Harga jualan hampas soya 1 tan mengikut negeri:
1. Lembah Klang - rm250 termasuk penghantaran *
2. Negeri sembilan/Melaka/Perak - RM290 termasuk penghantaran*
3. Kelantan/Terengganu - RM320 termasuk penghantaran*
* Penghantaran akan dilakukan untuk kapasiti min 7 tan. Kalau boleh sesiapa yang nak sikit, kumpulkan beberapa orang biar sampai 7tan. 1 tan lebih kurang 30 guni. jika sesiapa di lembah klang yang inginkan hampas soya paling minima penghantaran ialah 2 tan iaitu rm500
Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham
Can't find it? Try this.
Saturday, June 28, 2014
Inovasi dalam pertanian
Konsep fertigasi gantung membolehkan mengurangkan beban penanam mengurus tanah.
Petani perlu mempunyai semangat yang kuat, cekal serta komited dalam mengusahakan pertanian di samping mempunyai sumber modal yang mencukupi.
Berbekalkan prinsip inilah, hari ini Ramli Edrus yang merupakan usahawan tani berasal dari Kuantan, Pahang mampu tersenyum bangga dan telah berjaya meraih purata pendapatan lumayan.
Sebelum menceburi bidang pertanian, Ramli pernah bekerja sebagai pemandu traktor di Jabatan Pertanian Negeri Pahang selama hampir 10 tahun.
Pada masa itu, dia telah mula mengusahakan projek pertanian secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan.
Hasil usaha yang berterusan dan keinginan untuk terus berjaya dalam bidang ini, dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengusahakan projek pertanian secara sepenuh masa.
Sehingga hari ini, Ramli telah berjaya mengusahakan tanaman secara fertigasi gantung di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pulau Manis, Kuantan dengan keluasan sebanyak 13 hektar (ha).
Ramli telah menyertai projek di TKPM ini sejak tahun 2011 dan mendapat bimbingan sepenuhnya daripada Jabatan Pertanian.
Dia juga telah berjaya memperolehi Sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) iaitu pensijilan yang merupakan pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik dan mesra alam bagi memastikan pengeluaran hasil berkualiti dan selamat dimakan.
Fertigasi gantung merupakan satu kaedah menanam dengan menggunakan polibeg yang digantung pada sistem para.
Para yang dibina dengan menggunakan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong dan tidak diletakkan di atas tanah seperti kaedah biasa yang diamalkan oleh kebanyakan petani.
Timbulnya idea untuk melaksanakan kaedah fertigasi gantung ini didorong oleh kenaikan harga baja berikutan kegawatan ekonomi pada tahun 2008.
Selain itu, kesukaran mendapatkan tenaga buruh juga merupakan faktor yang menyumbang kepada tercetusnya idea tersebut.
Melalui kaedah fertigasi gantung, kebanyakan kerja-kerja operasi di ladang yang sebelumnya memerlukan tenaga kerja yang ramai dapat diminimumkan melalui penggunaan jentera ladang.
Pada kebiasaannya, bagi setiap hektar tanaman sayuran secara konvensional memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang tenaga buruh,
Bagaimanapun melalui kaedah fertigasi, hanya dua orang pekerja sudah memadai bagi menguruskan kawasan tanaman sehingga empat hektar keluasan.
Menurut Ramli, dengan menggunakan kaedah fertigasi gantung ini, dia telah berjaya mengurangkan pembaziran bahan input pertanian kerana penggunaan baja yang tidak efisien.
Ini adalah kerana pemberian larutan baja pada kadar yang ditetapkan akan diserap terus oleh pokok dan ini menggalakkan penyerapan baja oleh pokok secara optimum.
Sistem fertigasi gantung didapati amat bersesuaian diusahakan di atas tanah bermasalah seperti berasid, bekas lombong, bris dan kawasan yang berisiko ditenggelami banjir kilat.
Kaedah ini juga tidak memerlukan proses penyediaan tanah seperti pengapuran dan penggunaan baja organik dilaksanakan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos bahan input dan kos tenaga kerja.
Oleh itu, petani akan dapat melaksanakan projek tanaman sepanjang tahun tanpa mengira musim dan tidak perlu risau berlakunya banjir atau masalah ketidaksuburan tanah.
Melalui kaedah ini juga, Ramli berjaya memperoleh pendapatan yang lebih baik disebabkan oleh peningkatan hasil pengeluaran melalui penggunaan baja yang lebih efisien.
