Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Thursday, September 3, 2009

Johor: Cecair EM mesra sungai

SRI MEDAN: Jika semua anak sungai dan parit yang mengalirkan air ke Sungai Batu Pahat dirawat menggunakan cecair Effective Microorganism atau EM secara berterusan, tidak mustahil sungai itu yang 'mati' sejak beberapa tahun lalu akan hidup semula.


Penggunaan EM ternyata berkesan merawat beberapa sungai di negeri ini yang sebelum ini dikategorikan sudah tenat antaranya Sungai Simpang Kiri di Sri Medan serta Sungai Segget dan Sungai Stulang di Johor Bahru.

Tiga sungai terbabit dikatakan 'hidup' semula selepas cecair EM disalurkan ke dalamnya sejak beberapa tahun lalu selepas tercemar teruk akibat aktiviti pertanian serta perindustrian sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun Sungai Simpang Kiri di Sri Medan, diisytiharkan sudah bebas daripada pencemaran bahan kima dari kawasan pertanian, usaha berterusan dilaksanakan untuk memastikan sungai itu terus dirawat kerana sungai itu punca air ke Sungai Batu Pahat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, yakin usaha berterusan di Sungai Simpang Kiri itu akan memberi sumbangan untuk memulihkan Sungai Batu Pahat.

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau mengharapkan semua Jawatankuasa Penyelaras Mukim JPMM) dalam daerah Batu Pahat, supaya bersama melaksanakan usaha merawat sungai itu.

"Banyak anak sungai dan parit seluruh daerah ini mengalir ke Sungai Batu Pahat dan saya percaya jika semua punca air itu dirawat menggunakan EM, tidak mustahil dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang, air Sungai Batu Pahat akan pulih sepenuhnya.

"Kita tidak boleh terus menuang cecair EM ke dalam Sungai Batu Pahat kerana sungai itu agak besar dan cara terbaik ialah dengan menuang cecair itu ke anak sungai serta parit yang mengalirkan air ke sungai itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Program Peningkatan Kualiti Air Sungai Menggunakan Teknologi EM di Kampung Parit Sri Menanti, Sri Medan.

Sebanyak 10,000 liter cecair EM dituang ke dalam parit di 13 kampung di Sri Medan iaitu Kampung Parit Sri Menanti, Kampung Parit Haji Noor, Kampung Parit Sri Dayung 2, Kampung Parit Sri Dayung 4, Kampung Parit Sri Dayung 8, Kampung Parit Simis Darat, Kampung Parit Haji Yusof, Kampung Parit Karjan, Kampung Parit Laman, Kampung Parit Ju, Kampung Parit Jayus, Kampung Parit Jayus 6 dan Kampung Sri Wangi.

Ahmad Zahri berkata, cecair EM dituang ke dalam parit yang mengalirkan air ke Sungai Simpang Kiri, sejak tiga tahun lalu dan mulai awal tahun ini, usaha itu menampakkan hasil apabila hidupan air seperti ikan jelawat, ikan baung dan haruan ditemui semula di sungai berkenaan.

Beliau berkata, selain menuang EM ke dalam saliran tiga kali setahun, pekebun kelapa sawit di Sri Medan digalakkan menukar penggunaan baja kimia kepada baja organik.

"Usaha merawat sungai di negeri ini harus dilaksanakan secara berterusan dan sudah sampai masanya petani kita menggunakan baja organik bagi menggantikan baja kimia, kerana penggunaan baja kimia inilah yang menyumbang kepada pencemaran air sungai kita selama ini," katanya.

Sumber:Berita HArian

Related Posts with Thumbnails