Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Wednesday, July 30, 2008

Pusat kambing RM10 juta dirancang

KUALA LUMPUR 29 Julai - Sebuah pusat penyelidikan dan teknologi kambing bernilai RM10 juta dirancang dibina di Serating, Marang, menerusi inisiatif perladangan ternakan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pusat penyelidikan itu, Taman Teknologi Kaprima Bestari, akan dibangunkan di kawasan 10 hektar dalam kawasan Taman Pengeluaran Makanan Kekal, kata Sekretariat ECER dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Langkah itu bertujuan mencapai sara diri bekalan daging kambing memandangkan negara memerlukan 10 juta kambing setahun.

Malaysia kini mengimport kambing, kebanyakannya dari Australia.

Taman teknologi kambing, yang akan dibangunkan dan diurus oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPHT), akan mengumpul maklumat dan menjalankan penyelidikan mengenai pembiakan kambing selain memodenkan industri penternakan kambing negara, dengan ECER sebagai hab utama, katanya.

"Taman Teknologi itu disasarkan menjadi pusat penyelidikan dan maklumat untuk penternak kambing, terutama di Asia," kata Pengarah JPHT Dr Azizol Mohd Sharun.

"Kami akan memperkenalkan teknologi dan teknik terbaru dari luar negara.

Teknologi baru itu akan membantu penternak meminimumkan kos pengeluaran selain mendapat pulangan yang lebih baik.

Sementara itu, para penternak dan mereka yang berminat terhadap industri berkenaan, boleh mengikuti kurus penternakan kambing, katanya.

"Kami menjangkakan taman kambing itu akan menawarkan prospek ekonomi yang lebih baik dan peluang pekerjaan kepada usahawan dan graduan tempatan dalam bidang kajian yang berkaitan." Taman teknologi kambing itu akan dilengkapi rumah ladang, pusat penyembelihan mini, kilang pemprosesan baja, restoran, dewan pameran pengeluaran, masjid, dan asrama pekerja.

Selain aktiviti penyelidikan dan penternakan kambing, taman itu juga bersedia menerima pelancong serta mesra kanak-kanak, di mana mereka membolehkan memegang dan memberi kambing makan.

Terengganu menyasarkan lebih 3.5 juta pelancong ke negeri itu tahun ini.

Kebanyakan destinasi pelancongannya disasar untuk pencinta alam semula jadi dan taman kambing ini dijangka turut mendapat perhatian pelancong.

Penggunaan perkapita negara bagi daging kambing meningkat daripada 0.67kg pada 2006 kepada 0.74kg pada 2007.

Malaysia secara tradisinya merupakan pasaran eksport terbesar Australia, mengimport kira-kira 15,000 tan daging kambing dan 50,000 ekor kambing.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ECER disasar menambah aktiviti penternakan kambing sebanyak tujuh peratus dalam tempoh lima tahun bagi memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa yang semakin meningkat.

Ia akan memberi tumpuan terhadap kambing yang menghasilkan daging yang tinggi bagi menggantikan ternakan tempatan.

Bagi mencapai matlamat 35 peratus sara diri dalam pengeluaran kambing menjelang 2015, ia memerlukan 18,000 ekor kambing tambahan.

Sasarannya ialah ECER menghasilkan 2,020 tan metrik pada 2020, katanya.

Penternakan kambing di Malaysia melibatkan 75 peratus penternakan tradisional manakala 15 peratus diusahakan separuh komersial dan 10 peratus lagi membabitkan ladang komesial.

(di petik dari Utusan Online )

Monday, July 28, 2008

Menternak rusa tidak sesukar disangka


kos pemeliharaan rusa juga amat rendah kerana haiwan ini makan sisa soya, sawit dan buah-buahan yang boleh didapati dari pasar.


TENTU ramai yang menyangka penternakan rusa merupakan industri ‘mewah’ apatah lagi biasanya rusa dipelihara oleh golongan bangsawan dan tokoh korporat serta di kawasan taman.