Selain itu, ia memanjangkan jangka hayat ekonomik tanaman, mengurangkan risiko kerosakan tanaman akibat banjir, serangan perosak serta penyakit soil borne.
Kos kawalan rumpai juga dapat dikurangkan sehingga 50 peratus apabila sepanjang hayat tanaman kawalan rumpai perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sahaja.
Kerja-kerja penjarangan tanaman dan kutipan hasil juga dapat dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan efisien.
Menurut Ramli, sehingga kini dia telah mengeluarkan kos kira-kira RM200,000 bagi membangunkan kawasan seluas 13 ha untuk memulakan projek fertigasi gantung tersebut.
Walau bagaimanapun, kos pengeluaran pusingan seterusnya adalah lebih rendah kerana hanya melibatkan kos operasi dan bahan input sahaja.
Sumber Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140616/ag_01/Inovasi-dalam-pertanian#ixzz35uLykvXZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, May 30, 2014
Musim harum manis kembali
Oleh Adnan Jahaya
CHE Yah Mahmud menunjukkan mangga harumanis di gerainya di Pauh Putra, Perlis.
Ketika angin segar membawa aroma harum di Perlis, ia sebenarnya membisikkan petanda bahawa musim harumanis telah bermula.
Seperti musim-musim panen yang berlalu, banyak pelancong harumanis" tiba di negeri paling utara ini sebaik musimnya bermula pertengahan April dan berakhir awal Jun.
Mereka bukan sekadar ingin menikmati keenakan harumanis yang baru dituai dari ladang malah untuk membawanya pulang sebagai ole-ole istimewa bagi sanak saudara dan rakan.
Perlis adalah satu-satunya negeri pengeluar harumanis di negara ini dan ia bermusim hanya sekali dalam setahun.
Selepas berakhirnya musim tuaian, para penggemar harumanis terpaksa menunggu setahun lagi untuk menikmati keenakannya.
Antara lokasi utama yang sering menjadi tumpuan orang ramai setiap kali tiba musim harumanis ialah Bukit Bintang, Paya Kelubi dan Chuping.
Biasanya orang ramai melihat keistimewaan harumanis kerana aroma dan keenakannya namun sebenarnya buah itu begitu kaya dengan vitamin antioksidan seperti vitamin C dan E.
Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai serat yang membantu sistem pencernaan dan larut dalam air dan baik untuk mengawal paras kolestrol selain mencairkan kahak.
Sebenarnya, tidak ramai yang tahu atau bertanya mengenai khasiat harumanis kerana kebanyakan pembeli hanya ingin memburu keenakannya meskipun terpaksa berbaris untuk membeli.
Di restoran serta warung, para penggemar buah itu kadang-kadang terpaksa menunggu giliran yang lama bagi menikmati hidangan harumanis yang disajikan bersama pulut atau dibuat jus.
Ketika permintaan harumanis terus meningkat, masalah yang sedang dihadapi oleh pengeluar harumanis termasuk para pengusaha kebun persendirian ialah untuk memenuhi permintaan para penggemarnya.
Ini kerana saban tahun permintaan terhadap harumanis begitu tinggi berbanding keupayaan pengeluarannya yang hanya sekitar ratusan tan metrik sahaja setiap musim.
Seperti musim sebelum ini, banyak yang hampa kerana tidak dapat membeli harumanis berikutan banyak buah yang masih bergantungan di atas pokok telah ditempah lebih awal termasuk secara dalam talian.
Para peniaga telah membuka tempahan itu seawal 1 Mac lepas bagi memastikan mereka yang membuat tempahan awal mendapat mangga yang harganya paling mahal itu apabila penuaiannya bermula April.
Harga yang ditawarkan oleh seorang peniaga bagi empat kilogram harumanis yang ditempah secara dalam talian untuk Semenanjung Malaysia ialah RM100 berdasarkan harga RM25 sekilogram.
Jika dicampur dengan kos penghantaran sebanyak RM38 menjadikan kos keseluruhan RM138 dan empat kilogram harumanis hanya sesuai untuk hidangan antara satu dan tiga orang.
Bagi cadangan hidangan untuk lebih 20 orang, peniaga itu mencadangkan pembelian 30 kilogram harumanis pada harga RM750 manakala kos penghantaran sebanyak RM158 yang menjadikan keseluruhan kos RM908.
