Sebarang pertanyaan dan pembelian call 0192272127 Hisham

Can't find it? Try this.

Google
 

Thursday, April 30, 2009

PEMULIHAN TANAH YANG TIDAK SUBUR

Tanah-tanah terbiar seperti tanah bekas lombong, bendang, tanah paya dan tanah gambut boleh dimajukan untuk pertanian dengan memilih tanaman-tanaman yang sesuai.

  1. TANAH BEKAS LOMBONG

    Tanah bekas lombong keadaannya tidak sama, ada yang mengandungi banyak lumpur, ada yang seratus peratus pasir dan ada pula yang mengandungi lumpur dan pasir halus. Tanah yang mengandungi liat sehingga 100 cm adalah sesuai ditanam dengan tanaman kekal seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Tanah yang mengandungi banyak pasir memerlukan campuran tanah liat gembur atau tanah atas dan bahan organan yang dimasukkan ke dalam lubang menanam untuk membolehkan akar dapat zat makanan dan menjadi asas yang kukuh supaya pokok tidak mudah tumbang.

    Pengurusan tanah untuk pertanian agak tinggi termasuklah penggunaan baja organan dan kimia, pengairan yang mencukupi dan bahan sungkupan yang diletakkan pada pangkal pokok untuk mengurangkan kekeringan dan menyejukkan akar. Pembajaan kimia perlu dibuat sedikit-sedikit tetapi lebih kerap. Ini adalah kerana tanah pasir tidak dapat menyimpan baja dalam jangkamasa yang lama. Pembajaan sebanyak 2-3 kali sebulan adalah sesuai. Tanah bekas lombong yang mengandungi banyak lumpur pun perlu dibaja. Ini adalah kerana tanah bekas lombong telah hilang zat-zat pemakanan dalam tanah semasa kerja-kerja perlombongan.

    Tanaman-tanaman yang telah didapati berjaya ditanam di atas tanah bekas lombong adalah jambu batu, betik, belimbing besi, limau bali dan mempelam. Banyak tanaman lain yang berpotensi boleh ditanam di atas tanah bekas lombong seperti cempedak, nangka, ciku, limau dan manggis dengan syarat pengurusan tanah dan tanaman dibuat dengan betul.

  2. TANAH BEKAS BENDANG

    Tanah bekas bendang dan tanah paya mengandungi liat yang tinggi. Pada keadaan semulajadinya ia sesuai untuk padi dan sagu atau dijadikan kolam ternakan ikan atau udang. Tetapi jika saliran dibuat ia dapat ditanam dengan berbagai tanaman singkat masa dan tanaman kekal. Peringkat awal persediaan ladang melibatkan kerja-kerja membuat saliran atau parit untuk mengeringkan tanah. Kebanyakan tanah bekas bendang atau paya berkeadaan masam selepas dikeringkan. Oleh itu pengapuran adalah perlu untuk menaikkan pH dan juga membaiki keadaan tanah liat supaya menjadi lebih gembur. Kadar kapur yang diberi adalah mengikut keadaan kemasaman tanah yang dapat ditentukan melalui analisa di makmal. Kapur ditabur di atas seluruh permukaan dan dibajak ke dalam tanah. Penambahan bahan-bahan organan juga dapat membaiki keadaan tanah disamping menjadi baja pada tanaman. Bahan organan elok dibubuh dalam lubang menanam.

  3. TANAH GAMBUT

    Tanah gambut merupakan salah satu tanah bermasalah. Ianya kurang sesuai untuk pertanian oleh kerana keadaannya tidak berstruktur, selalunya masam dan paras air dalam tanah selalunya tinggi. Terdapat tiga jenis tanah gambut iaitu tanah gambut tidak hancur, gambut separuh hancur dan gambut hancur.

    Tanah gambut sesuai untuk tanaman singkat masa seperti sayur-sayuran, jagung dan nenas. Untuk tanaman kekal ketebalan gambut mestilah kurang dari 1 meter. Pengurusan tanah gambut yang penting ialah mengawal paras air dalam tanah. Air dalam tanah perlu disalirkan berperingkat-peringkat. Peringkat awal parit cetek sedalam 30-45 cm dibuat dan selepas beberapa tahun, parit ini didalamkan lagi. Ini adalah supaya pereputan gambut tidak berlaku dengan cepat. Jika paras air diturunkan dengan cepat, gambut akan cepat reput dan tanah menjadi susut dengan banyak dan juga terjadi pengeringan tidak berbalik pada tanah. Pengapuran mesti dibuat untuk mengurangkan kemasaman disamping menambahkan zat pemakanan dalam tanah. Pembajaan yang betul mesti dibuat. Jika terdapat tanda-tanda pokok tidak subur pembajaan unsur-unsur pekit seperti Boron dan Kuperam mungkin perlu dibuat kerana tanah gambut kurang unsur pekit.