Malah, ramai menganggap rusa sebagai ternakan eksklusif yang tidak ramai mampu mengusahakannya manakala pasarannya pula tidak meluas sebagai mana ternakan lain.

Justeru apabila mendapat tahu terdapat sebuah ladang ternakan rusa dengan kira-kira 800 ekor, penulis begitu teruja untuk meninjau dari dekat.

Ladang yang terletak berhampiran kawasan perumahan di Jalan Bunga Raya, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor seluas lapan hektar di dua buah tapak berlainan bukan saja dihuni oleh rusa tetapi juga 25 ekor burung unta, ayam serama, keldai dan kuda padi.

Pemiliknya yang juga Pengarah Urusan Hitech Livestock Exotic Farm, Mohamed Akbar yang memulakan industri penternakan lebih 15 tahun lalu dengan kambing dan lembu mula mengalih pandangan kepada rusa sejak tujuh tahun lepas.

Ditanya, faktor pendorong beliau beralih arah, Mohamed berkata, menternak rusa menguntungkan kerana kos operasinya amat kecil berbanding ternakan ruminan lain.

“Rusa tidak memerlukan kandang yang besar seperti kambing atau lembu tetapi cukup dengan kawasan lapang dan beberapa batang pokok besar sebagai tempat mereka berteduh.

“Malah kos makanannya juga kecil kerana saya menggunakan campuran hampas soya, sawit dan pelbagai jenis buah-buahan yang diambil dari pasar berdekatan,” katanya kepada Mega semasa ditemui di ladang ternakannya, baru-baru ini.

Malah rusa juga tidak memerlukan padang ragut yang rata tetapi cukup dengan sedikit kawasan hijau berbukit-bukit dan berbatu-batu kerana sebagai haiwan liar, rusa gemarkan tempat mencabar.

Mohamed menambah kos perubatan bagi rusa amat minimum berbanding ternakan ruminan lain.

“Sejak memelihara rusa secara komersial saya hanya mengeluarkan hanya beberapa ratus Ringgit sebulan saja untuk ubat cacing dan vitamin,” katanya yang memelihara rusa jenis Timorensis dan Axis yang berbintik-bintik.

Mohamed menambah, rusa senang dipelihara kerana tidak mudah terkena penyakit berjangkit malah sebagai haiwan liar, rusa boleh mengubati dirinya sendiri.

Rusa matang seawal usia 18 bulan dan betina bunting selama lapan bulan sebelum beranak sebanyak seekor.

Rusa betina boleh beranak sebanyak 15 hingga 16 kali dengan jangka hayat boleh mencapai 20 hingga 25 tahun.

Biasanya induk rusa akan menyorokkan anaknya di bawah batu atau rumput sehingga anaknya bercerai susu.

Menggunakan khidmat empat orang pekerja termasuk dua orang anaknya, Mohamed berkata, kawasan yang tidak luas membolehkan ibu menjaga dan menyusukan anaknya.

“Jika penternakan diusahakan di kawasan yang terlalu luas, mungkin penternak terlepas pandang anak rusa yang disorokkan.

“Ini dapat mengelakkan anak rusa daripada mati kelaparan jika tidak dijagai ibu mereka,” katanya yang telah memahami kelakuan haiwan berkenaan.

Menternak rusa lebih menguntungkan walaupun bukan untuk daging kerana rusa betina akan beranak setiap tahun manakala tanduk rusa jantan pula akan luruh setiap tahun.

“Harga tanduk jantan basah boleh mencecah sehingga RM500 dan yang kering pula menjangkau RM3,000,” katanya yang boleh dikatakan antara penternak yang memelihara paling banyak rusa di negara ini.

Kawasan yang kecil juga membolehkan penternak mencari tanduk setiap kali gugur di padang ragut.

“Biasanya pekerja saya menemui tanduk yang gugur dan tentu saja sukar jika rusa diletakkan di ladang ternakan yang luas,” katanya.

