Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Friday, December 28, 2007

PRA-PENDAFTARAN USAHAWAN IKS SEMPENA MAHA2008


AGROBAZAAR@MAHA2008 menyediakan pusat setempat khusus untuk aktiviti promosi dan jualan produk keluaran usahawan iks tempatan.Ia merupakan satu platform pemasaran bagi membuka peluang yang lebih luas kepada golongan pengusaha iks yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian dan industri asas tani untuk mempromosi bahkan mengembangkan lagi jalinan kerjasama perniagaan dengan para pengeluar serta pedagang domestik termasuklah dari luar negara.

Tarikh : 11hb. - 23hb. Ogos 2008
Masa : 10.00pg - 7.00mlm
Tempat: Taman Ekspo PErtanian Malaysia [MAEP],Malaysia

Kos penyewaan booth ditetapkan oleh FAMA ialah RM1,100 untuk tempoh 13 hari , keluasan 3mx3m dll disediakan.


Cara mendaftar :
1. Secara online di web www.famaxchange.org "hyperlink" www.moa.gov.my dan www.smeinfo.
2. HAdir ke ibu pejabat FAMA
Cawangan Industri Asas Tani
Bangunan FAMA dot3,No.28 &29
Jalan 2/8 Dataran Templer,Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves, Selangor
tel : 03-61381304
Masa: 8.00pg - 5.00ptg

TARIKH TUTUP PERMOHONAN AWAL PADA 31HB. JANUARI 2008


Tuesday, December 11, 2007

LAGI...Penggunaan MUDBALL



Yang ni Mudball yang mengandungi microb utk dasar air










Mudball dicampakkan ke dasar kolam takungan najis ternakan untuk rawatan air dan bau di Kg. Genting, Balik Pulau,Penang pada 26hb. Februari 2007

Dapatkan segera Mudball microb untuk rawatan air dan menyahbau dengan harga RM1.50 per/biji.Call hisham 019-2272127

Monday, December 10, 2007

PENGGUNAAN MUDBALLS (PEPEJAL) DAN 'eco-Microbe'






























Proses menyahbau dan rawatan air loji di Prai Industrial Area,Penang menggunakan microb mudball dan EMAS.
(telah menggunakan sebanyak 4200 mudball dan 6 tan EMAS)Kajian telah menunjukkan selepas setengah jam ada tindakbalas berlaku dan lama kelamaan bau busuk semakin hilang dan keadaan air mengalami perubahan yang baik.
Mikrob Mudball ini boleh digunakan untuk rawatan dasar bagi kolam kumbahan,kolam takungan najis ternakan dll rawatan dasar kolam.

ARTIKEL DAN KERATAN AKHBAR BERKAITAN KEBAIKAN EM (BAKTERIA BAIK)















PELBAGAI PRODUK eco-Microbe KELUARAN KAMI

Wednesday, December 5, 2007

Penggunaan 'eco-Microbe pada kelapa sawit mempercepatkan hasil kepada 18 bulan

Penggunaan eco-Microbe mempercepatkan hasil kelapa sawit kepada 18 bulan dengan penggunaan produk kami . Untuk mengetahui secara lanjut sila hubungi hisham 019-2272127
Ini adalah gambar-gambar yang diambil di ladang En. Rashid (plot test) di Seri Medan, batu pahat,Johor. Hasil yang diperolehi lebih cepat iaitu 18 bulan bermula dari tarikh tanam di ladang,minyak lebih banyak,daun lebih berkilat,kurang perosak .

TERBARU 'eco-Microbe' UTK KELAPA SAWIT HASIL LEBIH CEPAT DARI SEMASA

Wednesday, November 28, 2007

Ladang InterXpose Agro

Monday, November 19, 2007

Jadual seminar usahaniaga ternakan kambing 1 disember 2007

Aturcara:

