“Mulanya saya tidak terfikir untuk membabitkan diri dalam projek pertanian sebaik menamatkan karier bola sepak, tetapi selepas menimbangkan cadangan ahli keluarga, saya memberanikan diri.

“Walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam pertanian, saya mahu mencuba sesuatu yang baru,” katanya ketika ditemui di ladangnya, baru-baru ini.

Pada mulanya, dia hanya menanam kacang panjang di kawasan seluas dua hektar sebelum meningkat dengan tanaman terung, bendi, timun dan cili padi sebaik menyertai Projek Ladang Kontrak FAMA.

Usahanya meluaskan tanaman itu membuahkan hasil apabila semua projek itu menjadi dan mengeluarkan kira-kira 45 tan bagi setiap kali tuaian.

Beliau adalah bekas pemain bola sepak pertama di negara ini membabitkan diri dalam bidang itu dan mengakui mendapat sokongan FAMA.

Dia turut dibantu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (JPNS).

“Ilmu pengetahuan dan bimbingan diberikan JPNS banyak membantu saya dalam menguruskan ladang secara sistematik dengan mengurangkan bahan kimia.

“Menerusi Amalan Ladang Baik Malaysia (SALAM), sayur-sayuran yang saya keluarkan mendapat pengiktirafan JPNS kerana selamat dimakan,” katanya.

Menurut bapa kepada empat anak berusia antara 12 hingga 21 tahun ini, Program Pengukuhan Bekalan Melalui Ladang Kontrak terus ke Pasar Tani mempermudahkan aktiviti pemasaran dijalankan.

“FAMA memberikan kita kebebasan melakukan aktiviti pemasaran dan kebanyakan hasil ladang ini dihantar terus ke pasar besar seperti Pasar Besar Selayang,” katanya.

Beliau bersyukur kerana projek itu berjaya dan terus mendapat permintaan tinggi.

“Saya menghargai sokongan pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memberi semangat memajukan projek itu.

“Saya bersyukur usaha selama ini membuahkan hasil dan berazam untuk membesarkan lagi projek ini,”katanya.
Sumber:Harian Metro

Tuesday, July 23, 2013

Pengusaha jagung 392

Oleh Mohd Sabran Md Sani
AKTIVITI berkebun dan mengusahakan bendang sebati bagi Mohd Yaakub Nuri, 48, malah bersama rakan kongsinya yang juga seorang guru, Mohd Sabri Haron, mereka mengusahakan pelbagai projek pertanian di Kampung Parit 9, Sungai Leman, Sekinchan, Kuala Selangor.
Projek pertanian Ladang Kontrak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjadi platform kepada petani sepertinya memasarkan produk pertanian pada harga ladang dan menguntungkan.
“Pada mulanya saya terbabit dalam projek penanaman cili. Biarpun hasilnya tinggi tapi risiko penyakit memusnahkan harapan saya.

“Dengan bantuan Jabatan Pertanian, kami beralih kepada projek penanaman jagung jenis varieti 392,” katanya.
FotoMOHD Yaakub bersama pokok jagung yang diusahakannya.

“Jagung 392 tahan dalam pelbagai keadaan membolehkan kami mengeluarkan kira-kira 3,000 tongkol jagung setiap minggu.

“Bagi memastikan bekalan jagung mencukupi, kami menanam secara tujuh peringkat di tanah seluas 1.2 hektar,” katanya.

Katanya, dulu mereka menggunakan teknik tanam benih jagung namun ia mudah dirosakkan serangga seperti semut, selain jagung ditanam tidak sekata pembesarannya.

“Namun, penggunaan teknik penanaman dalam bekas tanaman membolehkan benih disemai dalam tempoh 12 hari sebelum dipindah ke ladang,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, kira-kira 7,000 pokok dapat ditanam dalam tempoh dua jam.

Penggunaan baja juga sa­ngat minimum iaitu tiga kali sepanjang tempoh penanaman di ladang dengan me­ngeluarkan hasil berkualiti.

Katanya, dia memperoleh pendapatan kira-kira RM15,000 bagi penghasilan 1.2 hektar ladang jagung.

“Melalui Projek Ladang Kontrak, kami menjual terus kepada FAMA dan mendapat pembayaran lebih cepat,” katanya.
Sumber:harian metro 

Ekstrak serai cegah penyakit ikan

Oleh Mohd Sabran Md Sani
Industri akuakultur ikan laut tidak terlepas daripada ancaman pe­nyakit yang menyebabkan kematian spesies itu dalam kolam, tangki dan sangkar.
Ia berpunca daripada serangan parasit, bakteria dan virus. Serangan itu menyebabkan ikan ternakan mengalami pendarahan pada badan dan sirip.
Setakat ini, pengusaha industri akuakultur meng­gunakan formalin bagi merawat ikan yang terkena serangan parasit.

