Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Wednesday, September 19, 2012

Pernah Dengar Garam Hitam?

Disebabkan ramai yang bertanya pasal garam hitam ni, saya keluarkan kembali artikel berkaitan dengan garam tersebut untuk tatapan semua pengunjung blog saya. Berikut ceritanya....

Edisi Bahasa Melayu
Garam hitam juga dikenali sebagai namak kala. Ini adalah jenis khas India dengan garam mineral yang khas / rasa belerang . Garam Hitam tidak hitam sangat, tetapi lebih abu-abu kemerahan, kerana kehadiran mineral dan besi. Hal ini tidak dapat dipertukarkan dengan garam laut atau garam meja kerana rasa yang berbeza itu.Menurut India klasik ilmu perubatan, Ayurveda, garam hitam penuh manfaat terapeutik. Hal ini kaya zat besi, dan merupakan ubat untuk perut kembung dan mulas. Menurut Ayurveda doktor, garam hitam adalah bentuk yang paling menguntungkan kerana tidak seperti garam biasa, mereka tidak meningkatkan kadar sodium darah dan oleh kerana itu disyorkan untuk pesakit dengan tekanan darah tinggi dan rendah garam makan pelaku diet. Ini juga merupakan peremajaan sementara membantu pencernaan dan memperbaiki penglihatan. Dikatakan untuk membantu pencernaan dan melembutkan usus.
Penggunaan Black Garam:
Garam Hitam India dianggap sebagai pendingin rempah-rempah di ayurveda ubat dan digunakan sebagai ubat pencuci perut dan pencernaan bantuan. Hal ini juga diyakini mengurangkan gas usus dan mulas. Garam Hitam dihargai oleh vegan dalam pinggan yang menyerupai rasa telur. Ini digunakan, contohnya, untuk bumbu tahu untuk meniru salad telur. Hal ini juga sering digunakan dalam jumlah kecil di chutneys, raitas, acar dan banyak lainnya India gurih camilan, menambah rasa yang sangat berbeza daripada hanya menggunakan garam biasa. Cuba percikan di potong buah segar seperti epal dan pisang untuk menambah ke lazatannya. Juga boleh digunakan untuk menggantikan garam laut atau garam meja.
Manfaat Garam Hitam:
-:Obat untuk perut kembung dan mulas
-:Pencernaan
-:Meningkatkan pandangan mata
-:Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Edisi  Bahasa Inggeris

What is Black Salt?
Black salt is also known as kala namak.It is a special type of Indian mineral salt with a distinctive / sulfurous flavor.Black salt or Kala Namak is not black, but more a reddish-gray, because of the presence of trace minerals and iron.It is not interchangeable with sea salt or table salt because of it's distinct flavor.According to India's classical medical science, Ayurveda, black salt is full of therapeutic benefits.It is rich in iron, and is a cure for flatulence and heartburn.According to Ayurveda doctors, black salt is the most beneficial form of salt because unlike ordinary salt, they don't increase the sodium content of blood and are therefore recommended for patients with high blood pressure and low-salt eating dieters.It is also a rejuvenator while aiding digestion and improving eyesight.It is said to aid in digestion and soften the bowel.

Uses of Black Salt
Indian Kala Namak is considered a cooling spice in ayurvedic medicine and is used as a laxative and digestive aid.It is also believed to relieve intestinal gas and heartburn.
Kala Namak is appreciated by vegans in dishes that mimic the taste of eggs.It is used, for example, to spice tofu to mimic an egg salad.It is also regularly used in small quantities in chutneys, raitas, pickles and many other savory Indian snacks, adding a very different flavor than just using regular salt.Try sprinkling it on fresh cut fruit such as apples and bananas for a delicious treat.Can also be used to replace sea salt or table salt.
Benefits of Black Salt.
Cure for flatulence and heartburn.
Aids digestion.
Improves eyes sight.
Helps to lower high blood pressure.
Sumber :http://groups.yahoo.com/group/Usahawan_Melayu/message/15445
Berminat untuk mendapatkan garam hitam ini,hubungi saya di talian 0192272127. Harga runcit rm15/kg. Harga borong sila pm saya.tq

Tuesday, September 11, 2012

Jentera mini bajak tanah




Jentera mini bajak tanah

Type: 4-stroke, 1-cylinder, OHV, forced air cooled
Displacement: 163cm3 / 196cm3
Bore X Stroke: 68 X 45mm
Oil Capacity: 0.6 Litre
Fuel Tank Capacity: 2.6 Litre
Ignition System: Transistor Magneto
Length: 1390mm
Width: 654mm
Height: 975mm
Weight: 46kg
Price : RM2200             optional : alat buat lorong RM600

Tuesday, September 4, 2012

PANDUAN MENANAM PETAI DAN JERING


PETAI DAN JERING

Petai (Parkia speciosas Hassk.) dan Jering (Pithecellobium lobatum Senth.) adalah jenis tanaman dari keluarga Legumino-sae.  Biji petai dan jering amat digemari sebagai makanan ulam.  Petai mengandungi banyak zat terutama vitamin A, C dan zat galian.  Zat pemakanan pada jering adalah kalsiam dan besi.  Petai dan jering boleh dibuat rendang, direbus, masakan sambal tumis, acar dan jeruk.  Di segi kesihatan, khasiat kedua jenis ulam ini dikatakan boleh mengubati penyakit kencing manis.

PETAI
Petai berupa pohon yang tingginya antara 5-25 m.  Daunnya jenis berselang, bipinata dengan anak-anak daun yang kecil.  Kepala bunga berbentuk bebola di hujung julaian tangkai yang panjangnya 20-45 cm.  Setiap kepala bunga menghasilkan beberapa buah petai.  Setiap buah mengandungi 10-18 biji petai berkulit tipis dan berbau menusuk.  Biji petai yang digunakan mempunyai kulit buah yang berwarna hijau ketika matang.  Kulit petai tua bertukar menjadi perang atau hitam.
JERING
Jering berupa pohon yang tingginya mencapai 10-26 m.  Daunnya bersirip ganda dua.  Anak-anak daun muda berwarna ungu-coklat.  Bunganya berumbai tumbuh pada ketiak-ketiak daun yang sudah gugur.  Buahnya berupa lenggai berbentuk pipeh dan berbelit berwarna ungu tua.  Lenggai berisi 5-7 biji yang mempunyai kulit ari tipis berwarna coklat mengkilap.
Kesesuaian iklim dan tanah
Petai dan jering boleh ditanam di tanah rendah hingga dataran tanah yang tinggi 1,500 m daripada paras laut. Iklim kawasan yang cukup lembap dan panas adalah sesuai untuk pertumbuhan pokok yang subur.
Tanah mestilah mempunyai saliran yang baik.  Tanah jenis peroi dalam terutamanya di kawasan cerun sedikit adalah paling baik.  Tanah gembur, tanah liat berpasir atau liat peroi juga didapati sesuai.
Penanaman
·         Menyedia anak benih

Petai dan jering ditanam daripada biji.  Sebanyak 3-4 biji benih ditanam di dalam beg plastik berukuran 15 cm x 25 cm.  Hanya pilih satu anak benih yang subur sahaja selepas percambahan. 