Permintaan

Menyentuh mengenai daging rusa, Mohamed Akbar berkata, harga daging rusa pula boleh mencecah sehingga RM50 sekilogram jika dijual sendiri.

Permintaan daging rusa amat tinggi terutamanya di hotel-hotel lima bintang kerana ia dikatakan makanan mewah.

Selain rusa, beliau juga memelihara lima ekor nilgai - haiwan dari Amerika Syarikat (AS) - kepalanya seperti rusa tetapi badan besar seperti lembu dan belakangnya seperti kuda.

“Dagingnya sama seperti rusa dan saya lihat haiwan berkenaan berpotensi untuk dipelihara di sini,” katanya yang mendapat galakan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Sesiapa yang berminat memelihara rusa, Mohamed menyediakan pakej penternakan yang sesuai dan berpatutan.

Mereka yang berminat boleh membeli satu petak kandang seluas 30 kaki x 50 kaki pada harga RM2,000 yang boleh menempatkan sehingga 50 ekor rusa pada satu satu masa.

Bagi mengisi petak berkenaan, Mohamed menawarkan rusa betina bunting pertama yang bakal beranak dengan harga berpatutan seekor.

“Mereka boleh berkongsi satu petak dengan rakan dan membeli beberapa ekor rusa untuk diletakkan di dalamnya.

“Kami hanya akan mengenakan kos penyelenggaraan yang minimum bagi satu petak serta kos makanan rusa,” katanya.

Apabila rusa tadi beranak, pemilik boleh memilih sama ada untuk menjual anak tadi kepada Mohamed atau terus memeliharanya di sana.

“Setiap minggu pemilik boleh membawa makanan sendiri untuk diberikan kepada rusa mereka malah mereka juga boleh membawa balik beberapa hari,” katanya.

Mohamed berkata, ini merupakan satu cara untuk mencetuskan minat mereka yang berada di bandar ke arah penternakan.

Penduduk bandar yang tidak mempunyai masa dan kawasan masih boleh melibatkan diri dalam penternakan dengan cara ini.

“Saya juga boleh memantau ternakan yang dibeli dapat penjagaan yang betul dan pada masa yang sama pemilik boleh mempelajari cara penternakan yang betul,” katanya.

Dengan cara ini kata Mohamed, ternakan rusa boleh dimajukan dengan lebih sistematik. Beliau juga akan memulakan kursus menternak rusa secara komersial kepada mereka yang berminat dalam masa terdekat.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Mohamed di 017-3458849 atau layari laman web www.hitechdeerfarm.com

Insentif RM213 juta bantu penternak

RAWANG 27 Julai - Kerajaan memperuntukkan RM213 juta dalam bentuk insentif pengeluaran kepada para penternak lembu, kambing dan ayam bagi membantu mereka menyerap kesan kenaikan harga minyak.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pengagihan insentif kepada penternak yang berdaftar dengan kementeriannya akan dilaksanakan bermula bulan depan hingga Disember ini.

Katanya, menjadi keutamaan untuk menerima insentif itu ialah penternak berskala kecil.

"Insentif ini adalah untuk menampung sebahagian daripada kos pengeluaran yang semakin meningkat seperti harga makanan palet.

"Semua penternak berdaftar akan menerimanya, sebagai contoh 21,000 penternak kambing di seluruh negara namun yang paling ramai ialah penternak ayam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat ladang ternakan kambing dan makmal bioteknologi milik Ar Raudhah Bio-Tech Farm Sdn. Bhd. (Ar Raudhah) di sini hari ini.

Syarikat berkenaan melaburkan RM1 juta untuk membangunkan makmal berkenaan dan ia merupakan satu-satunya ladang milik swasta yang mempunyai kepakaran melakukan permanian beradas dan pemindahan embrio kambing di negara ini.

Mengiringi beliau dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin dan Pengerusi Ar Raudhah, Datuk Bistamam Ramli.