    Untuk menanam tanaman kekal, anak pokok perlu ditanam secara sistem lubang dalam lubang, di mana perlu dibuat lubang besar dalam anggaran 120 cm lebar panjang 30 cm dan 60 cm dalam mengikut ketebalan gambut. Dalam lubang besar ini dibuat lubang menanam dan ditimbus hanya lubang menanam sahaja.

    Jenis-jenis tanaman kekal yang sesuai ditanam ialah kelapa sawit, kopi, koko dan buah-buahan seperti cempedak, nangka, rambutan dan mempelam serta lain-lain tanaman yang berakar cetek dan sederhana dalam.

  4. TANAH BRIS

    Merupakan tanah bermasalah yang terdapat di persisiran pantai Laut Cina Selatan. Kawasan ini menerima purata curahan hujan 100-120 mm setiap tahun. Tekstur tanah yang berpasir dan bahan organik yang sangat rendah menjadikannya sukar untuk diurus. Butiran tanah pasir bercerai berai dan daya menyimpan air dan nutrien adalah rendah. akibatnya tanah cepat kering dan proses larut resap nutrien adalah tinggi. Keadaan ini menyebabkan tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur dan hasil adalah tersangat rendah.

    Membaiki tanah Bris

    Memilih baja yang sesuai adalah salah satu faktor penting didalam kerja-kerja pengurusan pembajaan tanah bris. Disamping baja kimia, tanah bris memerluakn baja organan untuk memperbaiki keadaan fizikal tanah dan meninggikan keupayaan tanah memegang dan menyimpan air serta baja. Baja organan yang biasa digunakan adalah seperti tahi ayam, tahi lembu, tahi kambing, 'sludge' kelapa sawit, tandan kosong kelapa sawit, baja hijau, kompos dan tanah gambut. Kadar penggunaan bajar organan adalah sekurang-kurang 20 kg/pokok/tahun. Bahan organan perlu dicampur dengan tanah bris atau diletakkan di dalam lubang sebelum penanaman dijalankan. Cara penggunaan tandan kosong ialah dengan mengisikannya ke dalam lubang yang digali lebih besar daripada biasa. Tandan kosong akan megalami proses pereputan dan akar yang memanjang akan dapat mengambil zat makanan yang dihasilkan dari pereputan tersebut.

    Pembajaan duan nutrien mikro (Fetrilon Combi Red, 3 kg/hektar) dan pengapuran (0.5 kg GML/pokok/tahun) juga perlu diberikan kepada pokok. Pembajaan mesti dipecahkan ke beberapa kali yang dianggap ekonomik supaya kehilangan nutrien melalui larut resap dapat dikurangkan.

    Sistem pengairan

    Tanaman buah-buahan di atas tanah bris memerlukan sistem pengairan yang sempurna untuk membekalkan air kepada tanaman secukupnya. Pengairan titis perlu disediakan untuk menyiram pokok mengikut kelembapan tanah. Pada musim kemarau pengairan perlu dibuat selama 2 jam (45 liter/pokok).

REAKSI TANAH DAN PENGARUHNYA TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN
(Sumber: Berita Pertanian Januari-Jun 1991)

Biasanya reaksi tanah diukur dalam unit pH. Jika pH kurang dari 7 (asid), ph=7 (neutral) dan pH lebih daripada 7 (alkali). Nilai pH tanah berlainan dari satu tempat ke satu tempat dan dari satu musim ke musim. Biasanya kebanyakan tanaman hidup dalam keadaan baik bila nilai pH dalam lengkongan 6.0 - 7.5. Kebanyakan tanah sedentary dan alluvium di Malaysia berasid di mana nilai pH 4.2 - 4.8. Tanah gambut dan tanah asid sulfat mempunyai nilai pH kurang dari 3.8.

Pengaruh tanah biasanya pH tidak melebihi nilai 8.3 kerana semasa akar tumbuhan dan organisma tanah bernafas. Ia mengeluarkan gas CO2 dan bertindak dengan air lalu membentuk Asis Karbonik. Tanah menjadi berasid apabila sebahagian besar kation tukar gantinya terdiri A13+ dan H+. Keadaan ini disebabkan oleh larut resap. Apabila air bergerak melalui tanah sebahagian daripada H+ menggantikan Na+, Mg2+ dan K+ yang alirkan air hujan yang dibawa oleh Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Kehadiran A13+ dan H+ yang banyak menjadikan tanah itu bersifat asid.

Tiap-tiap tanaman mempunyai tindakbalas yang berbeza kepada pH. Tanaman bijian akan hidup subur pada pH 5.5 - 6.5. Tanaman kekacang perlu pH 6-7 untuk memberikan banyak bintil, akar dan saiznya akan menjadi lebih besar. Jagung/lobak merah hidup subur pada pH 5-6. Bagi sesetengah tanaman pula menyukai tanah masam.