Campuran tanah di dalam beg plastik mengandungi 2 bahagian pasir, 1 bahagian baja asli reput dan 1 bahagian tanah lapisan atas.

Berikan naungan daripada cahaya matahari terik dengan menggunakan daun kelapa pada peringkat permulaan menanam.  Kurangkan lindungan berperingkat-peringkat sehingga ditanam ke ladang.  Anak benih ditanam di ladang apabila lebih kurang 15-20 cm tinggi.
 
·         Jarak tanaman dan cara menanam

Jarak tanaman yang sesuai ialah 15 m x 15 m atau 20 m x 20 m empat segi sama (jaraknya lebih rapat untuk tanah yang kurang subur). 
Pancang dan gali lubang sebesar 30 cm x 30 cm x 30 cm dan campurkan tahi lembu dan baja seperti rock phosphate.
Tanam pokok pada awal musim hujan.  Buang beg plastik sebelum menanam pokok.  Selepas menanam, padatkan tanah di sekeliling pokok dan ikatkan pada kayu sokongan.
PENJAGAAN
  • Membaja

    Pokok petai dan jering boleh dibaja dengan baja dagangan ataupun baja organik.
     
  • Baja Dagangan

    Dua jenis baja yang diperlukan ialah baja tumbesar dan baja buah

    Baja Tumbesar : N:P205:K20 (14:14:14)  atau N:P205:K20: Mg0 (15:15:6:4)
    Baja Untuk Buah :  N:P205:K20: Mg0 (12:12:17:2)
Tabur baja bertompok-tompok atau ke dalam parit kecil di sekeliling sudut pokok dan gaulkan ke dalam tanah.
Syor pembajaan
Untuk Pokok (tahun)
Jenis Baja
Kadar Pembajaan
(kg/pokok/tahun)
Masa
1
Tumbesar
0.5
3 bulan sekali terutama pada awal musim hujan.
2
Tumbesar
0.1
3 bulan sekali terutama pada awal musim hujan.
3
Tumbesar
2.0
2-3 kali setahun terutama pada awal musim hujan
4
Tumbesar
3.0
2-3 kali setahun terutama pada awal musim hujan
7
Untuk buah
6.0
1/2 bulan selepas musim buah.
8-10
Untuk buah
7.0

11-14
Untuk buah
8.0

15
Untuk buah
9.0
1/2 bulan sebelum berbunga
 
·         Baja Asli

Baja tahi lembu dan tahi kambing amat sesuai digunakan sebagai baja asli.  Baja-baja ini hendaklah dilonggokkan kira-kira 0.6 m - 0.9 m dari pangkal pokok.  Kadar ialah lebih kurang 4 pungkis sepokok, setiap 6 bulan sekali.  Baja-baja ini janganlah ditabur kerna akan menjadi cepat kering dan kurang berkesan.
 
Mengawal Rumpai
Apabila pokok masih muda, rumpai di keliling pokok boleh dikawal dengan mencangkul atau mencabut dengan tangan.  Rumpai diantara pokok dan di keliling pokok yang lebih matang boleh dikawal dengan semburan paraquat sebanyak 20-25 c.c./4.5 liter air.  Buatkan sungkupan dengan daun-daun dan rumpai kering.
Mengawal Musuh dan Penyakit
Pokok petai biasanya diserang oleh ulat-ulat pengorek batang pada peringkat tumbesarannya.  Sebagai kawalan, kebersihan kebun hendaklah dijaga.  Semburan racun seperti trichlorphon atau gamma BHC 0.1% bahan aktif boleh digunakan untuk serangan yang teruk.
MEMUNGUT HASIL
Pokok petai menghasilkan buah selepas 5-10 tahun ditanam dan jering mula berbuah selepas 10-15 tahun ditanam.  Kutip buah daripada dahan tinggi dengan menggunakan kacip bergalah.  Potong tangkal buah serta rantingnya sekali sepanjang 25 cm.  Buang daun-daun dan ikat buah-buah dengan tangkainya.