MASA

PROGRAM

8.00 – 8.30pagi

Ketibaan Peserta /Pendaftaran

8.30 – 8.45pagi

Taklimat dan Kata Aluan Sekretariat Program

8.45 – 10.15pagi

Ceramah 1 : Dimensi baru dalam usaha bidang ternakan ruminan**

Penceramah - Jabatan Perkhidmatan Haiwan

10.15 – 10.30pagi

Minuman Ringan / Jaringan Usahawan

10.30 – 1.00petang

Ceramah 2 : Prospek Ternakan Kambing dan Peluang-Peluang Pemasaran

Penceramah - Jabatan Perkhidmatan Haiwan

1.00 – 2.30petang

Makan Tengahari / Solat Zohor / Jaringan Usahawan

2.30 – 3.30petang

Ceramah 3 : Sumber Pembiayaan**

Penceramah - Yayasan Tekun Nasional,MECD

3.30 – 4.30petang

Ceramah 4 : Penggunaan Effective Micro-

Organism (EM) Ladang Penternakan

4.30 – 5.30petang


Ceramah 5 : Perkongsian Pengalaman daripada Pengusaha

Ternakan Kambing

5.30 petang

Minuman Petang/Jaringan Usahawan / Bersurai

** topik diatas adalah yang dicadangkan dan perubahan akan berlaku bergantung kepada penceramah.

Pendaftaran kursus sila hubungi 019-2272127 (hisham) .Sila buat bayaran di maybank no. akaun 157166897506.Hanya 40 orang peserta sahaja diperlukan untuk tindakan bimbingan selepas seminar ini.

Thursday, November 15, 2007

PROMOSI EM AKHIR TAHUN 2007

YAng ni EMAS 1 liter =RM15




Yang ni Microb Mudball utk rawatan dasar air seperti takungan najis ternakan,loji sisa pepejal dan kumbahan. Harga sebiji RM2.80



EM Saiz 5 liter =RM70.00



Promosi : Beli dalam saiz pukal akan dapat diskaun hebat hingga akhir tahun ini.....!!!!!!!

EM (aktivated) 1 liter =1 kotak (16 botol)

EM (aktivated) 5 liter = 1 kotak (4 botol)

SILA HUBUNGI 019-2272127 (HISHAM) UNTUK KETERANGAN LANJUT.

Tuesday, October 9, 2007

PENGGUNAAN 'eco-Microbe' UNTUK SEKTOR PERTANIAN,PENTERNAKAN DAN PERIKANAN

Aplikasi Kepada Pertanian

  • Mengurangkan kos pertanian
  • Tanaman boleh dituai awal
  • Mengeluarkan hasil dengan kuantiti yang banyak
  • Mengeluarkan kualiti yang bermutu tinggi
  • Tiada keracunan pada hasil tanaman
  • Menambah kebolehan bahan organik sebagai baja
  • Tanah bertambah subur dari masa ke semasa
  • Menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman(ripening) dalam produk pertanian yang dihasilkan.
  • Meningkatkan kapasiti fotosintesis tumbuh-tumbuhan
  • Menambah keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah
  • Mengurangkan tenaga buruh
  • Tanah yang ada EM memerlukan tilage (penggemburan) dan weeding(pembersihan) yang rendah
  • Membantu pengeluaran nutrien kepada pokok dalam jumlah yang banyak
  • Menambah ketahanan tumbuhan dari serangan serangga dan penyakit
  • Memusnahkan serangga pemusnah dan makhluk perosak
  • Menghentikan proses pengaratan logam lantas mengurangkan kos penyelenggaraan mesin
  • Alam sekitar terpelihara

Aplikasi Kepada Penternakan

  • Mengurangkan bau busuk dalam kandang ternakan dan kolah kumbahan
  • Mengurangkan lalat, kutu dan serangga lain yang merbahaya
  • Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan
  • Mengurangkan tekanan pada haiwan
  • Meningkatkan ketahanan kepada penyakit
  • Meningkatkan kualiti produk ternakan
  • Memanjangkan hayat dipasaran
  • Memperbaiki kesuburan
  • EM apabila dijadikan makanan haiwan akan menghasilkan najis yang berkualiti
  • Mengurangkan penggunaan ubatan, antibiotik dan penyah kuman dalam ladang ternakan
  • Mengurangkan stress/tekanan kepada haiwan ternakan, pekerja dan penduduk sekitar

Aplikasi Kepada Akuakultur

Ikan, Udang dan lain-lain

  • Mengurangkan pengeluaran kos modal sehingga 50%
  • Memudahkan kultur tanpa menggunakan bahan kimia
  • Udang/ikan lebih segar dan kulit lebih segar
  • Menyah amonia, methane dan hydrogen sulfite
  • Bebas dari penyakit dan mengurangkan kos antibiotik
  • Air menjadi bersih
  • Dapat menjual hasil dengan lebih tinggi (hasil berkualiti)
  • Mengurangkan kekerapan penukaran air
  • Tiada bau lumpur
  • Kurangkan bau hanyir
  • Rasa lebih sedap
  • Memelihara alam sekitar

Testimoni

Pertanian

Jagung

Bentong Pahang. Jagung seluas 15 ekar.

