Melaka -2hb. ogos - Sambutan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Melaka 2008 telah diadakan di DAtaran Air Keroh Melaka semalam. Ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. PAda hari tersebut seramai 15 orang peladang,petani dan nelayan di seluruh negeri telah terpilih memenangi anugerah mengikut kategori di bawah Pertubuhan Peladang Negeri, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan M alaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri. Ketua Menteri memberitahu bahawa pergantungan negara kepada import makanan luar semakin meningkat misalnya pada tahun 2006 negara mengeluarkan belanja RM14.8 bilion dan jumlah itu meningkat kepada tahun berikutnya kepada RM 17.3 bilion. Kerajaan negeri sedia memperuntukkan tanah untuk projek ini dan pertubuhan perlu sediakan bazar yang mampu menjual produk segar seperti yang dikehendaki oleh masyarakat," katanya.
Kami dari seluruh warga InterXpose mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengarah Urusan InterXpose Group iaitu Hj. Mahmud Bin Baba di atas kejayaan dianugerahkan sebagai Usahawan Penternak Ruminan Jaya pada Hari PEladang,Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Melaka 2008.