Harga meningkat
SEORANG peniaga, Muhtar Mat Isa meletakkan tanda harga pada mangga harumanis yang dijualnya di Simpang Empat, Perlis.
Harga RM25 sekilogram itu dijangka bertahan setakat 15 Mei sahaja dan selepas itu para peniaga menjangkakan harganya meningkat kepada antara RM30 dan RM35 berikutan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 dan cuti sekolah.
Tinjauan mendapati para penjual harumanis memanfaatkan laman sosial bagi memasarkan harumanis melalui kaedah tempahan dan mereka akan mengirim kepada pembeli apabila tiba waktunya.
Selain saiz kawasan penanaman yang masih kecil, faktor cuaca juga mempengaruhi pengeluaran harumanis kerana buah itu begitu sensitif kepada cuaca basah selain serangan serangga.
Kerajaan negeri Perlis meletakkan sasaran untuk membesarkan saiz kawasan tanaman harumanis kepada 1,000 hektar menjelang tahun 2015 bagi membesarkan saiz pengeluarannya kepada kira-kira 1,500 tan metrik semusim.
Antara langkah membesarkan kawasan penanaman ialah mewujudkan program desa harumanis di kawasan-kawasan terpilih.
Melalui program itu, setiap penduduk digalakkan menanam sekurang-kurangnya lima pokok mempelam harumanis di kawasan lapang termasuk di halaman rumah.
Harumanis sepanjang tahun
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua, kiri) tertarik dengan haruman mempelam harumanis selepas merasmikan Karnival Mempelam Negeri Perlis baru-baru ini.
Menteri Besar Perlis, Azlan Man yakin pengeluaran harumanis pada musim ini akan meningkat berbanding musim lepas berdasarkan faktor cuaca kering yang panjang.
Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengeluarannya bagi menampung keperluan pasaran dan penduduk dan antara langkah yang diambil ialah menjadikan harumanis bermusim sepanjang tahun.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)diberi tanggungjawab menjalankan penyelidikan berkenaan yang menghasilkan kejayaannya apabila harumanis mengeluarkan hasil sepanjang tahun.
Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, harumanis yang ditanam di Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) di Sungai Chuchoh berjaya menghasilkan pengeluaran harumanis sepanjang tahun.
Sehubungan kejayaan itu, UniMAP telah menjalin kerjasama dengan syarikat JBP Asia Pasific Sdn Bhd bagi menjalankan projek perintis pengeluaran harumanis sepanjang tahun secara komersial.
Projek perintis itu dilaksanakan di kawasan seluas lebih 14 hektar di INSAT yang menjadi sebahagian daripada komponan Kampus UniMAP Sungai Chuchuh dekat sini.
Usaha membesarkan saiz pengeluaran turut mendapat perhatian Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang melancarkan penanaman serentak 1,000 pokok harumanis di seluruh negeri dua tahun lepas.
Penanaman itu mencatat sejarah kerana 1,000 pokok iaitu 700 di kawasan parlimen Padang Besar dan masing-masing 150 bagi kawasan parlimen Kangar dan Arau selesai ditanam dalam tempoh lapan minit.
Sementara itu, Pengarah Pertanian Perlis, Zulkepli Amin Mat Jusoh menjangkakan pengeluaran harumanis musim ini mencapai lebih 1,000 tan metrik berikutan faktor kemarau panjang yang sesuai dengan tanaman itu. Kemarau yang panjang membolehkan putik-putik mempelam dapat membesar dengan lebih sempurna.
Zulkepli Amin berkata permintaan tempatan terhadap harumanis dijangka meningkat berganda musim ini berikutan penganjuran sukan Malaysia (Sukma) ke-17 bermula 24 Mei ini. - BERNAMA
Sumber Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140529/ag_01/Musim-harum-manis-kembali#ixzz33Bg7l56f
© Utusan Melayu (M) Bhd
CHE Yah Mahmud menunjukkan mangga harumanis di gerainya di Pauh Putra, Perlis.
SEORANG peniaga, Muhtar Mat Isa meletakkan tanda harga pada mangga harumanis yang dijualnya di Simpang Empat, Perlis.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua, kiri) tertarik dengan haruman mempelam harumanis selepas merasmikan Karnival Mempelam Negeri Perlis baru-baru ini.
Angsa putih for sale
Angsa putih umur 2 bulan for sale only rm200 sepasang.tinggal 3 pasang je.call 0192272127. Lokasi sg buloh
Friday, May 9, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)

