Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Thursday, July 5, 2007

BENGKEL PENGURUSAN KESIHATAN TERNAKAN RUMINAN SIRI 1/2007

Satu bengkel kesihatan ternakan ruminan (lembu dan kambing) akan diadakan pada 4hb. Ogos 2007 (sabtu) bertempat di Ladang Ternakan Integrasi InterXpose Agro, Bukit Rambai Melaka. Antara modul yang bakal diketengahkan ialah :
1. Pengurusan Kesihatan Ternakan Kambing
2. Pengurusan Kesihatan Ternakan Lembu
3. Tatacara dan Penggunaan EM di ladang ternakan ruminan

Kesemua modul ini lebih kepada praktikal dan merupakan kesinambungan kepada mereka yang telah menghadiri Seminar Memulakan Ternakan Kambing di bawah RMK-9. Kesemua modul ini akan diajar oleh Dr. Veterinar JPH dan individu yang berkenaan. Yuran kursus RM250.00 .

Kemudahan Kursus : Sijil, makan/minum dan nota

Antara objektif bengkel ini ialah:
  1. Memberi pendedahan tentang kesihatan ternakan ruminan
  2. Mengetahui pengawalan penyakit ternakan dan cara mengatasi
  3. Mengaplikasikan cara-cara Suntikan Ternakan Ruminan (Lembu dan Kambing)
  4. Mengetahui jenis-jenis ubatan ternakan
  5. Melaksanakan Amalan Penternakan yang baik
  6. Memastikan ladang ternakan bersih dan tidak berbau serta ternakan yang sihat
*** Tempat hanya 35 orang sahaja untuk memastikan peserta dapat menjalani latihan praktikal di ladang.
Related Posts with Thumbnails