Hari
ini, saya ingin berkongsi dengan penternak sekalian berkaitan dengan
pokok Malberi atau dalam B.Inggeris Mulberry atau saintifik Morus Alba.
Dahulu pokok ini di bawa ke Malaysia untuk projek Ulat Sutera Di
Terengganu.
Pokok Malberi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri bukan sahaja untuk ternakan tetapi juga untuk manusia. Tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional negeri Cina sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini boleh dimanfaatkan.Buahnya ynag masak dibuat jem atau dimakan mentah, daunnya dijadikan teh, batang serta akar dijadikan rebusan untuk diminum.Khasiatnya yang paling popular dalam formulasi tradisional ialah mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengunragkan kolesterol dalam darah. Lebih terperinci lihat kat http://mulberrymalaysia.blogspot.com
Apa yang ingin saya nyatakan di sini bahawa kandungan protein yang ada pada daun mulberi ini amat tinggi iaitu 21.2% dan boleh diberikan kepada semua jenis ternakan seperti Lembu, Kambing, Rusa, Arnab dll.
Saya amat mencadangkan agar penternak sekalian menanam pokok ini bagi memperbanyakkan sumber hijau yang amat perlu ke atas haiwan ternakan kita di samping dengan pelbagai jenis rumput napier lain seperti India,Taiwan dll. Dengan ini ternakan tersebut mempunyai kepelbagaian sumber hijau yang ada dan seterusnya dapat mengurangkan penggunaan pelet dan seterusnya mengurangkan lagi kos operasi kita seharian.
Cara penanamannya pun amat mudah dimana just potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih).
Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 . Gambar di bawah Anak pokok Malberi dalam polibag lebih kurang 2-4 minggu seperti :
Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya.
Gambar di bawah ni pokok dah berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat.

Tips :
Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu
dan baja yang cukup (macam pokok anggurlah) so daun yang kita buang tu
bagilah kat ternakan kita, jangan buang macam tu je..rugi ooo.
Kalau nak datang tengok pokok yang besar ni bolehlah datang ke lokasi di Sg. Buloh ye atau call je 0192272127.
Konsep yang saya perkenalkan sekarang:
'1 Malberi 1 Rumah'
Boleh ditanam dalam pasu, penat2 boleh makan.