Bimbing usahawan daging


Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

selepas berjaya sebagai penternak, nordin mat berusaha membimbing usahawan membangunkan outlet yang
Setelah berjaya dalam bidang penternakan kambing Boer, melibatkan diri dalam membangunkan usahawan ternakan serta kedai berasaskan daging, kini Nordin Mat melangkah setapak lagi dengan memulakan kursus perniagaan kedai daging secara komersial.
Selaku Pengarah KMJ Supplies Sdn. Bhd., Nordin berkata, kedai daging dengan jenama Perfect Fresh & Frozen telah mula mengadakan kursus setiap bulan bagi yang berminat memulakan perniagaan kedai daging mereka sendiri.
“Program yang lepas adalah dengan kerjasama dengan Mara berkonsepkan mentor mentee dengan Perfect Fresh & Frozen bertindak sebagai mentor.
“Di bawah Program Usahawan Bumiputera MARA, seramai 50 peserta telah disaring sebelum memilih 10 orang dan daripada itu hanya lima orang telah dipilih untuk memulakan kedai mereka masing masing,” katanya ditemui semasa sesi latihan kursus memulakan kedai daging secara komersial di premisnya di Kajang, Selangor.
Katanya, ini merupakan salah satu cara untuk mentee membangunkan sebuah kedai daging dengan bantuan mentor.
“Sebagai mentor, kami memberikan komitmen dari A hingga ke Z, bermula dengan bagaimana untuk memulakan sehingga menjalankan perniagaan,” katanya.
Nordin menambah, kedai daging ini dijangka akan dapat membantu individu yang terlibat dalam penternakan memandangkan outletnya menjual pelbagai jenis produk seperti daging kambing, lembu, rusa, arnab, burung unta, burung puyuh, ayam kampung dan sebagainya.
Kursus berkenaan mengambil masa tujuh hari menggunakan tenaga pengajar profesional bagi memantapkan lagi kefahaman peserta.
“Mereka juga digalakkan menjalankan trial and error sendiri sehingga mereka benar-benar boleh menyelesaikan masalah mereka sendiri,” katanya.
Peserta juga akan diajar melayan pelanggan dengan memberikan seberapa banyak banyak maklumat mengenai potongan daging, kesesuaian dan juga resipi.
Pelanggan juga diberikan tip memilih serta penjagaan daging serta masakan yang sesuai.
Cara ini bukan saja dapat menambahkan pengetahuan pelanggan tetapi juga memberikan pilihan kepada pelanggan untuk datang lagi ke kedai berkenaan.
Apa kata peserta
Bertugas sebagai kontraktor selama 22 tahun, Hasnul Badaruddin, 42, melihat industri makanan mempunyai potensi yang besar semasa ambang kemelesetan ekonomi.
“Saya telah menjalankan tinjauan di Taman Permata, Hulu Kelang dan Bandar Sri Damansara dan mendapati permintaan terhadap produk makanan adalah tinggi.
“Selain ini industri berkenaan juga mengeluarkan produk berasaskan daging yang suci, sihat dan halal,” katanya yang bercadang untuk membuka kedai daging di Taman Permata menjelang Mac ini.
Beliau yang datang menjalani kursus berkenaan dengan anak perempuannya, Siti Norsalsabila, 18, berkata, kursus yang diikuti akan menjadi galakan untuk anaknya memulakan perniagaan.
Sementara suri rumah, Norainon Aiman, 39, mendapat dorongan suami bagi menghadiri kursus berkenaan.
“Pada mulanya saya tidak berminat untuk membuka kedai daging tetapi selepas diberikan pendedahan barulah hati saya terbuka,” katanya.
Beliau menambah, latihan yang disertai memberikan banyak ilmu yang bermanfaat mengenai keratan daging.
“Buat masa ini saya amat yakin dan merancang untuk membuka kedai di Shah Alam selewat-lewatnya Mac ini,” katanya yang tinggal di Beranang, Selangor.

Kacukan Boer-Black Bengal pertama di dunia

DUA ekor anak kambing kacukan Boer dan Black Bengal. - Gambar Bernama


MALAYSIA menjadi negara pertama di dunia yang mengacukkan kambing baka Black Bengal dan Boer yang dijangka mampu membuka pintu baru untuk pasaran daging kambing yang lebih bermutu.
Hasil kepakaran saintis tempatan, dua ekor anak kambing kembar berjaya dilahirkan hasil kacukan dua jenis baka itu.
Walaupun kejayaan itu masih baru tetapi potensi pasaran untuk daging kambing sudah menjadi bukti apabila anak kambing yang dilahirkan itu seekor jantan dan seekor betina masing-masing mempunyai berat badan 1.5 kilogram (kg) dan 1.4 kg.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Zairi Serlan berkata, di Malaysia hanya Kelantan sahaja mempunyai kambing spesies ini dan berjaya membuat kacukan tersebut.
Menurut beliau, kambing Black Bengal, yang hanya terdapat di Bangladesh, tidak pernah dibawa keluar dari negara itu dan ia dihadiahkan hanya kepada kerajaan negeri Kelantan.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, kambing Black Bengal bersaiz kecil, berwarna hitam, berbulu pendek dan lembut.
Kambing jenis itu mempunyai tulang belakang yang lurus, berkaki pendek dan telinganya agak panjang.
''Ciri-ciri yang menarik pada baka kambing ini ialah sifat kesuburannya yang baik, bilangan kelahiran atau kadar kembar yang tinggi dan mudah menyesuaikan diri kepada persekitaran yang kurang subur.
"Sifatnya yang matang menyaksikan kambing betina mula melahirkan anak pada umur 12 bulan, dengan kelahiran sekurang-kurangnya tiga kali dalam dua tahun dan dengan purata bilangan anak sekelahiran sebanyak 2.2 ekor", kata Dr Mohd. Zairi.
Bagaimanapun, katanya, berat anak kambing semasa kelahiran ialah antara 800gram dan 900gram.
"Kambing ini mudah dipelihara menggunakan rumput rumpai tempatan, walaupun tanpa makanan tambahan menjadikan kos pengeluaran yang paling minimum", katanya.
Kambing Boer, adalah hasil kacukan kambing dari Afrika Selatan dan kambing dipilih khas untuk daging di Australia.
Dengan ciri-ciri kadar tumbesaran yang tinggi dan kualiti daging yang baik, kambing Boer mudah menyesuaikan diri pada persekitaran yang panas dan kering di samping mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap ancaman penyakit.
Kambing Boer biasanya mempunyai badan yang berwarna putih dan kepala serta leher berwarna coklat, serta mudah dipelihara, cepat membesar dan kadar kesuburan yang tinggi.
''Bagaimanapun kadar kelahiran bagi kambing itu tidak begitu tinggi iaitu sekadar 1.2 ekor setahun.
''Berat anak semasa dilahirkan ialah pejantan Boer dewasa boleh mencapai antara 110 kg dan 130 kg manakala betina dewasa antara 90 kg dan 100kg,'' katanya.
Penolong Pegawai Veterinar, Normala Tukiban, yang terlibat dalam operasi pengacukan itu, berkata dua ekor kambing Black Bengal telah dikacukkan menggunakan pejantan muda baka Boer secara tabii, iaitu seekor pada 10 Mei 2008 dan seekor lagi pada 26 Mei tahun lalu.
Kesemua kambing betina Black Bengal itu diselaraskan berahinya menggunakan hormon dengan alat silikon berbentuk Y yang dinamakan Control Intra-Vaginal Device Releasing Hormone (CIDR).
''Selepas beberapa minggu alat itu diletakkan di kemaluan kambing betina, ia ditanggalkan dan kambing jantan Boer akan diletakkan dalam kandang dengan kambing betina untuk mengawan," katanya.
Setelah dikacukkan, pada 9 Okt tahun lalu, seekor ibu Black Banggal telah melahirkan anak kembar seekor jantan dan seekor betina.
Normala berkata, kelahiran anak kembar dengan berat lahir yang tinggi membuktikan pengkacukan ini berpotensi.
"Sifat prolifik Black Bengal ditunjukkan dengan kelahiran anak kembar tersebut. Sifat Boer pula ditunjukkan dengan kadar pertumbuhan berat badan yang baik," katanya.
Dr Mohd Zairi berkata, satu daripada tujuan pengacukan antara baka ternakan ialah untuk mendapatkan kecergasan kacukan (hybrid vigour) iaitu penonjolan sifat yang lebih baik oleh mana-mana sifat dari kedua-dua baka ternakan berkenaan.
Katanya, dalam pengacukan baka Boer dan Black Bengal, sifat ini ditunjukkan pada berat kelahiran anak yang lebih tinggi berbanding dengan baka Black Bengal yang biasa, iaitu 1.4 kilogram sehingga 1.5 kilogram berbanding dengan 0.8 kilogram sehingga 0.9 kilogram.
''Begitu juga dengan kadar pertumbuhan anak kacukan setinggi 50 gram sehingga 80 gram sehari berbanding dengan 35 gram sehingga 40 gram pada berat baka Black Bengal,'' katanya.
Potensi baik ini telah mendorong projek untuk mengembangkan lagi pengacukan kedua jenis kambing menggunakan lebih banyak betina Black Bengal.
Hasil dari pengacukan lebih lanjut menggunakan ternakan yang lebih banyak akan memberi gambaran yang lebih tepat tentang prestasi sebenar projek ini.
Pengacukan secara permanian beradas juga dalam pelaksanaan sebagai langkah jangka panjang kerana program sedemikian akan memerlukan perancangan dan penyediaan kepakaran teknikal serta belanjawan yang agak tinggi.
Kaedah ini dijangka dapat mengatasi masalah pengacukan menggunakan baka kambing pejantan Black Bengal kepada kambing betina Boer kerana kambing jantan itu mempunyai ketinggian rendah menyebabkan sukar untuk mengawan. - Bernama
Petikan dari Utusan Online..