Jagung Organik-tanpa baja kimia dan racun serangga

Penuaian 58 hari- Kaedah biasa 69 hari-Jimat 11 hari

Grade A – 80%-93%

Mengurangkan kos sehingga RM 600 seekar

Tiada serangan penyakit dan serangga

Tanah yang subur-boleh digunakan setiap musim untuk menanam jagung

Pokok Cili

Kota Tinggi Johor

Cili organik tanpa baja kimia dan racun serangga

Pokok lebih besar dan tinggi

Berbuah lebih cepat

Roselle

Bentong Pahang

Pokok Roselle EM berbuah lebih lebat-hampir 2 kali ganda

Buah lebih besar

Cendawan

Hasil meningkat 10% ke 15%

Tahan lebih hingga 6-7 hari – biasa 2-3 hari sahaja

Rasa lebih kenyal dan sedap

Kurang jangkitan kulat

Kerosakan berkurangan 20%



Penternakan

Ayam Daging

Kadar lalat berkurangan sehingga 70%

Ayam dapat diambil 5 hari awal dari biasa

Kadar kematian yang rendah

Tiada penggunaan antibiotik

Rasa daging ayam lebih sedap dan pejal

Daging ayam yang kurang lemak

Mengurangkan bau busuk pada reban ayam

Kos makanan yang rendah

Kambing

Tiada lagi bau busuk

Tinja dapat diproses menjadi baja organik

Boleh dibela di kawasan perumahan

Kulit kambing lebih cantik

Kambing kurang sakit

Lembu

Kulit lebih cantik

Daging lebih baik

Boleh membuat makanan lembu sendiri- Silaj

Tiada kutu babi

Bau busuk kurang

Lalat kurang

Kesihatan bertambah baik

Lembu kurang tekanan-stress

Nyah Kuman

Tingkatkan kualiti tinja-najis


Ikan Siakap

Kos jimat sebab dibela didalam kolam

Harga jualan ikan meningkat

Kadar kematian kurang

Tiada bau lumpur

Rasa lebih sedap

Ikan lebih sihat

Ini adalah kegunaan eco-Microbe yang sepatutnya kita gunakan sejak dulu lagi bagi menyelamatkan alam sekitar kita.Negara-negara maju telah lama menggunakannya. Apa tunggu lagi dapatkan stok dari pengedar yang sah. Hubungi :Hisham 019-2272127

Kami sedang mencari mereka yang berminat menjadi stokis negeri dan daerah.

HArga pasaran CF Agro/enviro = RM15.00/liter

CF Agro/enviro = RM75.00/5 liter

Friday, September 14, 2007

Jurutera Tempatan Disaran Cipta Jentera Pertanian

SERDANG, 8 Sept (Bernama) -- Jurutera tempatan perlu mencipta dan membuat jentera pertanian seperti pembajak, traktor dan penuai bagi membantu petani memiliki jentera sendiri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata dengan mencipta jentera berkenaan, ia membolehkan peladang memiliki jentera sendiri dengan harga yang lebih murah dan sesuai digunakan dengan muka bumi negara ini. "Jentera ini kalau diimport memang boleh, tetapi dari sudut jangka panjang lebih baik kita cipta sendiri atau membuat jentera sendiri seperti yang dilakukan oleh China dan Thailand," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Usahawan Agro Kedua di sini hari ini. Beliau berkata dengan memiliki jentera sendiri, ia akan mempercepatkan kerja peladang yang selama ini terpaksa menunggu giliran untuk meminjam peralatan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan atau pihak tertentu. Katanya jika mengimport peralatan dan jentera, harganya boleh melambung sehingga RM200,000 dan RM300,000 bagi sebuah traktor manakala harga penuai pula boleh mencecah sehingga RM1 juta. Beliau berkata pada masa ini terdapat jentera binaan tempatan tetapi jumlahnya sangat kecil kerana industri pertanian dilihat sebagai tidak ada masa depan untuk diceburi. "Namun ini berbeza dengan sekarang, di mana kerajaan menumpukan fokus bahawa pertanian adalah perniagaan," katanya. Muhyiddin berkata agensi seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sirim boleh membantu untuk membina dan mengeluarkan jentera pertanian. Peruntukan untuk merealisasikan rancangan mencipta jentera pertanian akan dibincangkan kelak, katanya. -- BERNAMA