Mustapa berkata, jumlah insentif yang akan diterima setiap penternak yang layak adalah berbeza berdasarkan jenis perusahaan dan kapasiti pengeluarannya.

Katanya, pengusaha ternakan ayam yang memiliki lebih 20,000 ekor ayam bagaimanapun tidak layak menerimanya manakala penternak lembu dan kambing tidak tertakluk kepada jumlah haiwan ternakan.

"Antara contoh jumlah insentif ialah penternak lembu susu yang menghasilkan 50 liter susu setiap hari akan menerima RM300 sebulan.

"Bagi penternak yang mengeluarkan daging 30 ekor lembu fidlot pada setiap tiga bulan, mereka layak menerima RM3,000," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap lebih banyak syarikat swasta membuat pelaburan dalam bidang ternakan kambing untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import.

Katanya, pada masa ini negara hanya memiliki 300,000 ekor kambing dan pada tahun 2015 kerajaan meletakkan sasaran untuk meningkatkannya kepada 1.1 juta ekor.

(dipetik dari utusan malaysia online)

Friday, July 25, 2008

KURSUS PEMAKANAN RUMINAN APLIKASI BIOTEKNOLOGI PADA 6-8 ogos 2008


Jadual di atas adalah senarai aturcara selama 3 hari 2 malam di Hotel Nilai yang telah dijalankan pada bulan April. Jadualnya lebih kurang sama , tarikh berbeza,malas nak adjust. Hotel tersebut mesti melalui Exit Tol Nilai dan jumpa traffic light pergi ke arah kanan lebih kurang 2-3km akan nampak papan tanda Hotel Nilai di sebelah kiri.Bayaran hanya RM20 shj. ,Penginapan disediakan, sijil dari Bank Pertanian Malaysia.Berminat 019-2272127 utk tempahan

Wednesday, July 23, 2008

POTENSI SERAI DIKOMERSILKAN.....



BACHOK - Serai, tanaman yang kebiasaannya ditanam di pinggir rumah dan sering digunakan sebagai bahan perencah bagi menambahkan aroma dan keenakan masakan.

Namun, tidak semua yang mengetahui serai juga berpotensi dikomersialkan secara besar-besaran dan boleh meraih pendapatan lumayan daripada hasil hilirannya.

Tumbuhan yang dikatakan paling mudah penjagaannya, paling murah kos penanamannya serta paling kurang musuh perosak ini mula mendapat pasaran meluas dan kepelbagaian kegunaan industri di dalam dan luar negara.

Dengan nilai semakin tinggi dan permintaan kian melonjak, ia terus berkembang dengan kaedah penanaman secara perladangan termasuk di Kelantan.

Ia lebih terarah kepada pasaran eksport terutamanya bagi bekalan industri aroma terapi kerana ekstraknya dianggap setaraf dengan gaharu.

Bio Daun Plantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera tempatan menyedari potensi besar ini dengan mengorak langkah ke arah pengeluaran secara komersial.

Malah, dalam waktu yang singkat, ia mula menyasarkan untuk menerajui perusahaan itu di Pantai Timur.

Syarikat itu memanfaatkan peluang melalui penyelidikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk belajar menguasai teknik penanaman, pemerosesan dan penerokaan pasaran di luar negara.

Kalangan usahawan bumiputera difahamkan begitu kurang memberi perhatian terhadap hasil penyelidikan MARDI dalam sektor pertanian selama ini.

Pengarah Urusannya, Ahmad Zuhawi Awang, 35, berkata, Jabatan Pertanian dan MARDI telah membuka banyak jalan bagi pihaknya untuk meneroka bidang ini pada tahun lalu di samping kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan.

''Dengan perkembangan awal yang positif, ia semakin menyakinkan pihak syarikat untuk menjadi peneraju dalam sektor perladangan serai kelak dengan turut bersama menyumbangkan peluang ekonomi kepada masyarakat petani.