tauke sayur

Dahulu pokok bunga kini tanam sayur
SRI MENDAPAT – Jika dahulu kawasan belakang rumahnya dipenuhi dengan pokok bunga namun semenjak awal tahun ini ianya berubah dan dipenuhi dengan tanaman sayur-sayuran pelbagai jenis. Suri rumah tangga sepenuh masa, Sabarinah Kariyoh, 43, dari Felcra Seri Mendapat kini boleh berbangga apabila dapat menikmati hasil tanaman sayur-sayuran di belakang rumahnya. “Dahulu belakang rumah dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga tetapi tidak tahan dengan baja yang mahal dan saya mengambil keputusan untuk menggunakan tanah ini untuk bercucuk tanam. “Selepas saya menghadiri kursus Kempen Bumi Hijau di Felcra Bukit Sendanan, awal tahun lalu, banyak maklumat dan informasi menarik yang saya jadikan panduan untuk memulakan tanaman,” katanya kepada Sinar Harian. Katanya, bermula dengan tanaman sawi, kini di kebun kecilnya itu juga mempunyai kacang panjang, kacang buncis, kangkung, timun dan cili. “Selesai kursus bersama rakan-rakan lain, saya sambil dibantu suami dan tiga anak lelaki bekerjasama membersihkan kawasan belakang rumah dan menjadikannya sebagai kebun kecil untuk kami bercucuk-tanam. “Bercucuk tanam sayur-sayuran ini sangat mudah kerana ia tidak memerlukan jagaan rapi seperti pokok bunga dan baja yang diperlukan juga tidak mahal hanya perlu menggunakan baja organik,” katanya. Jelasnya, Felcra banyak membantunya sekeluarga dalam mengusahakan kebun kecil itu. “Pihak Felcra sendiri ada menyampaikan bantuan seperti baja, tanah, batu-bata, benih kepada saya semasa mereka mendapati saya sekeluarga benar-benar mahu mengusahakan tanaman sayur-sayuran. “Justeru, saya ingin berterima kasih di atas bantuan dan galakan daripada pihak Felcra serta Ketua Peserta Koperasi Felcra Sri Mendapat, Jumat Md Lani di atas segala sokongan yang diberikan,” katanya. Menurutnya, dengan adanya tanaman ini, mereka kini dapat berjimat wang dapur dan ia dapat digunakan untuk keperluan lain. “Jiran-jiran, rakan-rakan dan sanak-saudara semua turut sama merasai hasil tanaman kami dan saya sendiri berasa puas dan seronok apabila semua hasil tanaman yang diusahakan menjadi. “Pihak pemborong juga sudah banyak yang bertanyakan mahu membeli hasil tanaman saya memandangkan hasil tanaman sayuran saya semakin membesar,” katanya.

Apakah Azomite yang sebenarnya?

AZOMITE® is a mined natural mineral product that is an excellent anti-caking agent and a unique re-mineralizer for soils. For over sixty years crop and livestock producers have used this exceptional material to improve livestock and plant growth. Assays reveal that the material contains a broad spectrum of over 70 active minerals and trace elements.
  • Come and see us in booth 3502 at the World Ag Expo in Tulare, CA February 9-11, 2010.
  • AZOMITE® is now sold in over 25 different countries!
  • Our most recent success story is pictured to the right. The corn on the right was planted with AZOMITE® one month after the corn on the left was planted without AZOMITE®. Yes – one month AFTER!

.
cornfield

AZOMITE® is listed by the Organic Materials Review Institute (OMRI) for use in organic production

AZOMITE® is Certified by the Islamic Food and Nutrition Council of America

Tanaman Kunyit


Curcuma domestica Val
Atau Curcuma longa Koen
Famili : Zingiberaceae


SINOPSIS MAKLUMAT

Tulisan ini menceritakan berkenaan tanaman kunyit secara sederhana lengkap. Penerangannya berkaitan dengan tanaman kunyit iaitu apa itu kunyit, cara mengusahakan perusahaan tanaman kunyit dari pembukaan kawasan kebun sehinggalah kepada anggaran kos pengeluarannya.


Tajuk utama penulisan ini ialah

a.TANAMAN KUNYIT
b.PENGENALAN PERUSAHAAN KUNYIT
c.BAHAGIAN A (bahagian teknikal tanaman kunyit)
d.BAHAGIAN B (bahagian kewangan/anggaran kos pengeluaran kunyit)


Tulisan ini boleh dijadikan panduan bagi pengusaha pertanian yang ingin mengusahakan tanaman kunyit ini.

Secara keseluruhan perusahaan tanaman kunyit sangat memberi keuntungan kepada para pengusahanya.



TANAMAN KUNYIT

Kunyit merupakan tanaman ubat berupa semak dan bersifat tahunan (perennial) yang tersebar di seluruh daerah tropika. Tanaman kunyit tumbuh subur dan liar di sekitar hutan/bekas kebun. Diperkirakan berasal dari Binar pada ketinggian 1300-1600 m dari paras laut, ada juga yang mengatakan bahawa kunyit berasal dari India.