Biarpun dos formalin digunakan mengikut sukatan dibenarkan, penggunaan­nya secara berleluasa memberi kesan kepada manusia terutamanya penyakit kanser.
FotoKEADAAN ikan siakap selepas dipulihkan. - Gambar ihsan Jabatan Perikanan

Penyelidik Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau (FRI), Gelang Patah, Johor, Jabatan Perikanan, Fadzilah Yusof, mempu­nyai formula menyelesaikan masalah itu menggunakan ekstrak serai.

Ia mendapat bantuan pegawai penyelidik, Azmi Rani serta kakitangan sokongan selain dana Jabatan Perikanan bernilai RM3,000 tahun lalu dan RM10, 000 tahun ini.

Katanya, idea menghasilkan kajian itu selepas melihat penderitaan dihadapi pengusaha industri akuakultur apabila ternakan mereka diserang parasit dan bakteria.

“Saya dapati bahan penting agen terapeutik ialah serai atau nama saintifik­nya Cymbopogon citratus”.

“Serai mudah diperolehi, tidak mahal dan mampu bertindak balas terhadap spektrum patogen yang luas,” katanya.

Bahan antibakteria terkandung dalam serai boleh digunakan untuk tujuan farmaseutikal manakala minyak serai ada ciri-ciri anti kulat.

Kajian awal di makmal mendapati serai berkesan untuk menghalang parasit yang menyerang siakap dalam tangki.

Ekstrak serai akan dicampurkan bersama air bersih ke dalam tangki ikan untuk merawat ikan berpenyakit.

“Meskipun kajian masih dijalankan, ia menunjukkan hasil yang positif,” katanya.

Ikan yang diserang parasit mudah dikenali melalui sisik yang tertanggal, sirip mereput dan warnanya yang cerah bertukar gelap.

Katanya, penyelidikan menggunakan serai adalah rawatan alternatif kerana menggunakan bahan semula jadi.
Sumber: Harian metro

Tuesday, June 11, 2013

Hidangan ala Thai, Cina

Oleh Mohd Sabran Md Sani
Jika ikutkan hati, mahu saja penulis turun ke dalam kolam untuk turut sama dua pekerja dari Timor Leste menjaring udang galah atau lebih dikenali kalangan penduduk tempatan sebagai ‘Pak Janggut’.
Gelagat dua pekerja terbabit menolak jaring hingga ke tepi kolam membuatkan penulis tidak sabar ingin tahu lebih lanjut hasil tangkapan yang akan didaratkan mereka.
Hampir sejam mereka menarik jaring dan akhirnya udang galah bersepit biru ditangkap satu persatu untuk diasingkan ke dalam sebuah raga.

Ibarat tidak menang tangan kedua-duanya memasukkan udang galah ke dalam bekas khas, sambil diperhatikan majikannya, Low Chong Ming, 49.
FotoDUA pembantu perikanan Bahagian Akuatik, Jabatan Perikanan, Hamizah Mohamad, 25, (kiri) bersama rakannya Cenderawati Gohuk, 24, memegang udang galah.

Keadaan sunyi sepi kawasan sekeliling tiba-tiba bertukar gelak tawa, apabila nama vokalis band Peterpan, Ariel menjadi sebutan.

Tidak pasti mengapa tiba-tiba nama itu disebut, tapi ia memudahkan jurugambar memanggil pekerja terbabit bagi merakamkan gambar dikehendaki dalam pelbagai posisi.

Udang galah atau nama saintifiknya macrobrachium rosenbergii adalah haiwan tergolong dalam keluarga palaemonidae bersifat omnivora.

Haiwan terbabit hidup di persekitaran air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran dan tasik.

Udang galah liar banyak terdapat di sungai negara ini dan teknik menjinakkan Pak Janggut gergasi menggunakan umpan perumpun (umpun-umpun).

Jika kena pada seleranya, umpan segar dibeli daripada pembekal tempatan berjaya menumpaskan udang galah yang tersohor dengan kemanisan isi dan kelazatan khasiatnya.

Tidak semua tempat di sungai dihuni spesies udang galah, malah ia bergantung kepada musim, selain kesesuaian lubuk.

Musim terbaik memancing udang galah selepas banjir kerana ketika itu udang kelaparan. Pendek kata campak saja umpan, pasti udang galah menjadi habuan.

Ketua Daerah Perikanan Jelebu, Zakaria Saleh berkata, Projek Ternakan Udang Galah Kampung Ulu Sepri, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dibangunkan menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Yang Berhormat (YB) Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Antara objektifnya membantu meningkatkan pendapatan rakyat melalui Projek Penternakan Udang Galah serta membantu mengeluarkan peserta e-Kasih daripada berada di garis kemiskinan.

“Ia juga bagi membangunkan kawasan tanah terbiar di bawah Program Pemulihan Tanah Terbiar yang menjadi misi utama kerajaan Negeri Sembilan dan mewujudkan satu projek akuakultur melalui ternakan udang galah secara komersial,” katanya.

