Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 
Showing posts with label Penulis. Show all posts
Showing posts with label Penulis. Show all posts

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009
Maaf Zahir Dan Batin

dari:

Mohd Hisham sekeluarga blog Integratedfarm

Friday, April 10, 2009

CATATAN HARI INI :BENIH NAPIER INDIA IKN091

Maaf sudah lama saya tak menulis artikel sendiri, maklumlah tak sempat nak karang mengarang macam bro-bro ternak yang lain. Walaubagaimanapun, saya ambil ruang masa yang ada ni bercerita sedikit tentang apa yang saya telah lakukan dalam masa terdekat ni.

Ok, baru-baru ni dalam 26hb. Mac , saya telah selamat terima benih napier india IKN091 yang saya beli dari Bro Shamghaz (usahawan tani kelantan) dan alhamdulillah telah saya tanam di Melaka dan Sg. Buloh. Nampaknya dalam 12 hari saya tanam , semuanya dah nak dekat sekaki tingginya. Pokok napier ni , masa anak warnanya seakan ada merah sedikit, dan setiap ruas macam napier taiwan jugaklah tumbuhnya.

Kaedah yang saya tanam adalah secara baring kerana ia akan sebabkan setiap ruas keluar tunas ataupun saya dah tanam ikut ruas (potong) dan saya semai dalam polibag.setakatnya yang saya tanam 98% hidup dengan baik dengan syarat air cukup dan tambah baja organik je.Tak payah baja kimia kos lagi tinggi. Lepas ni saya akan jadi macam bro shamghaz lah jual benih india lak.
Sesiapa yang nak benih napier india ni bolehlah hubungi saya , stok sedia ada,Harga RM0.25 per/ruas dan Benih rumput India dalam polibag RM0.80/polibag.

Di Sg. Buloh buat masa ni sudah tersedia benih napier Taiwan, jual borong aje kalau sapa-sapa yang berminat, pucuknya saya bagi makan kat ayam kampung, ayam belanda dan angsa yang saya buat kecil-kecilan dan trading.

LEpas napier India ni tiba masa tuai saya akan test daunnya untuk diberi kepada unggas saya dan bila saya dah dapat tanah di rawang nanti saya nak pindahkan unggas saya dan tanaman rumput di sana.Buat masa ni saya dalam proses untuk dapatkan tanah di Batang Berjuntai, kalau ada rezeki dapatlah.

Di situ, saya akan buat ternakan integrasi seperti pelbagai unggas dan ternakan rusa, saja buat main-main dulu.walaupun begitu, permintaan sudah ada dan saya hanya buat secara trading maklumlah modal agak besar sekiranya buat komersil. Yang penting pasaran mesti konsisten. Kalau tak naya....

Walaupun begitu ternakan kambing dan lembu masih lagi berjalan seperti biasa yang banyak diuruskan oleh mentua saya yang berada di Melaka.

Oklah saya tak boleh berceloteh lama, coz ada tugas lain sedang menanti sehingga di lain kali .
Wassalam dari saya (sham integrated)

Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kesempatan beberapa hari lagi ini, saya dari group interxpose memohon jutaan kemaafan disepanjang perkenalan dan bicara dengan rakan-rakan penternak sekalian. Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini.

Terima kasih kepada semua rakan penternak di atas sokongan dan galakan yang telah diberikan.Teruskan perjuangan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, September 2, 2008

CORETAN TERAKHIR MAHA08













Salam semua, hari ni baru saya dapat untuk memberikan rumusan terakhir MAHA08 yang telah tamat pada 23hb. Ogos baru-baru ni maklumlah terlibat dengan pameran, kitalah jadi bos dan kita jugalah jadi kuli. Hari terakhir itu sempat juga saya pergi bersiar-siar jumpa rakan-rakan penternak di pameran ternakan. Beberapa penternak yang sempat jumpa seperti Casserose, Sg. Buloh Farm, Pangkuan Mewah dll. Saya sempat berborak dan singgah di booth Casserose dan dan dapat mendengar taklimat daripada Tn. Hj. Othman Mohamad sendiri berkaitan Perisian Pengurusan Ternakan Kambing jenama CAMS. Perisian ini merupakan perisian pengurusan ladang ternakan kambing yang pertama di Malaysia.

