Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 
Showing posts with label Malberi. Show all posts
Showing posts with label Malberi. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Ladang Malberi


Pokok Malberi jika dibiarkan akan jadi macam ni dan berbuah akan lebih banyak. Paling penting baja kena selalu terutamanya  P dan K biar tinggi (phosforus dan kalium - untuk pembentukan bunga dan buah.) Cuba lihat gambar di bawah lebatkan.Buat masa ni banyak kilang ( ada 4 kilang yang berminat untuk membeli buah sama ada yang kering dan basah tapi masalahnya tak cukup bekalan)Tanaman ni bagus untuk manusia (kesihatan) dan ternakan untuk pemakanan seperti rusa, kambing, lembu dan arnab. Terkini saya dengar cerita diorang guna dalam pemakanan ayam kampung.Fikir-fikirkanlah....... potensinya.....


Buah Malberi lebat dan banyak

Thursday, March 10, 2011

Pelbagai Penghasilan Produk dari Pokok Malberi @ Mulberry

Jus Malberi boleh diminum terus


Pelbagai produk seperti Teh Malberi, Jus Malberi dan Jem Malberi.Dapatkan produk tersebut di daerah Sg. Buloh.Call 0192272127

Sunday, January 30, 2011

Buah Malberi Kembali Lagi




Pada tarikh ini, kebanyakan buah Malberi telah masak dan telah sedia utk dimakan atau jika banyak boleh dibuat jus atau jem.Tapi kebanyakannya saya guna utk makan je.Berminat utk menanam pokok Malberi call or sms 0192272127 atau layari blog khas malberi di Http://mulberrymalaysia.blogspot.com


Wednesday, August 25, 2010

Khasiat Pemakanan Daun Pokok Mulberry/Malberi


Mengikut kajian setiap 100g daun malberi, ia mempunyai beberapa khasiat seperti:
Tenaga 387.48
Karbohidrat 59.33
Lemak 0.02
Kalsium 2563.03
Dari maklumat ini menunjukkan bahawa pokok malberi ini mempunyai potensi perubatan herba yang baik seperti kalsium sebanyak 2000 lebih per 100g daripada daun sahaja .
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan kita dengan menanam pokok ini setiap rumah satu Malberi.Banyak khasiat dan kelebihannya.Sehingga di lain masa, saya akan sambung berbicara lagi. Berikan komen anda?

Tuesday, May 11, 2010

Rahsia dan Khasiat Pokok Malberi

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan penternak sekalian berkaitan dengan pokok Malberi atau dalam B.Inggeris Mulberry atau saintifik Morus Alba. Dahulu pokok ini di bawa ke Malaysia untuk projek Ulat Sutera Di Terengganu.

Pokok Malberi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri bukan sahaja untuk ternakan tetapi juga untuk manusia. Tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional negeri Cina sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini boleh dimanfaatkan.Buahnya ynag masak dibuat jem atau dimakan mentah, daunnya dijadikan teh, batang serta akar dijadikan rebusan untuk diminum.Khasiatnya yang paling popular dalam formulasi tradisional ialah mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengunragkan kolesterol dalam darah. Lebih terperinci lihat kat http://mulberrymalaysia.blogspot.com

Apa yang ingin saya nyatakan di sini bahawa kandungan protein yang ada pada daun mulberi ini amat tinggi iaitu 21.2% dan boleh diberikan kepada semua jenis ternakan seperti Lembu, Kambing, Rusa, Arnab dll.

Saya amat mencadangkan agar penternak sekalian menanam pokok ini bagi memperbanyakkan sumber hijau yang amat perlu ke atas haiwan ternakan kita di samping dengan pelbagai jenis rumput napier lain seperti India,Taiwan dll. Dengan ini ternakan tersebut mempunyai kepelbagaian sumber hijau yang ada dan seterusnya dapat mengurangkan penggunaan pelet dan seterusnya mengurangkan lagi kos operasi kita seharian.

Cara penanamannya pun amat mudah dimana just potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih).

Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 . Gambar di bawah Anak pokok Malberi dalam polibag lebih kurang 2-4 minggu seperti :


Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya.















Gambar di bawah ni pokok dah berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat.

Tips : Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja yang cukup (macam pokok anggurlah) so daun yang kita buang tu bagilah kat ternakan kita, jangan buang macam tu je..rugi ooo.

Kalau nak datang tengok pokok yang besar ni bolehlah datang ke lokasi di Sg. Buloh ye atau call je 0192272127.

Konsep yang saya perkenalkan sekarang:
'1 Malberi 1 Rumah'

Boleh ditanam dalam pasu, penat2 boleh makan.
Related Posts with Thumbnails