Monday, September 10, 2007

eco-Microbe -BAik untuk ladang ternakan,tanaman dan perikanan

EM (Mikrob Berguna / Effective and Beneficial Microorganisms) ialah sebatian dari hasil penapaian, unsur tanah dan mikrob berguna. Digunakan untuk meleraikan bahan organik. Diasaskan oleh Dr Teruo Higa, Ryukyu Univ., Jepun pada 1980an atau kaedah ‘back to nature’ (natural farming)

Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, dan berasa masam. Diperbuat dari bahan organik tempatan dan boleh diminum oleh manusia dan haiwan.

Boleh digunakan dalam :
-1. Pertanian / Landskap sebagai baja dan pembaikpulih tanah.
-2. Penternakan / Haiwan peliharaan untuk menghilangkan bau dan kesihatan.
-3. Merawat air dan alam sekitar seperti sungai, longkang dan pusat kumbahan.
- 4. Kegunaan dapur dan rumah iaitu menyingkirkan bakteria bahaya.

1 liter –RM15.00
5 liter – RM75.00


Produk lain :
1. CF Pest Control(kawalan serangga/penyakit) - 1 liter RM 30.00
- 5 liter RM110.00
2. CF Super Grow(Baja) - 1 liter RM 30.00
- 5 liter RM110.00


D
apatkan eco-Microbe untuk Ladang ternakan,pertanian dan perikanan anda.

Selamat, berkesan dan murah

Hubungi : 019-2272127 untuk tempahan,
pengedar amat dialu-alukan...

Kursus Cendawan Ke arah Pendapatan Sampingan

Latihan Intensif Menanam CEndawan
Tarikh : 23hb. September 2007 (Ahad)
Tempat: Shah Alam
Yuran :RM180

Konsep penanaman cendawan yang pihak kami ingin ketengahkan berbeza, tidak perlu modal besar,tidak perlu kawasan luas, tersangat mudah,murah dan efektif.Tiga pilihan yang kami ketengahkan iaitu :
1. 750 bongkah -anggaran pendapatan rm400 -rm 900 sebulan
2. 1500 bongkah - anggaran pendapatan rm750-1800 sebulan
3. 2250 bongkah -anggaran pendapatan rm1100 - rm2700 sebulan


Objektif:
1. Secara sambilan
2. Masa 2 jam sehari diperlukan
3. Modal rendah
4. Pendapatan RM2000-3000 sebulan
5. Kawasan diperlukan 16"x10"
6. Depan rumah@dalam rumah@belakang rumah

Khidmat nasihat yang diberikan:
1. Membuat rak cendawan
2. Penjagaan dan tuaian hasil cendawan
3. Pembungkusan dan membuat rumah cendawan
4. Teknik pemasaran mudah tetapi hasil lumayan
5. Aplikasi teknologi EM pada cendawan
6. TEknik memanjangkan hayat dan kerosakan cendawan dan bongkah

TIDAK PERLU MODAL BESAR, KAMI ADA RAHSIA DISEBALIKNYA UNTUK BERKONGSI DENGAN ANDA..DATANGLAH KURSUS YANG KAMI ANJURKAN UNTUK MEREALISASIKANNYA!!!
DAftar segera: 019-2272127 (hisham)
Note: Team kami sedang proses dapatkan pasaran di Selangor,Perak dan N.Sembilan. Setakat ini market tidak mencukupi dan kami amat memerlukan pengusaha berminat.