Menurutnya, keuntungan projek itu akan dinikmati 40 peserta dari Parlimen Jelebu, manakala 20 orang dari Parlimen Rembau.

“Pada masa sama, projek itu menjadikan Negeri Sembilan sebagai pengeluar udang galah terbesar di negara ini,” katanya.

Menurutnya projek itu mula mengeluarkan hasil sejak 28 Oktober 2010 dan berterusan secara berperingkat-peringkat.

“Sehingga Disember 2012, sebanyak 12,144 kilogram undang galah dengan nilai RM522,000 sudah dihasilkan.

“Udang galah ini dipasarkan dalam dan luar negeri seperti kawasan sekitar Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan Singapura,” katanya.

Zakaria berkata, YHL Aquaculture yang berpengalaman mengusahakan projek penternakan udang galah hampir 12 tahun diberi kepercayaan untuk menjayakan projek KPI.

“Syarikat ini adalah peneraju dalam penternakan udang galah. Mereka juga mempunyai beberapa projek penternakan udang galah di Rembau, Kuala Pilah dan Senayan.

“Hasil jualan projek ini diagihkan kepada peserta e-Kasih kalangan warga emas dan golongan kelainan upaya (OKU) dengan setiap mereka menerima pendapatan bulanan sebanyak RM350. Bayaran dilakukan bermula Oktober 2010,” katanya.

Udang galah yang diternak di kolam berkenaan menerima permintaan daripada penternak kolam memancing udang galah di Johor Bharu dan Singapura.

“Syarikat menjual sebahagian udang galah untuk kolam memancing dalam bentuk jualan udang hidup dan dijual RM48 hingga RM50 sekilogram (purata 30 ekor bagi setiap kilogram),” katanya.

Beliau berkata, anggaran hasil diperoleh pada 2010 sebanyak 1,042 kilogram dengan nilai RM44,800, 2011 sebanyak 6,500 kilogram (RM280,000) dan tahun lalu 4,500 kilogram (RM193,000).

“Namun, kami dapati terdapat tren penurunan dari segi pengeluaran udang galah dan sedang mengenal pasti puncanya berdasarkan kajian dilakukan di kolam itu.

“Projek ini pun sudah menjangkau tiga tahun dan kemungkinan kualiti tanahnya menurun. Sebahagian benih diperoleh dari Setiawan, Perak serta Kampung Acheh dan Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya.

Menurutnya, projek penternakan udang galah dilaksanakan di tanah milik Yayasan Negeri Sembilan seluas 10 hektar dengan kadar sewa RM12,500 setahun.

“Jabatan Perikanan pula membantu dari aspek penyediaan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan 16 kolam, bekalan elektrik, roda pengayuh bagi membekalkan oksigen, modal pusingan benih dan makanan udang.

“Laluan memasuki jalan ke projek penternakan udang galah ini juga sudah dibaiki bagi memudahkan hasil tuaian dipasarkan kepada pelanggan,” katanya.

Mengulas teknik pengairan kawasan kolam katanya, ia agak unik kerana menggunakan sumber air gunung dari dua empangan di kawasan berhampiran.

“Dalam penternakan udang galah ini kualiti air perlu dijaga, selain alat roda pengayuh bagi membekalkan sumber oksigen. Bekalan oksigen akan dibuka pada waktu malam kerana ia berkurangan ketika itu.

“Kolam asuh akan menempatkan anak udang galah untuk diternak dalam tempoh dua bulan sebelum ditangkap semula dan dipindahkan ke kolam ternakan,” katanya.

Setiap kolam akan menempatkan sekitar 40,000 hingga 45,000 udang galah dengan agihan setiap satu meter persegi membabitkan 14 ekor.

“Anak udang galah akan diberikan makan empat kali sehari, manakala yang bersaiz besar dua kali sehari.

“Bekalan anak benih diperoleh dari hatcheri swasta di Manjung, Perak; Pulau Pinang dan Alor Setar,” katanya.
Sumber:harian metro

Monday, June 3, 2013

Bank simpanan air mani haiwan

Oleh Mohd Sabran Md Sani
Suasana Pusat Embrio Haiwan Negara (NAEC), Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik, Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kluang, Johor, tidak seperti hari-hari biasa.
Kehadiran pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Belitong, Kluang, bersama guru memecah kesunyian pagi.
Gelagat Mohd Adam Syariff, 15, antara yang menarik perhatian penulis dan kakitangan NAEC kerana ‘fobia’ kepada kambing.

Bagi pengurusan sekolah, lawatan itu memberi banyak manfaat kepada pelajar istimewa kerana ia membuka peluang kepada mereka yang mengikuti Program Integrasi Pendidikan Khas.