Kata Curcuma berasal dari bahasa Arab Kurkum dan Yunani Karkom. Pada tahun 77-78 SM, Dioscorides menyebut tanaman ini sebagai Cyperus menyerupai jahe, tetapi pahit, kelat, dan sedikit pedas, tetapi tidak beracun. Tanaman ini banyak ditanam di Asia Selatan khususnya di India, Cina Selatan, Taiwan, Indonesia (Jawa), dan Filipina.



Klasifikasi

Divisio : Spermatophyta

Sub-diviso : Angiospermae

Kelas : Monocotyledoneae

Ordo : Zingiberales

Famili : Zungiberaceae

Genus : Curcuma

Species : Curcuma domestica Val.


Deskripsi

Tanaman kunyit tumbuh bercabang dengan tinggi 40-100 cm. Batang merupakan batang semu, tegak, bulat, membentuk rimpang dengan warna hijau kekuningan dan tersusun dari pelepah daun. Daun tunggal, bentuk bulat telur memanjang hingga 10-40 cm, lebar 8-12,5 cm dan pertulangan menyirip dengan warna hijau pucat. Berbunga majmuk yang berambut dan bersisik dari pucuk batang semu, panjang 10-15 cm dengan mahkota sekitar 3 cm dan lebar 1,5 cm, berwarna putih/kekuningan. Hujung dan pangkal daun runcing, tepi daun yang rata. Kulit luar rimpang berwarna jingga kecoklatan, isi buah merah jingga kekuning-kuningan.


Jenis Tanaman

Jenis Curcuma domestica Val, C. domestica Rumph, C. longa Auct, u C. longa Linn, Amomum curcuma Murs. Ini merupakan jenis kunyit yang paling terkenal dari jenis kunyit lainnya.


Manfaat tanaman kunyit

Kalau dii Indonesia, kunyit banyak digunakan sebagai ramuan jamu kerana berkhasiat menyejukkan, membersihkan, mengeringkan, menghilangkan gatal, dan menyembuhkan kesemutan. Manfaat utama tanaman kunyit, iaitu: sebagai bahan ubat tradisional, bahan baku industri jamu dan kosmetik, bahan masakan, penternakan dan sebagainya. Di samping itu tanaman kunyit itu juga bermanfaat sebagai anti inflamasi, anti oksida, anti mikrob, pencegah kanser, anti tumor, dan menurunkan kadar lemak darah dan kolesterol, serta sebagai pembersih darah.


PENGENALAN PERUSAHAAN KUNYIT

Dewasa ini rata-rata keperluan bahan seperti kunyit untuk industri kosmetik/jamu tradisional dan sebagainya di negara kita sangat tinggi. Tingkat keperluan pasar dari tahun ke tahun semakin meningkat dengan percentage peningkatan 10-25% per tahun.


Keperluan lebih tinggi pada waktu menjelang hari-hari besar/hari raya. Permintaan keperluan industri di atas sebahagian besar berasal dari para petani. Melihat dari keperluan industri jamu dan kosmetik yang ada di dalam negeri, penawaran dan permintaan terhadap kunyit tidak seimbang, apalagi memenuhi permintaan pasar luar negeri. Sementara keperluan kunyit di pasaran dunia pada masa ini mencapai ratusan ribu tan/tahun. Sebahagian kecil dari jumlah tersebut dipenuhi oleh negara India, Haiti, Sri Lanka, Cina, dan negara-negara lainnya. Malaysia kini sudah sepatutnya mengusahakan tanaman ini secara komersial sehingga produksi yang dicapai lebih cepat dan tinggi, agar keperluan minimum dalam negeri terpenuhi secara optimal.


BAHAGIAN A


Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pokok kunyit
Iklim
1.Tanaman kunyit dapat tumbuh baik di daerah yang memiliki intensiti cahaya penuh atau sederhana, sehingga tanaman ini sangat baik hidup pada tempat-tempat terbuka atau sedikit naungan.

2.Pertumbuhan terbaik dicapai pada daerah yang memiliki curahan hujan 1000-4000 mm/tahun. Bila ditanam di daerah curahan hujan <>

3.Suhu udara yang optimum bagi tanaman ini antara 19-30 oC.



Media Tanam
1.Kunyit tumbuh subur pada tanah gembur, pada tanah yang dicangkul dengan baik akan menghasilkan umbi yang berlimpah.

2.Jenis tanah yang diinginkan adalah tanah ringan dengan bahan organik tinggi, tanah lempung berpasir yang terbebas dari genangan air/sedikit basah.



Ketinggian Tempat
1.Kunyit tumbuh baik di dataran rendah (mulai <> 2000 m dari paras laut). Produksi optimal + 12 ton/ha dicapai pada ketinggian 45 m dari paras laut.


Panduan mengusahakan tanaman kunyit
Pembenihan
1) Persyaratan menyemai

Anak benih kunyit yang baik berasal dari pemecahan rimpang (batang pokok dalam tanah yang tumbuh mendatar dan bercabang-cabang), kerana lebih mudah tumbuh. Syarat penyemaian yang baik : berasal dari tanaman yang tumbuh subur, segar, sihat, berdaun banyak dan hijau, terhindar dari serangan penyakit; cukup umur/berasal dari rimpang yang telah berumur > 7-12 bulan; bentuk, ukuran, dan warna seragam; memiliki kadar air cukup; benih telah mengalami masa istirahat (dorman) cukup; terhindar dari bahan asing (biji tanaman lain, kulit, kerikil).


2) Pesiapan menyemai benih

Rimpang dipotong agar diperoleh ukuran dan dengan berat yang seragam serta untuk memperkirakan banyaknya mata tunas/rimpang. Bekas potongan ditutup dengan abu dapur/sekam atau merendam rimpang yang dipotong dengan larutan fungisida (benlate dan agrymicin) guna menghindari tumbuhnya jamur. Tiap potongan rimpang maksimum memiliki 1-3 mata tunas, dengan berat antara 20-30 gram dan panjang 3-7 cm.


