Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Thursday, June 11, 2026

Melaka perlu tanah pertanian

 

MUHAMAD AKMAL Saleh melihat pokok cili secara fertigasi yang diusahakan Mohammad Yazid Idres
 (baju merah) di Lorong Haji Yang, Bachang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Oleh AMRAN MULUP
MELAKA: Kerajaan negeri bercadang untuk memajak tanah milik kerajaan Persekutuan di­anggarkan seluas lebih 100 hektar bagi diusahakan sebagai kawasan pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ramai rakyat negeri ini terutama golongan muda ingin mengusahakan bidang berkenaan tetapi meng­hadapi masalah ketiadaan ta­nah yang luas.


Menurutnya, Melaka merupakan sebuah negeri yang kecil dengan kepadatan penduduk tinggi menyebabkan ramai rakyat tidak dapat menceburi pertanian terutamanya tanaman kontan.

“Saya lihat banyak tanah terbiar milik kerajaan Persekutuan sebagai contoh tanah di Ayer Keroh yang pada mulanya ada cadangan untuk membina Hospital Melaka yang baharu.

“Tetapi difahamkan lokasi­nya bukan di situ tetapi di tempat lain jadi tanah milik Kementerian Kesihatan, apa salahnya dibenarkan untuk dipajak bagi tempoh lima hingga 10 tahun bagi kerajaan negeri melaksa­nakan program pertanian.

“Saya yakin jika ia dibenar­kan kita dapat mengatasi ma­salah kemiskinan tegar, pengangguran, isu keterjaminan makanan dan menambah pendapatan bagi golongan B40,” katanya ketika ditemui selepas melawat projek tanaman cili secara fertigasi di Lorong Haji Yang, Bachang di sini, kelmarin.



Tambah Muhamad Akmal, sebagai langkah awal, pihaknya akan memohon tanah daripada beberapa kementerian untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun bagi mengusahakan tanaman kontan. – UTUSAN

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/02/melaka-perlu-tanah-pertanian/
Related Posts with Thumbnails