''Di samping itu, kami sudah merancang menggerakkan industri hiliran berasaskan bahan mentah itu yang boleh turut digunakan untuk menghasilkan biodesel," ujarnya.

Syarikat yang digerakkan oleh dua usahawan muda ini tanpa ragu-ragu menceburi bidang itu dengan memulakan penanaman serai paha ayam atau serai hijau pada penghujung tahun lalu di tapak seluas lapan hektar yang disewa di Kuala Lipis.

''Berbeza dengan serai makan atau sering dipanggil serai galah yang banyak dieksport ke Thailand, kami tumpukan kepada serai paha ayam ini yang lebih bersaiz besar batangnya dan berbau seperti limau.

'Kita masukkan hormon dari Pakistan dalam tanaman untuk mendapatkan lebih banyak ekstrak dan aroma yang lebih tinggi mutunya," ujarnya.

Ahmad Zuhawi memberitahu, pihaknya memulakan operasi dengan modal sebanyak RM10,000 dan kini secara keseluruhan mengusahakan 121 hektar tanah di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

''Di Kelantan, kami menyewa tanah daripada penanam tembakau yang tidak lagi mengusahakan tanaman itu termasuk 40 hektar di Beris Lalang, Bachok," ujarnya.

Katanya bagi setiap hektar, hasil yang diperoleh dianggarkan RM35,000 hingga RM42,500 setahun melalui tuaian dua kali setahun di mana hasil tuaian diproses dalam bentuk minyak dan serbuk melalui sebuah kilang di Negeri Sembilan.

''Serai keluaran kami juga sudah mula dipasarkan ke Eropah, India dan China bagi industri wangian dan kosmetik, manakala ke Rusia pula bagi produk anti kanser,'' katanya.

Bagi menggerakkan perusahaan ini, tanpa bergantung sepenuhnya kepada pinjaman, pihaknya memperkenalkan konsep usahasama melibatkan hampir 100 orang penduduk.

''Mereka hanya perlu mengeluarkan modal RM5,000 bagi satu hektar tanaman yang kami usahakan sepenuhnya dan keuntungan akan dibahagikan sama rata sepanjang tiga kali jualan hasil tuaian," ujarnya.

Katanya lagi, buat permulaan, sebanyak lima tan serai dalam bentuk minyak dan serbuk di eksport dan syarikatnya memerlukan tuaian tanaman 100 hektar serentak setiap bulan untuk menampung permintaan pasaran luar negara yang dianggarkan 200 tan sebulan.

''Ekoran itu, syarikat kami perlu mengusahakan tanaman lebih luas agar bekalan terus berkekalan, justeru, kita telah memohon 2,000 hektar tanah daripada kerajaan negeri Kelantan dan Pahang,'' katanya.

Katanya, pihaknya juga merancang untuk mendirikan kilang memproses serai di Beris Lalang untuk mengurangkan kos penghantaran di samping menampung bekalan yang dijangka melonjak.

(di petik dari Portal Usahawan TAni)