Friday, September 7, 2007

Mesin Chopper Elektrik dan Berenjin (Murah dari Pasaran)



Harga kembali kepada asal untuk mesin elektrik 1hp dan mesin berenjin petrol Honda 5.5hp.Harga RM2300 dan RM3000. Alat ganti mudah diperolehi, senang dikendalikan, murah dan senang diganti.Lebih murah dari harga pasaran.Hubungi 019-2272127 untuk tempahan.

Monday, August 27, 2007

SEMINAR MEMULAKAN TERNAKAN KAMBING RMK-9 BULAN DISEMBER

Siri seterusnya, akan diadakan pada 1hb. Disember 2007 (sabtu)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak,berdekatan HUKM
Bayaran: RM210
Kemudahan: Sijil,makan/minum,nota dan cd Kertas Kerja TErnakan
Call : 019-2272127 (hisham) 019-3835472 (anwar)

Wednesday, August 22, 2007

SEMINAR USAHAWAN PKNS :MEMPERKASAKAN INDUSTRI PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai ilmu pengetahuan dan pembangunan keusahawanan dari ahli panel yang berpengalaman :
1. MARDI
2.Jabatan Pertanian Negeri Selangor
3.JPH Selangor
4. LPP
5. Lembaga Kemajuan Ikan MAlaysia
6. FAMA
7. Perkongsian Pengalaman Pengusaha berjaya

Tarikh : 4hb. September 2007 (Selasa)

Tempat : Kelab Golf Bukit Beruntung, Hulu Selangor

Masa : 8.00pg hingga 5.00 ptg

Bayaran : RM20.00 (CAll 03-42561735/019-2073259/017-3766948 utk tempahan

Ajuran bersama : PKNS & Persatuan penjaja dan peniaga kecil melayu negeri selangor dan diuruskan oleh PDN Resources Sdn Bhd.
JUMPA DI BOOTH INTERXPOSE DI SANA !!!

Tahniah kepada semua peserta Seminar Memulakan TErnakan Kambing RMK-9 Siri -2 di Pusat Belia Antarabangsa,KL





Pihak InterXpose mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan penceramah di atas kesudian dan minat dalam menceburi industri ternakan kambing. Semoga dengan seminar ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang potensi sebenar serta bagaimana nak memulakan dalam industri ini yang terbuka luas dan boleh menjadikannya sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. Pihak kami akan sentiasa berhubung dengan para peserta dari siri pertama sehingga siri kedua ini bagi memperluaskan lagi rangkaian perniagaan sesama kita. Syabas dan tahniah kepada semua.




Thursday, August 9, 2007

Peta Lokasi Pusat Belia Antarabangsa pada 11 Ogos 2007

Friday, July 27, 2007

JADUAL SEMINAR MEMULAKAN TERNAKAN KAMBING RMK-9 PADA 11 OGOS (SABTU) DI PUSAT BELIA ANTARABANGSA, BANDAR TUN RAZAK,KL

MASA

PROGRAM

8.00 – 8.30 pagi

Ketibaan Peserta /Pendaftaran

8.30 – 9.00pagi

Taklimat dan Kata Aluan Sekretariat Program

9.00 – 10.30pagi

Ceramah 1 : Penternakan adalah Suatu Perniagaan

Penceramah - jph

10.30 – 11.00pagi

Minuman Ringan / Jaringan Usahawan

11.00 – 12.45tengahari

Ceramah 2 : Kaedah Memulakan Ternakan Kambing dan Peluang-Peluang pemasaran dalam Industri Ternakan Kambing

Penceramah - jph

12.45 – 2.30petang

Makan Tengahari / Solat Zohor / Jaringan Usahawan

2.30 – 3.30petang

Ceramah 3 : Sumber Pembiayaan Ternak

Penceramah - Tekun

3.30 – 4.30petang

Ceramah 4 : Penggunaan Effective Micro-

Organism (EM) (mikrob baik) di Ladang Ternakan

4.30 – 5.30petang

Ceramah 5 : Perkongsian Pengalaman daripada Pengusaha Ternakan Kambing Yang Berjaya

5.30 petang

Minuman Petang/Jaringan Usahawan / Bersurai

Wednesday, July 25, 2007

Penangguhan Bengkel Pengurusan kesihatan Ruminan

Harap maaf, bengkel pengurusan kesihatan ruminan ditangguhkan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Tarikh akan ditentukan kemudian kemungkinan selepas HAri raya Puasa nanti. Maaf kepada semua yang terlibat.