FotoSPERMA yang dikumpulkan dalam tiub.

Lawatan itu mengisi minat pelajar istimewa itu untuk lebih berdikari selepas menamatkan sesi persekolahan.


Penulis bersama kumpulan pelajar istimewa itu bertuah kerana mendapat peluang melihat lebih dekat demonstrasi pungutan air mani di kandang kambing jantan.

Proses memungut air mani itu menggunakan induk Dorper betina dan jantan.

Seekor Dorper betina yang dijadikan ‘umpan’ diletak dalam rak pembiakan untuk merangsang seksual Dorper jantan.

Apabila kambing itu bersedia melakukan hubungan seksual, seorang pekerja am, Md Rizan Sulaiman menggunakan alat faraj tiruan untuk Dorper jantan.

Dalam tempoh tidak sampai seminit, Dorper jantan akan mengeluarkan air mani ke faraj tiruan sekali gus membolehkan bekalan air mani dikumpulkan dalam tiub.

Selepas sesi pertama selesai, Pembantu Penyelidik Kanan NAEC, Rozali Hashim menggred air mani menggunakan alat mikroskop.

Difahamkan air mani tidak boleh bercampur air biasa kerana itu menyebabkan sel mati dan membantutkan usaha mengumpul bahan berkenaan.

Penulis yang diberi peluang melihat sendiri air mani Dorper jantan mendapati sperma dihasilkan begitu aktif dengan keadaan fizikalnya seperti anak berudu sedang berenang.

Ketua NAEC, Dr Habsah Bidin berkata, pusat itu yang ditubuhkan pada 2008 membantu meningkatkan kualiti ternakan dan pengeluaran kambing dan lembu dalam negara.

“Selain pusat pembangunan teknologi, pusat itu menjadi pusat simpanan gen, ova, sperma dan embrio ternakan,” katanya.

Secara keseluruhannya, NAEC membangun teknologi pengeluaran embrio yang berkualiti tinggi secara in vivo dan in vitro menggunakan baka yang diimport dari luar negara.

“Kami juga membangunkan program latihan kepada penternak untuk mengaplikasikan bio teknologi pembiakan dan pengeluaran embrio,” katanya.

Dr Habsah berkata, aktiviti NAEC merangkumi pungutan semen dan embrio, proses krio awetan semen dan embrio, permanian beradas, pemindahan embrio, pengesanan kebuntingan dan persenyawaan secara in vitro, suntikan sperma ke dalam oosit (ICSI) dan pengklonan.

“NAEC adalah pusat simpanan bank gen dan embrio ternakan ruminan dan bukan ruminan serta spesies lain yang berpotensi termasuk Seladang,” katanya.

Pusat itu menyimpan sperma baka lembu Brakmas, biri-biri Dorper, kambing Boer, Savana, Kalahari dan Jamnapari untuk digunakan jika mendapat permintaan.

“Simpanan itu boleh bertahan untuk selama-lamanya selagi diletak di bawah suhu negatif 196,” katanya.

Katanya, penternak yang berminat mendapatkan perkhidmatan NAEC perlu mengemukakan surat permohonan kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik .

“Selepas mendapat kelulusan, kami akan melawat ke ladang bagi melihat pengurusan ladang.

“Lawatan itu membolehkan kami memeriksa saluran pembiakan dan mengesan kebuntingan ternakan,” katanya.

Sumber:harian metro :Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27

Jus sarang burung walet

Oleh Mohd Sabran Md Sani
Usaha gigih dua beranak ini menerokai produk sarang burung walet berbaloi kerana jus kecergasan menggabungkan madu lebah kelulut dan air zamzam itu kini mendapat sambutan baik di pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif G Ha Collocalia Sdn Bhd, Mahani Husin, berkata jus Collocalya itu dihasilkan bersama anak perempuannya, Asmahan Humaidi.
Beliau berkata, sarang burung walet mengandu­ngi khasiat yang baik kepada sistem imun tubuh, menambah tenaga, melancarkan perjalanan darah dan membaik pulih sistem pernafasan.

“Sarang burung walet mempunyai kolagen untuk awet muda, melancarkan fungsi paru-paru, membantu tumbesaran tubuh dan tulang, agen antioksida, memutih dan melicinkan muka.
FotoMAHANI (kiri) dan Asmahan bersama produk jus minuman kesihatan burung walet.

“Madu lebah kelulut baik untuk kesihatan tubuh dan nilai khasiatnya 10 kali ganda berbanding lebah biasa. Ia juga meningkatkan metabolisme tubuh, menambah tenaga batin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

“Air zamzam memang air mineral terbaik di muka bumi untuk menyembuh­kan pelbagai penyakit,” katanya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud: ‘Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang me­nyegarkan dan penawar bagi segala penyakit’.