RUMPUT TERNAKAN BAWA PULANGAN LUMAYAN



KUALA KANGSAR 2 Julai - Keberanian seorang bekas ketua kampung, Mustafa Ahmad, 41, memajukan tanah terbiar seluas 4.5 hektar dengan tanaman rumput jenis Napier Taiwan kini mula berbaloi dan membuahkan hasil lumayan.
Walaupun tanah yang terletak di 'pulau jadian' di Sungai Perak di Kampung Senawar itu mengandungi 80 peratus pasir, tetapi ia tidak menghalang hasrat menebal usahawan ini untuk menjadikannya sebagai sebuah ladang yang subur.
Berbekalkan keyakinan tinggi terutama sekali selepas melupakan dunia kontraktor kelas F, beliau mengikuti pelbagai kursus pertanian dan haiwan termasuk tanaman rumput ini.
Menurut Mustafa, rumput Napier Taiwan yang diusahakan sejak empat tahun lalu itu menunjukkan hasil memberangsangkan kerana tumbuhan itu cepat membesar dan boleh dituai dalam masa 30 hingga 40 hari sahaja.
Kata beliau, tanaman kontan berkenaan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Kangsar bagi tujuan penghasilan makanan binatang ternakan.
''Dengan menggunakan teknologi Thailand serta baja berprotein tinggi, saya berjaya menghasilkan rumput Napier yang mempunyai daun selebar 2.5 sentimeter walaupun saiz biasa cuma 1.5 sentimeter.
''Melihat hasil tanaman yang begitu subur ini saya rasa cukup puas kerana pengorbanan menumpukan usaha ini sudah mula membawa pulangan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Mustafa memberitahu, tanaman berkenaan kini sudah mula dijual di pasaran yang semakin meluas dengan batangnya dijual pada harga RM1.60 sekilogram dan daun hijaunya berharga 10 sen sekilogram.
Menurutnya, dengan harga tersebut beliau kini boleh tersenyum lebar apabila sudah mampu memperoleh pendapatan sekitar RM12,000 sebulan.
Kata beliau, rumput Napier yang ditanamnya itu mempunyai protein antara 13 hingga 14 peratus berbanding dengan rumput tempatan yang cuma mengandungi antara 9 hingga 10 peratus protein.
Jelas beliau, ia menjadikannya sebagai tanaman yang cukup sesuai untuk makanan binatang ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, rusa, ayam belanda dan burung unta.
Katanya, benih dan daun Napier yang ditanamnya bukan sahaja mendapat pasaran di sekitar negeri Perak malahan juga mendapat tempahan dari Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Kelantan.
''Pada peringkat awal memang agak sukar bagi saya mengusahakan tanaman ini kerana keadaan tanah berpasir dan penuh dengan tumbuhan liar.
''Saya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan agak besar iaitu sekitar RM20,000 untuk modal keseluruhan termasuk membersihkan tanah ini tetapi berbaloi kerana sekarang ia sudah jadi ladang rumput yang begitu menghijau," katanya.
Mustafa berkata, oleh kerana projek tanamannya itu telah mula menunjukkan kejayaan maka beliau sedang berusaha memperkembangkan usaha penanaman rumput itu di satu lagi kawasan seluas 4.5 hektar di Kampong Jerlun tidak jauh dari projek pertamanya.
Katanya, ia bagi membolehkan beliau mencapai hasrat sebenarnya iaitu untuk menghasilkan palet makanan ternakan daripada rumput Napier.
''Saya guna bahan campuran terdiri daripada Napier Taiwan, sagu rumbia, hampas kacang soya, gula merah, garam galian, 20 jenis rumput tempatan, starbio, protein ikan dan beberapa campuran lain.
''Daripada kajian yang saya lakukan palet ini mampu mencegah penyakit kerana mempunyai daya tahan berprotein asli," ujarnya yang mendapat bantuan kewangan sebanyak RM131,000 daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana bagi membina kilang tersebut di Talang.
Katanya, dengan menggunakan mesin yang diimport dari China, kilangnya itu nanti mampu menghasilkan palet bermutu tinggi dengan harga 35 sen sekilogram berbanding dengan palet lain berharga 55 sen.
Jelasnya, palet tersebut lebih istimewa kerana boleh juga digunakan untuk makanan ternakan ikan dan sesiapa yang berminat bagi mendapatkan bekalan palet itu rumput Napier boleh menghubunginya di talian 012-5049000.
(Ihsan dari Portal Usahawan Tani)

Tuesday, July 22, 2008

Potensi Industri Belangkas (copy dari jutawan belangkas)




Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.

POTENSI DARAH BELANGKAS

Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ianya juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ianya bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Sarjana Sains (Akuakultur), Institut Akuakultur Tropika (IAT) Universiti Malaysia Terengganu telah lama menyelidik nilai perubatan belangkas ini. Universiti Malaysia Terengganu sedang memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan.