hisham
019-2272127

Tuesday, July 24, 2007

SEMINAR MEMULAKAN TERNAKAN KAMBING RMK-9 DI LEMBAH KLANG

Pada 11 Ogos 2007 (SABTU) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak.Telefon 019-3835472 atau 019-2272127 untuk tempahan dan pembayaran.Terima kasih

Thursday, July 5, 2007

BENGKEL PENGURUSAN KESIHATAN TERNAKAN RUMINAN SIRI 1/2007

Satu bengkel kesihatan ternakan ruminan (lembu dan kambing) akan diadakan pada 4hb. Ogos 2007 (sabtu) bertempat di Ladang Ternakan Integrasi InterXpose Agro, Bukit Rambai Melaka. Antara modul yang bakal diketengahkan ialah :
1. Pengurusan Kesihatan Ternakan Kambing
2. Pengurusan Kesihatan Ternakan Lembu
3. Tatacara dan Penggunaan EM di ladang ternakan ruminan

Kesemua modul ini lebih kepada praktikal dan merupakan kesinambungan kepada mereka yang telah menghadiri Seminar Memulakan Ternakan Kambing di bawah RMK-9. Kesemua modul ini akan diajar oleh Dr. Veterinar JPH dan individu yang berkenaan. Yuran kursus RM250.00 .

Kemudahan Kursus : Sijil, makan/minum dan nota

Antara objektif bengkel ini ialah:
  1. Memberi pendedahan tentang kesihatan ternakan ruminan
  2. Mengetahui pengawalan penyakit ternakan dan cara mengatasi
  3. Mengaplikasikan cara-cara Suntikan Ternakan Ruminan (Lembu dan Kambing)
  4. Mengetahui jenis-jenis ubatan ternakan
  5. Melaksanakan Amalan Penternakan yang baik
  6. Memastikan ladang ternakan bersih dan tidak berbau serta ternakan yang sihat
*** Tempat hanya 35 orang sahaja untuk memastikan peserta dapat menjalani latihan praktikal di ladang.

Wednesday, July 4, 2007

Seminar memulakan ternakan kambing Siri Kedua

Siri Kedua Seminar Memulakan Ternakan Kambing di bawah RMK-9
Pada :11hb Ogos 2007 (sabtu)
Tempat :
Pusat Belia Antarabangsa,Bandar Tun RAzak, Kuala Lumpur.
Bayaran : RM210.00 .
Kemudahan : sijil,nota dan cenderahati sekeping cd kompilasi kertas kerja ternakan (kambing,lembu dan ayam)
Selepas Seminar : pilihan menyertai Pusat Inkubator Ternakan Kambing berpakej.
Bank in ke maybank2u :157166897506 atau CIMB 12300003773058 (InterXpose Agro Resources).
Call 019-3835472 atau 019-2272127. Daftar dan bayaran dilanjutkan 7hb. Ogos 2007. Tempat terhad.

Objektif Seminar
Memberi pendedahan awal kepada peserta yang berminat menceburi bidang industri ternakan kambing secara serius. Antara topik yang diperbincangkan ialah
1. Penternakan satu perniagaan
2. Halatuju dan Potensi serta peluang
3. Pengenalan Effective microorganism (EM) ladang ternakan
4. Tip-tip dari pengusaha ternakan

Wednesday, May 30, 2007

SEMINAR MEMULAKAN TERNAKAN KAMBING DI BAWAH RMK-9 SIRI 1/07





Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat pada seminar siri pertama tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua lembaga pengarah interXpose Group Companies, pegawai JPH putrajaya, Pengarah JPH Terengganu,Bank PErtanian, Syarikat Kamuda dan syarikat Agrospin kerana sudi datang memberikan tunjuk ajar kepada saya dan para peserta. Semoga dapat bekerjasama pada siri yang kedua ini yang akan dilaksanakan di Lembah Klang. Jutaan terima kasih kepada semua peserta dan yang terlibat secara langsung atau secara tak langsung. Segala kesilapan semasa seminar tersebut, kami akan perbaiki dan pertingkatkan lagi. Semoga Penternakan menjadi satu perniagaan yang menguntungkan.