Jus kecergasan Collocalya melalui proses pe­ngilangan yang ketat de­ngan menerapkan syariat Islam, antaranya solat hajat pada Isnin dan Khamis sebelum bancuhan sarang burung walet dilakukan di kilang.

Beliau yang pernah mengikuti kursus setahun anjuran MARA pada 2011 mengakui gabungan sarang burung walet, madu dan air zamzam menjadi Collocalya produk minuman kecergasan terbaik.

Jus Collocalya menggunakan 70 peratus sarang burung walet dan bakinya madu lebah kelulut dan air zamzam.

Katanya, ilham menghasilkan jus sarang burung walet itu bagi membekalkan tenaga dalaman kepada pengguna.

“Kami mengamalkan meminum jus burung walet sejak turun-temurun. Kemalapan industri sarang burung walet yang diusahakan keluarga menyebab­kan kami tiada pilihan lain, selain menggunakan sendiri sarang itu.

“Tidak sangka tabiat meminum air sarang burung walet dua kali sehari menjadikan kami sihat dan bertenaga,” katanya yang berasal dari Pulai Chondong, Kelantan.

Sejak mengeluarkan produk itu, beliau menerima banyak maklum balas positif orang ramai.

“Ada pelanggan menghubungi kami memberitahu sejak mengamal­kan minuman jus Collocalya, kesihatan mereka lebih baik dan penyakit dihadapi sembuh.

“Saya amat gembira kerana usaha membantu orang ramai mendapat kesihatan yang baik diberkati Allah,” katanya.

Mahani yang senang dipanggil Kak Ani berkata, jus Collocalya menggunakan sarang burung walet pantai gred A.

“Dalam sebulan, 12 kilogram sarang burung walet dikeluarkan dari perumah burung.

“Collocalya dikeluarkan syarikat bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Halal Park, Peng­kalan Chepa, Kelantan,” katanya.

Terdapat dua perisa jus minuman Collocalya iaitu perisa ‘vanilla’ dan ‘cappucino’ pada harga RM195 bagi kandungan 400 mililiter (ml).

“Harganya amat berpatutan dengan nilai kesihatan serta ketulenan sarang burung walet dalam setiap botol.

“Cuba dan rasa sendiri khasiatnya malah kajian mendapati jus ini sebagai agen anti penuaan dan memutihkan kulit,” katanya.

Selain pasaran tempatan, produk itu menembusi negara Vietnam, Singapura, Thailand dan Brunei, kini mengintai peluang di Korea, Jepun dan Timur Tengah.

“Terbaru, kami dijemput ke ekspo di Korea Selatan pada 27 hingga 31 Mei ini dan menyertai rombo­ngan perdagangan MARA ke Jepun, bulan depan.

“Kami mensasarkan jualan 10,000 botol tahun ini dan masih memerlukan ramai pengedar di seluruh negara,” katanya.

Beliau memberi penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan MARA yang banyak membantu syarikat itu.

Hubungi talian Khidmat Pelanggan (Careline) Kuala Lumpur: 03-7887 9616, 012-333 1642, 012- 672 2074, 012-9135476, 019-313 7388, 012-3480856 atau layari www.facebook.com/collocalya.gbe untuk maklumat lanjut.

Orang ramai yang mahu mendapatkan jus Collocalya boleh me­ngunjungi Ekspo Keusahawanan MARA di kompleks beli- belah AEON, Bukit Raja, Kelang bermula hari ini hingga 2 Jun.
Sumber:harian Metro online

Wednesday, May 8, 2013

Ahmad tauke belangkas

Oleh Mohd Sabran Md Sani
Kepakarannya terhadap spesies belangkas yang terdapat di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, tidak boleh dipertikaikan kerana berpengalaman mengendalikan haiwan eksotik itu hampir 30 tahun.
Ahmad Mustafa, 47, mampu mengenali jantina belangkas dengan mudah, selain mengetahui usia belangkas yang dijual nelayan kepadanya.
Ketika membelek-belek haiwan itu di pusat pengumpulannya, baru-baru ini, dia dilihat menekan kulit belangkas dengan tangan bagi menentukan usianya sebelum menasihatkan agar ia dilepaskan semula ke laut kerana berkulit lembut.

Usia seperti itu tidak sesuai untuk tujuan urus niaga kerana ia baru menjangkau sembilan tahun, sedangkan tempoh me­ngawan ketika berusia 10 tahun ke atas.

Selain belangkas muda, dia juga menasihatkan nelayan supaya melepaskan belangkas jantan yang mempunyai saiz lebih kecil supaya haiwan itu dapat mengawan dengan belangkas betina lain.

Bermodalkan RM100,000, Ahmad membangunkan pusat penternakan berkenaan dengan membina sebanyak sembilan kolam bagi menempat­kan kira-kira 15,000 ekor belangkas yang dijual nelayan.