Selepas itu, saya sempat bergambar bersama orang kuat Casserose dan pencipta perisian tersebut. Kemudian saya meneruskan lawatan ke rakan ternakan lain serta meninjau potensi yang ada di hari yang terakhir tersebut. Ada setengah booth dah pun tutup mungkin diorang nak penat sangat maklumlah selama 2 minggu berkampung di MAHA08.

Ini saja yang sempat saya coretkan untuk tatapan semua, tak sempat nak celoteh lama-lama ada banyak kerja yang nak dibereskan. Semoga dengan MAHA08 ini dapat dijadikan sebagai satu peluang dan perintis ke arah kejayaan yang bakal mendatang kepada penternak semua. Syabas kepada mereka yang terlibat dengan penubuhan Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) agar nasib penternak dapat dibela dan pemasaran produk akan lebih teratur dan bersistematik serta dapat memperhebatkan lagi industri ternakan negara. Kami di Melaka telah menubuhkan Persatuan Penternak Kambing/Bebiri Bumiputera Melaka (PPKBM)

'Penternakan Satu Perniagaan'


Wednesday, August 13, 2008

Datanglah Ke Pameran MAHA 2008 ke Booth InterXpose Group of Companies Dewan C Lot 112



Datanglah ke Booth kami di Dewan C Lot 112 untuk melihat dan berbual bicara dengan kami secara dekat. Di situ juga kita ada produk selain ternakan seperti projek penanaman cendawan tiram kelabu dan juga ternakan keli dan serai secara contract farming. Dapatkan pelbagai produk seperti CF Aqua -utk air,EM, molases(gula merah) Cd ternakan kambing dan cd Koleksi lebih dari 25 kertas kerja yang diluluskan oleh MARA,TEkun, Agro bank dll, Produk garam bukit sama ada garam masakan, lampu garam, garam jilatan untuk ternakan ruminan seperti lembu dan kambing, baja EM, makanan tambahan ternakan ( CF Bokashi Feed), EM1 dan Inkubator ternakan kambing dan byk lagi. REbutlah peluang ini dan datanglah beramai-ramai ke
Pameran MAHA 2008
Dewan C Lot 112 InterXpose Group of Companies

Monday, August 4, 2008

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN MELAKA 2008 DI DATARAN AIR KEROH MELAKA



























































































Melaka -2hb. ogos
- Sambutan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Melaka 2008 telah diadakan di DAtaran Air Keroh Melaka semalam. Ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. PAda hari tersebut seramai 15 orang peladang,petani dan nelayan di seluruh negeri telah terpilih memenangi anugerah mengikut kategori di bawah Pertubuhan Peladang Negeri, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan M alaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri. Ketua Menteri memberitahu bahawa pergantungan negara kepada import makanan luar semakin meningkat misalnya pada tahun 2006 negara mengeluarkan belanja RM14.8 bilion dan jumlah itu meningkat kepada tahun berikutnya kepada RM 17.3 bilion. Kerajaan negeri sedia memperuntukkan tanah untuk projek ini dan pertubuhan perlu sediakan bazar yang mampu menjual produk segar seperti yang dikehendaki oleh masyarakat," katanya.

Kami dari seluruh warga InterXpose mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengarah Urusan InterXpose Group iaitu Hj. Mahmud Bin Baba di atas kejayaan dianugerahkan sebagai Usahawan Penternak Ruminan Jaya pada Hari PEladang,Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Melaka 2008.

Friday, June 6, 2008

Pusat Inkubator Ternakan Kambing Interxpose

Sesiapa yang berminat untuk menjadikan penternakan kambing sebagai perniagaan tetapi tidak mempunyai banyak masa, syarikat kami ada penyelesaiannya melalui Pusat Inkubator TErnakan Kambing Interxpose di Bukit Rambai , Melaka. Sesiapa yang berminat dan ingin melihat cara dan kaedahnya boleh berhubung dengan pengurus ladang iaitu Hj. Mahmud di talian 019-2327879. buat masa ini ada 12 peserta dan masih ada 3 kekosongan lagi.

Thursday, May 29, 2008

Sila Klik jualan produk untuk maklumat jualan terkini, saya baru update 29hb Jun 2008

Wednesday, November 28, 2007

Related Posts with Thumbnails