3) Teknik Penyemaian Benih

Pertumbuhan tunas rimpang kunyit dapat dirangsang dengan cara: mengangin-anginkan rimpang di tempat teduh atau lembap selama 1-1,5 bulan, dengan penyiraman 2 kali sehari (pagi dan sore hari). Benih tumbuh baik bila disimpan dalam suhu kamar (25-28 oC). Selain itu menempatkan rimpang di antara jerami pada suhu udara sekitar 25-28 oC. dan merendam benih pada larutan ZPT (zat pengatur tumbuh) selama 3 jam. ZPT yang sering digunakan adalah larutan atonics (1 cc/1,5 liter air) dan larutan G-3 (500-700 ppm). Rimpang yang akan direndam larutan ZPT harus dikeringkan dahulu selama 42 jam pada suhu udara 35 oC. Jumlah anakan atau berat rimpang dapat ditingkatkan dengan jalan direndam pada larutan pakloburazol sebanyak 250 ppm.


4) Pemindahan Benih

Benih yang telah siap lalu ditempatkan pada persemaian, di mana rimpang akan muncul tunas telah tanaman berumur 1-1,5 bulan. Setelah tunas tumbuh 2-3 cm maka rimpang sudah dapat ditanam di lahan. Pemindahan benih yang telah bertunas harus dilakukan secara hati-hati guna menghindari agar tunas yang telah tumbuh tidak rosak. Bila ada tunas/akar benih yang saling terkait maka akar tersebut dipisahkan dengan hati-hati lalu letakkan benih dalam wadah tertentu untuk memudahkan pengangkutan benih ke lokasi lahan. Jika jarak antara tempat pembenihan dengan lahan jauh maka benih perlu dilindungi agar tetap lembap dan segar ketika tiba di lokasi. Selama pengangkutan, benih yang telah bertunas jangan ditumpuk.


Pengolahan Media Tanam


1) Persiapan kawasan

Lokasi penanaman dapat berupa perkebunan atau pekarangan. Penyiapan kawasan untuk kebun kunyit sebaiknya dilakukan 30 hari sebelum tanam.


2) Pembukaan kawasan tanah

Kawasan tanah yang akan ditanam kunyit dibersihkan dari gulma dan dicangkul secara manual atau menggunakan alat mekanik bagi menggemburkan lapisan top soil dan sub soil juga sekali gus mengembalikan kesuburan tanah. Tanah dicangkul pada kedalaman 20-30 cm kemudian dibiarkan selama 1-2 minggu agar gas-gas beracun yang ada dalam tanah menguap dan bibit penyakit/hama yang ada mati karena terkena sinar matahari.


3) Pembinaan batas

Tanah kemudian dibatas dengan lebar 60-100 cm dan tinggi 25-45 cm dengan jarak antar bedengan 30-50 cm.


4) Pemupukan (sebelum tanam)

Untuk mempertahankan kegemburan tanah, meningkatkan unsur hara dalam tanah, drainase, dan aerasi yang lancar, dilakukan dengan menaburkan pupuk dasar (pupuk kandang) ke dalam lahan/dalam lubang tanam dan dibiarkan 1 minggu. Tiap lubang tanam membutuhkan pupuk kandang 2,5-3 kg.


Teknik Penanaman

1) Penentuan Pola Tanaman

Benih kunyit yang telah disiapkan kemudian ditanam ke dalam lubang berukuran 5-10 cm dengan arah mata tunas menghadap ke atas. Tanaman kunyit ditanam dengan dua pola, iaitu penanaman di awal musim hujan dengan penuaian di awal musim kemarau (7-8 bulan) atau penanaman di awal musim hujan dan penuaian dilakukan dengan dua kali musim kemarau (12-18 bulan). Kedua pola tersebut dilakukan pada masa tanam yang sama, iaitu pada awal musim penghujan. Perbezaannya hanya terletak pada masa tuainya.


2) Pembuatan Lubang Tanam

Lubang tanam dibuat di atas bedengan/petakan dengan ukuran lubang 30 x 30 cm dengan kedalaman 60 cm. Jarak antara lubang adalah 60 x 60 cm.


3) Cara Penanaman

Teknik penanaman dengan perlakuan stek rimpang dalam nitro aromatik sebanyak 1 ml/liter pada media yang diberi mulsa ternyata berpengaruh nyata terhadap pertumbuhan dan vegetatif kunyit, sedangkan penggunaan zat pengatur tumbuh IBA (indolebutyric acid) sebanyak 200 mg/liter pada media yang sama berpengaruh nyata terhadap pembentukan rimpang kunyit.


4) Period Tanam

Masa tanam kunyit iaitu pada awal musim hujan sama seperti tanaman rimpang-rimpangan lainnya. Hal ini dimungkinkan karena tanaman muda akan membutuhkan air cukup banyak untuk pertumbuhannya. Walaupun rimpang tanaman ini nantinya dituai muda iaitu 7 – 8 bulan tetapi penanaman selanjutnya tetap diusahakan awal musim hujan.


Pemeliharaan Tanaman

1) Penanaman susulan

Apabila ada rimpang kunyit yang tidak tumbuh atau pertumbuhannya buruk, maka dilakukan penanaman susulan rimpang lain yang masih segar dan sihat.


2) Penyiangan

Apabila ada rimpang kunyit yang tidak tumbuh atau pertumbuhannya buruk, maka dilakukan penanaman susulan rimpang lain yang masih segar dan sihat.


3) Sungkupan

Seperti halnya tanaman rimpang lainnya, pada kunyit pekerjaan sungkupan ini diperlukan untuk menimbun kembali daerah perakaran dengan tanah yang melorot terbawa air. Sungkupan bermanfaat untuk memberikan kondisi media sekitar perakaran lebih baik sehingga rimpang akan tumbuh subur dan bercabang banyak. Sungkupan biasanya dilakukan setelah kegiatan penyiangan dan biasanya dilakukan secara rutin setiap 3 – 4 bulan sekali.


4) Pembajaan

a.Pembajaan Organik - Penggunaan baja kandang dapat meningkatkan jumlah anakan, jumlah daun, dan luas area daun kunyit secara nyata. Kombinasi pupuk kandang sebanyak 45 ton/ha dengan populasi kunyit 160.000/ha menghasilkan produksi sebanyak 29,93 ton/ha.

b.Pembajaan Konvensional - Selain baja asas (pada awal penanaman), tanaman kunyit perlu diberi baja susulan kedua (pada saat tanaman berumur 2-4 bulan). Baja asas yang digunakan adalah baja organik 15-20 ton/ha. Pembajaan tahap kedua digunakan baja organik dan baja kimia (urea 20 gram/pohon; TSP 10 gram/pohon; dan ZK 10 gram/pohon), serta K2O (112 kg/ha) pada tanaman yang berumur 4 bulan. Dengan pemberian baja ini diperoleh peningkatan hasil sebanyak 38% atau 7,5 ton rimpang segar/ha. Pembajaan juga dilakukan dengan baja nitrogen (60 kg/ha), P2O5 (50 kg/ha), dan K2O (75 kg/ha). Baja P diberikan pada awal tanam, baja N dan K diberikan pada awal tanam (1/3 dosis) dan sisanya (2/3 dosis) diberikan pada saat tanaman berumur 2 bulan dan 4 bulan. Baja diberikan dengan ditebarkan secara merata di sekitar tanaman atau dalam bentuk alur dan ditanam di sela-sela tanaman.