Dia juga bernasib baik kerana memperoleh peruntukan berjumlah RM35,000 daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk membangunkan bilik penetasan belangkas yang dibangunkan di dalam ba­ngunan 0.4 hektar.

Ahmad berkata, semua belangkas yang dikumpul di sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang diletakkan dalam penjagaannya dalam tempoh sebulan sebelum dieksport ke luar negara seperti Thailand dan Amerika Syarikat.

“Pasaran belangkas ketika ini agak baik. Belangkas diketahui amat digemari penduduk Thailand yang menggunakan telurnya untuk dijadikan kerabu, selain dijadikan produk farmaseutikal.

“Selain itu, belangkas mendapat permintaan tinggi di Amerika Syarikat kerana telurnya yang ‘separa menjadi’ dan membusuk digunakan sebagai umpan ikan,” katanya.

Berkongsi pengalaman katanya, belangkas banyak diperoleh pada Januari hing­ga Mac, namun kembali menyusut pada bulan berikutnya.

“Pada Januari hingga Mac, sekurang-kurangnya 15,000 ekor belangkas dapat dikumpulkan daripada nelayan tempatan kerana tempoh berkenaan digunakan pasangan haiwan itu mengawan dan melepaskan telur.

“Belangkas hanya naik ke kawasan pantai berpasir untuk melepaskan telurnya dan akan kembali turun ke laut sebaik semuanya selesai,” katanya yang turut mengakui bilangan belangkas berkurangan sehingga 10,000 ekor pada April hingga Jun.

Dia menggalakkan nelayan supaya menjual terus haiwan laut berkenaan kepada pusat pe­ngumpulan belangkas kerana harga sangat tinggi iaitu sekitar RM7 hingga RM9 seekor.

“Bukan saja kami menjanjikan semua belangkas diambil, tetapi harga yang dibeli daripada nelayan masih tinggi, berbanding pengumpul haram dari Thailand meletakkan harga murah RM4 seekor.

“Malah, ada pengumpul tidak bertanggungjawab membiarkan haiwan itu jika berlaku lambakan di pasaran tempatan,” kata­nya.

Menyentuh mengenai pusat penetasan belang­kas, katanya usaha berkenaan bagi memastikan haiwan eksotik itu tidak pupus di perairan negara.

“Projek LKIM itu bermula pada 2011 dan teknik penetasan mengikut kaedah semulajadi di pesisir pantai.

“Saya menggunakan kaedah pasang surut air laut dua kali sehari dan benih belangkas ditempat­kan di bilik khas menggunakan sistem pe­ngairan air laut,” katanya.

Berkaitan perancangan masa depan, beliau berharap sebuah pusat penetasan belangkas dapat diwujudkan di kawasan berkenaan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan LKIM.

Katanya, sebuah bilik sejuk juga akan diba­ngunkan di pusat pendaratan LKIM Sedili tidak lama lagi bagi memudahkan penghantaran belangkas sejuk beku ke Amerika Syarikat.
Sumber:harian metro

Harga cecah RM10,000 sekilogram

pix_topright
Oleh Mohd Sabran Md Sani
Walaupun me­ngambil masa hanya 10 minit untuk mendaki kawasan berbukit di Dengkil, Sela­ngor, baru-baru ini, ia sudah cukup membuatkan badan penulis berpeluh. Apa tidaknya, ketika itu matahari meninggi di atas kepala.
Namun waktu itu dikatakan paling sesuai untuk ‘menjenguk’ rumah burung walet di kawasan berkenaan kerana ia hanya pulang ke sarang pada lewat petang, selalunya dari jam 6 petang hingga senja.
Perjalanan bersama jurugambar dan saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) ke rumah burung walet setinggi tiga tingkat itu turut ditemani pengusahanya, Datuk Mustaffa Abd Rahman dan penulis blog, Pak Harry.

Sistem pembesar suara yang diubah suai Pak Harry dipasang di lokasi strategik pada rumah burung berkenaan sedikit sebanyak memecah keheningan suasana keliling seakan-akan kicauan burung walet yang baru pulang ke sarang.
FotoALAT twitter hitam yang dipasang menarik kedatangan burung walet.

Misi ke rumah burung walet itu dalam usaha Bahagian Pembangunan dan Jaringan Keusahawanan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM, memantau perubahan selepas penambahbaikan rumah siap dua bulan lalu.

Projek diselia Timbalan Pengarah­nya, Prof Madya Dr Azhar Kasim dengan gandingan Pak Harry selaku rakan pintar daripada pihak swasta bagi memulih serta meningkatkan prestasi rumah burung walet.

Antara aktiviti UCTC adalah turun padang dan bertemu pengusaha rumah burung walet yang tidak berpuas hati dengan prestasi serta pengeluaran hasil di rumah burung mereka.

Mengikut sejarah, burung walet menjadi menu eksotik paling istimewa yang hanya dinikmati keluarga diraja bagi ‘maharaja’ di China.

