Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Tuesday, January 25, 2022

Tanaman Buah Pelaga

 BUAH PELAGA (Elettaria cardamomum) merupakan sejenis tumbuhan dari kategori rempah ratus dari keluarga ZINGIBERACEAE  yang banyak digunakan dalam masakan masyarakat kita di Malaysia. Tumbuhan ini dipercayai berasal daripada kawasan hutan ropika di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka dan Selatan India sebelum di komersialkan. Buah pelaga merupakan komponen penting dalam menyediakan serbuk kari yang sangat di minati oleh masyarakat kita di Malaysia dan yang sangat penting di India dan Sri Lanka. Bahan buah pelaga dijadikan produk minuman di kawasan negara Arab dan dijadikan perisa untuk biskut di Eropah. Walau pun tanaman ini perlukan hujan lebih 5,000 mm setahun tetapi telah di komersilkan di Guatemala untuk di ekspot. Nama lain bagi buah pelaga adalah seperti Cardomum (English), Bai Dou Kou (China), Choti elaichi (Hindi), Luk Krawan (Thai), Cardamomen (Germany) dan Kapulaga (Indonesia). Keluasan tanaman ini di Malaysia tidak ada maklumat. Artikel ini saya tulis berdasarkan pembacaan sebuah buku teks terbitan Longman (An introduction to the tropical crops) dan pemerhatian semasa membuat lawatan ke Indonesia dulu.


Pokok Pelaga dewasa

 
Bunga pokok pelaga

Pokok buah pala sama seperti pokok halia jenis renek - 'herbs like' (Keluarga Zingerberaceae) yang tumbuh menegak dengan menghasilkan akar atau rizom. Pokok pelaga mampu tumbuh sehingga ketinggian 3 meter dengan daunnya berwarna hijau yang keluar dari pangkal pokok. Daun yang panjang dan tirus dihujung sepanjang 90 cm dengan 25 cm lebar. Daunya adalah bertekstur lembut dan ada bulu dibahagian bawah daun. Tangkai bunga keluar dari pangkal pokok dengan ketingian atau panjang sehingga 1 meter dari tanah.  Setiap tangkai mengeluarkan banyak jambak bunga dimana tangkai bunganya berwarna ungu  hijau pucat 4 cm panjang. Bunga yang berwarna ungu dan putih 15-20 mm panjang mempunyai satu stamen untuk pendebungaan. Buah yang matang berwarna coklat cerah atau kuning yang berbentuk bulat lonjong dan mempunyai kapsul. Kapsul ini mengandungi biji yang berwarna coklat kehitaman apabila cukup kering.


Pangkal pokok pelaga
Terdapat dua jenis buah pelaga yang dikenalpasti iaitu Jenis Pokok Pelaga Sri Lanka dan Jenis Pokok Pelaga Malabar.  Varieti Sri Lanka adalah jenis liar yang mempunyai biuah berbentuk bujur (oblobg) , daun lebar dan ada jalur dibahagian batang dengan biji berwarna coklat kehitaman. Varieti Malabar atau var. codamomom pula merupakan jenis yang dikomersilkan dengan buah sedikit kecil tetapi mempunyai aroma kuat dari jenis Sri Lanka. Kedua-dua jenis pokok pelaga ditaam diakawasan yang mempunyai tanah yang subur, saliran yang sempurna dan pH tanah antara 5.5 - 6.5. Penanaman lazimnya menggunakan rizom walau pun ada usaha menanam menggunakan biji benih. Penanaman menggunakan biji benih lambat dan pertumbuhan juga tidak seragam.


Ladang pelaga di Sri Lanka (Lereng)
Sediakan kawasan dengan membajak tanah atau menggemburkannya dengan pelbagai kaedah. Sediakan batas jika keadaan tanah rendah dan pastikan tidak ada banjir dikawasan tanaman. Amalan yang dijalankan di Indonesia dan Sri lanka serta Selatan India pokok pelaga ada yang ditanam secara monocrop dan sebagai tanaman selingan. Jarak tanaman yang di syorkan adalah 0.25 meter x 0.5 meter atau lebih rapat di lereng curam. Sebanyak 60,000 pokok kepadatan sehektar perlukan 3,000 kg anak benih rizom. Baja organik sebanyak 4-6 mt/hektar di gunakan untuk meningkatkan kesuburan tanaman. Berika kapor GML pada kadar 2-4 mt di tabur sebelum menanam. Kawalan rumpai dijalankan secara manual dengan mencabutnya atau gunakan tajak. Pembajaan NPK 15:15:15 boleh diaplikasikan sebanyak 0.5 mt/ha dan naja NPK 12:12:17:2 sebanyak 1.5 mt/ha. 

Buah pelada siap dipasaran
Kajian mendapati hanya dua jenis penyakit yang mungkin menyerang tanaman buah pelaga sama seperti serangan terhadap pokok halia iaitu Penyakit Reput Akar (Phythopthora spp.) dan Penyakit Layu Bakteria (Ralstonia solanacerum).  Penyakit reput akar adalah apabila bahagian akar diserang akan menjadi reput dan busuk dibahagian rizom dimana kawalan hanya menggunakan kaedah Amalan Pertanian Baik (APB) dan penggiliran tanaman. Pokok yang diserang Layu bakteria akan mengakibatkan daun pokok pelaga menjadi kering perang keemasan kemudian akan layu. Akibatnya bahagian rizom akan busuk dan rosak dan musnahkan pokok diserang atau memperbaiki sistem saliran. hanya terdapat satu jenis serangga yang menyerang pokok pelaga iaitu Ulat Pengorek batang (Dithocrosis puntiferalis) yang mengorek batang walau pun ianya tidak serious.


Memetik buah pelaga
Pokok dewasa akan menghasilkan bnga dan buah sepanjangtahun walau pun ada musim puncak. Buah dalam bentuk kapsul yang telah masak dikutip menggunakan gunting atau pisau dan dikumpulkan. Pastikan memetik sebelum buah pelaga terlalu masak kerana sukar untuk diproses atau bijinya telah keluar dimana masa terbaik adalah semasa warna kulit buah bertukar daripada hijau kepada kuning. Biji dalam kapsul akan mengekalkan aromanya jika masih tersimpan didalamnya (jangan dikeluarkan). Jemur dibawah sinaran matahari selama beberapa hari sehingga cukup kering. Buah yang kering digredkan untuk dipasarkan serta dibungkus. kajian menunjukkan biji buah pelaga mengandungi 2-8% minyak pelaga yang menghasilkan aroma dan perasa.

Buah Pelaga merupakan komponen penting dalam kita masak kari ikan atau kari daging. Buah pelga akan digoreng bersama rempah lain peringkat awal sebelum di masukkan ikan , daging dan santan atau air dan dididih sehingga masak. Kari sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi minyak. Buah pelaga juga sering digunakan untuk masak nasi beryani gam berserta lauk pauknya sperti Beriyani kambing, Beriyani Lembu dan Beriyani Ayam. Cerita pasal makan memang menyelerakan terutana ketika perut lapar tengahari ini. Semuga artikel ini memberikan maklumat berguna kepada semua pembaca blog teknologi pertanian ini.

Related Posts with Thumbnails