5) Pengairan dan Penyiraman

Tanaman kunyit termasuk tanaman tidak tahan air. Oleh sebab itu pengeringan dan pengaturan pengairan perlu dilakukan secermat mungkin, agar tanaman terbebas dari genangan air sehingga rimpang tidak membusuk. Perbaikan pengeringan baik untuk melancarkan dan mengatur aliran air serta sebagai penyimpan air di saat musim kemarau.


7) Sungkup

Sedapat mungkin sungkupan dengan jerami dilakukan diawal tanam untuk menghindari kekeringan tanah, kerosakan struktur tanah (menjadi tidak gembur/padat) dan mencegah tumbuhnya gulma secara berlebihan. Jerami dihamparkan merata menutupi permukaan tanah di antara lubang tanaman.


VARIETI KUNYIT
Berasal dari India dan indo-Malaysia. Tanaman rempah jenis saka yang penting di benua Asia. Rempah yang terpenting bagi negara yang menjadikan nasi sebagai makanan utama. Variety khusus untuk keperluan industri di Malaysia masih belum ditentukan. Di India ia digunakan sebagai bahan kosmetik, pewarna bagi farmaseutikal dan makanan. Berikut ada beberapa variety yang sama keperluan ekologi-fisiologinya di India dan Malaysia:



Kesesuaian tanah dan iklim

Jenis tanah
Sesuai di kebanyakan jenis tanah tetapi terbaik di tanah yang gembur seperti tanah lom, alluvium dan tanah bersaliran baik

pH tanah
4.3 – 7.4



Amalan kultur

Bahan tanaman
Rizom cukup tua, sihat dan mempunyai 1 – 2 mata tunas

Penyediaan kawasan tanaman
Kawasan yang telah dibersih, dibajak dan digembur. Batas berukuran 1.2 m lebar dan 20 – 30 cm tinggi dibuat. Kadar pengapuran bergantung pada kemasaman tanah di kawasan yang dipilih


Penanaman


Kuantiti benih
1.5 t rizom/ha

Jarak tanaman
60cm (antara baris) x 30cm (antara pokok)

Kepadatan
37000 rumpun/ ha

Cara menanam
Rizom berukuran 4cm panjang ditanam dalam lubang berukuran 7 – 8 cm, 2 baris pokok pada satu batas


Pembajaan

Jenis baja
Kadar baja (t/ha/musim)
Masa membaja
Cara membaja

Organik (tahi ayam)
4 – 5
3-5 hari sebelum penanaman
Gaul dalam tanah pada batas

Nitrophoska blue special NPKMg + TE (12:12:17:2+TE)
0.1
2 bulan selepas menanam
Tabur di sekeliling pangkal rumpun

Nitrophoska blue special NPKMg + TE (12:12:17:2+TE)
0.1
5 bulan selepas menanam
Tabur di sekeliling pangkal rumpun


Penimbunan pangkal
Penimbunan dengan tanah di bahagian pangkal rumpun pokok dijalankan selepas pembajaan. Tujuannya bagi mengurangkan hakisan baja dan memastikan rizom yang terbentuk tidak timbul di permukaan tanah.


Pengairan
Pengairan penting bagi pertumbuhan yang baik di awal pertumbuhan vegetatif dan semasa rizom membesar.


Pengawalan rumpai
Pengawalan secra manual, terutamanya 3 bulan pertama untuk mengurangkan saingan dengan rumpai.


Hama dan Penyakit
Hama
Ulat penggerek akar (Dichcrosis puntifera.)
Gejala:
pada pangkal akar di mana tunas daun menjadi layu dan lama-kelamaan tunas menjadi kering lalu membusuk.

Pengendalian:
tanaman disemprot/ditaburkan insektisida furadan G-3.


Penyakit
Busuk bakteri rimpang
Penyebab:
oleh kurang baik sistem pengairan (drainase) atau disebabkan oleh rimpang yang terluka akibat alat-alat pertanian, sehingga luka rimpang kemasukan cendawan.

Gejala:
kulit akar tanaman menjadi kerepot dan mengelupas, kemudian rimpang lama kelamaan membusuk dan keropos.

Pengendalian:
a. mencegah terjadi genangan air pada lahan, mencegah terlukanya rimpang;

b. penyemprotanfungisida dithane M-45


Karat daun kunyit
Penyebab:
Taphrina macullans Bult dan Colletothrium capisici atau oleh kutu daun yang disebut Panchaetothrips.

Gejala:
timbulnya warna coklat (karat) pada helaian daun; bila penyakit ini menyerang tanaman dewasa/daun yang tua maka tidak akan mempengaruhi produksinya sebaliknya jika menyerang tanaman/daun muda, menyebabkan tanaman tersebut menjadi mati.

Pengendalian:
a. Dilakukan dengan mengurangi kelembaban;

b. Penyemprotan insektisida, seperti dengan agrotion 2 cc/liter atau dengan fungisida dithane M-45 secara teratur selama seminggu sekali


Pengendalian hama/penyakit secara organik
Dalam pertanian organik yang tidak menggunakan bahan-bahan kimia berbahaya melainkan dengan bahan-bahan yang ramah lingkungan biasanya dilakukan secara terpadu sejak awal penanaman untuk menghindari serangan hama dan penyakit tersebut yang dikenal dengan PHT (Pengendalian Hama Terpadu) yang komponennya adalah sebab:

1.Mengusahakan pertumbuhan tanaman yang sihat iaitu memilih bibit unggul yang sehat bebas dari hama dan penyakit serta tahan terhadap serangan hama dari sejak awal penanaman
2.Memanfaatkan semaksimum mungkin musuh-musuh alami
3.Menggunakan varieti-varieti unggul yang tahan terhadap serangan hama dan penyakit.
4.Menggunakan pengendalian fizik/mekanik iaitu dengan tenaga manusia.
5.Menggunakan teknik-teknik budidaya yang baik misalnya budidaya tumpang sari dengan pemilihan tanaman yang saling menunjang, serta rotasi tanaman pada setiap masa tanamnya untuk memutuskan siklus penyebaran hama dan penyakit potensial.
6.Penggunaan pestisida, insektisida, herbisida alami yang ramah lingkungan dan tidak menimbulkan residu toksik baik pada bahan tanaman yang dituai ma mahupun pada tanah. Di samping itu penggunaan bahan ini hanya dalam keadaan darurat berdasarkan aras kerosakan ekonomi yang diperoleh dari hasil pengamatan.

