Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Monday, July 11, 2011

Jualan Benih Pisang Tanduk





Sesiapa yang inginkan benih pisang tanduk, kami boleh bekalkan dengan kuantiti yang banyak.Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian 0192272127. Harga tawaran rm1.50 perpokok (boleh nego jika borong banyak).Lokasi di Bukit Rambai, Melaka

Galeri Gambar Kursus Intensif pada 9 Julai 2011

Wednesday, July 6, 2011

Apakah Baja Zeolite?

i
Quantcast

Struktur jaringan kristaline baja Zeolite merupakan struktur yang optimum untuk elemen-elemen dan molekul-molekul yang telah terpilih. Ia sarat dengan kalsium, magnesium, potassium dan mempunyai kandungan sodium yang amat rendah. Kadar ketelusannya ialah 42%.

Zeolite menarik molekul-molekul dan elemen-elemen tertentu yang sesuai dengan strukturnya dan kepada caj negatifnya seperti ammonium, potassium, kalsium dan magnesium. Ia juga mampu menapis elemen-elemen zink, plumbum, kuprum dan lain-lain elemen logam berat (heavy metals) melalui sistem bio-filternya.

Zeolite adalah mineral semujadi yang menakjubkan kerana kebolehan luar biasanya untuk menyerap, kandung lepas ( hold release) dan menukar pelbagai kimia, nutrien, toxin (racun), dan ion-ion mengikut keperluan semasa. Zeolite dibentuk dari komponen lahar gunung berapi juta tahun dahulu yang kami import dari Indonesia.

Baja Zeolite memiliki struktur atom dalaman yang telus yang menyediakan ruang yang terbuka dengan rangkaian ruang-ruang yang memberikan ia permukaan yang luas (sehingga 450m2/g) dan ketelusan yang tinggi (sehingga 45%) untuk memerangkap dan menukar unsur-unsur, air dan lain-lain molekul tanpa mengubah strukturnya. Baja Zeolite sangat aktif, tidak mudah larut dan mempunyai mineral semulajadi yang stabil (sebahagian dari kumpulan hydrated alumino silicates) dan sesuai digunakan sebagai penambahan organik perladangan dan perkebunan. Ia mempunyai caj negative diimbangkan dengan unsur-unsur bebas yang bercaj positif. Ini menyediakan perangkap yang sangat sesuai untuk unsur-unsur positif seperti ammonium yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan potassium yang akan dilepaskan pada kadar yang diperlukan oleh tumbuhan.

Mineral utama yang terdapat di dalam baja Zeolite ialah clinoptilolite yang merupakan silikat kalsium, potassium, magnesium dan alumino dan memiliki kadar penukaran cation (CEC) +120 meq./100g. Baja Zeolite amat keras dan rendah dalam kandungan sodium berbanding dengan baja jenis lain yang terdapat di pasaran, dan dengan itu amat tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan perladangan dan perkebunan

Baja Zeolite mempunyai keserasian terutama dengan ammonium (N H4+), Potassium (K+), Calsium (Ca+) Magnesium (Mg+) dan elemen-elemen lain yang membuat ia amat berguna sebagai bahan tambahan tanah, kompos dan baja untuk mengumpul, menyimpan dan secara perlahan melepaskan nutrien baja yang kritikal.

Sumber:baja zeolite

Guna baja gunung berapi - Zeolite atau Azomite

Guna baja gunung berapi


MOHD. ROFENDI gembira usahanya berbaloi melalui Ladang Suria Best di Serating, Terengganu.


KETIKA berusia empat tahun manusia masih digelar kanak-kanak, namun bagi buah pitaya atau lebih dikenali sebagai buah naga, empat tahun bererti ia sudah cukup matang untuk dahannya menghasilkan buah lebat.

Waktu berkenaan adalah tempoh yang pasti paling menggembirakan bagi salah seorang pengusaha, Mohd. Rofendi Shafie. Dia mengusahakan tanaman berkenaan bersama dua rakan kongsi yang juga sepupunya, Suhaimi Deraman dan Abdul Ashaari Mohamad, masing-masing berusia 41 tahun.

Beliau yang mengambil kursus penanaman pokok keluarga kaktus tiga tahun lalu di Johor berkata, mereka perlu bersiap sedia kerana waktu untuk mereka mula menuai buah naga secara besar-besaran semakin hampir bermula.

Katanya, walaupun pokok berkenaan mampu bertahan sehingga tiga dekad atau mungkin lebih, tempoh kematangan bermula pada usia empat tahun.

"Ia sangat agresif mengeluarkan buah yang berkualiti pada waktu itu. Tetapi jika tidak dijaga, usia pokok naga mungkin tidak panjang," kata anak muda yang berusia 24 tahun itu.


PADA waktu matang pokok buah naga boleh mempunyai maksimum sehingga 10 biji buah sepokok.


Tambahnya, apabila mencapai tempoh berkenaan, sebatang pokok boleh mencapai maksimum sehingga 10 biji sepokok.

Rumah pokok pitaya pula perlu diperbuat daripada simen konkrit bagi membolehkan pokok berkenaan menjalar dan membiak dengan lancar.

Dalam soal penjagaan tanaman berkenaan, buah naga tidak memerlukan penjagaan rapi, cukup sekadar meletakkan beberapa jenis baja termasuk baja organik selain menjaga kadar siraman air.

Kata anak kedua daripada enam beradik ini, beliau mewajibkan baja gunung berapi menjadi santapan pokok pitayanya dua kali sebulan.