Membaiki pH yang rendah dan pengapuran

Untuk meninggikan pH tanah yang rendah maka bahan kapur boleh dicampur dengan betul dengan lapisan tanah atas zon perakaran (0-25 cm). Diantara bahan-bahan kapur yang boleh digunakan bagi tujuan di atas ialah:-

  • kapur bakar / kalsium silika - Slag
  • basic acid
  • ground magnesium limestone

Cara Pemberian Kapur

Bagi tanah-tanah daerah tropika keperluan kapur bagi sekitar dan sedalam 20 cm (tan metrik). Caranya adalah berbeza dari satu jenis tanah dengan jenis tanah yang lain. Bagi tanah yang berpasir pemberian kapur hendaklah sedikit demi sedikit bagi mengelak terjadinya pengapuran berlebihan.

Kekerapan pemberian kapur bergantung kepada kehalusan dan jenis bahan kapur. Bagi kapur halus ia cepat bertindakbalas dengan tanah tetapi kesannya tidak lama berbanding dengan kapur yang kasar. Bagi tanah masam, pemberian kapur diberi 15 cm tanah yang dibajak dan hendaklah digaulkan agar dapat mengelakkan daripada pengapuran yang berlebihan disamping meneutralkan asid di dalam tanah bagi perkembangan akar. Pemberian kapur hendaklah diberikan beberapa minggu sebelum penanaman biasanya yang biasa diamalkan 30 hari sebelum tanam.

Tuesday, April 28, 2009

Napier India IKN091

BAru 1 minggu ada 4 anak tunas Anak Napier India dlm masa 2 minggu

Anak napier India semaian polibag umur 1 minggu


Napier India umur 2 minggu



Kecepatan pertumbuhan dan pembesaran Napier India bergantung kepada keadaan tanah, penggunaan baja (organik pun cukup) dan air secukupnya. Jika bernasib baik dalam umur lebih kurang 1 minggu , 1 ruas boleh keluar 4 tunas. Sekian dulu, tunggu informasi yang akan datang...

Friday, April 17, 2009

Perbandingan Ketara Napier India IKN091 & Napier Taiwan

1. Napier India IKN091 dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan.
Ia disebabkan oleh peratus kandungan protein yang terdapat pada daun dan batang Napier India IKN091 adalah jauh lebih tinggi berbanding Napier Taiwan. Dimana
Napier Taiwan peratus protein cuma 10-13% sahaja dan Napier India IKN091 peratus PROTEIN adalah 20.3%! Keputusan ini adalah daripada analisis Makmal MARDI, Serdang.


2. Perbezaan ketara yang kedua ialah dari segi Hasil per Ha/Tahun. Napier India IKN091 lebih baik 5 kali ganda berbanding Napier Taiwan IKN091, keputusan daripada analisis yang dikeluarkan oleh JPH, dan Napier Taiwan cuma menghasilkan 20tan/ha/thnNapier India IKN091 mengeluarkan hasil melebihi 100tan/ha/year.

3. Perbezaan yang ke 3, ialah dari aspek penghasilan mata tunas baru. Bagi Napier Taiwan yang berumur sebulan, kadar pengeluaran mata tunas cuma 2 - 3 mata tunas sahaja, bagi Napier India IKN091 pengeluaran mata tunas sudah mencecah 4-6 mata tunas baru. Sewaktu berumur 45 hari hingga 2 bulan, pengeluaran mata tunas benih Napier India IKN091 minimum boleh mencecah 13 mata tunas baru hingga ke 30 mata tunas baru, sedangkan napier taiwan cuma 5 hingga ke 10 mata tunas baru.

Itu untuk pertumbuhan kali pertama, bagi pusingan yang kedua (iaitu selepas dipotong kali pertama) setiap mata tunas akan menganda kepada 2 kali ganda (iaitu sifat yang sama dengan Napier Taiwan). Cthnya, jika minimum 13 batang (yg dihasilkan pada pusingan pertama), ia akan menghasilkan 26 mata tunas baru pada pusingan yang kedua, bermakna hasil/ha/year juga akan meningkat berganda2 selepas pusingan yang seterusnya. Perkara ini akan mempengaruhi hasil/ ha/ year dan kos operasi keseluruhan projek ternakan. Hasil yang dikeluarkan oleh Napier Taiwan ialah 20tan/ha/year dan bagi Napier India IKN091 ialah melebihi 100tan/ha/year! - Analisis dari JPH dan Prof Zaki.

