Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Thursday, August 12, 2010

1.5 juta lawat MAHA 2010

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seramai 1.5 juta pengunjung dijangka melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa (MAHA) 2010 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang dekat sini dari 26 November hingga 5 Disember ini.

MAHA 2010 dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, MAHA 2010 dijenamakan sebagai MAHA antarabangsa kerana lebih banyak negara akan menyertai pameran dua tahun sekali itu.

"MAHA 2010 akan diadakan di kawasan seluas 120 hektar dan disertai 28 negara berbanding 13 negara pada MAHA 2008.

"MAHA tahun ini akan lebih besar dan banyak penyertaan dari dalam serta luar negara dengan jangkaan jumlah jualan produk pertanian akan mencecah RM15 juta berbanding RM9.6 juta pada 2008," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis pra pelancaran MAHA Antarabangsa 2010 yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Mokhtar Ismail di sini hari ini.

MAHA 2010 dengan tema 'Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan' akan berlangsung selama 10 hari berbanding 13 hari pada 2008.

Noh memberitahu, kementerian juga menjangkakan jumlah pesanan produk pertanian mencecah RM150 juta serta jumlah pertanyaan perniagaan akan melibatkan 200,000 pertanyaan berbanding 150,000 pada pameran 2008.

Tambah beliau, ini memandangkan jumlah peserta dalam pameran tahun ini melibatkan 1,200 syarikat dengan 2,000 ruang pameran berbanding 1,179 ruang pada MAHA 2008.

"Kementerian menjangkakan peningkatan berikutan pameran ini diadakan pada cuti sekolah di samping usaha promosi secara berterusan bermula pada awal tahun ini melalui program mini MAHA di seluruh negara.

"Promosi di luar negara juga sedang giat dijalankan bagi menarik lebih ramai pengunjung dari negara-negara yang berpotensi serta bersedia menunjukkan kemajuan dalam bidang pertanian," katanya.

Noh menjelaskan, MAHA 2010 diadakan pada cuti sekolah kerana memenuhi permintaan orang ramai yang mahu ia diadakan pada waktu itu bagi mendedahkan generasi muda kepada pertanian dan industri asas tani.

Katanya, kementerian berharap pameran tahun ini menerapkan konsep 1Malaysia yang mana lebih banyak syarikat swasta dan bukan bumiputera mengambil bahagian di samping promosi produk 1Malaysia Best yang melibatkan 960 produk
Related Posts with Thumbnails