500 nelayan di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan dibantu bagi menternak belangkas. Nelayan terbabit dijangka mendapat pendapatan RM 1200 sebulan apabila projek ternakan ini berjaya.

(Ihsan dari http://jutawanbelangkas.blogspot.com)

Tuesday, July 15, 2008

Insentif Pengeluaran Ternakan Berdasarkan Pengeluaran bermula 1 jun 2008

Berita baik buat semua warga penternak.

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran ternakan berdasarkan pengeluaran yang dihasilkan bermula 1 jun 2008.Semua penternak kambing,biri-biri,lembu pedaging integrasi,tradisional,fidlot,lembu tenusu,ayam/itik/puyuh pedaging dan penelur layak memohon insentif tersebut dengan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Sebagai penternak dan juga setiausaha persatuan adalah lebih sesuai untuk memberi penerangan mengenai ternakan kambing sahaja.

Syarat kelayakan umum adalah seperti berikut:-
i. Warganegara Malaysia
ii. Syarikat yang sekurang-kurangnya 51 % ekuitinya dimiliki oleh warganegara Malaysia
iii. Mempunyai hak pemilikan tapak projek yang sah
iv. Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
v. Mempunyai Buku Rekod Ladang ternakan yang mempunyai rekod stok ternakan,
pengeluaran dan jualan ternakan untuk sembelihan
vi. Hasil ternakan adalah untuk daging,susu atau telur
vii. Mempunyai Akaun simpanan Agrobank Malaysia

Standard Operating Procedure (SOP)
Kambing/Biri-biri
a. Penternak mendaftar di Pejabat Veterinar Daerah
b. Pengesahan stok mengikut umur dan reban di buku rekod ladang
c. Sistem tradisional dan intensif
d. Ada rekod pembelian
e. Ada rekod sembelihan dari JPV
f. Tuntutan setipa bulan disokong dengan dokumen

Cara memohon insentif
a. Borang boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah/Negeri juga boleh
dimuat turun dari laman web JPV
b. Mengisi maklumat yang diperlukan dengan betul
c. Menyerahkan kepada Jabatan Daerah/Negeri
d. Penternak akan diberi dengan buku rekod ladang bila pendaftaran diluluskan
e. Penternak perlu membuka akaun dengan Agrobank

Menyelenggara Buku Rekod Ladang/membuat tuntutan insentif/keputusan tuntutan insentif
a. Penternak perlu mengisi segala maklumat yang diperlukan dalam buku rekod ladang dan
menyinpannya dengan baik
b. Penternak perlu memaklumkan kepada JPV 2 minggu sebelum hasil ladang dijual
c. Pegawai JPV akan membuat verifikasi ke atas buku rekod ladang & ladang
d. Tuntutan insentif boleh dibuat sebulan sekali
e. Penternak mendapatkan borang tuntutan di JPV
f. Melengkapkan jumlah hasil yang dijual dalam borang tuntutan selaras dengan buku rekod
ladang
g. Menyerahkan borang tuntutan dan buku rekod ladang kepada JPV Daerah
h. Membenarkan ladang untuk diperiksaoleh pegawai JPV Daerah.

Keputusan tuntutan insentif
a. Insentif akan dimaklumkan oleh pegawai PPV Daerah
b. Penternak boleh menyemak akaun Agrobank untuk mengetahui bayaran insentif telah
dimasukkan kedalam akaun.