Pengawalan perosak dan penyakit

Jenis perosak dan penyakit
Kerosakan / simptom
Cara kawal

(amalan kultur)
Cara kawal

(racun kimia)

Perosak

1.Ulat pengorek batang (Dichrosic sp.)

Mengorek pucuk
Musnahkan ulat dan buang bahagian yang di serang

Malathion 0.1%a.i

Penyakit

1.Bintik daun (Colletorichum sp.)

2.Reput rizom (Phytium sp)
Daun mempunyai tompok-tompok nekrotik di permukaan atas dan bawah

Rizom reput
Dithane M-45 (0.2%) atau campuran Bordeaux

Rendam benih rizom dengan 0.3% dithane M45 dan 0.1% quinalphos sebelum menanam


Tuai
· Ciri dan Umur Tuai - Tanaman kunyit siap dituai pada umur 8-18 bulan, masa tuai yang terbaik adalah pada umur tanaman 11-12 bulan, iaitu pada waktu gugur daun kedua. Saat itu produksi yang diperoleh lebih besar dan lebih banyak bila dibandingkan dengan masa tuai pada umur kunyit 7-8 bulan. Ciri-ciri tanaman kunyit yang siap tuai ditandai dengan berakhirnya pertumbuhan vegetatif, seperti terjadi kelayuan/perubahan warna daun dan batang yang semula hijau berubah menjadi kuning (tanaman kelihatan mati).

· Cara Tuai - Penuaian dilakukan dengan cara membongkar rimpang dengan cangkul/garpu. Sebelum dibongkar, batang dan daun dibuang terlebih dahulu. Selanjutnya rimpang yang telah dibongkar dipisahkan dari tanah yang melekat lalu dimasukkan dalam karung agar tidak rosak.

· Periode Tuai - Penuaian kunyit dilakukan pada musim kemarau karena pada saat itu sari/zat yang terkandung di dalamnya mengumpul. Selain itu kandungan air dalam rimpang sudah sedikit sehingga memudahkan proses pengeringannya.

Pengendalian lepas tuai
Pengendalian

Hasil kunyit sebanyak 15 – 25 t/ha. Selepas lebih kurang 9 – 10 bulan ditanam, rizom boleh dituai apabila pokok menjadi kuning, dengan menggalinya menggunakan cangkul. Pembungkusan secara pukal tidak melebihi 40kg menggunakan bekas yang kukuh. Beg polietilena, beg kertas dan filem polivinil klorida boleh digunakan untuk pembungkusan runcit.



Nota
Benih : Rizom 1.5 t @ RM850.00/t

Kapur (GML-guna berasaskan pH tanah) 3 t RM7.00/beg 50kg (RM140.00/t)

Tahi ayam, 4 t @ RM200.00/t

Nitrophoska blue special (NPKMg + TE 12:12:17:+TE), 1.5 t RM 62.00/50 kg (RM 1240.00/t)

Racun rumput paraquat (gramoxone) 27 L @ RM58.00/4 L (RM14.50/L)

Racun perosak dan penyakit (mengikut jenis perosak dan penyakit)

9.5 bulan @ RM100.00/bulan

9.5 bulan @ RM50.00/bulan

9.5 bulan @ RM18.20/ha/bulan

* 1 hari tenaga = RM25.00



sumber : Masri Saffwan Ghazali - BPSP, UPM

Aktiviti /Gambar TErbaru Interxpose FArm di Melaka

PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL

  1. SISTEM PENGELUARAN
BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ? Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-
  1. Unit pembiakan baka. Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
  2. Unit pengeluaran daging. Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalul program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.
    Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.
  • BAKA
APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ? Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:
  1. New Zealand White.
  2. Calfornian.
  3. Carolina.
  4. New Simonare.
  5. Sepanyol.
  • PEMILIHAN BAKA
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ? Amab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan amab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.
Pemillhan baka Peddging biasanya diimport diimport di atas adalah kerana berapa cirl pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada amab tempatan, seperti:
  1. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
  2. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
  3. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
  4. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.
  • PUSAT JUALAN BAKA
DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ? Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Peranchis.
Namun begftu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.
  • SAIZ EKONOMI
BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING
  1. Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaftu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
  2. Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
  3. Untuk pengeluaran secara penuh masa boehiah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
  • PEMILIHAN KAWASAN
APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ? Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
  1. Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
  2. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktivfti ternakan/ ternakan lain.
  3. Mempunyal kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
  4. Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
  5. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.
  • KAWALAN PENYAKIT
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?
Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:
  1. Sekftar kawasan hendaklah bersih
  2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
  3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
  4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
  5. Tanamkan arnab yang mat! dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
  6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
  7. Jika berlaku kematian yang mengejud dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.
  • MENYIMPAN REKOD
APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?
Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:
  1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
  2. Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
  3. Untuk memudahkan program pembiakan.
  4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.
  • MAKANAN UTAMA
DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ? Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentik pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm.
Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.
Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.
  • CARA PEMBERIAN MAKANAN
ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?
Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkaii kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh ftu pillhiah jenania dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Kerap kali, apabila bedaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.
Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
  • MAKANAN TAMBAHAN
ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?
Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.
Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.
Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.
  • PEMBIAKAN
BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?
Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
  • KEKERAPAN MENGAWAN
BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
  • KAHWIN SELANJUTNYA
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.
  • MENINGGIKAN KEBERNASAN
BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.
  • TEMPOH BUNTING
BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
  • BUNTING PALSU
BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting paisu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
  • ANAK ARNAB
BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
  • MASA MENYUSU ANAK
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
  • IBU ANGKAT
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.
  • CERAI SUSU
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.
Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.
  • PENENTUAN JANTINA
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.
  • HASIL SAMPINGAN
KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?
Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White).
Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:
  1. Glu (gam)
  2. Baja (baja kompos)
  • CARA MUDAH MENTERNAK ARNAB
BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?
Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.
Sebeium menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehiah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.
Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,
  1. buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
  2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
  3. Sumber air minuman yang bersih dan segar.
  4. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
  5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
  6. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.
  • KHIDMAT NASIHAT
DIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PENTERNAKAN ARNAB SECARA KOMERSIAL ?
Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.
Related Posts with Thumbnails