Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Wednesday, January 9, 2008

Petikan dari akhbar utusan malaysia hari ini

Kerajaan lulus 3,847 permohonan usahawan tani

MUAR 8 Jan. – Jawatankuasa Pembangunan Industri Asas Tani di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah meluluskan 3,847 permohonan usahawan yang ingin menceburi bidang pertanian membabitkan industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh negara sejak skim pembangunan itu dimulakan pada 2005.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usahawan tani yang dipilih adalah mereka yang telah ditapis menerusi lebih 10,000 permohonan sejak jawatankuasa itu dibentuk hasil saranan Perdana Menteri, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi, tiga tahun lalu.

Menurutnya, melalui skim pembangunan tersebut, kerajaan membelanjakan lebih RM125 juta atau maksimum RM20,000 bagi setiap usahawan yang akan dibantu daripada segi latihan dan bantuan tambahan dalam usaha membangunkan IKS yang berasaskan sektor pertanian.

Beliau berkata, skim itu dilihat bakal mempercepatkan usaha kerajaan melahirkan 10,000 usahawan tani menjelang penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada tahun 2010.

“Negara ketika ini memiliki sejumlah 8,300 pengusaha dalam sektor pertanian dan melalui skim pembangunan Industri Asas Tani, kita yakin sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan tani akan dapat dicapai lebih awal sebelum 2010.

“Semua 8,300 usahawan tani tersebut ketika ini menghasilkan produk pertanian berjumlah RM25 juta setahun dan kerajaan akan terus membantu agar sasaran pendapatan bulanan mereka melebihi RM2,000 dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa-mangsa Banjir Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Mohd. Taat dan wakil penduduk yang terdiri daripada ketua kampung dan ketua pusat pemindahan kawasan yang terlibat bencana itu penghujung tahun lalu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh memberitahu, usahawan yang mendapat bantuan itu antaranya terlibat dalam pemprosesan bahan asas tani termasuk makanan berasaskan ikan, daging serta buah-buahan.

Katanya, kerajaan juga berusaha memastikan pelaksanaan skim itu dapat disegerakan bagi membolehkan semua yang terlibat menghasilkan produk masing-masing termasuk produk sampingan berasaskan pertanian.

“Saya telah arahkan sekretariat jawatankuasa itu supaya mendapatkan maklumat mengenai usahawan yang layak di seluruh negara yang gagal dalam permohonan mereka disebabkan peruntukan yang terhad.

“Sebagai contoh, sehingga hari ini, seramai 3,847 pemohon telah berjaya, tetapi mungkin lebih 10,000 yang lain gagal kerana peruntukan terhad dan kita akan cuba pertimbangkan semua ini kerana skim usahawan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin memberitahu, kementeriannya sedang mengkaji kemungkinan untuk mencadangkan kepada Kabinet supaya petani yang mengusahakan tanaman dan hasil pertanian menerima insentif sebagai usaha menggalakkan minat mereka meningkatkan hasil keluaran.

Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga minyak menyebabkan kos dan input pertanian turut melambung dan tidak mustahil ada petani yang terpaksa gulung tikar.

Related Posts with Thumbnails