Penetapan Katogeri Penternak
a. Kambing/Biri-biri/tahun
saiz pengeluaran > 300 ( komersil )
< 300 ( kecil )

Kadar Insentif/Cara Pengiraan Insentif
a. 1 kg Daging kambing/Biri-biri
0.553 untuk komersil
1.659 untuk kecil

Cara pengiraan insentif
a. Berat hidup x kadar daging x kadar insentif
contoh : 50 kg x 45 % x 0.553 komersil
1.659 kecil

Borang
a. Borang Pendaftaran JPH-INS- 01-6
b. Borang Tuntutan JPH- TN- 01

Makluman Khas
Jabatan Perkhimatan Veterinar tidak melantik mana-mana orang perseorangan atau syarikat
untuk menjadi penasihat/jururunding dalam perlaksanaan program pemberian insentif ini.
Sekiranya warga penternak masih tidak jelas mengenai insentif tersebut boleh berhubung
terus dengan Jabatan Veterinar Daerah/Negeri.

Thursday, July 10, 2008

KEBAIKAN DAN KHASIAT GARAM BUKIT



Harga Istimewa : RM3.90/kilo (sehingga 31 Ogos 2008)
Garam Bukit adalah berasal dari sumber alam semulajadi iaitu dari pergunungan Himalaya . Garam Bukit telah wujud dengan semulajadinya sejak jutaan tahun yang lalu dan merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang pencemaran.


Ia mengandungi 100% Asli – Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan seperti hydrogen, lithium, beryllium,boron,carbon,nitrogen,oxygen,fluoride,sodium, magnesium,aluminum,silicum,phosphorus,
sulfur,chloride,calcium,scandium,titanium,vanadium,chromium,manganese,iron,cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,selenium,
bromine,rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,silver,cadmium,indium,tin,antimony,
tellurium,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,praseodymium,samarium,europium,gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium ,thulium,ytterbium,lutetium,hafnium,tantalum, fungsten,rhenium. Osmium,iridium,platinum,gold ,mercury ,thallium,lead,bismuth,polonium,astatine,francium, radium,actinium,thorium,protactinium,uranium,neptunium and
plutonium.

Cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulukala yang wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu sehingga garam bukit terjadi. Garam bukit ini kelihatan jernih dan semulajadi . Ia terbentuk akibat berlaku tekanan. Semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya . Mengikut maklumat yang diperolehi garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geometrik pernah ditemui . Antara warna yang biasa didapati adalah putih, pink , oren kemerah-merahan .



Akibat Penggunaan Garam Biasa.

Kesan menggunakan garam biasa telah membentuk keasidan edema yang tinggi atau lebihan cecair dalam tisu badan punca penyebab terjadinya selulit. Sebab itulah doktor melarang kita mengambil garam lebih. Untuk setiap .035 auns sodium klorida yang tidak boleh dimusnahkan oleh badan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan garam itu. Kalau kandungan masih terlalu tinggi pengkristalan semula berlaku semasa badan menggunakan semula protin lemak haiwan yang tidak dicernakan ( non-degradable ) biasanya terdapat dalam susu ) yang juga tidak berguna dan tidak dapat dilupus atau dimusnahkan . Protin inilah yang digunakan oleh badan untuk untuk membentuk asid urik untuk menghindarkan lebihan garam. Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik , ia telah mengikat dirinya dengan sodium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang . Inilah yang menimbulkan pelbagai jenis penyakit Artritis , gout ( sengal tulang ) , karang buah pinggang dan pundi hempedu ( gall bladder ) . Pengkristalan ini merupakan jalan penyudah keselamatan untuk sel badan dan organ bagi melindungi badan dari mengalami kerosakan mahupun keracunan akibat pengambilan makanan yang tidak betul. Dalam jangka masa panjang ia meracuni sistem badan kerana bahan berkenaan tidak dapat dikumuhkan.

OLEH YANG DEMIKIAN, GARAM BUKIT PALING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN OLEH MANUSIA DAN GARAM JILATAN UNTUK TERNAKAN SEPERTI LEMBU,KAMBING,RUSA DLL.

DAPATKAN HARI INI DENGAN HARGA ISTIMEWA: RM3.90 /KILO SAH SEHINGGA 31 OGOS 2008

Harga selepas promosi ialah RM4.90/kilo (boleh runding sila call 019-2272127

Related Posts with Thumbnails