Hasil penghijrahan burung berkenaan ke Gresik, Indonesia pada 1808 membolehkan ‘menu diraja’ itu diperluaskan penggunaannya di kalangan masyarakat setempat.

Industri itu diusahakan secara diam-diam lebih 200 tahun, kemudian tersebar ke negara ini hasil penghijrahan sekumpulan pengusaha dari Indonesia.

Kesesuaian negara ini untuk penternakan burung walet mendorong kumpulan pengusaha itu menggunakan bangunan terbiar di Setiawan dan Taiping, Perak, sebagai perumah burung walet.

Penduduk tempatan yang ‘terhidu’ aktiviti pembinaan rumah burung walet kemudian me­ngambil kesempatan mengusahakan industri me­nguntungkan itu sehingga jumlahnya kini mencecah 50,000 unit.

Barangkali ramai me­nyamakan burung walet dengan spesies burung layang-layang yang sering kelihatan bertenggek di atas wayar elektrik dalam jumlah banyak.
Sebenarnya kedua-dua spesies burung itu mempu­nyai perbezaan ketara antara satu sama lain de­ngan burung walet mendominasi kebaikan dari aspek kesihatan.

Buktinya, air liur dihasilkan spesies ‘aerodramus fuciphagus’ itu mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna di China de­ngan harganya di pasaran boleh melebihi RM10,000 sekilogram.

Mengulas me­ngenai perbezaan itu, Dr Azhar berkata, burung layang-layang adalah spesies bermusim dan burung penghijrah.

Katanya, burung layang-layang berada di negara ini dalam tempoh tertentu sebelum berhijrah ke negara lain, namun ada juga yang tidak mahu pulang ke negara asal.

“Warna hitam pada burung ini sama dengan burung walet, namun cara terbangnya agak berbeza.

“Burung layang-layang akan me­ngepakkan sayapnya sampai ke dada, selain pergerakannya di udara secara turun naik. Burung walet mempunyai aksi ‘gliding’ dan mengepak ketika terbang di udara.

“Malah burung walet mempunyai kaki yang pendek dan bergantung sepenuh­nya kepada kuku­nya untuk berpaut,” katanya.

Burung walet adalah spesies yang sangat unik kerana akan terapung-apung di udara selama 12 jam.

Dr Azhar berkata, dari mula matahari terbit dan matahari terbenam, burung walet akan terbang di udara.

“Spesies ini hanya turun dua atau tiga kali ke sarangnya untuk memberikan makanan kepada anak.

“Penglihatan yang sa­ngat tajam membolehkan haiwan itu menangkap serangga pada kedudukan 1,500 meter dari paras laut,” katanya.

Burung walet banyak ditemui terbang di persekitaran Cameron Highlands, namun lokasi terbabit dijadikan tempat mencari makanan dan bukannya bersarang berikutan keadaan persekitarannya yang sejuk.

Menurutnya, ada dua spesies utama burung walet iaitu jenis ‘aerodramus fuciphagus’ dan ‘aerodramus maximus’.

“Aerodramus fuciphagus mempu­nyai banyak sub spesies terutama perbezaan bentuk badan dan warna sarang. Spesies ini mempunyai sarang berwarna putih dan mempunyai nilai komersial lebih tinggi, selain kurang bulu.

“Bagi spesies aerodramus maximus, warnanya lebih gelap kerana mempunyai kandungan bulu lebih banyak. Ini kerana spesies itu menjadikan gua sebagai perumah,” katanya, sambil menambah, setiap spesies juga dipercayai ada ciri berbeza termasuk suara tersendiri.

Malah katanya, tidak semestinya burung walet yang terdapat di Dengkil menyamai burung walet di Perlis ataupun di Kedah.

“Mungkin pengusaha yang baru dalam industri penternakan burung walet tidak mengetahui spesies burung walet diternak mereka, namun lama-kelamaan mereka akan tahu juga,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pengusaha agar tidak ‘syok sendiri’ kerana jika ia berlaku, industri diusahakan tidak mencapai matlamat disasarkan.

“Pengusaha perlu banyak berkomunikasi dan berkawan dengan pengusaha lain ataupun mendapatkan khidmat pakar,” katanya.

Menurutnya, sarang burung walet mempunyai banyak khasiat khususnya dalam bidang perubatan.

“Dari segi saintifik, burung walet mempunyai kebaikan kepada
kesihatan kulit. Penyelidikan terhadap sarang burung walet juga banyak dilakukan. Di Jepun misalnya, kajian terhadap kandungan ‘sialic acid’ pada sarang burung walet membantu dalam kesihatan saraf otak.

“Malah didapati juga perkembangan otak kanak-kanak menjadi lebih baik sekiranya diberikan bahan berkenaan pada peringkat bayi,” katanya.

Selain itu, katanya, bahan glukosamin yang terdapat pada sarang juga baik untuk kesihatan sendi.

