Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Tuesday, May 18, 2010

Jualan Napier India di Sg. Buloh, Selangor.

Kami mempunyai bekalan napier India .Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan benih keratan napier India boleh dapatkan di Sg. Buloh dan stok amat terhad.call 0192272127.

Tuesday, May 11, 2010

Rahsia dan Khasiat Pokok Malberi

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan penternak sekalian berkaitan dengan pokok Malberi atau dalam B.Inggeris Mulberry atau saintifik Morus Alba. Dahulu pokok ini di bawa ke Malaysia untuk projek Ulat Sutera Di Terengganu.

Pokok Malberi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri bukan sahaja untuk ternakan tetapi juga untuk manusia. Tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional negeri Cina sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini boleh dimanfaatkan.Buahnya ynag masak dibuat jem atau dimakan mentah, daunnya dijadikan teh, batang serta akar dijadikan rebusan untuk diminum.Khasiatnya yang paling popular dalam formulasi tradisional ialah mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengunragkan kolesterol dalam darah. Lebih terperinci lihat kat http://mulberrymalaysia.blogspot.com

Apa yang ingin saya nyatakan di sini bahawa kandungan protein yang ada pada daun mulberi ini amat tinggi iaitu 21.2% dan boleh diberikan kepada semua jenis ternakan seperti Lembu, Kambing, Rusa, Arnab dll.

Saya amat mencadangkan agar penternak sekalian menanam pokok ini bagi memperbanyakkan sumber hijau yang amat perlu ke atas haiwan ternakan kita di samping dengan pelbagai jenis rumput napier lain seperti India,Taiwan dll. Dengan ini ternakan tersebut mempunyai kepelbagaian sumber hijau yang ada dan seterusnya dapat mengurangkan penggunaan pelet dan seterusnya mengurangkan lagi kos operasi kita seharian.

Cara penanamannya pun amat mudah dimana just potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih).

Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 . Gambar di bawah Anak pokok Malberi dalam polibag lebih kurang 2-4 minggu seperti :


Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya.















Gambar di bawah ni pokok dah berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat.

Tips : Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja yang cukup (macam pokok anggurlah) so daun yang kita buang tu bagilah kat ternakan kita, jangan buang macam tu je..rugi ooo.

Kalau nak datang tengok pokok yang besar ni bolehlah datang ke lokasi di Sg. Buloh ye atau call je 0192272127.

Konsep yang saya perkenalkan sekarang:
'1 Malberi 1 Rumah'

Boleh ditanam dalam pasu, penat2 boleh makan.

Silap andaian makan daging kambing

Oleh Azran Jaffar,Berita Harian:

DAGING kambing dikatakan sebagai panas, mereka yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi mungkin tidak mahu mengambil daging kambing kerana percaya ia akan meningkatkan tekanan darah.

Namun pandangan ini disanggah pakar bioteknologi pembiakan, Prof Dr Ramli Abdullah yang mana katanya, kadar lemak kambing hampir sama dengan ayam iaitu kira-kira tiga peratus.

Apa yang berlaku ialah mereka mungkin mengambil daging kambing biri-biri kerana berbanding kambing, peratus lemak dalam biri-biri ialah sebanyak 16 peratus.

Mengenai panas, sememangnya daging kambing panas dan kerana itu penduduk di negeri China gemar mengambil daging kambing pada musim sejuk kerana ia dapat memanaskan badan, katanya.

Katanya, persepsi makan daging kambing boleh meningkatkan tekanan darah sudah lama di kalangan masyarakat kita dan apa yang berlaku, faktor psikologi yang mungkin meningkatkan tekanan darah seseorang.

Ini kerana, persepsi itu sudah disematkan dalam kepala dan dengan mengambil daging kambing, secara psikologi ia mungkin meningkatkan tekanan darah kerana seseorang itu mungkin berasa risau terhadap kesan yang mungkin dialami, katanya.

Digolongkan sebagai daging merah, daging kambing mempunyai rasa unik dan ia dikelaskan sebagai cabrito atau chevon bergantung kepada usia ternakan ini disembelih.

Cabrito ialah daging kambing yang berusia seminggu dan banyak digunakan untuk tujuan barbeku serta digemari kumpulan etnik tertentu, manakala chevon pula daging kambing dewasa.

Bagi 100 gram daging kambing yang dipanggang ia mengandungi 143 kalori, 27 gram protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium dan 75 miligram kolestrol.

Secara perbandingan, bagi setiap 3 auns daging kambing yang dimasak ia mengandungi 2.58 gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri yang mengandungi 16 gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu.

Kata Prof Ramli, ini jelas menunjukkan kadar lemak dan kolestrol pada daging kambing kurang daripada biri-biri dan lembu. Malah, sebuah universiti di New York juga menjalankan kajian yang mana daging kambing diberikan kepada penghidap penyakit kardiovaskular.

Seperti juga dagingnya, susu kambing mempunyai khasiat tertentu dan dijadikan antara susu alternatif, tambahan kepada susu ibu. Ia dikatakan lebih mudah diresapi, rendah lemak serta laktosa dan kaya kandungan protein.

Nikotinik asid yang terkandung di dalam susu kambing dikatakan membantu fungsi pencernaan, memperbaiki kesihatan kulit, meningkatkan pengaliran darah serta menghalang migrain juga menghilangkan bau nafas.

Meminum segelas susu kambing panas sebelum tidur mampu memberikan tidur yang nyenyak dan ia juga baik bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang menghadapi masalah kencing malam (bed-wetting).

Sebuah buku yang ditulis untuk Majlis Penyelidikan Asma dan Persatuan Eczema Kebangsaan mencadangkan penggunaan produk berasaskan kambing bagi merawat lelah, eczema serta masalah kulit.
Related Posts with Thumbnails