SYABAS UNTUK SEMUA

SISTEM KOLAM IKAN FIBERGLASS

Kolam ikan diperbuat dari Fiberglass menggunakan mould yang dicipta sendiri.Syarikat kami menjual sistem ini dengan harga RM15,000 dengan 4 kolam besar dengan keseluruhan sistem keluar masuk air seperti enjin dan sistem paip.Jaminan 3 tahun. Tidak memerlukan tanah yang luas hanya cukup di belakang rumah. Penjagaan yang mudah dan cekap.Kos penghantaran percuma untuk kawasan di semenanjung.Pada masa ini, kami dalam proses untuk menternak udang galah menggunakan sistem ini.

PUSAT INKUBATOR TERNAKAN KAMBING


Pusat inkubator ini telah beroperasi tahun 2006 dengan 12 peserta. Caranya peserta yang berminat akan membeli kambing betina 10 ekor dengan syarikat dan menyewa kandang/lot yang disediakan dengan bayaran tertentu secara bulanan. Kambing Pejantan, syarikat yang sediakan.Pasaran boleh diuruskan oleh pihak syarikat atau peserta itu sendiri. Segala anak yang lahir dan penjualan kambing tersebut adalah milik peserta sepenuhnya. Kontrak perjanjian disediakan. Beberapa pakej disediakan . Objektifnya untuk mereka yang tiada tanah atau baru nak berjinak dalam industri kambing ini belajar dan melihat peluang yang ada. Setelah berjaya, mereka boleh berpindah ke tempat mereka sendiri dan kami akan membimbing untuk mendapatkan subsidi dan peluang-peluang lain.Berminat dan ingin maklumat lanjut, boleh hubungi 012-2327879 atau 019-2272127.Tempat adalah sangat terhad.Buat masa ini InterXpose hanya menawarkan Pusat Inkubator di Melaka dan terbaru di Hulu Langat,Selangor sahaja.Selain dari itu,tidak ada, jangan tertipu dengan penggunaaan nama syarikat interxpose untuk kawasan lain.Harap maklum.

CD USAHAWAN TERNAKAN KAMBING A-Z


Kaedah ternakan kambing yang memuatkan dari peringkat permulaan seperti jenis-jenis kambing, penyediaan kandang,cara menternak A-Z,kawalan penyakit,makanan ternakan,strategi pemasaran,analisa swot industri ternakan kambing, gambar-gambar berkaitan ternakan kambing,ubatan dan rumput ternakan, permohonan pekerja asing, tatacara aplikasi Effective Mictoorganism (Bakteria Baik) serta 10 video ringkas tentang ternakan kambing.Di samping itu dimuatkan juga cara penyediaan kertas kerja dan skim akreditasi ladang ternakan (SALT). Dengan CD ini bakal-bakal dan penternak dapat pengetahuan berguna untuk pengendalian dan pengurusan ternakan kambing. Harga CD ini dijual RM30.00 sahaja. Sesiapa berminat boleh bank in ke Maybank Ac. 157166897506 atas Mohd Hisham Idris.Sila Sms nama dan alamat penuh dan tarikh bayar ke 019-2272127.

Tuesday, May 29, 2007

RUMPUT GUATEMALA MAKANAN TERNAKAN RUMINAN

Rumput Guatemala atau nama saintifik 'Tripsacum Laxum' adalah sejenis rumput makanan ternakan. Sesuai untuk ternakan ruminan seperti lembu,kerbau dan kambing.Boleh dijadikan pastura,foder atau silaj.Harga RM1.80 /polibag. Cara membiak melalui anak pokok .akarnya berwarna merah,senang ditanam dan cepat membesar jika cukup air dan pembajaan.Beli borong dapat murah..sementara stok masih ada.

MESIN PENGISAR RUMPUT NAPIER/GUATEMALA DAN JAGUNG




Mesin Pengisar rumput/jagung buatan sendiri dengan 2 jenis model iaitu elektrik 1 kuasa kuda dan enjin petrol 5.5 kuasa kuda. Bahan-bahan dari sumber tempatan, mudah dikendalikan, alat ganti mudah diperolehi dan menjimatkan.Harga antara Rm2300 dan RM3000.
Related Posts with Thumbnails