“Glukosamin adalah komponen semula jadi bagi tisu sendi yang sihat. Jadi, ia penting kepada warga emas yang mempunyai masalah berkenaan. Kajian juga mendapati sarang burung walet menjadi antiselesema,” katanya.

Sementara itu, Pak Harry berkata, selain manusia, sarang burung walet sudah diaplikasi kepada penternakan kuda lumba di negara Timur Tengah.

“Ia digunakan penternak kuda lumba di negara berkenaan. Hasil­nya, sebaik diberikan makanan ekstrak burung walet, didapati kelajuan kuda bertambah,” katanya.

Secara keseluruhan sarang burung walet terbukti mempunyai kebaikan kesihatan seperti menjadikan kulit lebih licin dan anjal, menggalakkan perkembangan otak, menguatkan daya ingatan serta penyambung di antara tisu.


UPM bantu pengusaha

Industri pengeluaran sarang burung walet berdepan cabaran apabila hampir 70 peratus rumah burung diusahakan penternak kurang produktif.

Kegagalan penternak memahami spesies burung berkenaan, ditambah de­ngan pengurusan rumah tidak sistematik dikenal pasti menjadi punca haiwan itu tidak memasuki rumah yang disediakan.

Sehubungan itu, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ditubuh­kan pada 14 Mac lalu bersedia membantu menyelesaikan masalah dihadapi golongan terbabit.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Jaringan Keusahawanan UCTC, Prof Madya Dr Azhar Kasim berkata, pemilihan UPM berikutan kepakarannya dalam industri berasaskan pertanian khususnya walet.

“Kami mendapat peng­iktirafan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Walet.

“UPM diketahui sebagai pakar dalam sektor ternakan, tanaman dan akuakultur. Justeru, industri yang dikenal pasti mempunyai impak berkaitan bidang profesionalisme adalah burung walet.

“Dianggarkan kira-kira 50,000 rumah burung walet diusahakan di Malaysia dengan keba­nyakannya kurang burung, kurang produktif dan tidak ada burung,” katanya.

Berdasarkan masalah itu, potensi penjanaan pendapatan masih ada, namun ia tidak menjelma. Justeru, UPM berganding bahu dengan beberapa rakan pintar dalam kerja pemulihan dan mening­katkan prestasi rumah burung.

“Gandingan UPM de­ngan rakan pintar bukan saja dapat meningkatkan keyakinan pengusaha rumah walet, tapi mewujudkan kerjasama erat antara pengusaha de­ngan saintis dalam aspek penyelidikan.

“Sebahagian daripada gerak kerja pemulihan dan penambahbaikan rumah burung walet sudah diolah supaya kutipan data saintifik dapat dipermudahkan bagi tujuan penyelidikan saintifik,” katanya.

Penemuan baru hasil daripada kajian saintifik ini dijangka dapat dikongsi bersama dengan rakan industri supaya industri dapat dilonjakkan ke tahap lebih tinggi.

“Kerja penambahbaikan membabitkan gandingan UPM-rakan pintar sudah menampakkan kejayaan yang dapat dibanggakan.

“Antara daerah ter­babit dengan usaha sama ini adalah Sungai Petani, Kedah; Dengkil dan Hulu Langat di Selangor,” katanya.

Dr Azhar berkata, sekiranya rumah bermasalah dapat dipulihkan, pengusaha rumah burung berpotensi memperoleh pula­ngan lumayan.

“Ada 1,001 punca dikaitkan dengan rumah burung walet yang kurang atau tidak produktif. Antara langkah permulaan dalam gerak kerja diamalkan UCTC bersama rakan pintar, melaksanakan siasatan menyeluruh.

“Punca masalah akan dikenal pasti dan pe­ngusaha akan menerima laporan terperinci dengan anggaran kos bagi kerja pemulihan yang munasabah,” katanya.

Situasi paling mencabar dalam melaksanakan aktiviti pemulihan rumah walet apabila rumah burung dibina tidak selari dengan konsep mendirikan rumah walet.

“Contohnya, rumah walet dibina pada lokasi yang jarang dilihat burung. Proses untuk mening­katkan jumlah sarang selepas pemulihan dibuat pada amnya mengambil masa lama,” katanya.

Individu yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan penyelesaian kepada masalah berkenaan boleh me­nyertai kursus Kaedah Menambahkan Penghasilan
Sarang Burung Walet anjuran UCTC yang bakal berlangsung pada 29 dan 30 Mei ini.
Penceramah terdiri dalam kalangan rakan pintar dan saintis UPM. Yuran penyertaan dikenakan berpatutan.

Maklumat lanjut berkaitan kursus itu boleh diperoleh melalui urusetia dengan menghubungi talian 03-89471807/1814/1816/1819.
Sumber:harian metro
Related Posts with Thumbnails