Dahulu pokok bunga kini tanam sayur
SRI MENDAPAT – Jika dahulu kawasan belakang rumahnya dipenuhi dengan pokok bunga namun semenjak awal tahun ini ianya berubah dan dipenuhi dengan tanaman sayur-sayuran pelbagai jenis. Suri rumah tangga sepenuh masa, Sabarinah Kariyoh, 43, dari Felcra Seri Mendapat kini boleh berbangga apabila dapat menikmati hasil tanaman sayur-sayuran di belakang rumahnya. “Dahulu belakang rumah dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga tetapi tidak tahan dengan baja yang mahal dan saya mengambil keputusan untuk menggunakan tanah ini untuk bercucuk tanam. “Selepas saya menghadiri kursus Kempen Bumi Hijau di Felcra Bukit Sendanan, awal tahun lalu, banyak maklumat dan informasi menarik yang saya jadikan panduan untuk memulakan tanaman,” katanya kepada Sinar Harian. Katanya, bermula dengan tanaman sawi, kini di kebun kecilnya itu juga mempunyai kacang panjang, kacang buncis, kangkung, timun dan cili. “Selesai kursus bersama rakan-rakan lain, saya sambil dibantu suami dan tiga anak lelaki bekerjasama membersihkan kawasan belakang rumah dan menjadikannya sebagai kebun kecil untuk kami bercucuk-tanam. “Bercucuk tanam sayur-sayuran ini sangat mudah kerana ia tidak memerlukan jagaan rapi seperti pokok bunga dan baja yang diperlukan juga tidak mahal hanya perlu menggunakan baja organik,” katanya. Jelasnya, Felcra banyak membantunya sekeluarga dalam mengusahakan kebun kecil itu. “Pihak Felcra sendiri ada menyampaikan bantuan seperti baja, tanah, batu-bata, benih kepada saya semasa mereka mendapati saya sekeluarga benar-benar mahu mengusahakan tanaman sayur-sayuran. “Justeru, saya ingin berterima kasih di atas bantuan dan galakan daripada pihak Felcra serta Ketua Peserta Koperasi Felcra Sri Mendapat, Jumat Md Lani di atas segala sokongan yang diberikan,” katanya. Menurutnya, dengan adanya tanaman ini, mereka kini dapat berjimat wang dapur dan ia dapat digunakan untuk keperluan lain. “Jiran-jiran, rakan-rakan dan sanak-saudara semua turut sama merasai hasil tanaman kami dan saya sendiri berasa puas dan seronok apabila semua hasil tanaman yang diusahakan menjadi. “Pihak pemborong juga sudah banyak yang bertanyakan mahu membeli hasil tanaman saya memandangkan hasil tanaman sayuran saya semakin membesar,” katanya.