Ini kerana, baja berkenaan mampu memperbaiki struktur tanah serta menguatkan dahan tanaman tersebut daripada patah.

"Memandangkan dahan buah naga cepat patah, baja berkenaan adalah jalan terbaik digunakan selain penggunaan getah tayar basikal atau motosikal sebagai penahan untuk tumbesaran dan percambahan dahan," katanya kepada Kosmo!.

Mohd. Rofendi memberitahu, dia bersama rakan kongsinya mengusahakan ladang buah naga di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Serating, di sini sejak tiga tahun lalu.

Catatan:

1. Penggunaan Zeolite amat bagus dan boleh dikatakan yang terbaik dari segi baja organik. Ia boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, sayuran, perikanan dan ternakan. Berminat untuk mendapatkan zeolite boleh hubungi saya di talian 0192272127 dengan harga borong.

2. Penggunaan Azomite adalah terbaik kerana ia merupakan mineral gunung berapi.Maklumat lanjut boleh lihat kat Azomite tapi harganya agak mahal berbanding Zeolite

Monday, July 4, 2011

Kursus Praktikal Intensif Kambing dan Lembu 2011 pada 9hb. Julai 2011

Kursus terkini pada 9hb. Julai 2011 jam 8.30 pagi. Praktikal lebih dari 90% terhad kepada 8 orang shaja.berminat call 0192272127.Maklumat lanjut lihat entry sebelum ni atau di bahagian kanan blog (side bar info)

Tips hasilkan baja dan racun organik




PERTANIAN organik adalah satu kaedah penanaman yang tidak menggunakan baja kimia atau racun. Namun setiap tanaman tetap memerlukan baja sebagai sumber makanan dan juga sering diserang oleh serangga perosak dan penyakit.

Terdapat dua jenis baja organik iaitu baja organik buatan kilang dan baja organik buatan sendiri.

Baja organik mudah didapati di pasaran sekarang berbanding sebelum ini kerana ramai orang telah sedar kebaikan pertanian organik.

Selain itu, baja organik juga boleh dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita.

Ini sangat sesuai bagi petani yang ingin mengurangkan kos dan tidak terlalu bergantung kepada produk baja organik di pasaran.

Sama seperti baja organik, racun organik juga boleh diperoleh dengan mudah di pasaran.

Ia juga boleh dibuat sendiri dan prosesnya sangat mudah. Kita hanya perlu memilih sama ada membeli atau membuatnya sendiri.

Selain daripada racun organik, kita juga boleh menggunakan tanaman penarik atau penghalau serangga (repellent).

Baja organik

* Baja organik adalah berbeza mengikut kadar unsur di dalamnya. Ada baja organik yang kaya dengan unsur N, P atau K.

* Baja organik N adalah campuran bahan organik (tahi ayam kering), gula perang (molasses), bahan aktif mikroorganisme efektif (EM) dan air bersih yang diperam selama antara empat dan lima hari. Selepas itu, baja boleh disiram pada batas dan tanaman.

* Baja organik P adalah campuran batang pisang, kulit buah-buahan dan air kelapa muda yang diperam selama dua minggu.

- Baja organik K pula boleh dibuat dengan mencampurkan sabut kelapa dan air dan dibiarkan selama dua minggu.

* Kulit telur dan sisa tulang juga boleh dijadikan baja. Kedua-dua bahan tersebut dibakar dan ditumbuk lumat.

- Serbuk yang terhasil ditambah dengan air dan direndam selama antara tiga dan empat hari. Siram pada tanaman yang baru mula berbunga.

Hormon Pertumbuhan Semulajadi

* Terdapat dua jenis baja hormon yang juga boleh dihasilkan sendiri iaitu fermented fruit juice (FFJ) dan fermented plant juice (FPJ).

- FFJ adalah campuran buah-buahan yang manis (betik, mangga, nangka, jambu) dan gula perang . Tambah sedikit air dan diperam selama antara lima dan tujuh hari hari. Cecair yang terhasil kaya dengan unsur P dan K.

- FPJ pula adalah campuran tumbuhan (rumput, sisa sayuran, sisa pangkasan), gula perang dan sedikit air bersih, dibiarkan selama lima hingga tujuh hari. Hormon ini kaya dengan unsur N.

- Tapis untuk mengasingkan cecair dan juga hampas. Hampas jangan dibuang tetapi ia boleh dijadikan kompos.

Penghalau serangga (repellent)

n Tumbuhan repellent ini biasanya mempunya bau yang kuat. Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan itu sebenarnya yang menghalau serangga perosak.

- Beberapa contoh repellent iaitu serai wangi, kesum, kemangi, selasih, daun kari, limau purut, pandan, daun bawang, kucai, ketumbar, marigold, pudina dan sebagainya.

- Manakala tumbuhan yang boleh menarik serangga perosak ialah lobak putih, markisa, bunga Tunera dan jagung manis.

- Pokok repellent boleh ditanam di sekitar batas tanaman. Sebaik-baiknya tanam di bahagian angin sering bertiup supaya

angin boleh menyebarkan bau pokok repellent ke seluruh kawasan penanaman.

- Selain itu, pokok repellent juga boleh dipangkas dan dipotong kecil untuk ditabur di atas batas. Potongan repellent akan mengeluarkan bau yang tidak disukai serangga perosak.

- Dan kaedah terakhir, semua daun pokok repellent boleh dicampurkan dan dikisar halus dengan sedikit air dan sabun. Cecair yang terhasil boleh disembur pada tanaman untuk kawalan serangga perosak.

Sumber:utusan malaysia

Related Posts with Thumbnails