Apo tunggu lai, jomlah tanam, tak perlu pakai pellet byk lagi coz kandungan protein napier India agak tinggi 20.3%

Hubungi 019-2272127 untuk dpatkan bekalan di Selangor dan Melaka. Benih India RM0.25/ruas dan semaian polibag ialah RM0.80/polibag (tunas dah bercambah 1-3 inci).

Kami juga ada menjual 4 jenis biji rumput yang sesuai untuk padang ragut di tempat anda iaitu;

1. Purple guinea (panicum maximum TD58) - RM39/kg

2. Atratum grass (paspalum atratum) - RM39/kg

3. Thapra Stylo (stylosanthes guianensis CIAT 184) - RM41/kg

4. Ruzi grass (brachiaria ruziziensis) - RM39/kg

Penghantaran adalah melalui lori, pos laju, bas, kapal terbang, kargo dan meliputi Seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak.



Wednesday, April 15, 2009

Jualan Susu Kambing


Susu kambing merupakan minuman semulajadi hampir kepada makanan sempurna yang berkhasiat dan penuh dengan kesegaran. Kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi dan kurang laktosa berbanding susu ternakan domestik yang lain. Struktur kimianya adalah bersamaan dengan susu ibu.Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A.Ia mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah . Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati:-
1-Kanser
2-Tulang/lemah/rapuh
3-Asma/lelah
4-Demam kuning
5-Migran
6-Penyakit kulit
7-Minda / tenaga
8-Kencing manis
9-Hepatitis
10-Gastrik
11-Insomia
12-Ulser
• Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil .
Cubalah minum susu kambing ini. Insya-Allah dengan izin-Nya, berkat kesabaran & usaha anda, penyakit anda itu masih boleh diubati.Susu kambing segar adalah dijual secara segar melalui pembelian terus di ladang atau melalui tempahan. Kami juga mengadakan servis penghantaran susu terus ke rumah anda. Tempahan dengan penghantaran yang dilakukan perlulah pada kadar minimum 20 botol ke atas. Harga adalah seperti yang di nyatakan di bawah :
Botol 330 ml susu kambing : RM 8.00

Friday, April 10, 2009

CATATAN HARI INI :BENIH NAPIER INDIA IKN091

Maaf sudah lama saya tak menulis artikel sendiri, maklumlah tak sempat nak karang mengarang macam bro-bro ternak yang lain. Walaubagaimanapun, saya ambil ruang masa yang ada ni bercerita sedikit tentang apa yang saya telah lakukan dalam masa terdekat ni.

Ok, baru-baru ni dalam 26hb. Mac , saya telah selamat terima benih napier india IKN091 yang saya beli dari Bro Shamghaz (usahawan tani kelantan) dan alhamdulillah telah saya tanam di Melaka dan Sg. Buloh. Nampaknya dalam 12 hari saya tanam , semuanya dah nak dekat sekaki tingginya. Pokok napier ni , masa anak warnanya seakan ada merah sedikit, dan setiap ruas macam napier taiwan jugaklah tumbuhnya.

Kaedah yang saya tanam adalah secara baring kerana ia akan sebabkan setiap ruas keluar tunas ataupun saya dah tanam ikut ruas (potong) dan saya semai dalam polibag.setakatnya yang saya tanam 98% hidup dengan baik dengan syarat air cukup dan tambah baja organik je.Tak payah baja kimia kos lagi tinggi. Lepas ni saya akan jadi macam bro shamghaz lah jual benih india lak.
Sesiapa yang nak benih napier india ni bolehlah hubungi saya , stok sedia ada,Harga RM0.25 per/ruas dan Benih rumput India dalam polibag RM0.80/polibag.

Di Sg. Buloh buat masa ni sudah tersedia benih napier Taiwan, jual borong aje kalau sapa-sapa yang berminat, pucuknya saya bagi makan kat ayam kampung, ayam belanda dan angsa yang saya buat kecil-kecilan dan trading.

LEpas napier India ni tiba masa tuai saya akan test daunnya untuk diberi kepada unggas saya dan bila saya dah dapat tanah di rawang nanti saya nak pindahkan unggas saya dan tanaman rumput di sana.Buat masa ni saya dalam proses untuk dapatkan tanah di Batang Berjuntai, kalau ada rezeki dapatlah.

Di situ, saya akan buat ternakan integrasi seperti pelbagai unggas dan ternakan rusa, saja buat main-main dulu.walaupun begitu, permintaan sudah ada dan saya hanya buat secara trading maklumlah modal agak besar sekiranya buat komersil. Yang penting pasaran mesti konsisten. Kalau tak naya....

Walaupun begitu ternakan kambing dan lembu masih lagi berjalan seperti biasa yang banyak diuruskan oleh mentua saya yang berada di Melaka.

Oklah saya tak boleh berceloteh lama, coz ada tugas lain sedang menanti sehingga di lain kali .
Wassalam dari saya (sham integrated)
Related Posts with Thumbnails